ldk2

17
LDK:jual barang, mari seberang LDK 1 Nama Aktiviti : Jual Barang Tempoh Masa : 15 minit Kumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orang Bahan : - Objektif Aktiviti 1. Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta 2. Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang Langkah Pelaksanaan 1. Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di minta untuk memikirkan barangan yang hendak dijual – ( Tidak kira apa jua jenis barang yang hendak dijual ) 2. Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya, contohnya KAKI BESI, sambil melaungkan jualan, fasilitator akan bergerak mengikut bulatan peserta dengan aksi seperti mengayuh basikal. 3. Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh itu akan mengantikan tempat fasilitator sebagai penjual barang. 4. Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh fasilitator pada peringkat permulaan lagi. 5. Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat. LDK 2 Nama Aktiviti : Mari Seberang Tempoh Masa : 15 hingga 20 minit Kumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rang Bahan : Tali Dan Meja Objektif Aktiviti 1. Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahli kumpulan 2. Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapi tugasan yang melibatkan penglibatan ramai. Langkah Pelaksanaan 1. Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mesti mempunyai tali. 2. Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja.

Upload: cgudya

Post on 06-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Modul latihan dalam kumpulansemoga bermanfaat

TRANSCRIPT

  • LDK:jual barang, mari seberang

    LDK 1Nama Aktiviti : Jual BarangTempoh Masa : 15 minitKumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orangBahan : -

    Objektif Aktiviti1. Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta2. Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang

    Langkah Pelaksanaan1. Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di mintauntuk memikirkan barangan yang hendak dijual ( Tidak kira apa jua jenisbarang yang hendak dijual )2. Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya,contohnya KAKI BESI, sambil melaungkan jualan, fasilitator akan bergerakmengikut bulatan peserta dengan aksi seperti mengayuh basikal.3. Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh ituakan mengantikan tempat fasilitator sebagai penjual barang.4. Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telahdilakukan oleh fasilitator pada peringkat permulaan lagi.5. Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat.

    LDK 2Nama Aktiviti : Mari SeberangTempoh Masa : 15 hingga 20 minitKumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rangBahan : Tali Dan Meja

    Objektif Aktiviti1. Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahlikumpulan2. Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapitugasan yang melibatkan penglibatan ramai.

    Langkah Pelaksanaan1. Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mestimempunyai tali.2. Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja.

  • 3. Tugas ahli kumpulan, perlu menyambung tali yang ada sepanjang yangmungkin tanpa ada yang terputus.4. Cabarannya ialah, tali hendaklah disambung oleh ahli dibawah meja,dengan syarat ahli kumpulan tidak boleh tersentuh tali yang telah direntangkan dibawah meja.5. Sambil menyambung tali, setiap peserta yang talinya telah disambungakan ke sebelah meja, kemudian ahli kumpulan hendaklah menyeberangkan talitanpa perlu tersentuh dengan tali penghalang.

    created by: kamaliah

  • LDK: masuk kandang kambing

    Tajuk: masuk kandang kambing.

    Masa: 30 minit

    Alat: Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau, kambing,itik dansebagainya

    Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih

    Objektif:

    1. Menggalakkan ahli kelompok supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalamkumpulan.

    2. Memberi peluang kepada ahli bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.

    3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melaluibunyi.

    Langkah:

    1. Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar binatang seperti kucing,harimau, kambing, ayam, itik, burung, ikan, dan sebagainya atau fasilitatorbolehmenyediakan kad bernombor daripada 1 hingga 4 atau 5 mengikut bilangan ahlibagi satu kategori binatang.

    2. Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya ahli tidak menunjukkan kadtersebut kepada rakan-rakan mereka. Sekiranya menggunakan nombor tuliskan apanama binatang bagi setiap nombor. Misalnya nombor 1 ayam.

    3. Dakam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpabercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. Pastikankumpulan mempunyai sekurang-kurangnya lima oorang ahli.

    4. Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator mengarahkan mereka untukberdiridalam kumpulan dalam bentuk bulatan.

    5. Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan ditubuhkan denganmuziknya daripada bunyi binatang kumpulan masing-masing.

    6. Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila kondoktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka

  • kumpulan itu haris membunyikan bunyi binatangnya.Lakukan aktiviti ini sehinggafasilitator berpuas hati dan semua ahli mengambai bahagian.

    7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya:

    a). Apakan aktiviti mereka terhhadap aktiviti ini?

    b)Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa membunyikan bunyi binatang?

    c) Apakah yang timbul dalam fikiran mereka?

    d) Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi binatangdalam bentukorchestra?

    e) Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti ini?

    8. Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira berkenalan, kitakadang kala mengetepikan rasa segan silu lalu mengambil bahagian. Dengan berbuatdemikian, ahli akan berasa selesa sesame sendiri dan berkenalan dengan lebih lanjutseterusnya.

    created by: dukiman

  • LDK : jom kenal

    JOM KENAL

    MASA : 30 minit

    ALATAN : -

    PROSEDUR :

    1. Peserta berkumpul dalam kelompok besar..

    2. Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal dan spontan (tangan dan kaki)

    secara lisan dan tanda isyarat terhadap pergerakan yang ditunjukkan.

    3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator.

    4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal.

    FALSAFAH :

    1. Sedar akan kewujudan diri.

    2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan.

    3. Badan sihat otak cergas.

    4. Peka kepada arahan.

    AKTIVITI LDK 1

    Tajuk : BOLA KU BALING

    MASA : 15 minit

    ALATAN : Sebiji bola plastik

  • PROSEDUR :

    1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kerusi masing-masing dalam satu bulatan.

    2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola

    dengan perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan.

    3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian.

    FALSAFAH :

    1. Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan.

    2. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.

    3.Menghormati rakan dengan berusaha menyebut dan mengingati nama rakan dengan

    betul.

    AKTIVITI LDK 2

    Tajuk : DIRIKU DAN KUMPULANKU

    MASA : 15 minit

    ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa)

    PROSEDUR :

    1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masing-

    masing.

    2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal namamasing-masing.

    3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing.

  • 4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikanpada kad nama masing-masing.

    5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan.

    FALSAFAH :

    1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaansaling

    hormat menghormati di antara satu sama lain.

    2. Hubungan tanpa keraguan akan membentuk kerjasama yang kuat antara ahli.

    KESIMPULAN

    Melalui aktiviti LDK yang dijalankan ianya akan mendorong ahli dalam kelompokberusaha untuk memperbaiki kelemahan kendiri dan mempertingkatkan kebolehan yangada untuk terus mengembangkan potensi diri. Interaksi antara ahli akan lebih terbuka.Justeru, setiap ahli dalam kelompok secara tidak langsung akan membuat pendedahankendiri dan menjadi ahli yang jujur dan dapat memberi kerjasama dalam proses sesiyang dijalankan. Oleh itu, matlamat kelompok akan tercapai tanpa wujud rasa tidakselesa dan tertekan dalam kelompok.

    created by: cristine@norshidah

  • LDK: mencari pembunuh, sarang mancis kayu

    LDK 1

    Tajuk: Mencari Pembunuh

    Peserta:

    Minimum 10 orang

    Waktu:

    15 30 minit

    Bahan:

    Setiap peserta mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyaiperkataan MEMBUNUH dan yang selebihnya kosong.

    Ruangan:

    Ruangan yang besar atau terbuka

    Petunjuk:

    Perhatian! Di antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untukmembunuh kamu satu persatu. Siapa yang berhati hati akan selamat dari maut dandapat menangkap si pembunuh sebelum dia sempat membunuh semua peserta.

    Sekarang berjalan jalan di ruang ini. Salah seorang membahagikan secarikkertas kepada setiap peserta. Seseorang yang mendapat kertas yang berisi perkataanpembunuh bererti si pembunuh yang akan membunuh korbannya dengan kerdipanmatanya. Kalau si pembunuh mengerdipkan mata ke arah seseorang peserta, iaitumangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh dan mati dalam masa 3 saat. Waktu 3saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat ditangkap.

    Peserta yang mencurigai seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor danberkata: saya mencurigai dia dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagaipembunuh. Kalau tekaannya benar, maka pembunuh tertangkap dan permainan punberakhir. Namun, kalau tekaan peserta salah maka ia pun harus berhenti bermain.

    Permainan ini berakhir kalau pembunuhnya tertangkap atau kalau sipembunuh telah berhasil membunuh semua peserta lain.

  • LDK 2

    Tajuk: Sarang Mancis Kayu

    Objektif

    Mengajak peserta untuk belajar bekerjasama dan mengerti perasaan orang lain. Tugasuntuk kelompok sangat sederhana. Oleh itu, para peserta dapat memusatkan perhatianpada prosesnya.

    Peserta:

    Semua golongan umur. Besar kelompok adalah bebas.

    Bahan:

    Satu kotak mancis kayu penuh untuk setiap peserta dan satu botol kosong untuk setiapkelompok kecil.

    Masa:

    15 -20 minit

    Petunjuk:

    Kelompok besar dibagi bagi menjadi kelompok kecil dengan 5 anggota. Setiapkelompok kecil mendapat satu botol kosong dan setiap peserta mendapat satu kotakmancis kayu. Secara bergilir gilir peserta meletakkan satu batang mancis kayu di atasbibir botol tadi untuk mencipta satu sarang botol. Peserta tidak boleh bercakap. Merekaharus saling membantu, misalnya dalam menunjukkan di mana satu lagi dapat diletakkan. Kalau ada batang mancis kayu jatuh harus di letakkan kembali sampai sarangburung selesai dibuat.

    Variasi

    Setiap kelompok kecil membuat satu gambar dengan menggunakan semua manciskayu tersebut.

    Evolusi dan refleksi:

    1. Bagaimana kami bekerjasama?

    2. Bagaimana perasaan saya ketika kawan saya menjatuhkan semua mancis kayu itu.

    3. Apakah saya sekarang bangga dengan hasil kerja kumpulan saya?

    4. Apakah ada seorang dalam kumpulan yang menjadi pemimpin, atau ada pesertamempunyai pengaruh lebih dari yang lain?

    5. Apakah ada cara dalam kumpulan bila orang boleh meletakkan mancis kayunya?

    created by: celestina

  • LDK : paper roll

    PAPER ROLLSasaran : Pelajar Sekolah Rendah Tahap II dan ke atasJangka Masa : 20-30 MinitPeralatan : Kertas A4, Pen / PenselLangkah langkah :

    1. Pelajar diminta memilih kawan yang paling dirapat di dalam kelas secara berdua-dua.2. Individu diminta mengambil kertas sebanyak mana yang mereka mahu.3. Tuliskan butir diri sepanjang kertas yang mereka ambil dan kertas tersebut dibacakan oleh pasangan

    yang satu lagi dan sebaliknya.Objektif : Menguji keterbukaan dan sifat perkongsian dengan rakan sekelas yang lain.Falsafah : Berusaha bersifat lebih terbuka

    created by: nina karmila

  • LDK: lembut lidah

    LDK 1: Ice Breaking

    Objektif:I. Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah dalam proses

    penyampaian maklumat sepanjang program berjalan.II. Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat

    diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing peserta.III. Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang lebih eratdapat

    diwujudkan pada masa hadapan.IV. Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama dalam kumpulan agar

    segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa hadapan.

    Pecahan Kumpulan (puzzle)Langkah:

    I. Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang.II. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan

    membentuk sekeping gambar yang lengkap.III. Seterusnya membentuk kumpulan.

    Taaruf- Pukulan Kasih

    I. Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,cita-cita, dansebagainya mengikut kesesuaian.

    II. Peserta dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-masing.III. Seorang peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah.IV. Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan peserta di

    tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan suratkhabar yang digulung.

    V. Setiap orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan memukul ahliyang lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut.

    Aduhai Kumpulanku Sayang Aktiviti dalam kumpulan.

    I. Ahli kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka.II. Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan

    mereka.

    Falsafah:-Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing.-Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing.-Meningkatkan keyakinan diri peserta.-Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan merekasendiri.

  • LDK 2: World Cup

    Objektif:-menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi-melatih kerjasama antara ahli kumpulan

    Kaedah:-setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan sepertisepak,tendang,tanduk dan gol.-ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikanarahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagikumpulan masing-masing-permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitatoryang bertindak central

    LDK:3 Tarikan KasihObjektif;

    -melatih kerjasama antara ahli kumpulan-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta-melatih sifat kepimpinan peserta

    Kaedah;-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulanakan mendapat seutas tali-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing padacawan tersebut-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hinggake garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebutdimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapatdalam cawan tersebut

  • LDK 4: Telefon rosakObjektif;

    -melatih sifat peka dalam diri peserta-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan-melatih kreativiti peserta dalam berfikir

    Langkah;-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendakimemberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akanberterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebutdalam bentuk lukisan

    LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULANNama pelajar akan diagihkan oleh fasi.

    Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi.

    Objektif:1) Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain.2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting.

    Falsafah:1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain.2) Menggalakkan interaksi didalam kumpulan

    Taaruf (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan

    i) Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal,hobi, cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian.

    ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk mengingatinama peserta dan berkenalan dengan rapat mengikut kekreatifanmasing-masing jika berkesempatan.

    iii) Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing.

    Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan

    Objektif:i) Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing.ii) Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri.iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh.

    Langkah:i) Ahli kumpulan akan diarahkan untuk menulis

    nama kumpulan di atas sekeping kertas.ii) Kemudian peserta juga akan diminta untuk membuat sorakan

    kumpulan.iii) Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama

    kumpulan dan sorakan mereka.

  • Falsafah :

    -Memupuk kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing-Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing

    -Meningkatkan keyakinan diri peserta-Melatih peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulanmereka sendiri.

    SLOT 1Tajuk: Mari Berkenalan

    Masa : 20 MinitAlatan : Borang Bingo, Pen

    Objektif:1) Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain.2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang lain yang mempunyai minat yang sama

    dengan mereka.

    Langkah:1) Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka

    bergerak dan mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalammasa 5 minit.

    2) Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakansekurang-kurangnya 6 hobi mereka.

    3) Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang samadan menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagisatu ruang.

    Falsafah:1) Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan

    lagi.2) Membina perasaan rasa dipunyai.

  • BORANG BINGO:Layari Internet Membela

    binatangMembaca novel Menolong

    keluargaKumpul setem

    Tidur Membeli-belah Menjahit Kerja amal Kumpul syilinglama

    Memancing Berkhemah Menanam pokokbunga

    Panjat gunung Memasak

    Berbasikal Bersukan Gubah bunga Mengemasrumah

    Berkelah

    Menontontelevisyen

    Kumpul majalah Mendengar radio Berkayak Melancong

  • Kad HarapanTajuk : kad HarapanMasa : 30 minitAlat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi 2) & pensel warna

    Objektif:1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan2) memupuk pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebihrapat.

    Langkah-langkah1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh melukis 1 kadtentang harapan dan 1 kad ketakutan diri.2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakanmelihatnya.3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalamkumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada dalam diri.4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut.

    FalsafahPerlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup

  • LDK 6

    TAJUK: LEMBUT LIDAH

    Objektifi. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap Lidah

    Tergeliat yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkatii Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur.

    i.Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper sama sebutannya.ii.Dapat meringankan tekanan.

    Kaedah Permainani Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang

    diberi dan tidak boleh mengulanginya.ii. Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.

    Peraturan PermainanPara peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut:

    PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPERDID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER?IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER,WHERES THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?

    LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTERDID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER?IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER,WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCELOST?

    created by: nurul izzah