documentlb

7
Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan 1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 10: 2003 Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. 2. KAMUS DEWAN EDISI 4:111: 1967 “Pulih’’ bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. [ keadaan semula] Merujuk kepada kanak- kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. 3. BLAIR: 1956 Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan kemahiran. 4. O. C SIMPSON 1975 Merupakan tindakan khas – tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa dan dalam darjah untuk pengajaran 5. SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF1983 ….satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran 6. ISHAK HARUN & KOH BOH BOON 1983 ….sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat (lembap)

Upload: parkmickyboo

Post on 12-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 10: 2003 Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.2. KAMUS DEWAN EDISI 4:111: 1967 Pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. [ keadaan semula] Merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.3. BLAIR: 1956 Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan kemahiran.4. O. C SIMPSON 1975 Merupakan tindakan khas tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa dan dalam darjah untuk pengajaran5. SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF1983 .satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran6. ISHAK HARUN & KOH BOH BOON 1983 .sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat (lembap) dalam mencapai pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Bertujuan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran7. 1982, KPM Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menggunakan istilah program pemulihan. Takrif Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pemulihan pada masa itu ialah "suatu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan."

8. 1984, KPM Takrif ini diubah suai kemudiannya. Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menegaskan "Dalam konteks KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.Dalam konteks KBSR, murid yang lemah ini terdapat di semua peringkat persekolahan dan di mana-mana sahaja. Masalah pembelajaran yang mereka hadapi ini berbeza-beza. Oleh itu langkah-langkah pemulihan perlu juga berbeza-beza bergantung pada masalah yang timbul. Guru digalakkan untuk mengekalkan murid-murid yang memerlukan pemulihan ini belajar bersama-sama rakan sekelasnya."

9. 1986, Syarifah Syarifah Alwiah (1986) mentakrifkan pendidikan pemulihan sebagai "... tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa; di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan; dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa; dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan ...." Takrif ini berasal daripada takrif yang dibuat oleh National Association for Remedial Education, Great Britain. Asas takrif ini ialah frasa yang berhuruf condong.

10. 1999, KPM Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kesemua definisi tersebut mengutamakan sasarannya, iaitu murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Sinonim bagi frasa murid yang menghadapi masalah pembelajaran ini ialah: murid kurang bernasib baik, murid pencapaian rendah, murid lambat atau murid lembam. Murid lembam ialah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.Kesemua definisi itu juga menyatakan pendekatan pendidikan pemulihan yang disebut sebagai langkah atau tindakan khusus. Perkara ini merupakan sebahagian daripada ciri khas pendidikan pemulihan berbanding dengan pendidikan biasa.Idealnya, proses pendidikan pemulihan dilaksanakan oleh guru khas pemulihan (GKP). KBSR nampaknya tidak menegaskan perkara ini. Dari segi tempat melaksanakan pengajaran pemulihan, kenyataan yang terkandung dalam takrif pertama adalah lengkap. Bagaimanapun, KBSR menggalakkan murid-murid yang memerlukan pemulihan itu belajar bersama-sama rakan sekelasnya.

Perbezaan Antara Pendidikan Khas dengan Pengajaran Pemulihan.Pendidikan pemulihan berbeza dengan pendidikan khas. Misalnya, dari segi sasaran pendidikan pemulihan ditujukan kepada kanak-kanak biasa, sedangkan pendidikan khas ditujukan kepada kanak-kanak cacat seperti terencat akal, cacat anggota, buta dan sebagainya. Pengajaran pemulihan pula cuma sebahagian daripada proses pendidikan pemulihan. Kedua-dua istilah ini kerap digunakan secara bertukar ganti hingga mengaburkan maksudnya. Perlu juga ditegaskan bahawa program pemulihan merupakan sebahagian sahaja daripada proses ketika melaksanakan pendidikan pemulihan. Selain itu, pada masa dahulu pendidikan pemulihan adalah sebahagian daripada program pendidikan imbuhan.

RUMUSAN: Pendidikan pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Program pemulihan ini disarankan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

Pelaksanaan Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik.Cadangan Aktiviti:Latihan mengeja satu dan dua suku kata dalam lirik lagu. - Mengeja dan menyebut secara berlagu dan menyanyi.Membuat aksi mengikut bentuk huruf. - Meniru dan membuat aksi bentuk huruf.Menjalankan aktiviti kesediaan murid - Mengenal dan mengecam bunyi alat-alat muzik.Menyanyikan lagu-lagu yang diperkenalkan. - Lagu-lagu yang mengandungi satu dan dua suku kata. Contoh ayat mudah yang dilagukan.Menjalankan aktiviti pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam lirik lagu. - Melengkapkan perkataan dengan suku kata atau huruf yang tepat.

1.2PUNCA MASALAH KEMAHIRAN BACAANMenurutGuy L.B dan rakan-rakan (1994), punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu;i)Faktor fizikalii)Faktor kognitif dan bahasaiii)Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.1.2.1Faktor FizikalAntara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain.Murid-murid pendidikan pemulihan tidak dapat mengenal huruf yang mereka baca berpunca daripada faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun atau silau boleh menyebabkan murid menghadapi masalah ketika membaca. Kanak-kanak yang mengalamipenyakit dyslexia akan melihat satu-satu objek itu terbalik dan sentiasa bergerak.Saya ingin kongsikan pengalaman saya menonton filemHindi bertajuk Taare Zameen Pararahan Aamir Khan ( seperti Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak bernama IshaanAwasthilakonanDarsheel Safaryyang mengalamidisleksia. Di kelas, ketika Ishaan diminta gurunya untuk membuka dan membaca buku pada halaman 38, bab 4, perenggan ke 3, dia seperti kebingungan dengan perintah gurunya. Setelah dua kali diminta untuk membaca, dia berkata bahawa semua hurufnya menari-nari.Begitu juga dengan masalah pendengaran kerana proses membaca memerlukan deria pendengaran untuk meniru bunyi-bunyi huruf yang diperdengarkan oleh guru. Biasanya keadaan ini berlaku sejak kanak-kanak itu dilahirkan lagiMurid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal pula akan menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Di sekolah saya iaitu SK Taman Perling misalnya, terdapat 36 orang murid Pendidikan Khas. Kebanyakan mereka mengalami masalah kecacatan mental berpunca daripada diserang demam panas ketika bayi lagi

Kekurangan makanan berzat juga akan merosakkan kesihatan murid seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan cepat letih. Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Faktor sosio-ekonomi keluarga yang tidak stabil mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak.

1.2.2Faktor Kognitif dan BahasaTahap kognitif seseorang murid yang rendah juga merupakan punca sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain. Hal ini terjadi ada kaitannya dengan faktor genetik atau sejarah ketika mereka di dalam kandungan lagi. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan mereka untuk mengenal huruf-huruf dalam masa yang singkat.Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.1.2.3Faktor Emosi, Persekitaran dan Pendidikan

Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka.

Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Ia berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi keluarga. Peranan ibu bapa dalam memastikan keperluan anak-anak untuk mencapai kejayaan tidak dapat diberikan sepenuhnya. Hasilnya, anak-anak semakin jauh ketinggalan dari segi pencapaian dalam pelajarannya berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka.Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.