lb - ir.unimas.my dalam pengurusan koperasi... · koperasi sekolah telah menubuhkan koperasi...

24
LB 1029 C6 N176 1997

Upload: dohanh

Post on 10-Mar-2019

375 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LB 1029 C6 N176 1997

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

1lil Ililllllll 11111 IIII

1000246036 KERJASAMA DALAM PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH : KAJIAN KES KE ATAS SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN

PENRISSEN NO. 1 BERHAD

NAMA : NANCY AK MONGIN

Latihan I6niah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahaglan daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sahn Sosial

Dengan Kepujian ( Kajian Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana kasl karunia dan pertolonganNya saya sentiasa mendapat kekuatan dan semangat untuk menyiapkan Latffian Ilmiah ini denganjayanya.

Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasffi kepada sekolah SMK Penrissen No. 1, khususnya kepada Puan pengetua kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Mr Song kerana banyak membantu dan memberikan maklumat kepada saya. Tidak lupa juga kepada ahli Jawatankuasa Koperasi kerana memberikan kerjasama sebaiknya semasa temubual dijalankan dan kepada semua pelajar sekolah berkenaan yang meluangkan masa untuk mengisi soal selidik saya.

Saya juga sangat menghargai dan berterima kasih kepada Cik Faizah (Penyelia saya). Apa jua kekurangan Latihan Ilmiah ini, akan menjadi lebffi buruk lagi kalaulah tidak kerana kesabaran dan sifat pribadi behau yang sentiasa menyokong saya. Behau telah membaca kesehuuhan teks ini dalam bentuk draf sebanyak beberapa kali dan telah memberikan cadangan dan kritikan yang sangat bermanfaat. Ucapan terima kasih juga untuk ketua program Kajian Perancangan Dan Pengurusan, Dr. Dimbab dan Dr. Geberial kerana sentiasa ambil berat, memberikan galakkan dan nasffiat untuk kami.

Penghargaan ini juga istimewa saya tuliskan untuk keluarga saya, khususnya untuk mak, baps, abang Chen, Lah, Tondot, Dem, Mimi, Clii; uncle Dawi, `sumbuk', uncle Moon, Auntie Rose, auntie Julie dan lain-lain yang banyak berkorban dan menolong saya. Tanpa kalian sudah tentu saya tidak dapat menamatkan pengajian ini dengan sukacita.

Terima Kasih dan penghargaan juga kepada Ps. Simon, anggota HOK (BM) khususnya semua SDL, UL, AUL, CGL, ACGL dan yang lain-lain (kalian terlampau ramai tidak mampu saya tulis satu per satu) yang banyak menyokong dan mendorong saya. Kalian sahabat yang baik dan semoga ia berkekalan selama-lamanya.

Saya juga ingin menghargai semua rakan-rakan saya seperti Tie, Wim, Sing, Nong, Pat, Min, San, Gee, Irna, Bani, Rockers, Bobok, T-sen, semua course mate, member block L serta semua pelajar pioneers. Saya sangat menghargai persahabatan kita. Anda semua menceriakan dan mewarnakan lagi hidup saya di UNIMAS.

Sekian, Selamat maju jaya untuk anda semua.

Ikhlas Dari Z" ? XeW9&

ii

ABSTRAK

Satu kajian ke atas koperasi SMK Penrissen No. 1 Kuching telah dibuat untuk meninjau sejauhmana anggota berkerjasama menguruskan koperasi. Tahap kerjasama diukur berdasarkan tahap penglibatan anggota dalam koperasi, tahap sumbangan, darjah kefahaman dan kesetiaan anggota dalam koperasi. Selain itu, kajian ini juga

mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku dalam koperasi. Seramai 186 orang responden telah dipilih untuk kajian ini. Alat penyelidikan yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik mudah. Hasil kajian mendapati kerjasama antara anggota dengan anggota, anggota dengan pemimpin, antara pemimpin dengan pemimpin dalam koperasi koperasi amat kurang. Antara sebab- sebabnya ialah bilangan anggota terlalu ramai, guru-guru yang bertanggungjawab terhadap koperasi sekolah terlalu sibuk dengan tugas utama di sekolah, manakala pelajar sekolah pula sibuk dengan tugasan sekolah, kurang kemahiran yang dimiliki

oleh guru-guru dan murid yang terlibat dalam koperasi, kurang pendedahan tentang koperasi kepada pelajar menyebabkan pelajar kurang faham tentang prinsip berkoperasi serta tidak berminat terlibat. Akibatnya banyak aktiviti tidak dapat dijalankan, penglibatandansumbangananggota juga pada tahap rendah. Sehubungan dengan itu, 82.2 % responden mengatakan mereka tidak mendapat apa-apa faedah daripada koperasi. seramai 72.8% responden mengatakan mereka sanggup memberikan kerjasama jika keadaan dapat dibaiki. Oleh yang demikian, beberapa

cadangan dikemukan untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam

gerakan koperasi sekolah. Jestru itu, tindakan sergera perlu diambil jika ingin melihat gerakan koperasi sekolah mencapai matlamatnya.

111

ABSTRACT

A research was conducted in SMK Penrissen No. 1, Kuching in order to discover the extent of the member's cooperation in managing the school cooperative. The extent of this cooperation is measured by involvement, Contribution, understanding level, as well as it's this research is olso mean to identify the problems faced in managing a school cooperative. Around 186 respondents were chosen for this research. The

research method used was the questionnaire method and the sampling method was the simple random sampling. The collected samples were then analyzed by using a simple statistic method. The result of the research clearly indicates that there is very little cooperation existing between the members, between the members and leader,

and between the leaders itself in a cooperative. The reason for the poor cooperation includes, too many members in a cooperative, teachers who are responsible for the school cooperative are also tied down with their other school responsibilities. Teachers and student who are involved in the cooperative, having low expertise or skill in it, very little exposure to the students on the cooperative which consequently makes them unable to comprehend the cooperative principles, as well as reducing their interest in getting involved in this organization. As a result of this, many activities cannot be carried out and involvement and contribution from the members are at a very low level. Subsequently, 82.2 percent of the respondents stated that they did not receive any benefits from the cooperative and 72.8 percent of the respondents stated that they were willing to give their cooperation if ever situation improves in the

organization. Thus recommendations have also been inserted to be taken into

consideration by parties involved in the school cooperative movement. It can olso be

stated here that immediate measures should be taken if we want to see that the school cooperative movement achieve it's objectives and aims.

iv

pasat Khldaatt Maklqanat AiOdemik U1vIVERSiTi MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI GAMBARAJAH

DAFI'AR SINGKATAN PERKATAAN

BAB 1 PENGENALAN

ä

iii

iv

V

vi VII

viii

1

1.1 Senario Pergerakan Koperasi Di Malaysia 1

1.2 Senario Pergerakan Koperasi Sekolah di Malaysia 3

1.3 Senario Pergerakan Koperasi sekolah Di Sarawak 5

1.4 Koperasi SMK Penissen No. 1 Bhd. 6

1.5 Kenyataan Masalah 8

1.6 Objektif Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

BAB 2 ULASAN KAJIAN 13

2.1 Kerjasama dalam koperasi 13

2.2 Definisi kerjasama 15

2.3 Penulisan tentang kerjasama 18

2.4 Faktor-faktor mempengaruhi kerjasama 28

2.6 Penulisan Lepas yang berkaitan dengan kerjasama dalam 32

koperasi sekolah

BAB 3 Kaedah Penyelidikan 38

3.1 Rasional Pemilihan Kawasan Sebagai Tempat Kajian 38

3.2 Populasi 39

3.3 Saiz Sampel 39

V

3.4 Persampelan

3.5 Pengumpulan Data

3.6 Kaedah Penyelidikan

3.7 Alat Penyelidikan

3.8 Pembolehubah Bersandar

3.9 Pembolehubah tidak bersandar

3.10 Operasional Pembolehubah

3.11 Analisis Data

40

41

42

44

46

46

47

49

BAB 4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 49

4.1 Latarbelakang responden 50

4.2 Penghöatan dalam koperasi 55

4.3 Sumbangan kepada koperasi 59

4.4 Kefahaman tentang koperasi 61

4.5 Kesetiaan terhadap koperasi 62

4.6 Faedah yang diterima dari koperasi 63

4.7 Masalah-masalah dalam koperasi 64

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 70

LAMPIRAN 79

BIBLOGRAFI 92

vi

i

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Jadual menunjukan tahap umur, kekerapan dan peratus mm, r responden.

Jadual 2 Menunjukkan Jumlah dan peratusan bagi tahap responden menganggap koperasi senagai kepentingan bersama atau kepentingan individu, Tahap kerjasama dalam koperasi serta tahap sikap pentingkan diri anggota koperasi.

vii

SENARAI GAMBARAJAH

Rajah 1: Rajah menunjukkan hukuman yang diterima oleh penjenayah berdasarkan keputusan yang mereka ambil dalam The Prisoner's DilemmaGame

Rajah 2: Menunjukkan kesan komunikasi di dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Rajah 3: Rajah menunjukkan kekerapan dan peratus Responden mengikut bangsa

Rajah 4: Rajah Menunjukkan Peratusan tempoh responden menjadi anggota koperasi

DAFTAR SINGKATAN PERKATAAN

ANGKASA -Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Y. M -Yang Mulia

JPK -Jabatan Pembangunan Koperasi

YAB -Yang Amat Berhormat

ICA -International Co-coperative Allience

DBKU -Dewan Bandaraya Kuching Utara

SMK -Sekolah Menengah Kerajaan

UNIMAS -Universiti Malaysia Sarawak

PIBG -Persatuan Ibubapa dan Guru

MKM -Majlis Koperasi Kebangsaan

ix

BAB 1

PENGENALAN

1. Senario pergerakan koperasi Malaysia

Menurut Wong (1992) koperasi di negara ini dimulakan sejak daripada zaman

penjajahan Inggeris lagi. Koperasi yang pertama dibangunkan ialah Koperasi

Pengawai Kerajaan Inggeris di Perak pada tahun 1922. Pemikiran tentang koperasi

ini dibawa dari negara barat dan diamalkan di negara ini untuk menambahkan lagi

pengaruh Inggeris di negara ini. Bagaimana pun selepas merdeka, negara terus

memberikan penekanan kepada perkembangan gerakan koperasi. Malah perundangan

koperasi dipergiatkan lagi dan pembentukan biro untuk mengawasi pergerakan

koperasi di negara ini diwujudkan. Kejayaan yang dilihat semasa penjajahan Inggeris

iaitu koperasi berjaya menjadi mekanisme yang memajukan sosioekonomi masyarakat

luar bandar telah memberikan keyakinan kepada negara untuk memajukan koperasi

(Atar, 1993).

Bagi memastikan gerakan ini berkembang dengan baik, ANGKASA

(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) ditubuhkan atas desakan koperasi-

koperasi berdaftar di Semenanjung Malaysia melalui kongres pertama yang

berlangsung pada 15-17 November 1966, di Dewan Tunku Chancellor Universiti

Malaya, Kuala Lumpur. Kongres ini yang dihadiri oleh 1,680 orang peserta yang

mewakili 486 bush koperasi berdaftar pada masa itu telah membuat sate resolusi khas

supaya diwujudkan sebuah koperasi induk untuk mewakili Gerakan Koperasi

2

Malaysia. Rumusan Kongres Pertama telah dibentang dalam Kongres Kerjasama

Kedua pada 20 Mac 1971 clan telah melantik Ahli Jawatan kuasa Sementara yang

dipengerusikan oleh Y. M. Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Hasil dari perkembangan

ini maka wujudlah ANGKASA dengan rasminya pada 12 Mei 1971, sebagai tunjang,

pelindung clan perunding kepada semua koperasi yang menjadi ahlinya

(Hassan, 1992).

Di dalam risalah perkembangan Jabatab Pembangunan Koperasi Malaysia

(JPK) 1996 menyenaraikan penglibatan koperasi Malaysia dalam kegiatan ekonomi

seperti kredit, pengguna, perumahan, pengangkutan, pembangunan tanah, industri

kampung, insurans, kerja-kerja kontark dan perniagaan harta tanah. Malah aktiviti

koperasi juga diberikan cabaran baru oleh Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr.

Mahathair Mohamad semasa Mesyuarat agung perwakilan Koperasi Usaha Bersatu

pada 20 November 1993. Beliau Menyeru agar koperasi mengambil langkah segera

untuk bersaing dengan pembangunan sektor swasta dan muncul menjadi syarikat

maju.

Dalam tempoh satu dekad yang lalu, dari tahun 1981 hingga 1995,

pertumbuhan sektor koperasi menunjukkan masa depan yang cerah. Sehingga tahun

1995, terdapat 2,856 buah dengan keahlian seramai 3.6 juta orang, modal saham

sebanyak RM7.8 billion dan pemilikan harta bernilai RM 8.2 billion ( Laporan JPK,

1996).

3

1.2 Senario pergerakan koperasi sekolah di Malaysia

Penubuhan gerakan koperasi sekolah adalah bermula dari cetusan minda

Profesor Diraja Ungku A. Aziz semasa beliau bertugas sebagai Naib Chancellor,

Universiti Malaya. Koperasi sekolah mula berkembang pada tahun 1968 apabila

sembilan buah koperasi ditubuhkan sebagai projek perintis. Sekolah-sekolah yang

terpilih ialah dua dari Pahang, dua dari Perak, dua dari Terangganu, dan masing-

masing sebuah di Kelantan, Melaka dan Johor (Atar, 1993). Koperasi yang

ditubuhkan diperingkat sekolah ini lebih berfungsikan kredit sebagai salah satu cara

untuk membantu murid-mund terutamanya mereka yang dari keluarga miskin. Pada

tahun 1975 setelah kajian semula dibuat, satu proses pembaharuan telah dirangka ke

arah koperasi 'serbaguna" untuk menggantikan fungsi kredit.

Pada tahun 1980, satu pendedahan dan usaha yang menyeluruh telah dilakukan

untuk menggalakan gerakan koperasi di sekolah-sekolah melalui media massa seperti

Televisyen Pendidikan, filem dan seminar di mana murid-murid sekolah telah

diperlihatkan dengan kebaikan koperasi dan feadah-feadah koperasi.

' Kopcrasi 'serbaguna'ialah kopcrasi yang bukan sahaja berfungsi memberikan kredit tetapi juga mampu mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk akedemik bagi pengembangan ilmu perdagangan dikalangan pelajar (JPK, 1995).

4

Hasil dari pendedahan ini, pada akhir tahun 1995 sebanyak 1300 buah

koperasi sekolah telah menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar di seluruh

Malaysia. Ahli-ahli yang berdaftar ialah sebanyak 945,165 orang dengan jumlah

saham terkumpul keseluruhannya ialah sebanyak RM4,235,600. Jumlah perniagaan

bagi tahun tersebut ialah sebanyak RM2,348,453 (JPK, 1996).

Dalam dekad 1990-an koperasi sekolah semakin menghadapi cabaran berat.

Misalnya gerakan koperasi sekolah diterima sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-

kurikulum yang terpenting di sekolah. Pewujudannya dibuat melalui penguatkuasaan

undang-undang melalui beberapa dokumen rasmi seperti Bab 53 Akta Koperasi, surat

Perkeliling Iktisas Kementerian Pendidikan bilangan KP 8591 Jld. 11(22) bertarikh 8

Mei 1976 dan KP 8586/303 (57) bertarikh 20 April 1989.

Dalam teks ucapan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi 1995, Y. B.

Datuk Osu b. Haji Sukam telah membentangkan tiga cabaran baru yang akan

dimulakan dalam koperasi sekolah iaitu memasukkan koperasi sekolah sebagai salah

satu daripada kandungan latihan amali bagi mata pelajaran Perdagangan, menjadikan

koperasi sekolah sebagai sebahagian daripada program Rakan Muda di sekolah serta

meinginkan koperasi sekolah yang cemerlang dan berpengurusan cekap (JPK, 1995).

Pusst Khidmat Msklnmat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1.3 Senario Pergerakan Koperasi di Sarawak

5

Menurut Tan (1990) gerakan koperasi sekolah di Sarawak dimulakan pada 26

Januari 1976. Koperasi yang pertama ditubuhkan ialah Koperasi Sekolah Akademik

Limbang Berhad. Kegiatan utama koperasi sekolah ini ialah menjalankan aktiviti

kantin dan kedai alatulis. Koperasi ini mempunyai jumlah keahlian 1,102 orang yang

berdaftar dan saham terkumpul berjumlah RM1,674.

Di Sarawak gerakan koperasi sekolah agak lembab berbanding dengan gerakan

koperasi di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 110 buah koperasi

sekolah di negeri Sarawak (Lampiran A). Jumlah saham keseluruhan yang dimiliki

ialah RM23,432 pada tahun 1996, dan jumlah perniagaan ialah sebanyak RM34,456

pada tahun yang sama (Hassan, 1995).

Untuk menggalakan perkembangan koperasi sekolah di Sarawak, pertandingan

koperasi antara-antara sekolah diadakan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan

dan juga prestasi jualan. Menurut Baha (1994) pertandingan koperasi sekolah ini

telah membawa banyak perubahan dalam pengurusan koperasi di sekolah-sekolah

khususnya dalam bidang pengurusan akuan, aktiviti, mesyuarat dan sebagainya.

6

1.4 Gerekan Koperasi SMK Penrissen No-1 Berhad, Kuching

Sekolah Menengah Kerajaan Penrissen No. l mula bergiat dalam gerakan

koperasi ini pada 7 Ogos 1979 sebagai langkah menyahut seruan Kementerian

Pendidikan untuk mengembangkan koperasi di sekolah-sekolah. Koperasi Sekolah ini

didaftar atas nama Koperasi Sekolah Menengah Kerajaan Penrissen No. l Berhad.

Semasa penubuhannya seramai 243 orang yang terdiri daripada 217 orang murid dan

seramai 26 orang guru atau kakitangan sekolah yang menjadi ahli. Jumlah saham

pada ketika itu ialah sebanyak RM2,517. Pada tahun 1996, keahlian telah meningkat

kepada 1800 orang (Laporan Tahunan Koperasi, 1996).

Dan segi organisasi, kuasa tertinggi di dalam koperasi ialah Mesyuarat Agung

ahli-ahli tetap. Pengurusan koperasi diserahkan kepada Lembaga Pengarah Sekolah.

Pengetua dilantik sebagai Yang Dipertua dan empat orang guru yang dilantik sebagai

Setiausaha, Penolong setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari. Seorang wakil

danpada Lembaga Pengurusan Sekolah dan Wakil Persatuan Ibu bapa dan Guru

(PIBG) sekolah juga dilantik sebagai Penasihat Koperasi seperti yang diperuntukan

oleh Undang-undang Kecil Koperasi. Manakala enam orang pelajar dan guru yang

dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Setiap jawatan ini mempunyai bidang tugasan

seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran B. Manakala struktur Pentadbiran Koperasi

ditunjukkan dalam Lampiran C.

7

Sebelum tahun 1994, koperasi dibentuk seperti kedai runcit yang menjual

makanan, bahan keperluan pelajar, buku dan alat tulis. Bagaimanapun selepas tahun

berkenaan koperasi Sekolah ini hanya menjalankan perniagaan menjual peralatan

sekolah sahaja seperti buku-buku, alatulis dan segala perkara yang berkaitan dengan

pelajaran sahaja. Untuk menguruskan urusniaga koperasi tersebut, seorang pelajar dan

seorang guru yang mengawas ditetapkan untuk menjual barangan koperasi setiap hari.

Pengerusi koperasi sekolah ini menjelaskan, setiap hari koperasi ini dibuka selama 15

minit semasa waktu rehat pelajar sessi pagi dan petang. Koperasi dijaga secara

bergilir berdasarkan jadual yang ditetapkan. Mereka yang menjalankan tugasan ini

adalah mereka yeng terpilih oleh Lembaga Pengarah koperasi. Tidak ada upah yang

diberikan kepada mereka kecuali jika ada keuntungan pada hujung tahun mereka akan

diberikan saguhati sahaja.

Pemilihan untuk pelajar yang menjaga koperasi dibuat melalui guru tingkatan.

Guru tingkatan akan mencadangkan (recomment) pelajarnya yang dirasakan

bertanggungjawab, jujur, dan berkemampuan melakukan tugas. Kemudian sessi

temuduga akan diadakan ke atas pelajar berkenaan. Daripada itu, barulah pemilihan

akan dibuat dan mereka yang benar-benar memenuhi syarat sahaja akan dipilih.

Menurut En Bong, Pengerusi Koperasi SMK Penrissen No. 1 Bhd, sejak

daripada tahun 1994, bangunan koperasi telah disewakan dengan kadar sewa

RM2000 setahun kepada syarikat perniagaan lain. Ini adalah renteten daripada

banyak masalah yang timbul dalam pengurusan koperasi sebelum tahun berkenaan.

8

Kebanyakan guru-guru adalah sibuk dengan tugas mengajar, mereka tidak mempunyai

masa untuk mengurus koperasi. Kurangnya pengawasan menyebabkan banyak

penipuan dan penyelewangan berlaku dikalangan mereka yang menjaga kedai

koperasi semasa urusan jual beli diadakan.

1.2 Kenyataan masalah

Kewujudan gerakan koperasi adalah atas kesedaran manusia akan kekurangan,

kelemahan dan keperluan masyarakat untuk membulatkan tekad dan usaha untuk

memperbaiki keadaan mereka bersama serta memperlindungi hak-hak mereka sebagai

masyarakat yang bertanggungjawab (Atar, 1993). Oleh kerana itu penubuhan sesuatu

koperasi itu adalah merupakan satu usaha masyarakat untuk membantu satu sama lain

di samping mendapat faedah yang berguna bagi mereka pada masa hadapan.

Dewasa ini, koperasi semakin menghadapi cabaran besar. Menurut YAB.

Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa menghadiri

mesyuarat agung Koperasi Usaha Bersatu pada 20 November, 1993 memberi

pengajaran bahawa zaman syarikat jimat cermat, pinjam meminjam dengan

tanggungan berhad yang terurus secara sambilan oleh beberapa anggota sudah

berakhir tetapi cabaran koperasi ialah perlu memperluaskan aktivitinya setanding

dengan perkembangan ekonomi negara dan sekiranya koperasi ingin menceburi

bidang perniagaan yang lain ia perlu diurus secara professional.

9

Cabaran besar ini turut dipikul oleh koperasi sekolah. Semasa seminar

Pembangunan Koperasi sekolah 1996, sebanyak tiga cabaran baru telah dikemukakan

kepada koperasi sekolah iaitu memasukkan koperasi sekolah sebagi salah satu

daripada kandungan latihan amali mata pelajaran Perdagangan di sekolah,

mewujudkan koperasi sekolah yang cemerlang serta menjadikan koperasi sekolah

sebagai program Rakan muda di sekolah (JPK, 1996).

Manakala W. P Walkins (1990), Pengarah The International Co-Coperative

Allience(ICA) pada tahun 1989 dalam (JPK, 1992), menjelaskan lagi bahawa peranan

koperasi sekolah hendaklah lebih daripada mencari keuntungan semata-mata tetapi ia

juga harus menjadi satu badan yang menyediakan sumber ilmu yang berguna bagi

pelajar sekolah untuk masa akan datang. (JPK, 1992). Sumber ilmu yang

dimaksudkan ialah menyediakan berbagai aktiviti yang berbentuk akedemik untuk

membantu pelajar menambahkan lagi pengetahuan yang ada.

Oleh yang demikian, sesebuah koperasi sekolah mesti diurus secara

profesional. la mesti memperkenalkan projek yang berbagai khususnya projek yang

berorentasikan pendidikan untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang

berguna kepada anggotanya (JPK, 1993) Selain itu pengurusan koperasi juga perlu

meningkatkan tanggungjawab pengurusannya bagi meningkatkan kedudukannya

sebagai kuasa ekonomi dalam pembangunan negara serta sebagai sumber menimba

ilmu bagi anggotanya. (JPK, 1996)

10

Bagaimanapun persoalan di sini ialah, sejauhmanakah anggota koperasi yang

terdiri daripada pelajar sekolah dan guru-guru yang mempunyai tugasan yang lebih

berat ( guru sibuk dengan pengajaran dan pelajar sibuk dengan pelajaran) mampu

berkerjasama atau berganding bahu dalam menjalankan aktiviti koperasi dan apakah

masalah yang mereka hadapi?

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kerjasama di

kalangan anggota-anggota koperasi dalam menjalankan aktiviti koperasi. Kerjasama

akan dilihat berdasarkan darjah penglibatan anggota, kesetiaan anggota terhadap

koperasi, sumbangan anggota kepada koperasi dan kefahaman anggota tentang

koperasi. Adakah mereka melihat koperasi sebagai kepentingan bersama atau

kepentingan individu sahaja dan sikap ambil berat anggota terhadap aktiviti yang

dijalankan aktiviti. Manakala objektif khusus kajian ini adalah (I) menentukan ciri-

ciri demografi ahli seperti umur, bangsa, pendidikan, jantina, pendapatan (wang saku

atau biasiswa ) anggota dan keahlian dalam koperasi; dan (II) mengenalpasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh koperasi di sekolah berkenaan dan feadah yang

dinikimati oleh anggota koperasi sbagai anggota koperasi.

II

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil dari kajian ini, diharap ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak

khasnya pihak pengurus koperasi di sekolah berkenaan. Berdasarkan kajian ini

mereka akan mengetahui kelemahan dan kekuatan koperasi ini dalam usaha untuk

mengembangkan lagi pergerakan koperasi di sekolah berkenaan.

Selain itu diharapkan juga kajian ini dapat memberikan pendedahan sumber

ilmu kepada anggota koperasi sekolah khususnya kepada anggota koperasi Sekolah

Menengah Kerajaan Penrissen No. 1 tentang kepentingan kerjasama daripada anggota

untuk kemajuan koperasi.

Di samping itu, kajian ini memberi kepentingan kepada pihak Jabatan

Pembangunan Koperasi (JPK) dan semua pengurus koperasi sekolah untuk

mendapatkan maklumat asas untuk mengurus koperasi sekolah. Berdasarkan kajian ini

mungkin pihak mereka akan dapat membuat perancangan dan strategi yang lebih baik

untuk pergerakan koperasi pada masa hadapan. Dalam keadaan ini, data dan

maklumat di dalam kajian ini dapat diaplikasikan dalam membuat kajian yang sama

atau berkaitan dengan bidang pengurusan melibatkan pelajar sekolah.

12

1.5 Batasan Kajian

Semasa kajian ini dijalankan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh

pengkaji antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan pengetahuan responden

tentang koperasi. Kebanyakan mereka tidak tahu tentang konsep berkoperasi. Oleh

yang demikian apabila soal selidik diberikan dan juga temubual dijalankan ada yang

tidak memberikan jawapan lengkap. Akibatnya maklumat lengkap dan keadaan yang

sebenamya tidak dapat di perolehi untuk kajian ini.

Selain itu, kajian ini juga sukar untuk mendapatkan maklumat yang lengkap

kerana masalah pengurusan koperasi ini yang tidak teratur. Segala maklumat seperti

Laporan Tahunan adalah tidak lengkap. Kepimpinan yang sentiasa bertukar ganti

juga menyebabkan dokumen penting tidak tahu disimpan dimana. Oleh yang

demikian adalah sukar untuk pengkaji terpaksa menggunakan dokuman yang ada

sahaja untuk bukti kajian.

13

BAB 2

ULASAN KAJIAN

Maklumat daripada penyelidikan lepas telah dikumpul dan dianalisis untuk

kajian ini. Sumber-sumber tersebut diperolehi daripada Perpustakaan UNIMAS,

Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Arkib, Perpustakaan Dewan Suarah

Kuching, Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pusat Sember

Maklumat Yayasan Sarawak, Jabatan Pembangunan Koperasi Sarawak dan juga

Laporan Bertulis Koperasi SMK Penrissen No. 1 Berhad. Maklumat yang dikumpul

ialah meliputi prinsip kerjasama dalam koperasi, definisi kerjasama, kajian lepas

tentang kerjasama, faktor-faktor mempengaruhi kerjasama serta penulisan lepas yang

berkaitan dengan kerjasama dalam koperasi sekolah.

2.1 Prinsip kerjasama dalam koperasi

Kerjasama merupakan konsep asas dalam koperasi. Setiap aspek yang kita

sebut atau kaitkan dengan koperasi ia mesti berteraskan kerjasama atau bermotiflcan

kerjasama. Ini dapat dilihat dalam makna koperasi. Dalam perkataan bahasa Inggeris

koperasi disebut sebagai Cooperative yang mana berasal daripada maksud cooperate

atau cooperation yang membawa makna berkerjasama (Klonglan, 1992). Manakala

dalam kefahaman Confuciansim is di sebut sebagai ̀ Her' ( ) yang membawa

makna cooperation atau union (Jiayin, 1992).

14

Selain itu berkerjasama juga terkandung dalam konsep berkoperasi iaitu

menolong diri sendiri dengan cara bekerjasama untuk faedah dan kebaikan bersama.

Amalan berkerjasama dilihat daripada konsep bergotong royong, melibatkan

keanggotaan secara sukarela, bertolong-tolongan secara jujur dan ikhlas, bersatupadu,

hormat-menghormati antara satu sama lain ( JPK, 1995).

Kerjasama juga terkandung dalam prinsip-prinsip pengurusan koperasi.

Dalam pekara 6 Pekeliling Petadbiran dan Pengurusan Koperasi meletakkan salah satu

prinsip pengurusan koperasi ialah berkerjasama di semua peringkat koperasi (JPK,

1996). Menurut Baba (1994) kerjasama ini adalah berteraskan kerjasama antara

anggota dengan anggota, anggota dengan pemimpin koperasi dan antara pemimpin

koperasi dengan pemimpin koperasi yang lain. Dijelaskan bahawa kerjasama antara

setiap tahap ini adalah perlu erat dan membina untuk membangunkan koperasi yang

cemerlang.

Di dalam objektif utama pembangunan koperasi sekolah ialah untuk

menyemai konsep dan amalan berkerjasama di kalangan pelajar sekolah. Menurut

Y. B. Datuk Osu Haji Sukam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi semasa

merasmikan Konvensyen ke-3 Koperasi-koperasi Sekolah Malaysia 1995 telah

menyarankan agar pihak pengurusan koperasi sekolah menjalankan banyak aktiviti

yang dapat membangunkan nilai murni kepada pelajar seperti berjimat cermat,

berkerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Beliau menambah, mereka

ini (pelajar sekolah) adalah pengerak pembangunan dan negara pada masa hadapan.