lawatan tapak 2 (melepa)

12
1.0 PENGENALAN TAJUK : Lawatan Tapak 2 TARIKH : 13 Oktober 2015 LOKASI : Lorong Haji Rais, Johor MASA : 9.00am - 11.30am AKTIVIT I : Kerja-kerja melepa tembok Projek pembinaan ini merupakan pembinaan tiga buah rumah teres satu tingkat (20”X48”). Projek ini dibina sendiri oleh tuan rumah iaitu Encik Misno bin Muhammad dengan bantuan 6 orang pekerja yang diupah. Pada masa ini, projek pembinaan telah siap 50% di mana kerja-kerja melepa tembok dan ‘rendering’ sedang dijalankan. Bagi kerja ‘rendering’ sudah hampir 70% dan kami diarah untuk menjalankan kerja melepa tembok luar rumah tersebut.

Upload: siti-masrura

Post on 18-Feb-2016

346 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

amali kerja bata uthm

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

1.0 PENGENALAN

TAJUK : Lawatan Tapak 2 TARIKH : 13 Oktober 2015

LOKASI : Lorong Haji Rais, Johor MASA : 9.00am - 11.30am

AKTIVITI : Kerja-kerja melepa tembok

Projek pembinaan ini merupakan pembinaan tiga buah rumah teres

satu tingkat (20”X48”). Projek ini dibina sendiri oleh tuan rumah iaitu Encik

Misno bin Muhammad dengan bantuan 6 orang pekerja yang diupah. Pada

masa ini, projek pembinaan telah siap 50% di mana kerja-kerja melepa

tembok dan ‘rendering’ sedang dijalankan. Bagi kerja ‘rendering’ sudah hampir

70% dan kami diarah untuk menjalankan kerja melepa tembok luar rumah

tersebut.

Page 2: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

2.0 TEORI

2.1 KERJA-KERJA LEPAAN

Pada umumnya, mortar digunakan dalam proses melepa untuk

meratakan dan mencantikkan permukaan bagi struktur bangunan. Jika

diperhatikan hampir semua pembinaan struktur (bangunan) perlu dilepa.

Namun begitu terdapat juga hal lain yang penting di dalam proses melepa ini.

Secra logiknya,apabila sesuatu struktur itu dilepa, ikatan diantara permukaan

sesuatu struktur akan lebih kukuh kerana melepa ini bolehlah dianggap

sebagai balutan yang menyepadukan sesuatu struktur.

Selain itu, melepa juga digunakan untuk menyeragamkan sesuatu

permukaan sebagai contoh untuk memperbaiki keretakan yang tidak terlalu

dalam. Dinding bata sebagai contoh selalunya ikatan di antara bata pada

dinding tidak seragam dan ini dapat dikemaskan dengan melepa pada

permukaan luar dan dalam dinding. Permukaan bata yang memerlukan kerja-

kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang

menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata

yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk

menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau

tembok yang dibina itu sendiri.

Rajah 2.1 (a) Menunjukkan aktiviti melepa yang dilakukan

Page 3: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

2.2 TUJUAN LEPAAN

Seperti kerja-kerja pembinaan yang lain, kerja-kerja melepa tembok juga

mempunyai tujuan tersendiri. Antaranya adalah:-

a. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

b. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

c. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

d. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan

lasak.

e. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

f. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan. 

Page 4: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

3.0 PERALATAN

SUDIP SPIRIT LEVEL

BALDI DULANG BANCUHAN KONKRIT

SCOPE SCOPE PANJANG

Page 5: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

4.0 BAHAN

PASIR

KAPUR

TANAH MERAH

Page 6: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

5.0 LANGKAH KERJAi. Bancuhan mortar dibuat dengan mengikut nisbah 1:1:3

(simen:tanah:pasir). Mortas dibancuh dengan menggunakan tangan.

ii.

Sementara mortar dibancuh, Encik Misno menunjukkan kawasan tembok yang

akan dilepa. Lepaan perlu bermula dari bahgian atas namun tekniknya

harus dari bawah ke atas.

iii. Setelah memulakan teknik bawah ke atas, di akhirnya haruslah tekan

sedikit lama supaya lepaan terlekat di tembok.

Page 7: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

iv. Seterusnya lepaan disambung di bahagian tepi dan bawah tembok

sehingga penuh.

v. Ketebalan mortar adalah setebal 0.5 inci.

vi. Setelah selesai melepa, lepaan harus diratakan dengan menggunakan

‘screed’.

vii. Dengan menggunakan ‘screed’, ia akan meratakan lepaan. Mana

bahagian yang terlebih akan dibuang manakala bahagian yang kurang

haus ditambah dengan mortar.

Page 8: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

viii. Akhir sekali, lepaan haruslah diratakan seingga licin.

6.0 PERBINCANGAN

Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan.

Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut

tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir

yang dibancuhkan dengan air bersih. Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen

: 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti

kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm. Manakala,

nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada

bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam

dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm). Secara teorinya begitu, namun, di

tapak bina para pekerja menambah sedikit tanah merah untuk menambah

kejelekitan mortar menjadikan nisbah 1:1:3 (simen:tanah:pasir)

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri.

Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga boleh dilakukan secara manual

iaitu lapisan demi lapisan. Namun begitu, pembaziran mortar juga boleh

berlaku sama ada dari penggunaan mesin atau secara manual. Hal ini kerana,

mortar harus dilekatkan pada tembok yang menegak. Ini amat sukar bagi

Page 9: Lawatan Tapak 2 (Melepa)

seseorang yang tidak tahu akan teknik-teknik melepa. Oleh itu, mortar untuk

melepa haruslah lebih ringan tetapi mendapat lekatan yang baik.

7.0 KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kita perlu bekerjasama, dan

kerja keras untuk melakukkan kerja melepa dinding. Kita berhati-hati daripada

lakukan kesilapan kerja-kerja yang tidak baloi. Kita perlu melakukan kerja

dengan baik supaya tidak melakukan kerja dua kali. Melepa dinding adalah

penting dengan tujuan halangan daripada cuaca dan boleh mudah kering

dengan cepat jikalau hujan. Tujuan untuk pelajar membuat lawatan ini adalah

untuk mempelajari dan memahami tanpa segan silu.

Selain itu, pekerja hendaklah bijak menguruskan bahan bahan binaan

supaya tidak membazir. Penggunaan bahan binaan hendaklah mengikut

sukatan kerja yang dikehendaki dan jangan melebihi had. Patuhilah peraturan

dan pastikan persekitaran tempat kerja bersih.