law. sambil belajar.doc

6
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KANGKONG PASIR MAS BERHAD ATURAN-ATURAN TABUNG LAWATAN SAMBIL BELAJAR 1 (1) Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan- aturan Tabung Lawatan Sambil Belajar Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad”. Tajuk (2) Aturan-aturan ini diujudkan di bawah Undang- undang Kecil 43(1) (w) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung koperasi ini. 2 Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain; Tafsiran ‘anggota’ ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad mengikut Undang- undang Kecil; ‘Aturan-aturan’ ertinya Aturan-aturan bagi koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan kepadanya dari semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung; ‘jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga koperasi ini bagi mengendalikan pentadbiran Tabung ini mengikut Undang-undang Kecil 43(2) (v); ‘koperasi’ atau ‘koperasi ini’ ertinya Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas

Upload: michelle

Post on 18-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KOPERASI ................................................................

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH

KANGKONG PASIR MAS BERHAD

ATURAN-ATURAN TABUNG LAWATAN SAMBIL BELAJAR1

(1) Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Tabung Lawatan Sambil Belajar Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad. Tajuk

(2)Aturan-aturan ini diujudkan di bawah Undang-undang Kecil 43(1) (w) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung koperasi ini.

2Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain; Tafsiran

anggota ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad mengikut Undang-undang Kecil;

Aturan-aturan ertinya Aturan-aturan bagi koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan kepadanya dari semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung;

jawatankuasa atau jawatankuasa kecil ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga koperasi ini bagi mengendalikan pentadbiran Tabung ini mengikut Undang-undang Kecil 43(2) (v);

koperasi atau koperasi ini ertinya Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad;

Lembaga ertinya badan pengelola koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-undang Kecil 33;

sumbangan ertinya pemberian hadiah kepada daripada Tabung ini;

Tabung atau Tabung ini ertinya Lawatan Sambil Belajar Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad;

Undang-undang Kecil ertinya Undang-undang kecil Koperasi Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas Berhad;

sekolah ertinya Sekolah Menengah Kangkong Pasir Mas.

3Tujuan Tabung Lawatan Sambil Belajar ini diujudkan ialah untuk mana-mana perkara seperti berikut; Tujuan

(i) Mengendalikan lawatan sambil belajar kepada anggota-anggota:(ii) Membiayai mana-mana anggota mengikuti lawatan sambil belajar.

4Kewangan bagi Tabung ini adalah diperolehi dari mana-mana sumber seperti berikut; Punca

Kewangan

(i) Keputusan mesyuarat agung koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih dari 10% dari baki keuntungan bersih koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Tabung ini, sepertimana yang diperuntukan di bawah Undang-undang Kecil 52 (1) (g);

(ii) Derma-derma dan sumbangan-sumbangan dari anggota-anggota dan bukan anggota;

5(1)Tabung lawatan sambil belajar Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 43(2) (v); Pentadbiran

Tabung

(2)Jumlah Jawatankuasa Kecil Tabung ini hendaklah seramai tidak kurang daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Lembaga;

6Tahun kewangan Tabung Kursus dan Lawatan koperasi ini hendaklah bermula pada satu baribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember. Tahun

Kewangan

7(1) Anggota-anggota koperasi ini yang sah adalah layak untuk memohon sumbangan daripada Tabung ini. Kelayakan

Memohon

(2)Anggota-anggota tidak boleh menuntut sumbangan daripada Tabung ini sebagai haknya.

8Semua permohonan untuk mendapatkan sumbangan dari Tabung ini hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Jawatankuasa. Permohonan

9Kadar sumbangan kepada pemohon-pemohon mengikut kadar yang diputuskan oleh Jawatankuasa. Kadar

Sumbangan

10(1)Borang-borang permohonan hendaklah disemak oleh Jawatankuasa. Memproses

Permohonan

(2)Jawatankuasa hendaklah memperakukan kepada Lembaga setiap permohonan.

11Semua pembayaran hendaklah dibuat secepat mungkin selepas diluluskan didalam mesyuarat jawatankuasa/Lembaga. Pembayaran

12(1)Jika kedudukan Tabung ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka lembaga hendaklah menggantung aktiviti Tabung ini sehingga kewangan itu dapat dipulihkan.Penggantungan

Sumbangan

(2)Anggota-anggota hendaklah diberi notis mengenai penggantungan atau pemulihan tabung ini.

13Akaun Tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun koperasi. Audit

14Anggota lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung anggota-anggota mengenai kegiatan Tabung Lawatan Sambil Belajar Koperasi ini serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya. Makluman

Kepada

Mesyuarat

Agung

15Jika berbangkit sebarang perselisihan faham mengenai tabung ini, maka pertikaian ini bolehlah dirujuk kepada Ketua Pendaftar.

Aturan - aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung pada _________________________________

..

( )

Pengerusi

.. ( ) ( )

Anggota Lembaga Anggota Lembaga

ATURAN-ATURAN

TABUNG LAWATAN SAMBIL BELAJARKOPERASI SEKOLAH MENENGAH

KANGKONG PASIR MAS BERHAD