latihan_perkembangan_psikososial

1
LATIHAN EMOSI 1. Sarah seorang budak 5 tahun, dia tidak boleh berkongsi alat permainan dengan kawan. Dia selalu pukul kawan dan menjerit-jerit dalam kelas. Mengikut teori emosi Erik Erikson, terangkan tahap emosinya. Jawapan : Mengikut teori emosi Erik Erikson, Sarah yang merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun berada pada tahap awal kanak-kanak (2-6 tahun). Pada tahap ini, Sarah sudah boleh menunjukkan semua emosi asas secara implusif dan agresif. Mereka akan menumbuk, menendang dan membaling sesuatu apabila berada dalam emosi marah. Contohnya, Sarah selalu pukul kawan dan menjerit-jerit dalam kelas. Mereka menunjukkan emosi seperti orang dewasa namun pada satu-satu masa mereka tidak dapat mengawal perasaan itu dan itulah yang terjadi kepada Sarah. Kebiasaannya, emosi yang dipaparkan mewakili pewakilan egosentriknya iaitu kanak-kanak pada tahap ini masih tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya memahami sesuatu itu berdasarkan apa yang dilihatnya. Kanak-kanak pada peringkat ini hanya menunjukkan emosinya kepada orang-orang tertentu sahaja. Berdasarkan soalan, Sarah menunjukkan emosinya kepada kawan. Malah, kanak-kanak juga boleh menyembunyikan perasaan mereka dan boleh melabel emosi dirinya dan emosi orang lain. 2. Cadangkan cara-cara untuk menolong Sarah mengawal emosinya. Jawapan : Cara-cara yang boleh dilakukan untuk menolong Sarah mengawal emosinya adalah dengan memberi latihan regulasi emosi untuk mengawal ledakan emosi. Contohnya, di sekolah digalakkan mengadakan satu bengkel kaunselling mengenai emosi dan cara mengawal emosi. Ibu bapa juga perlu bijak untuk melatih dan menunjukkan kawalan emosi yang baik kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, guru di sekolah perlu memberi pendedahan kepada murid tentang emosi dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti video tentang lakonan orang dalam satu situasi emosi dan kesan apabila mereka tidak dapat mengawal emosi mereka. Hal ini demikian kerana kanak-kanak akan mudah meniru apa yang dilihatnya dan mudah mengambil ikhtibar daripada perkara yang baik dan buruk.

Upload: hazim-hamid-kz

Post on 11-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan_Perkembangan_psikososial

LATIHAN EMOSI

1. Sarah seorang budak 5 tahun, dia tidak boleh berkongsi alat permainan dengan kawan. Dia selalu pukul kawan dan menjerit-jerit dalam kelas. Mengikut teori emosi Erik Erikson, terangkan tahap emosinya.

Jawapan :

Mengikut teori emosi Erik Erikson, Sarah yang merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun berada pada tahap awal kanak-kanak (2-6 tahun). Pada tahap ini, Sarah sudah boleh menunjukkan semua emosi asas secara implusif dan agresif. Mereka akan menumbuk, menendang dan membaling sesuatu apabila berada dalam emosi marah. Contohnya, Sarah selalu pukul kawan dan menjerit-jerit dalam kelas. Mereka menunjukkan emosi seperti orang dewasa namun pada satu-satu masa mereka tidak dapat mengawal perasaan itu dan itulah yang terjadi kepada Sarah. Kebiasaannya, emosi yang dipaparkan mewakili pewakilan egosentriknya iaitu kanak-kanak pada tahap ini masih tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya memahami sesuatu itu berdasarkan apa yang dilihatnya. Kanak-kanak pada peringkat ini hanya menunjukkan emosinya kepada orang-orang tertentu sahaja. Berdasarkan soalan, Sarah menunjukkan emosinya kepada kawan. Malah, kanak-kanak juga boleh menyembunyikan perasaan mereka dan boleh melabel emosi dirinya dan emosi orang lain.

2. Cadangkan cara-cara untuk menolong Sarah mengawal emosinya.

Jawapan :

Cara-cara yang boleh dilakukan untuk menolong Sarah mengawal emosinya adalah dengan memberi latihan regulasi emosi untuk mengawal ledakan emosi. Contohnya, di sekolah digalakkan mengadakan satu bengkel kaunselling mengenai emosi dan cara mengawal emosi. Ibu bapa juga perlu bijak untuk melatih dan menunjukkan kawalan emosi yang baik kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, guru di sekolah perlu memberi pendedahan kepada murid tentang emosi dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti video tentang lakonan orang dalam satu situasi emosi dan kesan apabila mereka tidak dapat mengawal emosi mereka. Hal ini demikian kerana kanak-kanak akan mudah meniru apa yang dilihatnya dan mudah mengambil ikhtibar daripada perkara yang baik dan buruk.