latihan_1_penggal_2

3
1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan peruntukan asal dan peruntukan pindaan selepas Kajian Separuh Penggal Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi program-program Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian pada tahun 2001 hingga 2005. Malaysia mempunyai potensi positif untuk mencapai status Negara Perindustrian Baru (NIC) pada akhir 1990-an, namun krisis ekonomi pada akhir 1997 menyebabkan kerajaan membuat perubahan dasar kewangan dan peruntukan perbelanjaan negara. Peruntukan keseluruhan perbelanjaan negara bagi sesi 2001-2005 adalah sebanyak RM89.98 bilion dan dijangka bertambah sebanyak 38.5%. Peruntukan asal yang telah diluluskan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar ialah sebanyak RM33.92 bilion dan bertambah sebanyak RM17.4 bilion apabila kerajaan membuat pindaan terhadap peruntukan sedia ada. Sebahagian besar peruntukan telah diagihkan kepada pembangunan tanah dan wilayah dan juga pembangunan produk kampung yang masing- masing mendapat peruntukan asal sebanyak RM7.97 bilion dan RM9.04 bilion, dan setelah peruntukan dipinda, jumlah masing-masing meningkat kepada RM11.77 bilion dan RM13.64 bilion. Kerajaan menitikberatkan aspek latihan dan pendidikan dalam pembangunan negara dan menetapkan peruntukan asal untuk khidmat sokongan berjumlah RM3.97 bilion dan apabila pindaan peruntukan dibuat jumlahnya telah berubah kepada 13.0%. Program-program lain juga diberi perhatian supaya pembangunan negara berkembang pesat dengan peruntukan asal sebanyak 11.91% dan menokok kepada RM5.94 bilion selepas peruntukan pindaan dibuat. Pertanian dan pembangunan luar bandar yang diberi perhatian khusus ialah perhutanan, perikanan dan ternakan dengan jumlah peruntukan selepas dipinda dengan setiap sektor berkenaan ialah RM4.11 bilion, RM4.03 bilion dan RM5.16 bilion, berbanding peruntukan asal yang berjumlah 12.12%, perikanan berjumlah RM2.53 bilion manakala ternakan pula berjumlah RM2.26 bilion. Peruntukan perbelanjaan kerajaan Persekutuan terpaksa dipinda untuk menjana pertumbuhan ekonomi, selain untuk menggalakkan pengeluaran hasil kelapa sawit dipelbagaikan untuk tujuan komersial seterusnya kadar eksport negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005)

Upload: leow-jing-hui

Post on 29-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

1Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan peruntukan asal dan peruntukan pindaan selepas Kajian Separuh Penggal Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi program-program Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian pada tahun 2001 hingga 2005.

Malaysia mempunyai potensi positif untuk mencapai status Negara Perindustrian Baru (NIC) pada akhir 1990-an, namun krisis ekonomi pada akhir 1997 menyebabkan kerajaan membuat perubahan dasar kewangan dan peruntukan perbelanjaan negara.

Peruntukan keseluruhan perbelanjaan negara bagi sesi 2001-2005 adalah sebanyak RM89.98 bilion dan dijangka bertambah sebanyak 38.5%. Peruntukan asal yang telah diluluskan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar ialah sebanyak RM33.92 bilion dan bertambah sebanyak RM17.4 bilion apabila kerajaan membuat pindaan terhadap peruntukan sedia ada.

Sebahagian besar peruntukan telah diagihkan kepada pembangunan tanah dan wilayah dan juga pembangunan produk kampung yang masing-masing mendapat peruntukan asal sebanyak RM7.97 bilion dan RM9.04 bilion, dan setelah peruntukan dipinda, jumlah masing-masing meningkat kepada RM11.77 bilion dan RM13.64 bilion.

Kerajaan menitikberatkan aspek latihan dan pendidikan dalam pembangunan negara dan menetapkan peruntukan asal untuk khidmat sokongan berjumlah RM3.97 bilion dan apabila pindaan peruntukan dibuat jumlahnya telah berubah kepada 13.0%. Program-program lain juga diberi perhatian supaya pembangunan negara berkembang pesat dengan peruntukan asal sebanyak 11.91% dan menokok kepada RM5.94 bilion selepas peruntukan pindaan dibuat.

Pertanian dan pembangunan luar bandar yang diberi perhatian khusus ialah perhutanan, perikanan dan ternakan dengan jumlah peruntukan selepas dipinda dengan setiap sektor berkenaan ialah RM4.11 bilion, RM4.03 bilion dan RM5.16 bilion, berbanding peruntukan asal yang berjumlah 12.12%, perikanan berjumlah RM2.53 bilion manakala ternakan pula berjumlah RM2.26 bilion.

Peruntukan perbelanjaan kerajaan Persekutuan terpaksa dipinda untuk menjana pertumbuhan ekonomi, selain untuk menggalakkan pengeluaran hasil kelapa sawit dipelbagaikan untuk tujuan komersial seterusnya kadar eksport negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005)

2Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengeluaran produk kayu kayan yang utama di negeri Pahang antara tahun 1997 hingga 2001.

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan antara negeri di Malaysia yang banyak mengeluarkan produk yang bersumberkan kayu-kayan. Hal ini adalah kerana negerinya yang luas dan banyak lagi kawasan hutan yang belum diterokai.

Bermula dari tahun 1997 hingga 2001, jumlah pengeluaran produk kayu-kayan yang utama seperti kayu balak adalah berjumlah 10,472,530 meter padu, kayu gergaji sebanyak 4,585,176 meter padu, papan lapis sebanyak 664,026 meter padu, Venir sebanyak 51,177 meter padu dan kayu kumai sebanyak 1,999,690 meter padu.

Produk yang berupa kayu balak adalah yang paling banyak dikeluarkan untuk kelima-lima tahun tersebut. Pada tahun 1997, pengeluarannya adalah berjumlah 2,862,507 meter padu dan penurunan sebanyak 747,618 meter padu untuk tahun 1998. Pada tahun 1999, terdapat sedikit peningkatan iaitu pengeluarannya adalah sebanyak 2,326,912 meter padu. Untuk tahun 2000 dan 2001, pengeluaran produk ini mula menurun kepada 1,706,176 meter padu dan 1,462,046 meter padu.

Pengeluaran produk daripada kayu gergaji pula menunjukkan pola turun naik dari setahun ke setahun, sebagai contohnya, pada tahun 1997, pengeluarannya adalah sebanyak 1,229,490 meter padu dan menurun sebanyak 507,779 meter padu untuk tahun 1998. Pada tahun 1999, jumlahnya meningkat pula sebanyak 222,214 meter padu, tetapi sebaliknya pada tahun 2000 jumlah pengeluarannya menurun pula kepada 928,675 meter padu dan terus menurun untuk tahun seterusnya.

Bagi pengeluaran produk papan lapis, pengeluarannya boleh dikatakan berlaku penurunan juga iaitu pada tahun 1997, jumlahnya adalah sebanyak 179,038 meter padu dan menurun kepada 125,424 meter padu untuk tahun 1998, tetapi untuk tahun seterusnya ada sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 15,936 meter padu. Pada tahun 2000 dan 2001, jumlah pengeluarannya masing-masing terus menurun kepada 122,611 meter padu dan 95,593 meter padu.

Pengeluaran produk venir pula menunjukkan seolah-olah tidak banyak permintaan, iaitu pada tahun 1997, pengeluarannya cuma sebanyak 502 meter padu sahaja, tetapi berlaku peningkatan yang mendadak pada tahun 1998 sebanyak 4,193 meter padu dan terus meningkat sebanyak 1,033 meter padu pada tahun 1999. Pada tahun 2000, permintaannya meningkat secara mendadak kepada 24,681 meter padu tetapi menurun semula pada tahun 2001 sebanyak 9,110 meter padu.

Pengeluaran produk kayu kumai pula menampakkan hasil pengeluaran yang hampir stabil setiap tahun. Pengeluaran yang paling tinggi adalah pada tahun 2001 iaitu sebanyak 1,341,307 meter padu, sedangkan tahun sebelumnya kurang sebanyak 1,143,031 meter padu. Pada tahun 1998, jumlah pengeluarannya adalah agak tinggi sedikit iaitu meningkat sebanyak 34,217 meter padu berbanding tahun sebelumnya, hanya berjumlah 126,354 meter padu, begitulah juga pada tahun 1999, yang menunjukkan peningkatan pengeluaran berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai kesimpulannya, permintaan produk hasil kayu-kayan nampaknya sentiasa meningkat. Untuk itu, pihak kerajaan perlu memastikan pengeluaran kayu-kayan ini terkawal demi generasi akan datang.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,Laporan Perangkaan Alam Sekitar Malaysia, 2002)