latihan stimulasi 1

2
LATIHAN STIMULASI BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1 Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Banyak penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang persengketaan. Persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambahan pula, aspek perpaduan dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberikan impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. 1. Apakah takrifan ampuh berdasarkan petikan tersebut? _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ ______________ 2. Apakah persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas? _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _______________ Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di Malaysia. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada pemupukan, penghayatan, dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, dan rela serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan Negara. Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral merangkumi aspek diri, keluarga, alam sekitar, PRA-U SMK SEMERAH 2014

Upload: mak-long-intan

Post on 16-Aug-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan stimulasi 1

LATIHAN STIMULASI BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Banyak penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang persengketaan. Persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambahan pula, aspek perpaduan dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberikan impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

1. Apakah takrifan ampuh berdasarkan petikan tersebut?

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Apakah persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di Malaysia. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada pemupukan, penghayatan, dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, dan rela serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan Negara. Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral merangkumi aspek diri, keluarga, alam sekitar, patriotism, hak asasi manusia, demokrasi, dan keamanan, serta keharmonian.

1. Apakah maksud demokrasi?

2. Apakah tumpuan yang diberikan oleh mata pelajaran ini?

3. Pada pendapat anda, mengapakah mata pelajaran ini diajarkan kepada murid bukan beragama Islam? Jelaskan.

PRA-U SMK SEMERAH 2014