latihan nilai

10
Kata Kunci Nilai Membaca buku sambil menunggu bas menghargai masa Memberi yang syiling baki wang sakunya membantu Mengucapkan terima kasih berbudi bahasa Beratur sebelum menaiki bas berdisiplin Murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu bertimbang rasa Membuang sampah melalui tingkap bas menjaga kebersihan persekitaran Kita perlulah menghargai masa dengan mengisi masa lapang dengan barang berfaedah. Selain itu kita patutlah membantu orang yang dalam kesusahan. Seterusnya, kita hendaklah berbudi bahasa dengan mengucap terima kasih at pertolongan yang diberi. Selanjutnya, kita mestilah berdisiplin semasa menaiki bas dan bertimbang rasa dengan memberi keutamaan kepada yang lemah. Akhirnya, kita wajarlah menjaga kebersihan persekitaraan dengan membuang sampah ke tong sampah yang tersedia.

Upload: long-winnie

Post on 05-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM UPSR

TRANSCRIPT

Kata KunciNilaiMembaca buku sambil menunggu bas menghargai masaMemberi yang syiling baki wang sakunyamembantuMengucapkan terima kasihberbudi bahasaBeratur sebelum menaiki basberdisiplinMurid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulubertimbang rasaMembuang sampah melalui tingkap basmenjaga kebersihan persekitaran

Kita perlulah menghargai masa dengan mengisi masa lapang dengan barang yang berfaedah. Selain itu kita patutlah membantu orang yang dalam kesusahan. Seterusnya, kita hendaklah berbudi bahasa dengan mengucap terima kasih atas pertolongan yang diberi. Selanjutnya, kita mestilah berdisiplin semasa menaiki bas dan bertimbang rasa dengan memberi keutamaan kepada yang lemah. Akhirnya, kita wajarlah menjaga kebersihan persekitaraan dengan membuang sampah ke tong sampah yang tersedia.

HuraianNyatakan nilai murni :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah._______________

Raju akan menggosok giginya sebelum tidur_______________

Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah._______________

Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung._______________

Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan._______________

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat._______________

Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri._______________

Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,_______________

Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu._______________

Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang._______________

Jawapan :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah.membantu

Raju akan menggosok giginya sebelum tidurmenjaga kebersihan diri

Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah.berdisiplin / bertatatertib

Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung.berjimat-cermat

Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.menjaga keselamatan diri

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.cinta akan negara / semangat patriotik

Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.berdikari

Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,berterima kasih / bersyukur

Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu.berkerjasama

Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.rajin

Jawapan :

1.Murah hati

2.Menjaga kebersihan dusun

3.Berusaha mencari jalan penyelesaian

4.Membantu jiran

5.Semangat kejiranan

6.Menghargai nyawa

7.Bersikap rendah diri

8.bersikap murah hati

9.mengeratkan hubungan persaudaraan

10.berjimat-cermat

Nyatakannilai murniyang terdapat dalam pernyataan di bawah :1.Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim.Nilai murni : ___________________2.Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup subur.Nilai murni : ___________________3.Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya.Nilai murni : ___________________4.Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki.Nilai murni : ___________________5.Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka.Nilai murni : ___________________6.Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam kereta.Nilai murni : ___________________7.Cindy tidak bersikap sombong apabila memenangi pertandingan menyanyi itu.Nilai murni : ___________________8.Pakcik Ling suka menderma kepada orang yang susah.Nilai murni : ___________________9.Kami menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah nenek.Nilai murni : ____________________10.Kami menyimpan duit angpau kami di dalam bank untuk kegunaan masa depan.Nilai murni : _____________________

HURAIANNilai Murni

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.

Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

Mereka membaca buku di perpustakaan.

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.

Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jawapan :

ContohNilai Murni

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.adil / saksama

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.baik hati

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.baik hati

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.baik hati

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.bekerjasama / bergotong-royong

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.berdikari

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.berdikari

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.berdisiplin / bertatatertib

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.berdisiplin / bertatatertib

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.berhati-hati / berwaspada / cermat

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.berjimat-cermat

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.berjimat-cermat

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.berjimat-cermat

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.berjimat-cermat

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.bersopan / beradab / berbudi bahasa

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.cekal / keazaman / berazam

Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.cinta akan negara / semangat patriotik

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.cinta akan negara / semangat patriotik

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.cinta akan negara / semangat patriotik

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.cinta ilmu

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.hormat, taat

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.patuh

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.keberanian / berani

Suria mencuci basikalnya yang kotor.Kebersihan

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.kejujuran / jujur

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.kejujuran / jujur

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.kerajinan / rajin / ringan tulang

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.kerajinan / rajin / ringan tulang

Mereka membaca buku di perpustakaan.kerajinan / rajin / ringan tulang

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.menghormati

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.patuh, menghormati guru

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.menjaga kebersihan persekitaran

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.menjaga kesihatan

Sara suka makan makanan yang berkhasiat.menjaga kesihatan

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.peka kepada isu-isu sosial

Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.prihatin

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.prihatin

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.sabar

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.semangat kejiranan

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.semangat kejiranan

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.toleransi / bertolak ansur