latihan-industri

48
201 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA LATIHAN INDUSTRI

Upload: muhd-shahir-salleh

Post on 18-Dec-2014

125 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan-Industri

201

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI SAINS KOMPUTERDAN

TEKNOLOGI MAKLUMATUNIVERSITI MALAYA

LATIHAN INDUSTRI

Page 2: Latihan-Industri

203

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATIHAN INDUSTRIFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIVERSITI MALAYA

1. PENGENALAN

Latihan Industri FSKTM merupakan satu program latihan yang diwajibkankepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Maklumat dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,Universiti Malaya. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan dan membukaminda pelajar mengenai operasi dan aktiviti sebenar di tempat kerja.

Melalui Latihan Industri, pelajar dapat melihat bagaimana konsep-konsep sainskomputer dan teknologi maklumat yang dipelajari di universiti bolehdipraktikkan di dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuahorganisasi. Ia juga akan mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiranyang diperlukan oleh pelajar terutamanya di bawah bimbingan professionaldari industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri memainkanperanan sebagai titik persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itumencebur diri dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan bidang yangdipilih.

Buku panduan ini dihasilkan dengan tujuan untuk menjadi rujukan danpanduan kepada Jawatankuasa Latihan Industri, organisasi/syarikat, penyeliasyarikat, penyelia Fakulti dan pelajar. Ianya menyediakan garis panduanberkaitan dengan fungsi atau peranan yang perlu dimainkan oleh kesemuapihak yang terlibat dengan Latihan Industri, skop latihan yang diperlukan sertacara penilaian yang dilaksanakan.

2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi/syarikatyang berkaitan dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat dalamjangkamasa yang ditetapkan untuk mendapatkan pengalaman sebenardengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti.

3. MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Matlamat Latihan Industri ialah untuk membolehkan pelajar mendapatpengalaman di organisasi/syarikat yang berkaitan selaras dengan hasratFakulti melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagimemenuhi keperluan semasa negara.

Page 3: Latihan-Industri

204

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

4. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

a. Membentuk pelajar menjadi seorang graduan cemerlang yangsentiasa berfikiran terbuka, berinovasi, bijak berkomunikasi danberdaya-saing,

b. Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar proses pengoperasian,pembangunan dan pengurusan di tempat kerja,

c. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri sebagai ahli projekdi dalam menyiapkan sesuatu tugasan atau pembangunan projekdi dalam jangka waktu yang telah ditetapkan,

d. Memberi pengalaman kepada pelajar mempelajari teknikmenyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bekerja dan mampumenyumbang buah fikiran yang bermutu kepada organisasi,

e. Membolehkan pelajar dan Universiti mendapat pendedahankepada sistem dan teknologi terkini yang sedang digunakan olehorganisasi luar,

f. Memberi peluang kepada organisasi dan industri melatih sertamengenalpasti kewibawaan bakal graduan universiti tempatan,

g. Mendapat maklum balas untuk pemantauan kualiti kursus di Fakulti,dan

h. Memotivasikan pelajar untuk memperbaiki pencapaian akademikselepas menjalani Latihan Industri.

5. PERLAKSANAAN

5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti Sains Komputer danTeknologi Maklumat

Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM dilantik oleh Dekan untuk satu tempohtertentu. Ianya terdiri daripada beberapa orang wakil dari setiap jabatan diFakulti dan diketuai oleh seorang Penyelaras.

Tugas Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM ialah untuk :

a. Merancang, melaksana dan menyelaras program Latihan Industri.

b. Menyediakan garis panduan dan maklumat berkaitan melalui laman web

c. Menyelaraskan program Latihan Industri di Fakulti dengan Unit LatihanIndustri Universiti Malaya.

d. Menyiapkan skop latihan atau bidang tugas Latihan Industri untukpanduan pelajar dan makluman majikan serta penyelia.

e. Memaklumkan kepada ULIP cara penempatan pelajar bagi LatihanIndustri adalah mengikut prosedur 2b.

Page 4: Latihan-Industri

205

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

f. Mengenalpasti pelajar yang akan menjalani Latihan Industri danmemastikan mereka mendaftar.

g. Menghantar Borang 2b kepada ULIP sebulan sebelum Latihan Industribermula.

h. Memastikan syarat Latihan Industri yang ditetapkan dalam kurikulumdipatuhi.

i. Memberi taklimat kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.

j. Mengenalpasti/memperakukan organisasi yang sesuai untukpenempatan pelajar.

k. Memastikan pelajar menghantar Borang 1 (Lampiran I), resume (LampiranII) dan keputusan peperiksaan kepada Jawatankuasa Latihan IndustriFSKTM.

l. Memastikan pelajar mendapat insurans (Lampiran III), borangpengesahan Latihan Industri (Lampiran IV), borang penilaian kendiri(Lampiran V) dan surat pengesahan (Lampiran VI) dari ULIP.

m. Mengiklan, mempromosi dan menggalakkan pelajar menghadiri programpersediaan yang dikendalikan oleh ULIP.

n. Menghantar dan memantau pelajar di organisasi/syarikat semasamenjalani Latihan Industri.

o. Melantik pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumatsebagai Penyelia Fakulti untuk menyelia setiap pelajar yang menjalaniLatihan Industri.

p. Memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar semasa menjalani LatihanIndustri.

q. Membina dan mengemaskini kaedah penilaian.

r. Mengagih pensyarah fakulti sebagai penyelia kepada pelajar.

s. Mengumpul, menyemak, menyelaras serta mengemukakan keputusanLatihan Industri pelajar kepada Timbalan Dekan (Akademik).

t. Menerima serta menganalisis maklumbalas daripada penyelia diorganisasi/syarikat.

5.2 Waktu Latihan Industri

Pelajar yang layak diwajibkan menjalani Latihan Industri pada TAHAP 2 SE-MESTER 2 mulai bulan Febuari selama tempoh yang dinyatakan di bawahbagi ambilan yang berkenaan.

Page 5: Latihan-Industri

206

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Dalam kes-kes tertentu, Dekan boleh memperakukan pelajar untuk memulakanLatihan Industri pada waktu-waktu selain daripada bulan Febuari.

5.3 Kelayakan Pelajar

Latihan Industri diwajibkan kepada semua pelajar tahap 2 yang telahdisenaraikan layak ke semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer danIjazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat sebagai salah satu keperluanpengijazahan Ijazah Sarjana Muda mereka.

Pelajar-pelajar:

a. Wajib lulus sekurang-kurangnya gred C bagi kesemua kursus teras wajibfakulti tahap 1,

b. Telah mengambil kesemua kursus teras wajib fakulti tahap 2,

c. Wajib menjalani Latihan Industri sebelum mendaftar untuk Projek IlmiahTahap Akhir 1,

d. Latihan Industri akan diambilkira dalam pengiraan jumlah jam kreditmaksimum yang boleh diambil oleh seseorang pelajar. Justeru itu :

i. Pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya PNG 2.5 dan ke atas,dibenarkan mendaftar untuk 4 subjek dan Latihan Industri,

ii. Pelajar yang memperolehi PNG tidak kurang dari 2.0 tetapi tidakmelebihi 2.5, dibenarkan mendaftar untuk 3 subjek dan LatihanIndustri, dan

iii. Pelajar di bawah pemerhatian, dibenar mengambil 2 subjek danLatihan Industri.

e. Tidak dibenarkan menangguh Latihan Industri ke semester terakhir tempohpengajian mereka jika mereka memenuhi syarat kelayakan yangditetapkan.

Ambilan Kod Jam Kredit Tempoh (Minggu)

1998/1999 WXES2190 9 18

1999/2000 WXES2190 9 18

2000/2001* WXES2191 10 20

2001/20022002/2003

WXES2192 8 162003/2004dan seterusnya

* Pelajar ambilan 2000/2001 dikehendaki menjalani Latihan Industri di akhir pengajian

Page 6: Latihan-Industri

207

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.4 Jenis Organisasi/Syarikat

Sebagai langkah untuk memastikan organisasi/syarikat yang menawarkanLatihan Industri berupaya memberi latihan yang bersesuaian dengan bidangsains komputer dan teknologi maklumat, Fakulti telah menetapkan beberapakriteria yang perlu dipenuhi oleh mana-mana organisasi/syarikat yangberminat, iaitu :

a. Mana-mana organisasi/syarikat di luar Universiti Malaya yang fungsiorganisasinya adalah berkaitan dengan sektor teknologi maklumat(pembangunan sistem atau alatan dan rangkaian teknologi maklumat)

b. Organisasi di dalam Universiti Malaya yang dibenarkan ialah mana-manaunit atau pusat pentadbiran selain daripada fakulti-fakulti, dan berkaitandengan pembangunan sektor teknologi maklumat.

c. Bagi organisasi/syarikat yang beroperasi di luar negara, seperti negaraASEAN, perlu mendapat kebenaran Dekan terlebih dahulu tetapi ianyatidak digalakkan.

d. Organisasi/syarikat tidak wajib menyediakan elaun atau saguhati kepadapelajar

e. Organisasi/syarikat mesti menawarkan waktu kerja dan suasana kerjayang formal sahaja. Kerja malam, teleworking, virtual office dansebagainya, tidak dibenarkan.

f. Organisasi/syarikat menawarkan Latihan Industri yang berorientasikanpengaturcaraan, pengendalian sistem rangkaian, merekabentuk danmembangunkan sistem dan seumpamanya sahaja. Kerja-kerja yanghanya menjurus kepada penjualan, pentadbiran, pengajaran danseumpamanya, tidak dibenarkan.

g. Beberapa organisasi/syarikat telah mengesahkan kesanggupan untukmenerima pelajar bagi Latihan Industri. Nama dan alamat organisasi /syarikat ini akan diumumkan kepada pelajar melalui notis di papankenyataan, papan notis elektronik dan laman Web Latihan Industri.

5.5 Skop Latihan

Organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan Industri kepada pelajar mestilahberupaya untuk melatih mereka dalam aspek sains komputer dan teknologimaklumat secara praktikal. Bidang tugas yang disyorkan adalah :

a. Menjadi ahli projek pembangunan sistem, menjalankan kajian kesesuaian,analisis, rekabentuk, pemasangan, senggaraan dan penilaian.

b. Melakukan penyelesaian masalah dan pengaturcaraan dalampembinaan sistem pengurusan maklumat, capaian web, kawalan sistemrangkaian dan penyelidikan serta pembangunan.

Page 7: Latihan-Industri

208

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

c. Menjalankan analisis, rekabentuk dan implementasi menggunakanperalatan dan teknologi terkini untuk tujuan peningkatan kualiti danproduktiviti.

Di samping itu juga, organisasi/syarikat mempunyai tanggungjawab untukmemberi peluang bagi pelajar mendapatkan pengalaman menjadikakitangan cemerlang serta berupaya untuk :

a. Berkomunikasi dengan baik serta berhemah,b. Berdikari, danc. Berinovasi

5.6 Peranan Pelajar

a. Mengenalpasti dan memohon terus kepada organisasi/syarikat yangbersesuaian bagi mendapatkan tempat latihan dan memaklumkankepada Jawatankuasa Latihan Industri untuk diperakukan.

b. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Latihan Industri jika gagalmendapat tempat latihan dan bersedia menerima tempat latihan industriyang ditentukan oleh Jawatankuasa Latihan Industri.

c. Menghadiri taklimat mengenai Latihan Industri.

d. Menghadiri satu bengkel dan satu ceramah korporat anjuran ULIPsebelum ke Latihan Industri.

e. Menghantar Borang 1, resume dan keputusan peperiksaan kepadaJawatankuasa Latihan Industri FSKTM.

f. Memilih satu tempat Latihan Industri sahaja.

g. Mendapatkan insurans, Borang Pengesahan Latihan Industri, BorangPenilaian Kendiri dan surat pengesahan dari ULIP.

h. Mengemaskini dan memulangkan Borang LI1 (Lampiran VII) ke Unit LIdalam tempoh 1 bulan setelah berada di tempat Latihan Industri.

i. Menghantar Borang Penilaian Kendiri ke ULIP selepas tamat LatihanIndustri.

j. Mematuhi skop latihan yang dikehendaki.

k. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditentukan olehorganisasi/syarikat di bawah penyeliaan seorang Penyelia Syarikat.

l. Mematuhi segala peraturan di organisasi/syarikat selagi tidak bercanggahdengan peraturan Universiti.

m. Sentiasa bersikap positif seta memberi sumbangan yang terbaik bagimembuktikan yang mereka adalah aset kepada organisasi/syarikat.

Page 8: Latihan-Industri

209

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

n. Menjaga nama baik Universiti.

o. Menghubungi Penyelia Fakulti dengan segera sekiranya menghadapisebarang masalah.

p. Membuat catatan aktiviti yang dilaksanakan di dalam buku log, menulislaporan Latihan Industri dan melaksanakan tugas lain sebagaimana yangdiarahkan.

q. Berada di tempat latihan dan membuat pembentangan tidak formal ataudemonstrasi sistem/alatan yang telah digunakan/dipelajari semasalawatan Penyelia Fakulti.

r. Menunjukkan buku log untuk disemak oleh Penyelia Fakulti semasalawatan.

s. Menghubungi Penyelia Fakulti yang dilantik terutamanya ketika proseslawatan yang bakal diadakan. Nama Penyelia Fakulti akan diumumkanmelalui laman Web Latihan Industri dalam masa sebulan sebelum tarikhlawatan.

5.7 Peranan Penyelia Fakulti

a. Memastikan pelajar menjalani Latihan Industri selaras dengan objektifyang ditetapkan.

b. Menetapkan jadual lawatan berpandukan kepada kalendar LatihanIndustri untuk semester berkenaan.

c. Melakukan lawatan ke organisasi/syarikat untuk membuat penyelarasanbidang tugas, memberi bimbingan, penyeliaan dan membuat penilaiandengan menggunakan Borang Penilaian Penyelia Fakulti (LI4) (LampiranVII) ke atas pelajar serta berjumpa dengan penyelia organisasi/syarikat.

d. Membantu menyelesaikan masalah pelajar yang berkaitan denganbidang tugas.

e. Meneliti buku log pelajar semasa lawatan.

f. Menyemak serta menilai laporan pelajar.

g. Mengagihkan dan mendapatkan kembali Borang Penilaian PenyeliaSyarikat (LI3)(Lampiran VII).

h. Menyelaraskan pemarkahan serta menyerahkan Borang Pemarkahan(LI5) (Lampiran VII) kepada Jawatankuasa Latihan Industri.

i. Menyiapkan laporan penyeliaan dan penilaian serta memberi sarananuntuk memperbaiki program Latihan Industri akan datang.

Page 9: Latihan-Industri

210

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

5.8 Peranan Organisasi/Syarilat

a. Mengenalpasti jumlah pelajar yang diperlukan, pengkhususan, sertaspesifikasi kerja.

b. Melantik mana-mana pegawainya sebagai Penyelia Syarikat kepadapelajar sepanjang tempoh pelajar menjalani Latiha Industri,

c. Menentukan kerja pelajar mengikut skop latihan yang dicadangkan olehUniversiti.

d. Memberi pendedahan yang sesuai supaya pelajar mendapatpengalaman berguna.

e. Menyediakan kemudahan yang berkaitan dengan tugas yang diberikankepada pelajar.

f. Mempertimbangkan pemberian elaun yang berpatutan kepada pelajaryang menjalani Latihan Industri

g. Memberi maklumbalas kepada Jawatankuasa latihan Industri mengenailatihan yang telah diberikan.

5.9 Peranan Penyelia Syarikat

a. Menyelia pelajar sepanjang tempoh Latihan Industri,

b. Berjumpa dengan Penyelia Fakulti serta membuat laporan penilaianpelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Penyelia Syarikat (LI3)pada akhir tempoh Latihan Industri serta mengemukakannya kepadaFakulti.

c. Meneliti serta menandatangani Buku Log setiap penghujung bulan ataupada jangka masa yang telah dipersetujui oleh Penyelia berkenaan.

d. Menyemak laporan pelajar sebelum ianya diserahkan kepada Fakulti.

Page 10: Latihan-Industri

211

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.10 Proses Penempatan Pelajar

The Industrial Training Committee will provide a briefing onIndustrial Training to the students

Student are required to attend one corporate seminar andone workshop held by CITRA

Student will take the confirmation form from the Faculty

Student apply for Industrial Training placement on their own

Student inform Faculty their Industrial Training place or if they are unableto get any placement then they should inform about the status

The Industrial Training Committee will select the place if the studentget more than one placement offer

Student registers for Industrial Training at the beginning of the semester

Student registers online via the FCSIT Industrial Training website

Student obtain insurance policy and self evaluation form from CITRA

Student start Industrial Training (report company suitability within 2 weeks)

Supervisor visit the student (Week 10–16)

Student complete the Industrial Training

Student submit self evaluation form to CITRA

Student send report the Faculty Supervisor in three weeks time aftertheir Industrial Training Completion

Page 11: Latihan-Industri

212

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

6. PENILAIAN

6.1 Tujuan Penilaian

Tujuan penilaian ialah untuk :

a. Mengukur prestasi kerja/ latihan dan mutu penghasilan pelajar,

b. Menilai perkembangan sahsiah pelajar, dan

c. Membimbing pelajar.

6.2 Kriteria Penilaian Pelajar

a. Penilaian prestasi kerja meliputi aspek:

i. Pengetahuan mengenai kerja dan keseluruhan kerja

ii. Mutu proses kerja.

iii. Ketetapan masa menghasilkan kerja

iv. Kualiti kerja

v. Kuantiti kerja

vi. Daya usaha

vii. Daya kreatif dan inovasi

viii. Pengetahuan mengenai syarikat dan pengetahuan am

ix. Penyediaan Buku Log

x. Persembahan di syarikat

b. Penilaian perwatakan pelajar meliputi aspek:

i. Dedikasi

ii. Kerjasama

iii. Disiplin

iv. Dayasaing

v. Tanggungjawab

vi. Kesediaan mendengar

vii. Komunikasi

viii. Interaksi

ix. Kejujuran dan keikhlasan

x. Kebolehan membuat keputusan

xi. Berdikari

xii. Pakaian

Page 12: Latihan-Industri

213

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

6.3 Kaedah Penilaian

Penilaian dilakukan pada 2 peringkat iaitu di organisasi/syarikat dan melaluipenyediaan sebuah laporan. Kesemua penilaian dilakukan denganmenggunakan borang penilaian (Lampiran VII) yang telah disediakan olehJawatankuasa Latihan Industri. Pengagihan markah bagi keseluruhan LatihanIndustri ialah :

a. 30% - Penilaian Penyelia Fakulti – Borang LI2

b. 30% - Penilaian Penyelia Syarikat – Borang LI3

c. 40% - Penilaian Laporan oleh Penyelia Fakulti – Borang LI4

6.4 Penentuan Keputusan Pelajar

a. GAGAL atau LULUS (tanpa gred) sahaja yang akan dicatat dalamtranskrip.

b. Tidak dikira di dalam pengiraan PNGK tetapi WAJIB LULUS.

c. Wajib lulus kedua-dua bahagian yang dinilai, iaitu :

i. Di tempat latihan - 60%

ii. Laporan - 40%

d. Pelajar akan dikira GAGAL jika:

i. Bertukar-tukar tempat Latihan Industri tanpa mendapat kelulusanPenyelaras Jawatankuasa Latihan Industri

ii. Tidak menjalani Latihan Industri dalam tempoh masa yang telahditetapkan.

iii. Tidak berada di organisasi/syarikat ketika lawatan Penyelia Fakultitanpa sebab yang munasabah setelah temujanji dibuat dandimaklumkan kepada pelajar

iv. Tidak menghantar laporan pada tarikh yang telah ditetapkan

v. Diadukan mempunyai masalah disiplin di organisasi/syarikat sepertikedatangan yang kurang memuaskan, bersikap sambil-lewa, tidakmelapor diri dan sebagainya. Perkara ini akan disiasat dan sekiranyabenar, akan di anggap GAGAL.

7. PENYEDIAAN BUKU LOG

a. Setiap pelajar diwajibkan menyediakan sebuah buku log mengikut formatyang disediakan untuk mencatat segala aktiviti dan kegiatan harian diorganisasi/syarikat.

b. Buku log tidak semestinya sebuah buku.

Page 13: Latihan-Industri

214

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

c. Buku log hendaklah disediakan dalam bentuk helaian kertas seperti formatdi bawah dengan mencatatkan tarikh dan aktiviti harian.

TARIKH AKTIVITIKOMEN PENYELIA

SYARIKAT

d. Pastikan Penyelia Syarikat meneliti serta menandatangani buku log inisetiap penghujung bulan atau pada jangka masa yang telah dipersetujuioleh Penyelia berkenaan.

e. Buku log juga wajib ditunjukkan kepada Penyelia Fakulti yang membuatlawatan.

8. PENYEDIAAN LAPORAN

a. Laporan hendaklah disediakan mengikut format yang telah ditetapkan.Sila rujuk kepada laman Web Latihan Industri untuk mendapatkanpanduan menulis laporan (Lampiran VIII).

b. Laporan perlu disemak oleh Penyelia Syarikat untuk memastikan kesahihanmaklumat sebelum diserahkan kepada Penyelia Fakulti

c. Laporan hendaklah diserahkan kepada Penyelia Fakulti tiga mingguselepas tamat Latihan Industri.

d. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Penyelia Fakulti dan satusalinan lagi kepada organisasi/syarikat melalui Penyelia Syarikat.

9. PENUTUP

Melalui program Latihan Industri, pihak Fakulti dan Universiti amat berharapagar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan peluang yang disediakan untukmeningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri sebelum melangkah ke alamkerjaya.

Page 14: Latihan-Industri

215

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Borang 1A

Latihan Industri Sarjana Muda FSKTM UM

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMATUNIVERSITI MALAYA

PENGESAHAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : SESI

Nama Pelajar :

No. Kad Matrik Pelajar :

Email Pelajar : No. Telefon :

Tarikh Mula dan Akhir Latihan : sehingga

Nama Syarikat/Organisasi :

Alamat :

Penyelia Latihan Di Syarikat :

Pangkat : No. Telefon :

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

• Pelajar diwajibkan mengembalikan borang ini bersama salinan surattawaran kepada alamat yang tertera di bawah dengan seberapa segera.Kegagalan membuat demikian akan menjejaskan program Latihan Industripelajar dan pelajar akan dianggap sebagai tidak hadir di tempat latihanyang diperuntukkan.

* Sila kembalikan borang ini kepada :

Pejabat Am AnnexeFakulti Sains Komputer & Teknologi MaklumatUniversiti Malaya

Borang ini mesti dihantar selewat-lewatnya seminggu setelah memulakanLatihan Industri di Syarikat yang berkenaan.

Page 15: Latihan-Industri

216

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

LAMPIRAN 10.2Resume : Format & Panduan

Page 16: Latihan-Industri

217

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FORMAT RESUME

Nama Pemohon :

Alamat Penuh Pemohon :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh Lahir dan Umur :

No. Telefon :

E-mel :

Objektif KerjayaNyatakan objektif kerjaya

Rumusan KelayakanNyatakan apa yang dapat anda berikan dalam konteks jawatan yangdipohon.

Pengalaman KerjaPengalaman kerja pertama (nyatakan nama jawatan atau pengalaman kerjaanda dan tempohnya).

– Huraikan pengalaman kerja yang dapat membantu anda dalam kerjayang dipohon.

Kemahiran Yang BerkaitanNyatakan kemahiran yang berkaitan dengan jenis kerja yang dipohon sepertikemahiran menggunakan komputer, menaip, menjual barangan dan memberiperkhidmatan.

Latar Belakang PendidikanSenaraikan pengalaman pendidikan anda.

RujukanSenaraikan nama dan alamat orang yang boleh dirujuk tentang diri anda.

Page 17: Latihan-Industri

218

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

PANDUAN MENULIS RESUME

Butiran Diri

– Gunakan kertas putih

– Tuliskan nama, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, umur,nombor telefon serta e-mel anda.

Pengalaman Kerja

– Senaraikan pengalaman kerja anda yang terbaru.

– Masukkan semua jenis pengalaman dan jawatan yang disandang.

– Untuk setiap pengalaman kerja, nyatakan nama jawatan dan tempoh,nama majikan dan tanggungjawab anda.

– Susun pengalaman tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan.

Pendidikan

– Senaraikan nama dan alamat sekolah dan institusi pengajian anda.Nyatakan tahun dan tempoh pengajian anda.

– Senaraikan kursus yang telah diikuti yang dapat menyokongpermohonan anda.

Kemahiran, Kegiatan, Anugerah dan Minat

– Senaraikan kemahiran seperti menaip, bertutur dalam bahasa asingdan menggunakan komputer yang berkaitan dengan permohonankerja anda.

– Senaraikan kegiatan sekolah atau khidmat masyarakat yang andasertai.

– Senaraikan anugerah sijil atau surat kepujian yang diperoleh.

– Nyatakan hobi anda.

– Kemahiran tambahan• lesen memandu• mampu bertutur pelbagai bahasa

Rujukan

– Berikan nama dan alamat orang yang dapat memberi maklumattentang latar belakang anda.

– Sebagai rujukan, anda boleh menyenaraikan nama majikan terdahulu,nama guru dan nama rakan yang mengenali anda.

Page 18: Latihan-Industri

219

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.3Insurans

(ULIP)

Page 19: Latihan-Industri

220

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 20: Latihan-Industri

221

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.4Borang Pengesahan Penempatan

Latihan Industri(ULIP)

Page 21: Latihan-Industri

222

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 22: Latihan-Industri

223

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Page 23: Latihan-Industri

224

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 24: Latihan-Industri

225

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.5Borang Penilaian Kendiri

(ULIP)

Page 25: Latihan-Industri

226

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 26: Latihan-Industri

227

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kepada Pelajar:

Ini merupakan satu kajian untuk meninjau pndapat serta maklum balastentang penempatan anda di Organisasi industri dan kualiti perkhidmatanUnit Latihan Industri Pelajar di Universiti Malaya. Maklum balas daripadaanda semua sangatlah pentingbagi mempertimbangkan lagi usaha untukmenyediakan pelajar, pelatih dan perkhidmatan yang lebih berkualitipada masa yang akan dating. Adalah diharapkan agar anda semuadapat memberi kerjasama dengan menjawab semua item seikhlasmungkin. Semua maklumat yang anda beri adalah dirahsiakan.

Sekian terima kasih.

Bahagian I

Maklumat latar belakang organisasi dan pelajar pelatih. Isikan maklumat diruangan yang disediakan atau tandakan dengan “ di kotak yang disediakan.

1. Nama Pelajar :

2. Fakulti :

3. Tempoh masa latihan :

4. Nama organisasi dan jabatan penempatan pelajar :

5. Adakah latihan industri ini wajib bagi diri anda:

a. Wajibb. Tidak wajib

6. Berapa lama penempatan latihan industri yang anda perlukan?

a. Tiga (3) Bulanb. Lima (5) Bulan

7. Adakah anda memerlukan seorang penyelia dari Universiti Malaya?

a. Diperlukanb. Tidak diperlukan

8. Jika diperlukan, berapa kali anda mahu diselia oleh penyelia dari UniversitiMalaya?

a. Sekalib. Dua (2) Kalic. Tiga (3) Kalid. Lebih dari Tiga Kali

Page 27: Latihan-Industri

228

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Bahagian II

Pelajar pelatih adalah diminta untuk membuat penilaian kendiri tentangpengalaman semasa latihan industri. Sila bulatkan nombor yang berkaitanyang setentang dengan setiap pernyataan.

Sila gunakan skala yang berikut dalam membuat penilaian.

1. Sangat Tidak Puas Hati2. Tidak Puas Hati3. Puas Hati4. Sangat Puas Hati

1. Kehadiran yang menepati waktu (punctuality) 1 2 3 4

2. Kebolehan untuk melaksanakan tugas/projek 1 2 3 4(Abllity to perform task/project)

3. Berinisiatif/ berkesanggupan untuk belajar 1 2 3 4(Initiative/willingness to learn)

4. Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab 1 2 3 4(Willingness to accept responsibility)

5. Minat terhadap tugas/ projek yang diberikan 1 2 3 4(Interest toward the task/project given)

6. Komitmen terhadap tugas/ projek yang diberikan 1 2 3 4(Commitment towards the task/ project given)

7. Perhubungan dengan pekerja lain dalam organisasi anda 1 2 3 4(Getting along with other personnel in your organization)

8. Kebolehan dalam komunikasi/ menyampai maklumat 1 2 3 4dengan tepat(Ability to communicate/present information accurately)

9. Memenuhi tata cara dan peraturan 1 2 3 4(Observation of rules and regulation)

10. Kekemasan diri dan cara berpakaian 1 2 3 4(Neatness and dress code)

Page 28: Latihan-Industri

229

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian III

Nyatakan tahap persetujuan anda terhadap pernyataan yang diberikandengan menggunakan skala berikut dengan mengisikan nombor yangberkaitan di pangkal setiap pernyataan.

1. Sangat Tidak Bersetuju2. Tidak Bersetuju3. Bersetuju4. Sangat Bersetuju

1. Saya telah bersedia untuk menjalani latihan industri di organisasiyang dipilih.

2. Saya rasakan terdapat kekurangan dari segi pengetahuan semasamenjalani latihan . (Nyatakan )

3. Saya rasakan terdapat kekurangan kemahiran dalam diri sayasemasa menjalani latihan industri. (Nyatakan )

4. Ada kursus-kursus tambahan yang perlu di masukkan dalamkurikulum saya di Universiti Malaya. (Nyatakan Nama Kursus itu )

5. Saya berpuas hati dengan mutu penyeliaan yang diberikan olehpenyelia dari Universiti Malaya.

6. Saya berpuas hati dengan mutu penyeliaan yang diberikan olehpenyelia dari Organisasi di penempatan saya.

7. Saya berpuas hati dengan kualiti pengalaman yang didapati dariprogram latihan industri ini.

8. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh UnitLatihan Industri Pelajar, Universiti Malaya.

9. Saya akan meyertai kursus berterusan yang disediakan oleh UnitLatihan Industri tentang pengetahuan dan kemahiran yang diperlukandi tempat kerja.

10. Sila beri cadangan bagaimana program latihan industri pelajar diorganisasi dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Terima kasih kerana kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini.

Page 29: Latihan-Industri

230

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

LAMPIRAN 10.6Surat Pengesahan

(FSKTM)

Page 30: Latihan-Industri

231

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Industrial Training CommitteeFaculty of Computer Science & Information TechnologyUniversity of Malaya50603 KUALA LUMPUR

I (name) hereby declare myself that thecompany I will be going for industrial training is not owned by my relativesand/or the department where I am placed is not under their administration.

Date: Signature :

Full Name :

MatricsNumber :

Department :

Page 31: Latihan-Industri

232

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 32: Latihan-Industri

233

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.7Borang LI1 – LI4

(FSKTM)

Page 33: Latihan-Industri

234

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Page 34: Latihan-Industri

235

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM LI2

FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMATUNIVERSITI MALAYA

PENILAIAN SEMASA LATIHAN OLEH PENSYARAH : SESI

Nama Pelajar :

Nama Penyelia / Pensyarah :

Syarikat / Organisasi Yang Dilawati :

Penyelia Latihan Yang Dihubungi :

Pangkat :

Taikh Lawatan : Masa :

Sila berikan penilaian yang berikut bagi soalan 1 dan 2 :5 – Amat Baik4 – Baik3 – Memuaskan1-2 – Kurang Memuaskan

1. Prestasi Kerja

I. Pengetahuan mengenai kerjaKedalaman pengetahuan tentang bidang tugas yangdiceburi ( )

II. Kuantiti kerjaJumlah kerja yang dibuat berbanding dengan tempohkerja sepanjang pelajar tersebut berada di syarikat/organisasi berkenaan. ( )

III. Pengetahuan mengenai syarikatKebolehan memberi gambaran struktur organisasisyarikat, jenis perniagaan syarikat, pelanggan syarikatdll mengenai syarikat. ( )

IV. Pengetahuan mengenai keseluruhan kerjaKebolehan memberi gambaran secara ringkas tentangkeseluruhan projek yang diceburi serta kedudukan ataufungsi beliau di dalam projek. ( )

Page 35: Latihan-Industri

236

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

IV. Pengetahuan amKebolehan memberi gambaran mengenai perkara-perkaralain yang dipelajari semasa latihan yang bukan menjuruskepada bidang teknikal sahaja. ( )

VI. Penyediaan Buku LogMenunjukkan sikap teratur dalam menyiapkan buku log. ( )

VII. Persembahan di SyarikatKebolehan untuk mengadakan persembahan mengenaitugasan Syarikat. ( )

2. Perwatakan Pelajar

I. KomunikasiKebolehan menyempaikan maksud, buah fikiran danmemberi maklumat dengan jelas dan teratur. ( )

II. InteraksiKebolehan berinteraksi bersama pensyarah yangmembuat lawatan secara professional. ( )

III. PakaianMemakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaandan suasana kerja. ( )

IV. BerdikariMembuktikan ada kerja-kerja penyelesaian yang tidakdibantu oleh sesiapa pun. Bukti fizikal mestilah mendapatpengesahan pensyarah. ( )

3. Ulasan keseluruhan oleh pensyarah :

JUMLAH : X 30% = 55

Tandatangan Penyarah : Tarikh :

Page 36: Latihan-Industri

237

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM LI3

FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMATUNIVERSITI MALAYA

PENILAIAN SEMASA LATIHAN PENYELIA : SESI ________

Nama Pelajar :

Nama Penyelia / Pensyarah :

Syarikat / Organisasi Yang Dilawati :

Penyelia Latihan Yang Dihubungi :

Pangkat :

Taikh Lawatan: Masa :

Sila berikan penilaian yang berikut bagi soalan 1 dan 2 :5 – Amat Baik4 – Baik2 – Memuaskan1-2 – Kurang Memuaskan

1. Prestasi Kerja

I. Pengetahuan mengenai kerjaKedalaman pengetahuan tentang bidang tugas yangdiceburi ( )

II. Mutu proses kerjaKetelitian, ketepatan dan kecekapan kerja. ( )

III. Ketepatan masa menghasilkan kerjaMelaksanakan kerja dalam jangka masa yang telahditetapkan ( )

IV. Kualiti kerjaMutu hasil kerja dinilai dari segi kebolehan siswamenghasilkan kerja yang sesuai dengan piawaianprofesion berkaitan pada tahap tertentu. ( )

Page 37: Latihan-Industri

238

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

V. DayausahaKebolehan bertindak sendiri unuk menjalankan tugasdan menyelesaikan masalah. ( )

VI. Daya kreatif dan inovasiKebolehan mengeluarkan idea baru dan membuatpembaharuan serta perubahan dalam menjalankan tugas. ( )

VII. Penyediaan buku logMenunjukkan sikap teratur dalam menyimpan buku log ( )

2. Perwatakan Pelajar

I. DedikasiSikap positif dan kesungguhan dalam menjalankan tugas. ( )

II. KerjasamaSikap mahu melibatkan diri dengan kakitangan lain dalammenjalankan tugas. ( )

III. DisiplinKesediaan pelajar mematuhi peraturan yagn telahditetapkan oleh syarikat/organisasi. ( )

IV. DayasaingUsaha untuk menghasilkan kerja terbaik dari segi kualiti,kuantiti dan masa ke semasa. ( )

V. TanggungjawabKesediaan menerima dan melaksanakan tanggungjawab. ( )

VI. Kesediaan mendengarKesediaan mendengar dan menerima pandangan sertanasihat orang lain. ( )

IV. KomunikasiKebolehan menyampaikan maksud, buah fikiran danmemberi maklumat dengan jelas dan teratur. ( )

VIII. InteraksiKebolehan berinteraksi dengan penyelia secara professional. ( )

IX. Kejujuran dan keikhlasanSifat jujur, iklas, amanah, timbang rasa dan adil dalammenjalankan tugas. ( )

Page 38: Latihan-Industri

239

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

X. Kebolehan membuat keputusanKeupayaan membuat keputusan dengan tepat dandalam tempoh yang dikehendaki. ( )

XI. PakaianMemakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaandan suasana kerja. ( )

3. Senarai kerja yang telah diberikan :

i.

ii.

iii.

iv.

4. Senaraikerja yang telah dilaksanakan :

i.

ii.

iii.

iv.

5. Ulasan keseluruhan oleh penyelia syarikat :

JUMLAH : X 30% = 90

Tandatangan Penyelia : Tarikh :

Page 39: Latihan-Industri

240

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM LI4

FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMATUNIVERSITI MALAYA

PENILAIAN SEMASA LATIHAN OLEH PENSYARAH : SESI

Nama Pelajar :

Nama Pensyarah :

Sila tandakan bagi pemilihan markah yang bersesuaian.

1. Abstrak laporan yang disediakan adalah :

Amat jelas dan menyeluruh 8-9-10Jelas dan mencukupi 6-7Jelas tetapi tidak mencukupi 4-5Kurang jelas dan tidak mencukupi 1-2-3Tiada langsung 0

2. Pengenalan kepada syarikat/organisasi telah dinyatakan dengan:

Amat jelas dan menyeluruh 8-9-10Jelas dan mencukupi 6-7Jelas tetapi tidak mencukupi 4-5Kurang jelas dan tidak mencukupi 1-2-3Tiada langsung 0

3. Peranan yang dimainkan oleh pelajar dalam sesuatu projek itu telahdapat disampaikan kepada pembaca dengan :

Amat jelas dan menyeluruh 8-9-10Jelas dan mencukupi 6-7Jelas tetapi tidak mencukupi 4-5Kurang jelas dan tidak mencukupi 1-2-3Tiada langsung 0

4. Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa bertugas telah dapatdibentangkan dengan :

Amat jelas dan menyeluruh 8-9-10Jelas dan mencukupi 6-7Jelas tetapi tidak mencukupi 4-5Kurang jelas dan tidak mencukupi 1-2-3Tiada langsung 0

Page 40: Latihan-Industri

241

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5. Pelajar telah berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan:

Baik 8-9-10Memuaskan 6-7Sederhana 4-5Tidak memuaskan 1-2-3Tiada langsung 0

6. Format dan persembahan gambarajah serta hubungan dengan teks telahdilakukan dengan :

Baik 8-9-10Memuaskan 6-7Sederhana 4-5Tidak memuaskan 1-2-3Tiada langsung 0

7. Mutu laporan dari segi kelengkapan, kekemasan dan bahasa adalah :

Baik 8-9-10Memuaskan 6-7Sederhana 4-5Tidak memuaskan 1-2-3Tiada langsung 0

8. Kesimpulan yang dibentangkan adalah :

Amat jelas dan menyeluruh 8-9-10Jelas dan mencukupi 6-7Jelas tetapi tidak mencukupi 4-5Kurang jelas dan tidak mencukupi 1-2-3Tiada langsung 0

9. Ulasan keseluruhan :

10. Berasaskan kepada penilaian yang telah dibuat, laporan ini diterimasebagai memuaskan/tidak memuaskan :

Page 41: Latihan-Industri

242

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

11. Sekiranya tidak memuaskan, hendaklah diperbuatkan dalam perkara-perkara berikut :

i.

ii.

iii.

iv.

JUMLAH : X 40% = 80

Tandatangan Penyarah : Tarikh :

Page 42: Latihan-Industri

243

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.8GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN

LATIHAN INDUSTRI(FSKTM)

Page 43: Latihan-Industri

244

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMATUNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 PENGENALAN

Garis panduan ini disediakan untuk membantu pelajar yang sedangmenjalani Latihan Industri menyediakan Laporan Latihan Industri (LLI).

2.0 FORMAT MUKA SURAT

2.1 Laporan hendaklah ditaip diatas kertas berukuran A4 pada sebelah mukasahaja dengan jarak 1.5 barisan.

2.2 Bagi setiap mukasurat, ruang tepi seperti yang ditunjukkan di bawahhendaklah digunakan dalam penulisan laporan. Margin kiri (4 cm), marginkanan, atas dan bawah (2.5 cm).

2.3 Setiap mukasurat hendaklah dinomborkan di tengah-tengah bahagiantepi bawah mukasurat, 25 mm di atas pinggir kertas.

2.4 Saiz huruf – Sebarang saiz atau taip boleh digunakan tetapi hendaklahmudah dibaca dan diseragamkan bagi keseluruhannya. Jenis taip yangdigunakan untuk carta, graf, jadual dan yang seumpama dengannyaboleh berubah mengikut keperluan format dan ruang.

Page 44: Latihan-Industri

245

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

2.5 Bahan ilustrasi – ilustrasi asal diutamakan tetapi jika saiznya lebih besardaripada saiz A4, salinan kecil boleh juga diterima. Gambar hitam putih,warna atau salinan fotostat juga diterima.

2.6 Setiap laporan mestilah mengandungi :

a. Mukasurat tajuk

b. Satu muka abstrak – memberi ringkasan mengenai latihan dankesimpulan – kesimpulan penting yang didapati oleh pelajar denganmenggunakan tidak lebih dari 200 patah perkataan.

c. Mukasurat penghargaan – mengandungi ucapan terima kasihkepada semua pihak yang terlibat dalam menjalani Latihan Industri.

d. Senarai jadual.

e. Senarai rajah.

f. Pengenalan – mengandungi pengenalan ringkas mengenaiorganisasi/ssyarikat tempat latihan, termasuk aktivitinya, bilangankakitangan, struktur organisasi dan sebagainya. Tulis secara ringkasaturcara latihan yang telah dirancang oleh organisasi/syarikat.

g. Laporan penuh – dipecahkan kepada beberapa bahagiankecilsupaya ianya meliputi semua perkara yang dilakukan olehpelajar semasa latihan serta jenis masalah yang timbul. Antara isi-isiyang boleh di muatkan dalam setiap latihan yang diikuti termasuklah:

i. Jenis kerja yang dibuat – sama ada rekabentuk, analisis,penyediaan, penyelenggaraan, baik pulih, pembangunanperisian komputer dll

ii. Kaitan kerja yang dibuaut dengan kursus sains komputer danteknologi maklumat yang diikuti.

iii. Perkara-perkara yang dipelajari dari penyelia, pekerja-pekerjadan bahan rujukan semasa menjalani kerja tersebut.

iv. Perkakasan dan kelengkapan peralatan yang digunakan untukmelaksanakan tugas-tugas yang diarahkan serta jumlah dankategori pekerja yang sama-sama menjayakan tugas yangdiarahkan.

v. Jangka masa yang diberikan bagi menyiapkan semua kerjatermasuklah penyediaan lukisan dan laporan yang berkaitan.

vi. Pengetahuan teori dan amali dari kursus sains komputer danteknologi maklumat yang digunakan dalam kerja.

vii. Masalah-masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan kerjadan cerapan umum tentang kecekapan dan pengurusanperlaksanaan kerja.

viii. Kesimpulan dan ulasan-ulasan membina tentang prestasikeseluruhan kerja.

Page 45: Latihan-Industri

246

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

h. Kesimpulan dan cadangan – meringkaskan pengalaman danpengajaran yang diperolehi, masalah yang dihadapi sertapenyelesaiannya, memberi pendapat serta cadangan untukmemperbaiki latihan pada masa akan datang

i. Rujukan – satu senarai tepat bahan-bahan yang dipetik hendaklahdibuat untuk membolehkan orang lain mencarinya. Semuapengarang yang dipetik hendaklah disenaraikan. Hanya rujukanyang telah dibaca sendiri oleh penulis boleh dipetik. Sila lihatbahagian 9.0 untuk cara memetik rujukan tersebut.

j. Lampiran – sekirannya ada, hendaklah diletakkan di bahagian akhirlaporan dan rujukan dibuat terhadap lampiran di dalam laporan.Lampiran mestilah benar-benar berkait secara langsung denganlatihan yang diikuti.

k. Setiap gambarajah, carta dan gambar foto hendahlah mempunyaitajuk atau keterangan yang tersendiri. Penghargaan hendaklahditulis jika perlu, dibawah gambarajah, carta atau gambar foto yangberkenaan. Gambarajah aliran data hendaklah menggunakanpendekatan Gane dan Sarson.

l. Bahagian awalan (b – e) pada amnya dinomborkan dengan hurufkecil Rumawi (I,ii,iii dsbnya)

3.0 KULIT LAPORAN

3.1 Laporan hedaklah dijilid dengan menggunakan kulit yang dilampirkan.

3.2 Tajuk yang sesuai dalam Bahasa Melayu hendaklah ditulis padamukasurat pertama.

3.3 Laporan Latiahn Industri hendaklah dijilid dengan comb binding. Apabilamenjilid laporan, satu halaman kosong hendaklah dikembarkn ebelumkulit belakang. Pelajar dikehendaki menggunakan warna hitam untukgegelung pengikat laporan.

4.0 JUMLAH NASKAH

Setiap pelajar perlu menyerahkan satu naskah laporan kepada Penyelia Fakultidan satu naskah lagi kepada organisasi/syarikat melalui Penyelai Syarikat.

5.0 CARA MENYERAHKAN LAPORAN

Naskah asal yang telah lengkap seperti di atas hendaklah diserahkan kepadaPenyelia Fakulti dalam masa selewat-lewatnya tiga minggu selepas tamatLatihan Industri.

Page 46: Latihan-Industri

247

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

6.0 BAHASA

Laporan boleh ditulis sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeriskeseluruhannya. Ianya hendaklah ditulis dalam bahasa yang baik dan mudahdifahami.

7.0 LAPORAN YANG LEWAT DIHANTAR

7.1 Penangguhan untuk menyerahkan laporan tidak dibenarkan kecualidalam keadaan yang sangat-sangat luar biasa di mana kebenarandaripada Dekan diperlukan.

7.2 Pelajar yang gagal menyempurnakan laporan atau gagal menyerahkanlaporan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap gagal dalamkursus Latihan Industri bagi semester berkenaan.

8.0 MAKLUMAT LAIN MENGENAI PENULISAN LAPORAN

8.1 Laporan Latihan Industri hendaklah ditulis mengikut jenis golonganpembacanya. Ianya hendaklah berupa persembahan yang lojjik denganhujah-hujah bernas untuk meyakinkan pembaca kepada kesimpulan-kesimpulan dalam laporan.

8.2 Semua kenyataan hendaklah wajar dengan merujuk kepada kajianlampau yang boleh dipercayai atau kepada keputusan-keputusanlaporan Latihan Industri yang boleh dipercayai. Hanya kenyataanmengenai perkara-perkara yang diketahui umum sahaja tidakmemerlukan tindakan ini. Penulis hendaklah berupaya mempertahankansemua kenyataannya dengan merujuk kepada kajian-kajian yang bolehdipercayai atau keputusan kajian sendiri.

8.3 Simbol atau system penamaan khas yang digunakan dengan luasnya didalam teks hendaklah dihuraikan. Simbol dan singkatan hendaklahseperti yang disyorkan oleh piawaian berkenaan atau yang lazimdigunakan dalam bidang computer.

8.4 Jadual data atau keputusan – setiap jadual hendaklah dirujuk dandihuraikan dalam teks.

i. Setap jadual hendaklah mempunyai tajuk dan nombor jadual yangdiletakkan ditengah pada bahagian atas jadual.

ii. Lajur-lajur hendaklah mempunyai tajuk yang sesuai

III. Lajur-lajur boleh diberikan nombor sahaja jika tajuknya terlalukompleks dan penghuraian mengenainya diberikan di dalam teks

IV. Nota-nota tambahan hendaklah disediakan jika perlu

Page 47: Latihan-Industri

248

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

V. Jadual sebaik-baiknya dibentangkan dengan bahagian atasnyapada kepala mukasurat. Jika lajur menghendaki jadual dibaca padasisi mukasurat,maka bahagian jadual hendaklah disebelah kiri mukasurat.

9.0 KAEDAH MEMETIK DAN MENYENARAIKAN RUJUKAN

9.1 Gunakan Author-Date System yang diamalkan dalam The ChicagoManual of Style untuk memetik dan menyenaraikan rujukan dalamsenarai rujukan atau senarai bibiografi.

Contoh

Dalam teks Kaedah ini diperkenalkan oleh Boehm (1984)

Dalam senarai Boehm, J.H. 1984. Cost estimation models in softwarerujukan engineering. IEEE Trans on Software Engineering, 8

(9) : 40-41.

Dalam senarai rujukan atau senarai bibliografi, cara yang diutamakanialah bagi rujukan disenaraikan menikut susunan abjad berpandukankepada nama keluarga pengarang dan bagi seseorang pengarang,mengikut tahun penerbitan. Jika terdapat lebih dari satu penerbitandalam tahun yang sama oleh pengarang yang sama dipetik, maka hurufkecil ditambah selepas tahun.

Contoh Bungey (20002a), Bungey (2002b).

Jika rujukan melibatkan dua orang pengarang, kedua-dua namapengarang perlu ditulis.

Contoh

Dalam teks Ini telah dibukti oleh Craton and Saunders (1992).

Dalam senarai Craton, M. and G. Saunders. 1992. Islanders in therujukan sream: a history of the Bahamian people. Athens:

Univesity of Georgia Press.

Jika ianya mlibatkan 3 atau lebih pengarang, gunakan nama pengarangpertama dan perkataan et al.

Contoh

Dalam teks Kajian ini mendapati bahawa kadah yangdigunakan sama dengan Medhurst et al. (1990)

Dalam senarai Medhurst, Martin J.,et al. 1990. Cold Warehetoric :rujukan strategy, metaphor, and ideology. New York:

Greenwood.

9.2 Contoh berikut menunjukkan butir-butir yang diperlukan bagi setiap jenispenerbitan.

Page 48: Latihan-Industri

249

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Artikel dalam Jurnal

Chu, K.H.,& Mohd Ali Hashim. 1995. Simulated counter0current adsorptionprocesses : A comparison of modeling strategies. Chemical EngineeringJournal, 56 : 59-65.

Buku

Wainwright, M. 1992. An introduction to fungal biotechnology. New York : J.Wiley

Chiam, T.C & Ahmad Abdul Majid. 1990. Kaedah beragka. Pulau Pinang :Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 1990. Industrialtechnology development: a national plan of action. Kuala Lumpur :Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Bab dalam buku

Damodararao, T., & Sastry, C. A. 1996. Water extraction from sea water aquilfer.In: C. A. Sastry (Ed.), Water Treatment Plants (pp. 437-444). New Delhi :Narosa Publishing House.

Kertas persidangan/seminar

Jaynes, E. T. 1985. Microscopic prediction. In: H. Hanken (Ed.), Complex Systems,Operational Approaches In Neuobiology, Phsics, And Computers:Proceedings of The Iternational Sysmposium On Synergetics At SchlossElmau, Bavaria, May 6-11, 1985, (pp. 254-269) Berlin : Springer-Verlag.

Kuo, C. an P. Sayer. Software engineering education . 1989. Paper presentedat The World Conference on Education, Cologne, Germany, 16-19 April1989.

Kertas projek / Disertasi / Tesis

Marques, J.L.G. 1989. A reverse enginering tool under UNIX. Tesis PhD, RiceUniversity, Housto, Txas, USA.

Sumber Internet

Jenson Alison S. Audince and Web Design. (1999)http://www.daywebdesign.com.ir/paper/audience.html (21 January 2000)

LeMaster, John, Biological Weapons. World Events Online. 3 January [email protected] (3 January 1998)

World Health Organization. Prevention of Noise-Induced Hearing Loss.1997.http://www.who.int/pbd/pdh/Docs/NOISE_Cover_sum.html(19 November 2000)