latihan 2 ( aziz)

6
LATIHAN 2 SOALAN MANUAL STATISTIK DAN DISNOSTIK (DSM) ADALAH SATU KAEDAH YANG DICIPTA UNTUK MENGANALISIS PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KECELARUAN JIWA. TERANGKAN PERBEZAAN ANTARA DSM I, DSM II, DSM III DAN DSM IV. JELASKAN SETIAP KEKUATAN DSM YANG DICIPTA. Pendahuluan Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association APA ) , mengeluarkan satu garis panduan kaedah mengklasifikan tingkah laku abnormal yang dikenali sebagai Diagnotic and statistical of Disorder atau dikenali sebagai DSM. DSM adalah sistem diagnosis yang diterima umum yang digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental , penyelidik dan kebanyakan syarikat insurans. Ia membolehkan ahli-ahli profesianal menggunakan kaedah yang seragam dari segi diagnosis, mengubat dan menyelidik ke atas pelbagai jenis kecelaruan psikologi. DSM bersifat deskriptif, namun tidak bersifat menjelaskan. DSM menghuraikan ciri-ciri diagnostic atau dalam istilah medis, simtom-simtom dari perilaku abnormal dan bukan berusaha menjelaskan penyebabnya. DSM I

Upload: vignes-viki

Post on 09-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kecelaruan emosi

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan 2 ( Aziz)

LATIHAN 2

SOALAN

MANUAL STATISTIK DAN DISNOSTIK (DSM) ADALAH SATU KAEDAH YANG

DICIPTA UNTUK MENGANALISIS PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN

KECELARUAN JIWA. TERANGKAN PERBEZAAN ANTARA DSM I, DSM II, DSM III

DAN DSM IV. JELASKAN SETIAP KEKUATAN DSM YANG DICIPTA.

Pendahuluan

Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association APA ) , mengeluarkan satu garis

panduan kaedah mengklasifikan tingkah laku abnormal yang dikenali sebagai Diagnotic and

statistical of Disorder atau dikenali sebagai DSM. DSM adalah sistem diagnosis yang diterima

umum yang digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental , penyelidik dan kebanyakan

syarikat insurans. Ia membolehkan ahli-ahli profesianal menggunakan kaedah yang seragam dari

segi diagnosis, mengubat dan menyelidik ke atas pelbagai jenis kecelaruan psikologi. DSM

bersifat deskriptif, namun tidak bersifat menjelaskan. DSM menghuraikan ciri-ciri diagnostic

atau dalam istilah medis, simtom-simtom dari perilaku abnormal dan bukan berusaha

menjelaskan penyebabnya.

DSM I

Persatuan Persatuan Psikiatri Amerika, pada tahun 1950 –an berusaha menangani

masalah – masalah ini. Dalam tahun 1952, mereka menerbitkan DSM I, langkah

selanjutnya dalam evolusi psikiatri. Namun sebahagian besar daripadanya tidak dapat

dipercayai dan sesetengah orang mengadu bahawa DSM I mempunyai masalah dan DSM

I ini terlalu padat dengan teori, terutama sekali bagi orang –orang yang mempunyai

pandangan psikodinamik ( APA 1987)

Page 2: Latihan 2 ( Aziz)

DSM II

Matlamat edisi yang sudah dikaji semula ini sesuai dengan Sistem klasifikasi

Antarabangsa bagi penyakit- penyakit edisi ke 8 (ICD-8). Pertubuhan kesihatan Sedunia

yang meliputi semua jenis penyakit dan celaruan sama ada fizikal atau psikologikal untuk

seluruh dunia . Tambahan pula, DSM II berhasrat menggunakan isilah –isilah yang tidak

menimbulkan sebarang implikasi kepada mana- mana kerangka sesuatu teori.

Matlamatnya berbentuk deskriptif semata- mata.

DSM III

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai masalah dengan edisi kedua iaitu

ketidakboleh percayaan masih berterusan, ia banyak berorientasikan psikodinamik yang

tidak sesuai dengan hasil –hasil penemuan penyelidikan terkini serta metodologi-

metodologi diagnostic terbaru seperti ujian , temu duga dan sebagainya. ICD kurang

membantu dan tidak lengkap sepenuhnya untuk kegunaan teknikal dan penyelikan.

DSM IV

Pada tahun 2000, APA menerbitkan DSM-IV-TR, Revisi Teks (Text Revision = TR) dari

Edisi Keempat (DSM-IV). DSM menggolongkan perilaku abnormal sebagai gangguan

mental, yang mencakup distres emosional ataupun hendaya (impairment). Diagnosis

gangguan mental dalam DSM mensyaratkan bahawa pola perilaku tidak mewakili suatu

respons terhadap suatu budaya atau pola perilaku yang muncul sebagai akibat peristiwa

stress yang teruk , seperti kehilangan orang tercinta. Sekalipun yang bersangkutan

menunjukkan tanda-tanda kedukaan melalui pola perilaku hendaya yang signifikan, tidak

serta merta menjadikannya didiagnosis mengalami gangguan mental.

Page 3: Latihan 2 ( Aziz)

Antara kekuatan setiap DSM adalah bergantung kepada setiap pengubahsuaian setiap

DSM yang dilakukan oleh Persatuan Psikiatri Amerika. Kekuatan DSM III berbeza daripada

manual-manual yang digunakan sebelum ini, ia dapat menerangkan setiap aspek potologi sesuatu

penyakit dan kecelaruan jiwa. Penciptaan DSM I dan DSM II tidak banyak menonjolkan

kekuatan dari segi kegunaan berbanding dengan DSM III dan DSM IV. Penciptaan DSM I dan

DSM II adalah tidak jelas kerana sistem klasifikasi seharusnya bebas daripada sebarang teori,

tetapi sebaliknya memerlukan lebih banyak teori pada masa yang akan datang. DSM III lebih

memberikan penekanan kepada teori, memggunakan isilah –isilah rujukan yang diperhatikan

sahaja, criteria yang spesifik bagi menghasikan diagnosis tidak disediakan dalam DSM I, DSM II

atau ICD. Tambahan pula, DSM III menyediakan penerangan yang sistematik seperti maklumat

berkaitan dengan ciri-ciri yang diperlukan, seperti ciri yang berkaitan adalah kadaran lazim,

nisbah jantina,corak keluarga dan diagnosis yang berbeza. Tambahan pula, sistem pelbagaian

paksi (multiaxial system) juga merangkumi dengan DSM III, dan DSM IV keadaan ini adalah

kemajuan besar yang mengatasi masalah DSM II. Peningkatan teknologi maklumat yang

berkembang pesat, pengubahsuaian dilakukan oleh APA dalam DSM IV untuk memahami

masalah kecelaruan jiwa dengan lebih dalam dan padat. ICD – 8 dalam DSM III ditingkatkan

dalam DSM-IV-TR dan ICD-10 digunakan secara meluas mengenai pengkelasan penyakit atau

kecelaruan mental. Secara perbandingan kedua-dua manual ini digunakan sebagai sumber

rujukan di kebanyakkan hospital di dunia.

Kesimpulannya, DSM menyarankan awam harus berkonsultasi dengan DSM hanya untuk

memperoleh informasi, bukan untuk membuat diagnosis, dengan orang-orang yang mungkin

memiliki gangguan mental harus dirujuk ke pakar- pakar psikologi untuk mendapatkan

bantuan.Penggunaan DSM ini bakal menentukann laporan atau diagonis yang disediakan sah

ataupun boleh dipercayai.

Page 4: Latihan 2 ( Aziz)

RUJUKAN.

i. Punca dan Rawatan Kecaluran Tingkah Laku ( Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abbullah,

Roslee Ahmad.

ii. Memahami Psikologi Pembelajaran(Abu Zahari Abu Bakar 1987.