latar novel kembara amira tingkatan 5

17
KEMBARA AMIRA OLEH: PUTERI IZZAH AFIQAH BT ZAKI NUR LIYANA BT ROSLI SITI AISHAH BT HANAFI NUR EZZATI BT ROZLAN

Upload: preciousafiqah

Post on 17-Aug-2015

26 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: latar novel kembara amira tingkatan 5

KEMBARA AMIRA

OLEH:PUTERI IZZAH AFIQAH BT ZAKI NUR LIYANA BT ROSLI SITI AISHAH BT HANAFINUR EZZATI BT ROZLAN

Page 2: latar novel kembara amira tingkatan 5

LATAR MASA

WAKTU PAGI Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa Korpus untuk sarapan pagi.

WAKTU PETANGLudin memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari perkampungan Orang Asli Semai.

Page 3: latar novel kembara amira tingkatan 5

WAKTU SENJA Ketika Amira dan Jacinta tiba di perkampungan Itai.

WAKTU MALAM  Semasa Amira sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof. Zaidah didalam kereta api.

Page 4: latar novel kembara amira tingkatan 5

LATAR TEMPAT

DI DESA KARPUS, BUKIT MAT RAYAProfesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik.

DI HULU SEBATANG SUNGAIAmira terpegun melihat banyak ketulan emas. Di sungai tersebut jugalah berlaku peristiwa makhluk berbulu membawa seorang lelaki yang diikat tangan dan ditutup matanya.

Page 5: latar novel kembara amira tingkatan 5

DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SEMAIDi situ diadakan mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas.

DI GUNUNG GUA GAJAH Tau membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke Gua tersebut. Di situ mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu.

Page 6: latar novel kembara amira tingkatan 5

LATAR MASYARAKAT

 MASYARAKAT ORANG ASLI YANG BERPEGANG TEGUH PADA KEPERCAYAAN NENEK MOYANG MEREKA  Tau, menganggap kerja-kerja cari gali yang dilakukan di

kawasan hutan akan mengganggu roh-roh

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN MENGUTAMAKAN KEKAYAAN

John O’Hara ingin membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak emas.Dia akan memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur untuk melabur dalam aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya.

Page 7: latar novel kembara amira tingkatan 5

MASYARAKAT YANG BERPENDIDIKAN TINGGI YANG TERLIBAT DALAM KERJA – KERJA MENCARI GALI ARKEOLOGI ATAU BAHAN BERSEJARAH

Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir menjalankan aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya.

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN PERSAHABATANAmira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.

Page 8: latar novel kembara amira tingkatan 5

MASYARAKAT YANG PENYAYANGProfesor Zaidah merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat keselamatan Amira. Begitu juga dengan Tau yang sangat sayang akan anaknya iaitu Malique atau Sabi.

Page 9: latar novel kembara amira tingkatan 5

ANTARA CONTOH SOALAN

(1) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.(8 markah)

Page 10: latar novel kembara amira tingkatan 5

CONTOH JAWAPANNovel yang saya pelajari semasa di tingkatan empat ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah manakala novel yang saya pelajari semasa di tingkatan lima ialah Kembara Amira karya Amir Hamzah L. Kadir.Antara latar masyarakat yang terdapat di dalam novel Azfa Hanani ialah masyarakat yang sanggup berkorban untuk diri dan keluarga. AzfaHanani yang sanggup menyamar sebagai tengku Murni untuk memastikan sepupunya, Zuraini menerima rawatan daripada penyakit lumpuh.Antara latar masyarakat yang terdapat di dalam novel Kembara Amira ialah masyarakat yang suka akan kehidupan mencabar. Amira sanggup ke Bukit Mat Raya membantu ibunya yang sedang membuat kajian arkeologi tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Selain itu, masyarakat yang mempertahankan budaya kehidupan nenek moyang. Masyarakat orang Asli daripada suku Semai yang tinggal di Bukit Mat Raya mempertahankan masyarakat mereka daripada dicerobohi oleh pembalak, pencari gali emas dan pencari gali barang artifak.

Page 11: latar novel kembara amira tingkatan 5

(2)Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan dua latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa yang terdapat dalam latar tersebut.(7 markah)

Page 12: latar novel kembara amira tingkatan 5

CONTOH JAWAPANNovel yang saya pelajari semasa tingkatan lima ialah

Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir.Latar tempat yang terdapat di dalam novel ini ialah di

gua. Sebagai contoh Tau telah menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Profesor Zaidah yang mengandungi pelbagai rahsia kewujudan petempatan awal manusia.

Selain itu, ialah di dataran tinggi air terjun. Di sini Amira dan Jacinta telah menunggu Malique di dataran tinggi air terjun yang membawa kepada insiden Amira tergelincir dan hanyut dibawa arus deras.

Latar tempat yang seterusnya ialah di hutan. Itai mengajak Amira untuk meredah hutan bagi mencari hadiah buat Jacinta. Semasa meredah hutan tersebut, telah terserlah kepakaran yang dimiliki oleh Itai dalam selok-belok hutan.

Page 13: latar novel kembara amira tingkatan 5

(3) Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan dua latar masa yang penting.(7 markah)

Page 14: latar novel kembara amira tingkatan 5

CONTOH JAWAPAN

Novel yang saya pelajari semasa di tingkatan lima ialah Kembara Amira karya Amir Hamzah L. Kadir.

Latar masa yangterdapat dalam novel ini ialah pada waktu malam. Amira sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof. Zaidah didalam kereta api.

Latar masa yang kedua ialah pada waktu petang. Ludin memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari perkampungan Orang Asli Semai.

Akhir sekali pada waktu pagi. Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa Korpus untuk sarapan pagi.

Page 15: latar novel kembara amira tingkatan 5

(4)Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam mana-mana novel yang anda kaji.(7 markah)

Page 16: latar novel kembara amira tingkatan 5

CONTOH JAWAPANNovel yang saya kaji semasa di

tingkatan lima ialah Kembara Amira karya Amir Hamzah L. Kadir.

Latar masyarakat yang terdapat dalm novel ini ialah masyarakat yang berpendidikan tinggi dan sering membuat kajian ilmiah. Sebagai contoh, Profesor Zaidah seorang ahli arkeologi bersama dengan anak buahnya melakukan kajian lapangan di Bukit Mat Raya untuk mencari bahan artifak.

Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang suka akan kehidupan yang mencabar. Amira sanggup datang ke Bukit Mat Raya untuk membuat kajian arkeologi tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Page 17: latar novel kembara amira tingkatan 5

Akhir sekali latar masyarakat yang terdapat di dalam novel ini ialah masyarakat yang tamak haloba. Sebagai contoh, John O’hara telah diarahkan oleh pemaju dari Pulau Pinang untuk membuat kajian tentang kandungan emas yang terdapat di Bukit Mat Raya untuk mendapatkan keuntungan walaupun berkemungkinan hutan belantara di situ akan pupus akibat perbutan mereka.