latar belakang jupem

20

Click here to load reader

Upload: otoroman-cosmosos

Post on 31-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Latar belakang jupem

Latar belakang jupem

JUPEM merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, pemetaan, topografi dan geodesi.

Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan JUPEM Sabah (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), JUPEM Sarawak (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.

JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara.

Sejak penubuhannya, JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan serta pemodenan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan. Bermula daripada penggunaan peralatan konvensional sehinggalah kepada aplikasi penggunaan satelit, JUPEM sentiasa mengorak langkah mengikut perkembangan teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan.

Fungsi

- Menasihati Kerajaan dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan serta persempadanan negeri dan antarabangsa.

- Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum.

- Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan lebih efisien.

- Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan.

- Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik.

1 Error! No text of specified style in document. |

Page 2: Latar belakang jupem

Piagam pelanggan

Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur.Memastikan penyemakan ke atas kerja-kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) disiapkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur.Memproses Pelan Strata dalam tempoh 30 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur.

Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap dan teratur daripada Jurukur Tanah Berlesen.Menyedia serta membekalkan data‐data ukur untuk penyediaan suratan hakmilik ke Pejabat Tanah/Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 7 hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur.Memastikan dokumen geospatial terperingkat dibekalkan dalam masa 2 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan.

Memastikan data pasca proses MyRTKNet dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 4 jam.Memastikan sebarang permohonan pembelian maklumat geodetik tidak terhad dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan transformasi koordinat, penukaran koordinat, unjuran peta dan interpolasi geoid dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.

Bagi memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur/peta tidak terhad di kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa 1 jam.Memastikan data‐data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui e-commerce pada bila‐bila masa,bagi membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima.

Produk & perkhidmatan

Produk kadaster Produk pemetaan Produk Geodetik Perkhidmatan Geodetik Permohonan atass talian Muat turun borang dan perisian

2 Error! No text of specified style in document. |

Page 3: Latar belakang jupem

TUGAS & PERANAN DI JUPEM

Dua akktiviti utama jupem dalam menyediakan infrastruktur ukur diseluruh Negara iaitu :-

1) Dalam aktiviti pemetaan dengan kaedah :-

I) Penyediaan kemudahan infrastruktur ukur melalui

• Ukur Aras

• Ukur Graviti

• Cerapan Pasang Surut

• Jaringan Global Position Sistem

II) Ukur Hidrografi

III) Ukur Topografi

IV) Ukur Foto Udara

V) Penyediaan peta tematik dan topografi pelbagai sekala

VI) Penyediaan pangkalan data topografi dan kartografi serta Ukuran Sempadan Antarabangsa.

2) Selain itu,Aktiviti kadaster seperti:-

I) Ukuran Hakmilik Tanah seperti untuk pelbagai tujuan pemberi milikan pertama,pecah bahagian dan penyatuan sempadan serta pengambilan semula tanah.

II) Membuat pemantauan dan kualiti kawalan kerja juruukur tanah berlesen.

III) Penyediaan Surat Hakmilik Tanah/Strata/stratum.

IV) Penyediaan pangkalan data ukur kadaster

V) Penyelenggaraan dan pembangunan unit infrastruktur kawalan bagi GPS/trabas piawai.

3 Error! No text of specified style in document. |

Page 4: Latar belakang jupem

Dibawah pentadbiran kuasa jupem cabang-cabang kerja di pecahkan kepada 3 kelas iaitu :-

a) Bahagian Pemetaanb) Bahagian Geospatial Pertahananc) Bahagian Kadaster

Dimana setiap bahagian mempunyai system unit kawalan bagi pergerakkan kerja.contohnya :-

1) Dibawah pentadbiran bahagian pentadbiran dimana seksyen-seksyen yang terlibat adalah Seksyen perancangan ,penyelidikan dan pembangunan Seksyen pentadbiran dan perkhidmatan Perancangan Guna tenaga Seksyen pembangunan sistem

Selain itu seksyen ini dipecahkan kepada 2 bahagian unit pentadbiran teras iaitu :-

a) Seksyen Luaran Seksyen Luar Sempadan Seksyen topografi Seksyen Geodesi Seksyen Pencetakan Peta

b) Seksyen Dalaman Seksyen Perkhidmatan Kerja Seksyen Penawanan Data Seksyen Pangkalan Data Seksyen Kartografi Seksyen Pemetaan Utiliti

2) Bahagian Geospatial Pertahanan terdiri :- Seksyen Pembangunan Geospatial Seksyen Pembangunan Maklumat Seksyen Operasi dan Latihan Seksyen Cawangan Tadbir

3) Bahagian Kadaster terbahagi :- Seksyen Penyelaras dan Dasar Kadaster Seksyen Perundangan Seksyen Nazirah/ JUBL ( Juru Ukur Berlesen )

UNIT KAWALS ELIA JUBL / STRATA

4 Error! No text of specified style in document. |

Page 5: Latar belakang jupem

Pengenalan

Selain daripada menjalankan kerja ukur bagi fail jabatan, JUPEM juga terlibat secara langsung dengan Jurukur Berlesen (JUBL) dalam menguasai dan menyelia kerja ukur Kadaster dan strata yang dijalankan oleh JUBL. Unit ini merupakan satu unit yang mewakili JUPEM untuk memantau hasil kerja yang dibuat oleh pihak JUBL bagi memastikan setiap kerja yang dijalankan (meliputi pengukuran, Buku Kerjaluar, penghasilan PA dan JK) mematuhi syarat yang dibenarkan oleh JUPEM mengikut piawaian pekeliling dan diberi kelulusan oleh Pengarah Ukur.

Unit ini menjalankan kerja-kerja pendaftaran dan semakan ke atas kerja-kerja pengukuran

JUBL samada pengukuran Kadaster mahupun strata. Unit ini akan menerima beberapa

dokumen PU daripada JUBL sebelum sesuatu kerja ukur itu dijalankan bagi tujuan

pendaftaran untuk mendapatkan nombor-nombor PA, JK, Buku Kerjaluar (BK) dan no. lot

tambahan jika ada. Dalam menjalankan tugas-tugas berkenaan, unit ini terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu:

Bahagian Pendaftaran PU

Bahagian Semakan Hakmilik Tanah

Bahagian Hakmilik Strata

Bahagian Pendaftaran PU

Bagi suatu Permohonan Ukur baru yang akan dijalankan pengukuran oleh JUBL, ia mestilah

didaftarkan dahulu oleh JUPEM bagi mengeluarkan nombor-nombor lot, PA, JK, BK dan

Fail Ukur.Antara lima dokumen iaitu :-

a) Sijil Akuan (dari Lembaga Jurukur Tanah).

b) Borang LJT1 salinan 3.

c) Surat Kelulusan dari Pejabat Tanah.

d) Pelan Tata Atur yang diluluskan oleh Pejabat Tanah.

e) Disket pelan Pra-Hitungan digital yang mengandungi 3 fail ASCII iaitu pub, pud dan pul.

5 Error! No text of specified style in document. |

Page 6: Latar belakang jupem

Bahagian Semakan Hakmilik Tanah

Bahagian ini akan membuat semakan ke atas hasil kerja pengukuran yang telah siap

dijalankan oleh JUBL. JUBL akan menghantar data kerja pengukutan seperti PA, JK dan BK

untuk disemak. Semakan dibuat bagi memastikan data ukur seperti nilai bering, jarak dan

koordinat adalah betul. PA akan dibandingkan dengan JK, jika terdapat kesilapan, data JK

adalah muktamad dan PA dibetulkan. Kemudian PA dibandingkan dengan BK, jika ada

kesilapan, data PA muktamad dan BK dibetulkan. Lot-lot bersebelahan dengan lot

pengukuran (abbutal) juga perlu disemak berdasarkan kepada PA-PA yang terdahulu.

a) Nilai Koordinat Asas

b) Bentuk lot dengan Pelan Layout

c) Lot bersebelahan (abbutal)

d) Keluasan lot

e) Jika terlalu banyak pemotongan yang dibuat di atas PA, PA tersebut tidak boleh diterima

dan dibatalkan.

Bahagian Hakmilik Strata

Bahagian semakan bagi Hakmilik Strata terbahagi kepada dua iaitu:

a) Peringkat 1

b) Peringkat 2

6 Error! No text of specified style in document. |

Page 7: Latar belakang jupem

Peringkat 1 (Proses Semakan)

1) JUBL menghantar dokumen kepada PTG dahulu bagi kelulusan pengukuran

manakala PTG akan menghantar dokumen yang telah diluluskan tersebut kepada Unit

JUBL JUPEM untuk proses semakan Strata.

2) Proses semakan akan dibuat selama 55 hari.

3) kemakini melibatkan 4 jabatan organisasi:

Pemaju (tuan tanah)

JUBL

Peringkat 2

Peringkat 2 melalui proses-proses seperti berikut :

a) Strata apabila permohonan disokong oleh JUPEM, pelan cadangan tersebut dihantar

ke PTG untuk sokongan.

b) PTG dimana pihak kedua yang akan memaklumkan kepada JUBL dimana

permohonan telah disokong dan diluluskan.

c) JUBL ialah pangkalan yang akan menyediakan Pelan Akui bagi ukuran semula

kepada JUPEM.

d) JUPEM merupakan pihak yang akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 80 hari.

Surat sokongan Strata akan dikeluarkan setelah proses semakan selesai.

7 Error! No text of specified style in document. | PERMOHONAN

DARI JUBL

Page 8: Latar belakang jupem

PENGIMBASAN

DOKUMEN

UKUR KADASTER

8 Error! No text of specified style in document. |

SEMAKAN AWAL

TERIMA

PERTANYAAN

KEPADA JUBL

TOLAK

PENDAFTARAN

FAIL

SIMPAN

DOKUMEN

MENCARTA

Page 9: Latar belakang jupem

PENGENALAN

Ukur kadaster ialah satu pengukuran untuk menentukan kedudukan batu-batu sempadan

hakmilik dan menunjukkannya didalam rekod yang berdaftar atau titles. Didalam pelan atau

titles ini sempadan ditunjukkan dengan nilai bearing dan jarak. Tujuan utama ukur kadaster

adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak- kehendak awal bagi pendaftaran

hakmilik.

Tujuan ukur kadaster :

Mengelakkan berlakunya pertindihan antara lot-lot tanah yang bersebelahan.

Mengelakkan berlakunya pembaziran ’ruang kosong’ antara lot-lot tanah

Mentakrifkan bahawa sebidang tanah itu adalah dibawah mukim-mukim tertentu dan

pemilik ekonomi tertentu.

Untuk menentukan bentuk dan keluasan tanah bagi setiap perubahan seperti

pembahagian tanah dan lain-lain.

Sistem ini selaras dengan keupayaan alat-alat ukur berteknologi tinggi masa kini seperti total

station, GPS JUPEM dapat membina satu computer-base CCS yang boleh menghubungkait

perihal data-data tuan punya tanah dengan data-data yang berlainan iaitu seperti:-

Topografi (seperti dari pemetaan kebangsaan-RSO)

Jenis-jenis pengukuran tanah dan geologi (seperti peta-peta geologikal).

Utiliti (seperti paip-paip air dan kabel-kabel elektrik).

Remotely-sensed land use (seperti dari angkasa).

Kedudukan pengguna (seperti dari penerimaan GPS).

Informasi zon pantai laut (seperti dari carta-carta hidrografi

Peranan pegawai ukur terhadap batu sempadan didalam pengukuran kadaster adalah seperti

berikut:-

9 Error! No text of specified style in document. |

Page 10: Latar belakang jupem

Bertanggungjawab untuk mengawasi kerja-kerja menanam tanam pastian, mengubah

atau mengalih sebarang tanda yang tidak diperlukan lagi.

Seseorang pegawai ukur juga perlu mencari kedudukan asal sempadan tanah dan tidak

cuba untuk membetulkan kedudukan asal walaupun wujud selisih.

Tanda sempadan yang kekal hendaklah ditanam sebelum atau serentak dengan

pengukuran yang dibuat.

Jika terdapat bukti yang menyatakan tanda sempadan tersebut berganjak dalam had

yang akan memberikan kesan kepada kepentingan tuan tanah, maka tanda sempadan

tersebut perlu diubah.

PERINGKAT-PERINGKAT KERJA LUAR TERABAS UKUR

Kerjaluar yang dilakukan perlulah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan. Ini adalah

bagi melancarkan lagi proses kerja pengukuran. Langkah-langkah tersebut adalah:-

1. Tinjauan kawasan

Langkah ini dilakukan bagi memudahkan juruukur untuk memikirkan cara yang terbaik

dan sesuai untuk menjalankan kerja ukur nanti. Selain itu, jurukur juga dapat

membayangkan rupabentuk terabas yang dilakukan, jurukur juga perlu membuat

tinjauan kerana penting bagi menentukan kedudukan stesen yang hendak diduduki.

Jurukur juga hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara semasa membuat

tinjauan. Diantaranya ialah:-

Tujuan pengukuran

Ketepatan dan kejituan kerja yang diperlukan

Memerhatikan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan lagi kerja

ukur yang hendak dijalankan.

Masa yang diperlukan bagi mengendalikan kerja ukur atau masa yang telah

diperuntukkan.

2. Pemilihan stesen ukur (datum)

Pemilihan stesen ukur adalah penting untuk melancarkan kerja pengukuran. Jurukur

perlulah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-

10 Error! No text of specified style in document. |

Page 11: Latar belakang jupem

Meminimumkan bilangan stesen untuk kerja ukur tetapi memadai untuk

mendapatkan kejituan kerja ukur dan tidak menjejaskan perjalanan kerja ukur.

Stesen ukur mestilah saling nampak antara satu sama lain.

Jarak cerapan yang dilakukan antara satu stesen dengan stesen yang lain

hendaklah 30 meter. Ini adalah bertujuan untuk menghalang ralat pada bacaan

bearing atau cerapan sudut.

Tapak keja ukur perlu diambil perhatian sebagai contoh keadaanya adalah

stabil disekitar alat ukur dipasang. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

pergerakan alat semasa kerja ukur sedang dijalankan.

Kedudukan stesen yang sebaik-baiknya adalah stesen yang berhampiran

dengan butiran yang ingin dibuat cerapan. Stesen ukur juga mestilah tidak

terhalang dari sebarang gangguan seperti pokok, batu, bangunan dan

sebagainya.

Seboleh-bolehnya mengelakkan dari mendirikan alat atau dijadikan stesen

bagi keadaan tapak yang bercerun dan berair.

3. Penandaan stesen ukur pengambilan cerapan

Untuk menentukan sesuatu stesen ukur itu mestilah mengambil perhatian dari beberapa

perkara seperti berikut:-

Penandaan stesen perlulah dibuat dari kayu piket yang panjangnya kira-kira

0.5m dan permukaan keratanya adalah 40mm x 40mm.

Piket yang ditanam didalam tanah hendaklah sejarak 2 cm dari permukaan

tanah.

Pada permukaan piket hendaklah dipakukan. Ini adalah bertujuan untuk

mendapatkan kejituan dalam kerja ukur.

Kedudukan stesen hendaklah direkodkan. Ini adalah bagi memudahkan

mencari semula kedudukan stesen jika piket itu hilang.

UNIT SISTEM MAKLUMAT

11 Error! No text of specified style in document. |

Page 12: Latar belakang jupem

Merupakan salah saatu unit dimana bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawasi

perjalanan fail-fail kerja ukur di jabatan ukur negeri sehingga satu surat hakmilik kekal dapat

dikeluarkan mengikut peruntukkan undang-undang dan peraturan jabatan ukur yang

dikuatkuasakan.

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-

1) Bahagian Pendaftaran & Rekod

- Merupakan bahagian pendaftaran hakmilik dan merekod segala butiran dan data-data

yang terdapat dalam hakmilik

2) Surihan Kerja Luar

- Dipertanggungjawwabkan dalam mengurus dan mengawasi perjalanan fail kerja

sehingga satu hakmilik kekal dapat dikeluarkan mengikut peruntukkan yang

dikeluarkan oleh Kanun Tanah Negara. Selain itu, dipertanggungjawabkan juga dalam

penyediaan surihan kerja luar untuk membekalkandata panduan pengukuran dan

meguruskan berkaitan dengan nombor lot sempadan.

Objektif

Melakukan pencetakan dan memastikan fail-fail ukur jabatan direkod dan diselenggara

dengan kemas untuk mencapai target objektif keseluruhan jabatan ukur negeri :-

i) Dengan menerima dan memproses permohonan ukur yang diterima dari PTD atau

PTG dalam tempoh ditetapkan

ii) Memantau pergerakan fail kerja dan memastikan ukuran hakmilik disiapkan cepat

dari tarikh yang dimohon.

iii) Menyediakan Pelan hakmilik baru mengikut prosidur yang ditetapkan.

iv) Menyediakan pelan hakmilik gantian dalam tempoh ditetapkan dari tarikh yang

dimohon.

v) Menyediakan Pelan Warta.

AKTIVITI UNIT

12 Error! No text of specified style in document. |

Page 13: Latar belakang jupem

i) Memantau surat menyurat berkaitan permohonan ukur

ii) Mengupgrade data permohonan melalui SPDK

iii) Mengirim boring pengesahan ukur pada pejabat tanah

iv) Penyediaan surihan kerja luar digital dengan menggunakan modul e-SKL

V) Penerimaan permintaan ukur jika borang lengkap melibatkan pengwartaan kerajaan

Vi) Menyemak senarai borang yang keluar masuk

Proses kerja bagi penyediaan hakmilik baru :-

i) Terima fail ukur

ii) Penyediaan Pembayaran ukur berdasarkan perintah KTN

iii) Menyediakan 2 salinan bagi setiap lot yang terlibat.

iv) Memasukkan format mengikut pelan hakmilik tanah

v) Mewarnakan garisan Lotsempadan dengan warna hijau

13 Error! No text of specified style in document. |

Page 14: Latar belakang jupem

TERIMA PU DARI PEJABAT TANAH/PTG

REKOD PENERIMAAN PU

SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN

LENGKAP?

CARTA DI ATAS PETAKADASTER

MULA

PASTIKAN TIADA PERTINDIHAN SEMPADAN

LENGKAP? TIADA PERTINDIHAN

DAFTAR PU DAN BUKAFAIL UKUR

A

14 Error! No text of specified style in document. |

Page 15: Latar belakang jupem

CARTA ALIRAN PENYEDIAAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH

15 Error! No text of specified style in document. |

TERIMA FAIL UKUR

DAPATKAN IMEJ PELAN AKUI BERKAITAN

SEDIAKAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH DAN PENYATA UPAH UKUR

LENGKAP?

SAHKAN PELAN HAKMILIK TANAH

EDARKAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH KE

PEJABAT TANAH

Page 16: Latar belakang jupem

KESIMPULAN

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah ditubuhkan pada tahun 1957. Ia berfungsi sehingga ke era 20 an. Terbuktinya pada tahun 2012 JUPEM telah berkembang dari pelbagai jenis Ukur di Malaysia. Contohnya, Ukur Kadaster , Ukur Aras , Ukur Hidrografi , Ukur GPS , Ukuran Geodetik dan lain-lain lagi. Juruukur Berlesen yang dibawah JUPEM ditanggungjawab sepenuhnya oleh JUPEM.

JUPEM telah melahirkan bahagian-bahagian tertentu untuk melaksanakan bahagian-bahagian tersendiri. Seperti Bahagian Kadaster , Bahgian Pemetaan dan Bahgian Geospatial dan Pertahanan. Ini telah menyebabkan di bawah bahagian tersebut mempunyai tanggungjawab terhadap kerja dan seksyen-seksyen masing-masing. Ini telah membuktikan bahawa JUPEM adalah amat penting dalan industri negara, kerana JUPEM telah berkembang dalam pelbagai sektor yang telah disyorkan.

16 Error! No text of specified style in document. |