latar belakang aristotle

4
1 FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 LATAR BELAKANG ARISTOTLE. 1.0 Riwayat Hidup Aristotle. Gambar 1. Lukisan Aristotle. Aristotle dilahirkan pada 384SM di Stagria, Greek yang merupakan sebuah kota koloni Yunani di semenanjung Chalcidice yang berada di wilayah Macedonia. Beliau merupakan anak kepada Nichomachus yang merupakan sahabat dan doktor peribadi keluarga Kings Amyntas III of Macedonia. Sejak kecil Aristotle diasuh dan dididik oleh ayahnya sendiri di dalam bidang kedoktoran dengan harapan agar dapat menggantikan kedudukan ayahnya sebagai doktor keluaga Kings Amyntas III of Macedonia. Aristotle berasal dari golongan keluarga menengah dan memiliki tingkah laku yang luar biasa. Beliau agak suka memakai cincin di jari dan berambut kemas mengikut fesyen semasa. Pada usia tujuh belas tahun, Aristotle berpindah ke Athens dan menuntut di akademi Plato. Beliau menuntut di sana lebih kurang lapan belas tahun dan menjadi anak murid kepada Plato. Di Akademi Plato beliau telah mempelajari ilmu Matematik, Politik, Etika dan berbagai ilmu pengetahuan lain. Selain itu beliau juga memiliki kegemaran mengumpulkan buku sehingga rumahnya menjadi seperti perpustakaan dan Plato mengatakan mengatakan bahawa rumahnya adalah perpustakaan. 1

Upload: mohd-nasro-bin-ismail

Post on 22-Jun-2015

1.886 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang Aristotle

1FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

LATAR BELAKANG ARISTOTLE.

1.0 Riwayat Hidup Aristotle.

Gambar 1. Lukisan Aristotle.

Aristotle dilahirkan pada 384SM di Stagria, Greek yang merupakan sebuah

kota koloni Yunani di semenanjung Chalcidice yang berada di wilayah Macedonia.

Beliau merupakan anak kepada Nichomachus yang merupakan sahabat dan doktor

peribadi keluarga Kings Amyntas III of Macedonia. Sejak kecil Aristotle diasuh dan

dididik oleh ayahnya sendiri di dalam bidang kedoktoran dengan harapan agar dapat

menggantikan kedudukan ayahnya sebagai doktor keluaga Kings Amyntas III of

Macedonia. Aristotle berasal dari golongan keluarga menengah dan memiliki tingkah

laku yang luar biasa. Beliau agak suka memakai cincin di jari dan berambut kemas

mengikut fesyen semasa.

Pada usia tujuh belas tahun, Aristotle berpindah ke Athens dan menuntut di

akademi Plato. Beliau menuntut di sana lebih kurang lapan belas tahun dan menjadi

anak murid kepada Plato. Di Akademi Plato beliau telah mempelajari ilmu

Matematik, Politik, Etika dan berbagai ilmu pengetahuan lain. Selain itu beliau juga

memiliki kegemaran mengumpulkan buku sehingga rumahnya menjadi seperti

perpustakaan dan Plato mengatakan mengatakan bahawa rumahnya adalah

perpustakaan.

1

Page 2: Latar Belakang Aristotle

2FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Perwatakan dan peribadi Aristotle begitu diketahui umum iaitu beliau

merupakan seorang pemidato yang begitu petah berhujah serta kaya dengan idea yang

tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Hujahan dan kata – katanya begitu sinis. Jika

beliau tidak sependapat dengan sesuatu isu, beliau akan mengemukakan hujah – hujah

yang begitu bernas dan logiknya tidak dapat disangkal oleh mana – mana pihak

kebenarannya. Keadaan tersebut menbolehkan beliau menjadi terkenal dibandingkan

dengan anak murid Plato yang lain. Hubungan beliau dengan Plato tidak begitu baik

kerana sentiasa berbeza pendapat melalui hujahan – hujahan. Dalam tahun 342SM

beliau mendapat tawaran menjadi guru dari King Philip Macedonia untuk mengajar

puteranya Iskandar Zulkarnain.

Aristotle telah meninggalkan pelbagai keistimewaan yang boleh medidik

manusia seperti konsep kemurahan hati, cara berfikir serta perpandangan jauh. Selain

itu beliau dianggap seorang yang pandai menghargai persahabatan dan percaya kepada

kemampuan diri. Kebolehan beliau dalam pidato serta pengajaran menyebabkannya

dihargai oleh masyarakat. Beliau telah memperolehi tempat dan membuka sebuah

sekolah walaupun bukan penduduk asal Athens kerana beliau mempunyai hubungan

baik dengan orang – orang Macedonia. Sekolah tersebut diberikan nama Lyceum

kerana terletak di halaman Appolo Lykeios. Beliau percaya bahawa ilmu dan

pengajaran tidak boleh dipisahkan. Beliau sentiasa menjalankan kajian untuk

pembuktian kebenaran. Semua dapatan kajiannya dikongsi bersama kerana beliau

mempunyai prinsip ilmu perlu dikongsi untk perkembangan dan penyuburannya.

Isteri pertamanya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan sekolah.

Aristotle mempunyai seorang anak perempuan dan mempunyai nama yang sama

dengan isterinya iaitu Pythias. Beliau juga mempunyai anak lelaki iaitu Nikomakhos

dengan isteri keduanya iaitu Herpyllis.

Pada 323SM Aristotle dituduh sebagai penderhaka yang menghina dewa –

dewa orang Yunani oleh gerakan anti – Macedonia. Beliau meninggalkan Athens dan

ke khalkis. Sekolahnya telah diserahkan kepada Theoprastus iaitu anak muridnya.

Aristotle meninggal dunia pada tahun 322SM, ketika musim bunga berusia 62 tahun

disebabkan oleh pekerjaannya yang tidak mengenal batas.

Beliau telah mencipta teorinya iaitu ‘mimesis’ iaitu menghasilkan peniruan dan

imitasi. Baginya seni sama ada catan, lukisan, arca, muzik atau drama ialah sejenis

peniruan. Iaitu peniruan yang menghasilkan semula kata – kata orang lain.

2

Page 3: Latar Belakang Aristotle

3FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

2.0 Sumbangan Karyanya.

Aristotle telah banyak memberi sumbangan melalui karya yang telah di

hasilkan oleh beliau. Beberapa karya yang dihasilkan oleh Aristotle ialah dalam

bentuk ilmiah iaitu dalam bidang zoologi, biologi, dan botani melalui pengkajiannya

di pantai Asia dan Lyceum di Athens. Terdapat karya yang telah dilakukan. Iaitu

W.D.Ross membahagi tiga bidang utama karya Aristotle. Ketiga – tiga bidang itu

ialah Karya tulisan bersifat popular, Kumpulan data ilmiah, dan Bahan kuliah.

Selain itu terdapat karya – karya yang berkualiti yang telah dihasilkan oleh

Aristotle di dalam pecahan tiga bidang utama karya beliau. Contoh karya yang telah

dihasilkan ialah Categoriae, Analytica Priora, Topica, Physica, Metaphysica,

Meteorologica, Politica, Ethica Eudemia, Rhetorica, Poetica, Logika, dan beberapa

lagi karya.

Karya beliau yang terbaik dihasilkan ialah logika kerana beliau dikatakan

sebagai penemu, pelopor atau bapa logika. Will Durant mengatakan:

“The first great distinction of Aristotle is that almost without predecessors,

almost entirely by his own hard thinking, he created a new science”.

Ini kerana karya yang dihasilkan oleh Aristotle sudah begitu sempurna dan

tidak perlu ditambah sedikit pun. Kebanyakkan karya beliau telah digunakan oleh

manusia untuk rujukan serta kehidupan.

3

Page 4: Latar Belakang Aristotle

4FALSAFAH DAN KRITIKAN SENI SSP2133 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Bibliografi.

Rujukan Buku.

Dr.J.H.Rapar,Th.D.,Ph.D, 1988, Filsafat Politik Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers.

Jonathan Barnes. Terjemahan oleh Kassim Ahmad, 1999, Aristotle Siri Pemikir.

Kuala Lumpur: DBP

Mohd Johari Ab. Hamid, 2007, Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rujukan Internet.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Aristotle

4