aristotle n plato - l.bkg & sumbangan

Upload: ibuamni

Post on 02-Mar-2016

748 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

falsafah

TRANSCRIPT

Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c

Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).

Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rationalisme..

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.

Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

siapa aristotle?

Aristotle merupakan tokoh umum tetapi tetap menjadi tumpuan pengkaji falsafah. Aristotle berasal dari keluarga yang kaya. Beliau di katakan mempunyai sifat luaran iaitu berambut pendak yang di potong mengikut arus fesyen dan mempunyai kaki yang panjang. Beliau juga agak gemar bersolek dan memakai cincin di jari.Aristotle merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah tetapi bukanlah seorang tokoh politik barat yang memperjuangkan ilmu falsafah seperti tokoh barat yang terkenal iaitu Socrates. Beliau menghidap penyakit lelah. Beliau juga dikatakan pemidato yang baik, syarahan-syarahan yang disampaikan beliau jelas, kata-kata yang digunakan amat bernas dan membidas kata-kata yang tajam.Aristotle dikatakan mempunyai musuh yang ramai maka dapat digambarkan bahawa beliau seorang yang sombong dan suka mengarah. Tetapi dalam karya-karya falsafah beliau tidak terdapat unsur sentimental malahan beliau amat menghargai persahabatan, kemampuan diri sendiri, menyedari hakikat kedudukan diri sendiri di dalam sebuah tradisi yang mulia dan amat berbangga dengan pencapaiannya.Disepanjang kehidupan Aristotle, beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui secara mendalam tentang kehidupan. Kebanyakan karya Aristotle membuktikan beliau menumpukan seluruh tumpuannya untuk memajukan penemuan hakikat kebenaran dan pertambahan manusia yang mempercayai tentang kebenaran sesuatu falsafah.

Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya,Exhortation to Philosophy bahawa mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain. Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain.Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan.Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Aristotle tidak beranggapan dunia ini sesuatu yang membosankan kerana beliau mengkaji dunia ini. Beliau yakin bahawa dunia ini sesuatu yang menyeronokkan kerana di dalam dunia ini terkandung 1001 rahsia yang belum kita ketahui. Oleh itu, Aristotle banyak mengkaji dunia ini untuk menyingkap 1001 rahsia yang terkandung.Oleh itu lahirlah resipi kebahagiaan yang Aristotle wujudkan. Resipi beliau amat mudah kerana jika mengikut resepi beliau segala yang di fikirkan oleh manusia yang mengikut kehendak diri sendiri akan mencapai kebahagiaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah juga akan menjadi senang.

Sesungguhnya, Aristotle amat bijak dalam mengkaji ilmu pengetahuan. Kebanyakkan ilmu falsafahnya mengenai kehidupan seharian manusia. Ilmu falsafah yang Aristotle kemukakan diikuti oleh anak muridnya. Aristotle turut menyampaikan ilmu falsafahnya kepada masyarakat lain tidak seperti ahli falsafah yang lebih terdahulu sepertinya yang hanya mengkaji ilmu falsafah tetapi tidak menyampaikan dan diikuti oleh masyarakat pada masa itu.Aristotle mengajar masyarakat setempatnya pada masa dahulu sama-sama berfikir sepertinya. Oleh itu, beliau akan mengajar anak muridnya yang istemewa pada waktu pagi manakala orang awam beliau akan mengajar pada waktu petang. Kaedah pengajaran beliau banyak berbentuk penyelidikan. Hal ini disebabkan, Aristotle mahu masyarakat setempatnya banyak berfikir dan menghargai kehidupan di dunia ini. Beliau mahu masyarakat mengkaji segala ilmu pengetahuan dengan mendalam dan terperinci. Mengetahui segala ilmu dalam pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan orang lain untuk mengkaji sesuatu bidang ilmu.Falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle iaitu kebahagiaan amat disenangi oleh masyarakat. Hal ini disebabkan Aristotle mengemukakan prinsip yang mudah. Aristotle menyeru supaya manusia mengikut kehendak diri sendiri di samping perlu patuh kepada Tuhan. Memang lumrah manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Mahu mengabdikan diri kepadanya tetapi perlu seiring dengan kehidupan di dunia. Manusia tidak perlu menumpukan hanya kepada akhirat sahaja.

Bentuk kajian Aristotle sangat jelas. Idea-idea yang dikemukakan oleh Aristotle mengenai kehidupan tradisi dalam perkembangan ilmu pengetahuan amat jelas. Setiap ilmu pengetahuan yang dikaji oleh beliau tidak hanya memandang satu sudut sahaja. Beliau mengambil kira semua aspek dan semua pandangan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa kajian mengenai hakikat tentang kehidupan sukar dihuraikan jika memandang hanya satu aspek. Oleh itu harus memandang kepada aspek lain.Beliau menyatakan bahawa hakikat mengenai kehidupan ini tidak akan ada masyarakat berasa puas hati jika mengkaji hanya satu aspek tanpa memandang aspek lain. Manusia akan terus mencari sesuatu maklumat mengenai kehidupan ini sehingga manusia itu berasa puas hati. Setiap kehidupan yang dilalui oleh manusia adalah berbeza. Oleh itu, manusia akan memberi tafsiran mengenai kehidupan mereka yang berwarna-warni itu. Beliau menasihati anak muridnya yang turut sama mengkaji supaya memerhatikan pendapat-pendapat yang benar dan juga pendapat yang palsu. Kemudian dibezakan pendapat benar dan pendapat yang palsu. Memerhati dengan mata yang tajam perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian. Setiap pemerhatian itu mempunyai kebenaran. Maka keinginan dapat dipenuhi. Oleh itu, jika manusia mempercayai sesuatu perkara dan perkara itu adalah sesuatu yang benar maka itulah tanda perkara yang mungkin benar dan kurangnya kepalsuan di dalam hakikat kebenaran tersebut.

Kesimpulannya, kajian Aristotle amat mengagumkan. Kajiannya benar dan jelas. Aristotle meningal dunia pada musim bunga tahun 322 S.M. Ketika itu beliau berusia 62 tahun dan berada di kemuncak kekuatan kajiannya. Setelah kematian beliau, sahabat dan juga muridnya Theophrastus mengambil alih tugasnya dan Lyceum kekal sebagai pusat pengajian Sains dan falsafah yang berjaya. Tetapi pada abad ketiga S.M sinar Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran yang lain seperti Stoik, Epicuruiah, Skeptik telah menguasai pentas falsafah dan sains berkembang berasingan daripada falsafah dan menjadi lapangan pakar. Sungguhpun begitu Aristotle tidak pernah dilupakan dan sentiasa dikenang segala usaha beliau dalam ilmu falsafah ini

---------------------------------------------------------------------------------------

Latar belakang Aristotle.

Aristotle dilahirkan pada tahun 384, di Stagira sebuah kota di Utara Yunani. Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi dan beliau dipelihara oleh bapanya Proxenus, yang mempunyai hubungan dengan Atarneus. Tidak terdapat sebarang catatan mengenai pendidikan awal Aristotle, tetapi oleh kerana beliau datang dari sebuah keluarga yang kaya dan alim, tentulah beliau menerima bentuk latihan kesusasteraan dan gymnastik yang biasa bagi orang-orang berada di yunani.

Pada tahun 367, ketika berumur 17 tahun, beliau meninggalkan Stagira menuju ke Athens dan menyertai kumpulan orang-orang bergeliga yang bekerja dan belajar di bawah pimpinan Plato. Akademi seperti juga Lyceum satu tempat awam, dan sekolah Plato sama dengan sekolah Aristotle tidak serupa dengan sebuah universiti moden. Tetapi ada beberapa perbezaan antara kedua-dua sekolah tersebut. Aristotle menjadi ahlinya pada tahun 367.

Aristotle kekal di Athens sebagai seorang ahli Akademi Plato selama 20 tahun. Pada 347 tahun, Plato meninggal dunia, beliau meninggalkan Athens menuju ke Atarneus, ketika itu beliau berumur 37 tahun, seorang ahli falsafah dan ahli sains. Aristotle ialah ahli falsafah Greek yang dididik oleh Plato.Beliau merupakan guru kepada Alexander The Great. Apabila Alexander menjadi raja Macedonia (336 SM).

Aristotle mengasaskan Lyceum yang merupakan komuniti untuk menjalankan penyelidikan. Selepas kematian Alexander, Aristotle meninggalkan Athens atas sebab-sebab politik dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun berikutnya. Selama hayatnya, Aristotle menulis tidak kurang 400 buah buku meliputi pelbagai cabang pengetahuan. Bagaimanapun, penulisan beliau atas tema-tema biologi, logic sains politik adalah antara yang sangat menonjol dan mempengaruhi pemikiran orang ramai.

Sumbangan Aristotle

1) Bidang falsafah.Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajarianatomi,astronomi,embriologi,geografi,geologi,meteorologi,fizikdanzoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaanestetik,ekonomi,moral (ethics),kerajaan,metafizik,politik,psikologi,retorik,teologi; juga pendidikan, adat asing,penulisan, dansastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakanensiklopediapengetahuan Yunani. Kajian biologi iaitu kajian tentang haiwan menjadi asas sains biologi yang dilakukan oleh Aristotle. Falsafah tentang konsep kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Mengikut Aristotle, konsep kebahagiaan (eudaimonia) menjadi satu tujuan utama dalam perbuatan dan tingkah laku manusia.

Falsafah kebaikan moral juga turut diketengahkan oleh Aristotle. Aristotle merujuk kepada perasaan dan perbuatan dalam perbincangan beliau tentang kebaikan moral. Sesuatu kebaikan moral boleh ditakrifkan melalui perasaan kita terhadap sesuatu objek atau situasi, dan juga melalui tindakan kita dalam keadaan kita.Salah satu moral Aristotle ialah keberanian.

2) Bidang Pendidikan.Teori yang dihasilkan masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Pemikirannya juga terserap ke mana-mana.

Meskipun sebahagian besar ilmu pengetahuan yang dikembangkan,terasa lebih merupakan penjelasan dari hal-hal yang masuk akal,banyak teori-teorinya yang bertahan bahkan hampir selama dua ribu tahun lamanya.Hal ini terjadi karena teori-teori tersebut sangat berpengaruh pada pemikiran barat dan pemikiran agama lain pad umumnya.

Watak dan Keperibadian Aristotle.

1-) Beliau berasal daripada keluarga kaya.

2-) Beliau agak suka bersolek, memakai cincin di jari dan menyimpan rambut pendek mengikut fesyen.

3-) Beliau mnghidap sakit penat dan dikatakan berkaki panjang.

4-) Beliau seorang pemidato yang baik, syarah-syarahannya terang, cakapnya menawan dan tempelaknya tajam.

5-) Musuhnya ramai yang menggambarkan beliau seorang yang penyombong dan perangah.

6-) Wasiatnya yang masih ada menunjukkan kemurahan hati beliau dan fikirannya yang panjang.

7-) Karya karya falsafahnya tidak mengandungi sentimen, tetapi mereka membayangkan bahawa beliau menghargai persahabatandan kemampuan diri sendiri

PLATO DAN ARISTOTLE

. Pato & Aristoteles, mengembangkan sistempendidikan berdasarkan pada prinsip-prinsip psikologi.Mereka menulis tentang model-model pendidikan yangdiperuntukkan bagi kelompok masyarakat yangberbeda-beda3. Aristoteles, Mengembangkan spikologi daya yangdidalamnya ada 3 kekuatan/komponen dalam jiwa manusiayang saling independen (bergantung satu sama lainnya)a. Penalaran/pengertian/kognitif/ciptab. Perasaan/emosi/afektif/rasac. Kehendak/will/konasi/karsa4. John Amos Comenicus, ia mengatakan bahwa anakadalah individu yang sedang berkembang, oleh sebabitu dilihat dalam bentuk dan karakternya sebagaianak bukan sebagai miniatur orang dewasa

2. Plato & Aristoteles, mengembangkan sistem pendidikan berdasarkan pada prinsip-prinsip psikologi.Aristoteles adalah tokoh yang idenya berkembang menjadi Psikologi Daya. Dalam psikologi Daya ada 3 kekuatan/komponen dalam jiwa manusia yang ketiganya saling interdependent (bergantung satu sama lain). Ketiga komponen tersebut adalah :a. Penalaran/Pengertian/Kognitif/Ciptab. Perasaan/Emosi/Afektif/Rasac. Kehendak/Will/ Konasi/KarsaAristotle

Sejarah hidup Aristotle

Aristotle adalah seorang yang paling terkenal pada zaman Yunani kuno. Beliau tidak pernah menang dalam peperangan , tetapi beliau terkenal sebagai seorang guru dan salah satu ahli falsafah terkenal yang pernah hidup di dunia ini. Hanya sedikit fakta-fakta yang diketahui mengenai masa kecil Aristotle. Beliau lahir di Stagira, sebuah kota di bagian utara Yunani, pada tahun 384 s.m. Ayahnya merupakan seorang doktor semasa Amyntas II Raja Macedonia. Kelihatannya Aristotle belajar sedikit mengenai ilmu pengetahuan alam (sains) daripada ayahnya.

ARISTOTLE SEBAGAI MURIDKetika Aristotle berusia 17 tahun, beliau pergi belajar ke Athena, kota terpenting Yunani. Beliau menjadi murid kepada ahli falsafah iaitu Plato. Anak muda ini menghabiskan waktunya beberapa tahun di Akademi Plato mempelajari matematik astronomi dan tatanegara (government). Cara pengajaran Plato menekankan pada bagaimana berfikir dengan jernih. Aristotle belajar dibawah bimbingan Plato selama kira-kira 20 tahun. Beliau ialah siswa yang baik. Plato mengatakan beliau adalah bintang sekolah tersebut. Ketika Plato meninggal pada tahun 347 s.m. Aristotle meninggalkan akademi tersebut dan mulai mengembangkan metoda belajarnya sendiri. Bagaimana kita belajar mana yang benar dan mana yang salah? Bagaimana bentuk pemerintahan yang terbaik? Ini adalah beberapa hal yang berkumpul di kepala Aristotle. Aristotle berusaha mencari jawapan dengan mengenalpasti keadaan dunia di sekelilingnya dan mengumpulkan bukti-bukti nyata. Beliau percaya bahawa setiap kejadian mempunyai penjelasan yang logik, dan dia ialah orang pertama yang membentuk kesimpulan dari hasil investigasi dan pengamatan.

ARISTOTLE SEBAGAI GURU

Aristotle menjadi lebih terkenal setelah meninggalkan sekolah Plato. Ketika Raja PhilipII mencari guru untuk anaknya, Alexander dia memilih Aristotle. Sulit diketahui seberapa besar Aristotle mempengaruhi Alexander Agung, tetapi kita tahu hubungan guru dan murid sepanjang hidupnya adalah merupakan dua orang sahabat. Setelah menjadi raja Macedonia, Aristotle kembali ke Athena. Tahun 335 s.m. dengan dana sumbangan Alexander, Aristotle membuka sebuah sekolah yang diberi nama Lyceum. Dari asal kata itu highschools di Perancis dan Italy dinamakan: lycee danliceo.Banyak mata pelajaran yang diajarkan di Lyceum, dan berbagai alat bantu untuk prosesb elajar. Aristotle menhimpun buku-buku dan membuka perpustakaan besar pertama pada masa itu. Ada juga museum ilmu alam, kebun dan ladang. Aristotle menganjurkan agar setiap orang mencari tempatnya masing-masing di duniaini dan belajar bagaimana cara hidup yang baik dan berguna bagi orang lain.Hidup bahagia dapat ditemui pada pertengahan emas (golden mean), maksudnyan ditengah-tengah dua kelompok ektrim yang bertentangan dan selalutimbul di dalam masyarakat. Dua belas tahun setelah Aristotle membuka sekolahnya, terdengar berita bahawa Alexander Agung telah wafat. Pada waktu itu rakyat Athena terpecah dua, pro dan kontra alam Alexander Agung. Aristotle dituduh oleh kelompok kontra sebagai berlawanan dengan agama. Daripada menyanggah di pengadilan beliau memilih meninggalkan Athena, dan tak lama kemudian meninggal pada tahun 322 s.m.

Pemikiran Aristotle

Aristotle, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakiniadalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopediapengetahuan Yunani.

Kata-kata Aristotle

Kita adalah apa yang kita lakukan secara berulang kali. Justeru, kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi satu tabiat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle)

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum (Aristotle)

Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan.(Aristotle)

Siapa saja bisa marah, itu mudah; tetapi untuk marah pada orang yang tepat, dan skala yang tepat, dan waktu yang tepat, dan untuk tujuan yang tepat, dan dengan cara yang tepat, hal itu tidak dimiliki oleh semua orang, dan itu tidak mudah.

Aristotle)

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam kehidupan - (Aritotle)Pandangan Tokoh-Tokoh Falsafah Barat Terhadap PendidikanFalsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sangat erat. Kehidupan manusia membentuk falsafah yang tersendiri. Perkembangan manusia yang berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan falsafah dalam pendidikan. Pendidikan pula memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam kehidupannya dan generasi yang seterusnya.Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Pada asalnya, perkataan education dibentuk daripada dua perkataan Latin, iaitu educere yang bermakna membimbing atau melatih, dan educare, iaitu melatih atau mengasuh.Plato (427 347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, berpendapat pendidikan merupakan suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan adalah untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Plato percaya seseorang hanya dapat ilmu apabila dia berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan pemikiran secara kritis. Mengikut beliau, ramai orang bersedia menerima fenomena yang diperhatikan kali pertama, seperti dengan orang yang berpuas hati melihat bayang yang dipantulkan sinar dari luar ke atas dinding gua. Orang ini enggan meninggalkan tempatnya untuk menghadapi realiti, dan tidak seperti ahli falsafah yang menggunakan masa hidup sepenuhnya berusaha secara bersungguh-sungguh mencari kebenaran.Menurut Plato, orang yang mencintai kecantikan, benda yang baik atau tindakan yang adil adalah orang yang ada pendapat, tetapi bukan ilmu. Seorang yang berilmu mencintai kecantikan, kebaikan dan keadilan yang sebenar. Bagi Plato, pendapat adalah berkaitan dengan objek yang dipersepsikan, dan ini boleh disalahertikan. Manakala, ilmu yang sebenar adalah di luar persepsi dan berkaitan dengan dunia abadi yang mana tidak boleh disalahertikan. Maka, perkara yang khusus adalah pendapat dan bukan ilmu. Seorang yang berilmu adalah dimotivasikan oleh hasrat yang mencintai apa yang sebenar, terbaik, tulen, tertinggi dan abadi.Plato, di dalam buku Republic, menjelaskan fungsi pendidikan sebagai pemilihan murid yang sesuai untuk melatih mereka berdasarkan potensi masing-masing. Kandungan pelajaran harus dirancang mengikut peringkat-peringkat perkembangan individu. Pendidikan merupakan interaksi antara individu dengan masyarakatnya. Oleh itu, ciri-ciri sosio-budaya harus mempengaruhi perkembangan kognitif individu, termasuk tingkah lakunya. Mengikut Plato, pendidikan adalah tanggungjawab negara. Republik yang idealnya adalah : Jika pendidikan individu dapat memenuhi keperluan masyarakat dan negara, dan potensi individu dapat diperkembang mengikut perbezaan individu, maka pendidikan ini akan dikatakan mencapai tujuan dan fungsinya.Aristotle (384 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato, dalam bukunya Politik, menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan negara.Logik yang diperkenalkan oleh Aristotle adalah berkaitan rapat dengan pemikiran deduktif, iaitu mengaplikasikan generalisasi umum untuk menghuraikan kes khusus atau membentuk generalisasi baru. Logik Aristotle menggunakan silogisme yang merangkumi dua premis yang benar dan satu kesimpulan yang sah. Sebagai contoh : Premis 1 : Semua manusia adalah makhluk yang fana. Premis 2 : Plato ialah manusia. Kesimpulan : Plato ialah makhluk yang fana.Mengikut Aristotle, kebaikan adalah kecemerlangan manusia. Maka, tujuan pendidikan ialah memupuk kebaikan murid. Semua rakyat bertanah harus dididik apa yang berguna untuk mereka, agar mereka berbudaya mempunyai kebaikan dan masa untuk memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara. Rumusan Falsafah Pendidikan Aristotle1. Pendidikan adalah berhubung rapat dengan politik, dan perlu berkuatkuasa sebelum perlaksanaannya.2. Pendidikan sekolah harus dihadkan kepada warganegara sahaja. Kanak-kanak hamba tidak layak dididik.3. Pendidikan harus mengutamakan rasionaliti individu.4. Oleh kerana pembentukan konsep, teori dan prinsip berdasarkan pengalaman konkrit, pendekatan pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit kepada abstrak dan daripada spesifik kepada umum. Teori yang dibentuk harus diaplikasikan.Aristotle in political view

MOHAMAD FAZLY BIN ADAM BA08110176

MOHD NASIER BIN ABDULLAH BA08110248

Aristotle dalam politik

PENGENALANMenurut Miriam

Budiarjo (1993) teori adalah generalisasi yang abstrak mengenai beberapa fenomena dalam menyusun generalisasi itu teori selalu menggunakan konsep-konsep. Konsep-konsep itu lahir dalam fikiran dan fakta dipakai sebagai batu loncatan. Teori politik adalah perdebatan dan generalisasi dari fenomena yang bersifat politik. Dalam erti kata lain, politik adalah perbahasan dan renungan atas tujuan politik serta cara mencapai tujuan itu. Konsep-konsep yang dibahas dalam teori politik mencakupi masyarakat, kelas sosial, modenisasi dan perubahan sosial. Ideologi politik adalah himpunan nilai-nilai, idea, norma, kepercayaan dan kewajiban, kemerdekaan, Negara, pembangunan, permodenan dan perubahan. Ideologi politik adalah himpunan nilai-nilai, idea, norma, kepercayaan, keyakinan, suatu Welfanscharung yang dimiliki oleh seseorang atau kelompok orang atas dasar mana dia menentukan sikapnya terhadap kejadian dan masalah politik yang dihadapinya yang dihadapinya yang menentukan tingkah laku politiknya. Nilai-nilai idea ini menentukan suatu system yang berpautan dan bersifat ideal.

Makna teori politik menurut istilah teori politik digunakan untuk didefinisikan dengan pelbagai makna. Ianya beberapa hipotesis mengenai proses atau institusi pemerintahan atau ia juga merujuk kepada prinsip dan norma-norma moral yang mengawal perilaku politik. Terdapat beberapa tokoh yang terkenal seperti Aristotle yang telah memberikan suatu teori dan konsep-konsep yang Berjaya digunakan pada kebanyakkan Negara.

BIODATA ARISTOTLE TENTANG POLITIKRichard Kraut menyatakan dalam karyanya Aristotle dilahirkan di Stargia iaitu sebuah Bandar di Greece pada 384 sebelum masihi dan meninggal dunia pada 322 sebelum masihi. Pada umur 17 tahun Aristotle dihantar ke Athens untuk mempelajari ilmu di sekolah iaitu dipanggil sebagai the Academy. Ari

stotle telah banyak menemui pendekatan dalam kajiannya. Hal initermasuklah belia menemui bentuk pembelajaran formal iaitu logik. Aristotle menerangkan bahawa setiap idea itu harus difahami dengan menggunakan pendekatan atau method yang berbeza bagi penemuan yang telus. Aristotle sebenarnya telah menggabungkan dalam ilmu bagi menerangkan suatu isu, iaitu memasukkan unsur kawalan rasional dan mengambikira unsur manusia. Dalam karyanya Aristotle memasukkan perkataan tentang perkataan Nicomachean Ethics. Nicomachean Ethics juga dikenali sebagai Eudemian Ethics iaitu bidang kajian tentang perwatakan yang dihujah oleh Aristotle sebagai kebahagiaan. Aristotle mengeluarkan kenyataan tentang kejadian ini seperti setiap tindakan manusia tidak semua mempunyai bahagian yang sama. Setiap tujuan atau matlamat atau aktiviti adalah berdasarkan keperluan yang lain dan matlamat lain akan dikecapi anatara satu dengan lain. Kepastian yang paling atas dapat dikenalpasti bukan kerana matlamat yang terhalang daripada apa yang kita dapati pada akhir sekali, tetapi hari ke hari adalah kita dapat membuat kuasa berasaskan rasional. Perwatakan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia kerana dapat memberikan akses bagaimana menjadikan seseorang manusia. Aristotle seterusnya menerangkan Nicomachean Ethics adalah perbuatan politik kerana ketua politik harus berlatih dan berpandukan kepada pemahaman terhadap matlamat atau tujuan politik kepada legislation iaitu mengambilkira unsur kemanusiaan.

SUMBANGAN ARISTOTLE DALAM ILMU POLITIKSchmanat 1960 dalam karya Filsafat politik Aristoteles atau Aristotle mendefinisikan negara sebagai sebuah komuniti keluarga dan kumpulan keluarga yang sejahtera demi kehidupan yang lebih sempurna dan bercukupan. Istilah bercukupan ialah mengimplikasikan bahawa objek mencapai saranan-saranan untuk mencapai tujuan dan ia tidak memerlukan bantuan daripada pihak lain dalam merialisasikan potensi wataknya. Dalam mengikuti perkembangan masyarakat , Aristoteles menyatakan bahawa banyak bentuk organisasi sosial yang belum sempurna telah berada di tempat yang mana manusia boleh ditemukan. Pada mulanya manusia hidup terpisah, kemudia kelompok-kelompok keluarga bersama-sama dalam komuniti desa dan saling bantu-membantu dan melindungi antara satu sama lain. Negara bermula dalam keperluan hidup yang nyata dan berlanjutan dalam keberadaan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan bukan untuk kehidupan yang semata-mata. Aristotle terus-menerus merujuk kepada fungsi positif negara dan dengan tegas menyatakan bahawa komuniti politik tidak muncul hanya untuk menjadi polisi guna melindungi aturan kalangan para warga atau sebagai perajurit untuk menjaga rakyat terhadap gangguan luar.

Aristotle menekankan bahawa kajian terhadap organisme atau gabungan yang kompleks bagaimana pun harus bermula dengan mempertimbangkan objek-objek yang ada dalam unsur-unsur konstitutionnya. Dalam karyanya iaitu dari buku Ethics yang ditulis sebagai pengantar untuk politics, beliau menguji watak dan tujuan manusia dan menggambarkan bahawa aktiviti yang tepat dari manusia ditemukan dalam apa yang sesui bentuknya kerana manusia adalah binatang rasional dengan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan akal. Aristoteles mengkaji bahwa kuakifikasi kewarganegaraan boleh berbeza mengikut negara yang berlainan. Warga negara dalam negara yang demokrasi sering tidak sedemikian dalam negara oligarki. Namun walau apa prasyarat itu, orang yang memiliki kekuatan untuk mengambil bahagian dalam administrasi deliberatif atau judisial negara apa pun boleh disebut sebagai warga dari negara tersebut. Aistotle menggambarkan enam bentuk skema pemerintahan yang cukup ternama iaitu 3 daripadanya ialah bentuk konstitusi yang benar iaitu monarki, aristokrasi, dan demokrasi moderat dan tiga yang seterusnya ialah bentuk yang terinduksi iaitu tirani, oligarki, dan demokrasi eksterim ataupun hukum rimba. Dalam kelompok pertama aturan ditegakkan untuk kesejahteraan rakyat dan yang terakhir untuk kepentingan peribadi pemegang kuasa. Aturan hukum merupakan alat untuk menjamin bahawa tindakan politik berdasarkan atas keinginan yang benar. Manusia ialah makhluk yang sarat dengan godaan dan nafsu. Aristoteles mencatatkan bahawa Kejahatan watak manusia tertentu. Kerana kelemahan ini beliau menilai bahawa memberikan kekuasaan tidak terbalas kepada penguasa adalah benar-benar sangan berbahaya. Kerana pada manusia nafsu seringkali mendominasi rasional, maka aturan hukum boleh egois, menggantikan sikap rasional yang mensejahterakan semua. Aristoteles memasukkan kedalam hukum bukan hanya terhadap undang-undang badan legislatif melainkan tiga hukum adat dan hukum alamiah atau alam. Konsep aturan hukum atau pemerintahan terbatas menjadi salah satu ciri yang dominan bagi kehidupan politik barat. Diperkuatkan dengan konstitusi bertulis , undang-undang hak asasi , pertahanan politik moden.Dalam www.scrib.com menyatakan Terdapat banyak sumbangan Aristotle dalam bidang falsafah iaitu beliau telah mengumpul fakta-fakta zoologi, astronomi, meteorologi, sosiologi dan sejarah. Sebagai contoh, kajian zoologi dan biologi iaitu kajian tentang haiwan menjadi asas sains biologi yang dilakukan oleh Aristotle. Fakta-fakta yang Aristotle dapat itu dipaparkan dalam dua jilid yang besar, History of Animals ( Sejarah Haiwan ) dan Dissections ( Pembedahan ). BukuDissections sudah tidak ada lagi. Seperti dibayangkan pada namanya, ia memperihalkan bahagian-bahagian dalam dan struktur haiwan dan sebahagian besarnya terdiri daripada rajah dan lukisan. Buku tentang History of Animals masih ada sehingga sekarang.

Perkataanhistory mentransliterasikan perkataan Yunanihistoria bermakna pertanyaan atau kajian, dan terjemahan tajuk yang lebih baik adalah Zoological Researches ( Penyelidikan Zoologi ). Researches membincangkan secara terperinci tentang bahagian-bahagian haiwan, luar dan dalam, bahagian yang berdarah, tulang, bulu dan lain- lain, yang membina tubuh haiwan; pelbagai cara pembiakan yang didapati di kalangan haiwan; pemakanan, habitat dan tingkah laku mereka. Sebagai contoh dalam kajiannya tentang merpati, belatuk, kura-kura, cicak, ular berbisa dan lain lagi. Beliau menjalankan tugasannya sehingga selesai. Aristotle dikatakan sebagai ensiklopedia kerana beliu sangat popular dan mempunyai pelbagai pengetahuan. Politik Aristoteles juga berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil berat keadaan jasmani setiap kanak-kanak yang dilahirkan. Keluarga bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur bawah enam tahun. Selepas itu kerajaan haruslah mengambil alih mendidik kank-kanak tersebut melaui persekolahan dari umur tujuh tahun sehingga 21 tahunSelepas Aristotle meninggalkan akedemi, beliau menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain dan kemudiannya mengasaskan sebuah institusi sains yang terkemuka ketika itu, Lyceum. Aristotle juga merupakan orang pertama yang mgemukakan cara berfikir yang teratur iaitu dalam satu sistem. Justeru itu beliau merupakan orang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran sains yang pelbagai bentuk tetapi saling berkait dalam satu sistem. Pendekatan Aristoteles terhadap teori politik yang terdapat dalam bukunya politics dan sedikit meluas dalam beberapa bahagian yang relevan dalam karyanya Nicomachean Ethics,Rhetotric dan Metahysic yang mana pemikiran politiknya terdapat empat jenis etis dan bebas, politik adalah ilmu praktik, ada hukum moral universal yang harus dipatuhi semua manusia dan negara adalah institusi alamiah. Sumbanganya dari segi politik berdasarkan dalam bukunya yang berjudul Ethics beliau menekankan bahawa tujuan alamiah manusia yang memenuhi wataknya adalah kebahagian. Beliau juga mendefinisikan sebagai kebahagiaan sebagai suatu aktiviti jiwa agar sesuai dengan kebijakan yang sempurna. Aristotles juga memberi penjelasan bahawa ilmuan politik harus menguasai bidang yang lain seperti psikoligi dan ekonomi sekiranya ingin memperolehi pemahaman berkenaan negara.KARYA ARISTOTLEDe Int. De InterpretationeAn. Pr. Prior AnalyticsAn. Post. Posterior AnalyticsTop. TopicsS.E. De Sophisticis ElenchisPhys. PhysicsCael. De CaeloG.C. De Generatione et CorruptioneMete. MeteorologicaDe An. De AnimaP.A. De Partibus AnimaliumM.A. De Motu AnimaliumG.A. De Generatione AnimaliumMet. MetaphysicsE.N. Nicomachean EthicsE.E. Eudemian EthicsPol. PoliticsRhet. Rhetoric(Sumber: J.D.G.Evans. 1977)

KESIMPULANKebanyakkan teori pada ketika dahulu telah dikritik dan diperbaharui. Namun apa yang pasti, andaian-andain teori-teori telah banyak digunakan di kebanyakkan Negara. Aristotle telah menadi tokoh politik yang mana karya-karya Aristotle telah banyak dijadikan sumber untuk pembentukan politik dalam proses sesebuah Negara kerana Aristotle telah Berjaya memasukkan nilai manusia dalam kenyataannya mengenai ilmu tentang politik.

RUJUKANHenry J. Schmanat. 1960. Filsafat Politik: Kajian Historis Dari Zaman Yunanui Kuno Sampai Zaman Moden. Yokyakarta. The Bruce Publishing Company.

Richard Kraut dalam Steven M. Cahn. 2005. Aristotle political Philosophy. New York. Oxford University Press.

Miriam Budiarjo. 1993. Dasar- Dasar Ilmu Politik. Jakarta. PT Gramedia Pustaka Utama.

J.D.G.Evans. 1977. Aristotles Concept of Dialectic . University Of Cambridge

PlatoAnak murid Socrates dan telah menghasilkan buku RepublikBuku ini menerangkan struktur kerajaan yang terbaik untuk rakyat. Plato berpendapat bahawa ahli falsafah boleh menjadi pemimpin yang baik kerana mereka dapat memerintah dengan adil dan saksamaPlato telah menubuhkan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Akademi di Athens

AristotleAnak murid Plato yang menuntut di Sekolah AkademiSumbangan Aristotle adalah berkaitan dengan perkembangan ilmu fizik dan muzikBeliau ialah guru kepada Iskandar Zulkarnain dan telah menubuhkan sebuah institusi sains, iaitu LyceumSesuai dengan perkembangan seni di peringkat antarabangsa, seni kritikan telah diterima oleh masyarakat barat sebagai sebahagian dari aktiviti seni itu sendiri. Tanpa adanya kritikan seni, maka seni itu dilihat sebagai satu kekurangan. Oleh itu sewajarnya kritikan seni mesti berada dan bergerak seiring dengan dunia seni tampak tanah air. Penyelidikan PerpustakaanMenurut Encyclopedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan sesebuah karya seni itu. Kritikan seni yang terawal telah dapat dikesan dalam Republic oleh Plato (427 347SM) Dalam karya tersebut, Plato telah mengemukakan teori idea yang menjelaskan bahawa objek-objek dalam dunia yang kita lihat hanyalah peniruan semata-mata. Malahan kedudukannya tidak begitu sempurna. Dari kenyataan ini, maka bermulalah dunia kritikan seni. Konsep peniruan ini dikenali sebagai seni imitasi (art imitate nature).

Selepas itu, idea ini dikembangkan dan perbaharui oleh Aristotle dengan mengatakan bahawa imitasi itu adalah satu aktiviti kreatif. Di antara tokoh penting dalam bidang kritikan dan pensejarahan pada pada abad ke-16 ialah Giorgio Vasari di Itali, Johann Joachim Winckelman dan Gotthold Ephrain Lessing dari Jerman. David S. Nateman (1994) mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis teori kritikan seni yang dikenalpasti. Antaranya ialah kritikan impresionistik, kritikan imitationalis, kritikan ekspresif, kritikan formalis dan kritikan instrumentalis. Kritikan formalis juga dikenali dengan nama kritikan judicial atau kritikan objektif. Manakala kritikan impresionistik ialah kritikan yang melahirkan sikap dan perasaan secara spontan tanpa menghitungkan disiplin ilmu seni. Kritikan ekspresif pula ialah kritikan yang cuba melihatkan pertalian atau hubung kait antara karya dan seniman. Manakala kritikan imitationalis ialah melihat karya seni sebagai kerja seni yang terlibat dengan konsep peniruan.dalam bidang kanak-kanak linguistic1.1 Plato Plato merupakan orang pertama yang menyelidiki kemungkinan mengenai tatabahasa dalam bidang pengkajian tatabahasa. Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau ialah memberikan perbezaan di antara kata nama dan kata kerja. Pengertian yang diberikan oleh beliau tidaklah begitu meluas tetapi amat bererti menurut ukuran zamannya. Selain itu Plato juga memberikan definisi kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat.1.2 Aristotle ( 384-322 SM)Beliau telah menambah satu lagi pembahagian kata lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan utama kata nama dan kata kerja. Beliau juga membuat penggolongan tiga bahagian gender dalam bahasa Yunani iaitu kata jantina jantan masculine, kata jantina perempuan feminine dan kata neutral neuter bagi nama beberapa benda. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang tidak lain merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik sesuai dengan konsep kala kini present dan kala lampau pastPERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN YUNANI

Tamadun Yunani merupakan satu tamadun yang paling awal wujud di atas muka bumi ini. Begitu jugalah dengan sejarah ilmu linguistik. Orang-orang Yunani adalah golongan yang pertama mempelopori dalam bidang pengkajian bahasa. Pengkajian tentang bahasa yang telah dimulakan 500 tahun sebelum masihi merangkumi semua aspek bahasa termasuklah ekonomi, budaya dan politik. Kehidupan manusia ketika itu dipengaruhi oleh pemikiran berbentuk falsafah. Antara tokoh yang terkenal dalam pengkajian bahasa ketika itu termasuklah Plato dan Aristotle.Plato

Plato yang hidup pada tahun 427 hingga 437 sebelum masihi merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai suatu masalah dan dan persoalan dalam kehidupan. Melalui karyanya 'Crystalus', Plato telah menimbulkan persoalan tentang perkaitan sesuatu benda dengan namanya bersifat tabii dan realiti atau mengikut persetujuan masyarakat.

Pato merupakan seorang yang mengkaji dan membezakan antara kata nama dan kata kerja. Beliau meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Kedua-dua elemen ini merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan pengucapan atau penulisan seseorang. Sehingga ke hari ini, kata nama dan kata kerja dijadikan suatu elemen asas dalam mempelajari sesuatu bahasa.

Dalam bidang fonetik, beliaulah juga yang mula-mula mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya. Penemuan ini telah dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji bidang bahasa selepas Plato.Aristotle

Aristotle yang merupakan anak murid Plato meneruskan pengkajian bahasa pada zaman Yunani. Beliau dicatatkan dalam sejarah telah hidup antara tahun 384 hingga 322 sebelum masihi.

Sumbangan beliau adalah memperkenalkan kata hubung. Pengkajian Plato sebelum ini telah diperhalusi lagi dengan memasukkan elemen kata hubung. Hasil penyelidikannya itu, beliau telah mengakui wujudnya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Dalam Bahasa Inggeris past tense dan present tense. Penggunaan kata hubung dapat membezakan samada sesuatu perkara itu telah, sedang atau belum berlaku. Beliau juga telah menjadikan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada seseorang seperti dalam puisi dan retorik.

1.0 PENGENALANLinguistik berarti ilmu bahasa. Orang yang ahli dalam ilmu linguistikdisebut linguis. Ilmu linguistik sering juga disebut linguistik umum (generallinguistic) karena tidak hanya mengkaji sebuah bahasa saja. Kata linguistik(linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa.Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italia lingua; Spanyol lenguadanInggerislanguage.Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan namasebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilaheconomics, physics dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (1978), linguistikialah suatu sains yang mengkaji bahasa.Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistikmemenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikalberdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.Berdasarkan kerja kursus penghantar linguisttik ini, kami akanmenghuraikan tentang sejarah perkembangan linguistik bermula tahun 500S.M hingga abad ke- 21. Selain itu, kami juga mengaikan perkembanaganbahasa dengan kemajuan pemikiran manusia serta menghuraikansumbangan tokoh linguistik terhadap pengajaran bahasa.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUITIK PADA TAHUN 500 S.MHINGGA ABAD KE-212.1 SEJARAH AWAL LINGUISTIKSeperti yang kita sedia maklum, sejarah perkembangan ilmu linguistik telahbermula pada tahun 500 S.M hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmulinguistik ini telah bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom,zaman Pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India,zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telahberlaku seawal 800 tahun sebelum masihi lagi yang berlaku di India. Walaubagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zamanYunani. Hal ini kerana, ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abadke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan buktidalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.Dalam sejarah ilmu linguistik juga, golongan pertama yang bergiat dalambidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakansatu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun inimerangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatandalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkanseluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentangbahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafahbahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yangmenjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

2.1.1 Zaman YunaniPerkembangan ilmu linguistik ini bermula pada Zaman Yunani, iaitu melaluitokoh-tokoh seperti Plato, Aristotle, Thrax dan lain-lain lagi. Sarjana-sarjana linguistikYunani ini telah lama cenderung dan maju dalam mengkaji ilmu falsafah dan bahasaadalah sebahagian daripada bidang kajian mereka. Mereka cenderung mengkajiilmu atau falsafah secara keseluruhan. Oleh sebab orang Yunani itu lebihmementingkan falsafah, maka mereka lebih suka mengkaji apa yang kita anggapsebagaietimologi, iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata terbentuk.Perbincangan ini berputar di sekeliling pendapat yang mengatakan sama adaperkataan-perkataan terbentuk dengan cara semula jadi ataupun dibentuk olehmanusia melalui kebudayaan.Abdullah Hassan (1978),menyatakan bahawa terdapat dua puak yangbertentangan pendapat mengenai bagaimana kata-kata tebentuk iaitupuaknaturalis dan puak konvensyen. Naturalis mengatakan bahawa kata-kata terbitsecara dengan cara kebiasaan. Perbezaan ini berterusan ke peringkat lain dalamsejarah perkembangan linguistik dan bahkan juga ke akhir-akhir zaman ini masihada lagi ahli-ahli linguistik yang masih berbincang tentang konsep-konsep ini.Perbezaan antara naturalis dengan konvensyen telah timbul dalam bentuk lain iaituanalogi dan anomali pada peringkat selanjutnya dalam perkembangan linguistik