lapuran skuad combi

2
PROGRAM JOM GANYANG AEDES DAN PELANCARAN SKUAD COMBI DI KAMPUNG PADANG JAWA,SHAH ALAM Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad) Tempat : Kampung Padang Jawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat umum untuk bersama-sama menangani masalah demam denggi di kawasan pentadbiran MBSA. Pelbagai tindakan pencegahan telah diambil termasuk pemeriksaan ke premis kediaman , sekolah , tadika , kilang telah dilaksanakan . Tindakan proaktif juga diambil dengan mengadakan aktiviti pengwasapan (fogging), edaran risalah pencegahan denggi , ceramah pendidikan di gerai dan sekolah dan sebagainya . Baru-baru ini , pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Jawa , Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 6 dan Jabatan Kesihatan Daerah Petaling telah mengadakan Program Jom Ganyang Aedes dan Pelancaran Skuad Combi Kampung Padang Jawa bertempat di tapak gerai , Kampung Padang Jawa . Program dua dalam satu ini bertujuan memberi kesedaran selain mendidik masyarakat khususnya yang bermastautin di Kampung Padang Jawa supaya lebih prihatin terhadap isu pembersihan kawasan persekitaraan yang boleh mengundang pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya menyebabkan demam denggi yang boleh meragut nyawa . Melalui program ini , pihak Majlis dapat memberi mesej positif kepada masyarakat awam supaya bersikap lebih proaktif untuk membersihkan kawasan persekitaran dan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar premis antaranya di pasu bunga , tayar lama, tong cat, bekas-bekas makanan dan minuman , kolah mandi yang tidak digunakan dan pelbagai lagi . Sebagai makluman pada tahun 2010, sebanyak 57 kes demam denggi dilaporkan di kawasan Kampung Padang Jawa . Justeru , pihak Majlis ingin memperingatkan orang ramai agar pada setiap masa

Upload: drama-king

Post on 05-Jul-2015

125 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPURAN SKUAD COMBI

PROGRAM JOM GANYANG AEDES DAN PELANCARAN SKUAD COMBI DI KAMPUNG PADANG JAWA,SHAH ALAM

 Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad) Tempat : Kampung Padang Jawa

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat umum untuk bersama-sama menangani masalah demam denggi di kawasan pentadbiran MBSA. Pelbagai tindakan pencegahan telah diambil termasuk pemeriksaan ke premis kediaman , sekolah , tadika , kilang telah dilaksanakan . Tindakan proaktif juga diambil dengan mengadakan aktiviti pengwasapan (fogging), edaran risalah pencegahan denggi , ceramah pendidikan di gerai dan sekolah dan sebagainya .

Baru-baru ini , pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Jawa , Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 6 dan Jabatan Kesihatan Daerah Petaling telah mengadakan Program Jom Ganyang Aedes dan Pelancaran Skuad Combi Kampung Padang Jawa bertempat di tapak gerai , Kampung Padang Jawa .

Program dua dalam satu ini bertujuan memberi kesedaran selain mendidik masyarakat khususnya yang bermastautin di Kampung Padang Jawa supaya lebih prihatin terhadap isu pembersihan kawasan persekitaraan yang boleh mengundang pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya menyebabkan demam denggi yang boleh meragut nyawa .

Melalui program ini , pihak Majlis dapat memberi mesej positif kepada masyarakat awam supaya bersikap lebih proaktif untuk membersihkan kawasan persekitaran dan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar premis antaranya di pasu bunga , tayar lama, tong cat, bekas-bekas makanan dan minuman , kolah mandi yang tidak digunakan dan pelbagai lagi .

Sebagai makluman pada tahun 2010, sebanyak 57 kes demam denggi dilaporkan di kawasan Kampung Padang Jawa . Justeru , pihak Majlis ingin memperingatkan orang ramai agar pada setiap masa memastikan kediaman mereka bersih dan dapat meluangkan masa selama 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran premis 

Selain itu , program pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan pelancaran Skuad Combi Kampung

Padang Jawa . Combi adalah singkatan kepada “Communication for behavioral impact” iaitu komunikasi

untuk perubahan tingkah laku . Combi merupakan pendekatan komunikasi secara bersepadu ke arah

perubahan tingkah laku dan ianya merupakan satu pendekatan yang menyeluruh untuk merancang ,

melaksana , memantau dan menilai tindakan-tindakan yang melibatkan komuniti bagi menangani

masalah demam denggi ini dari terus berlaku di sesuatu komuniti .

Apa yang diharapkan melalui penubuhan Skuad Combi Kampung Padang Jawa ini , pihak Majlis

mengharapkan penyertaan yang lebih menyeluruh daripada komuniti khususnya mereka yang tinggal di

Kampung Padang Jawa ini untuk membuat pemantauan kawasan bermasalah denggi dan aktif dalam

membuat kerja-kerja pembersihan . Apa yang pasti penubuhan Skuad Combi Padang Jawa ini dapat

mendidik dan menyedarkan penduduk setempat supaya sentiasa peka dengan ancaman nyamuk aedes

yang boleh menyebabkan demam denggi .

Page 2: LAPURAN SKUAD COMBI

Selain daripada aktiviti ceramah pendidikan dan gotong royong turut diadakan pameran daripada pihak

Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berhubung kawalan demam

denggi . Program ini dihadiri bersama Dr. Roslan Fadzil , Pengarah Perkhidmatan Bandar MBSA, Encik

Asarudin Jamaluddin dari Unit Kesihatan Pejabat Daerah Petaling dan Encik Aziz Barhan Pengerusi

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), Padang Jawa .

Program ini juga disertai oleh selebriti terkenal tanahair , Aznil Hj Nawawi yang merupakan ikon kepada

kempen Anti- Denggi Negara, yang turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menangani

masalah demam denggi .

Program sebegini akan diadakan pada setiap semasa untuk menyedar dan mendidik masyarakat tentang

bahayanya demam denggi , dan penubuhan Skuad Combi Kg. Padang Jawa itu adalah tindakan proaktif

MBSA dan agensi berkaitan untuk memastikan komuniti setempat sentiasa prihatin dan

bertanggungjawab untuk memastikan kawasan mereka bersih dan terjaga kerana menjadi

tanggungjawab warga kota Shah Alam untuk bersama-sama dengan MBSA untuk membasmi wabak

denggi ini dengan memastikan kawasan perumahan sentiasa bersih dan terjaga .