laporan_lawatan insitu exsitu

9
Laporan Program Lawatan Penerokaan ke KawasanPemuliharaan Ex-Situ dan In-Situ Pada 3 dan 4 Oktober 2012 yang lalu, seramai 20 orang pelajar opsyen Sains ditemani pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat bagi melihat dan mengetahui mengenai kawasan pemuliharaan in-situ dan ex-situ. Tempat-tempat tersebut ialah: i. Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya. ii. Taman Botani, Putrajaya. iii. Aquaria, KLCC. iv. Forest Research Institute, Kepong, Selangor. Lawatan ini bertujuan supaya pelajar dapat beroleh kesedaran bahawa proses pengajaran dan pembelajaran Sains memerlukan pengetahuan dalam konteks kehidupan sebenar. Pelajar juga diharapkan agar dapat membentuk semangat dalam memahami konsep yang diajar serta dapat membina asas yang kukuh dalam pengetahuan mengenai Ekosistem dan Biodiversiti.

Upload: amar-nazirul-haziq

Post on 13-Aug-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Laporan Program Lawatan Penerokaan ke KawasanPemuliharaan Ex-Situ dan In-Situ

Pada 3 dan 4 Oktober 2012 yang lalu, seramai 20 orang pelajar opsyen Sains

ditemani pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat

bagi melihat dan mengetahui mengenai kawasan pemuliharaan in-situ dan ex-situ.

Tempat-tempat tersebut ialah:

i. Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya.

ii. Taman Botani, Putrajaya.

iii. Aquaria, KLCC.

iv. Forest Research Institute, Kepong, Selangor.

Lawatan ini bertujuan supaya pelajar dapat beroleh kesedaran bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran Sains memerlukan pengetahuan dalam konteks

kehidupan sebenar. Pelajar juga diharapkan agar dapat membentuk semangat

dalam memahami konsep yang diajar serta dapat membina asas yang kukuh dalam

pengetahuan mengenai Ekosistem dan Biodiversiti.

Page 2: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Tempat: Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya

Kami selamat tiba di Muzium Alam Semulajadi hampir jam 12 tengah hari.

Sebaik sampai di sana, kami disambut oleh pegawai Muzium Alam Semulajadi dan

diberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai muzium tersebut. Penubuhan muzium

ini bertujuan untuk mengumpul, mendokumentasikan, dan mempamerkan khazanah

alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan, mineral dan fosil yang

terdapat di negara ini.

Kami berpeluang melawat di sekitar muzium tersebut. terdapat pelbagai fosil

yang dapat kami lihat seperti fosil beruang, harimau, badak sumbu, tikus, tapir dan lain-

lain. Kami turut mempelajari tabiat hidup haiwan-haiwan tersebut. Secara tidak

langsung kami dapat mendalami ilmu berkenaan biodiversiti di negara ini.

Antara daya tarikan Muzium Alam Semulajadi ialah rangka ikan paus yang

dijumpai di Labuan, Malaysia. Semua haiwan yang dipamerkan merupakan haiwan

sebenar yang diawet. Muzium tersebut juga mempamerkan beberapa spesies haiwan

terancam di negara ini seperti harimau dan badak sumbu, yang bertujuan untuk

meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi hidupan liar.

Lawatan kami di Muzium Alam Semulajadi berakhir dengan sedikit majlis

penutup sebagai tanda penghargaan kami pada pihak muzium tersebut.

Page 3: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Tempat: Taman Botani, Putrajaya.

Seterusnya kami bergerak ke Taman Botani, Putrajaya. Kedatangan kami

disambut dengan lambaian pokok yang menghijau. Setelah selesai membeli tiket, kami

dibawa menaiki kenderaan yang dipanggil trem untuk mengelilingi sekitar kawasan

taman ini. Lawatan menarik ke dalam taman menggunakan jurupandu yang terlatih di

mana pengunjung diberi penerangan dan maklumat menarik mengenai tumbuh-

tumbuhan dan taman.

Sepanjang perjalanan kami diberikan banyak penerangan berkenaan dengan

Taman Botani tersebut. pemandangan di taman itu sangat mengujakan kami. Taman ini

telah dirasmikan pada tahun 2003 dan ia mempunyai tiga fasa mengikut konsep

masing-masing. Fasa pertama berkonsepkan ecotorial flora atau tanaman berbunga

untuk lanskap. Fasa kedua pula berkonsepkan ethnobotani ataupun tanaman yang

berasaskan ilmu yang berguna kepada manusia dan alam seperti tanaman herba,

tanaman evolusi dan tanaman air. Fasa ketiga adalah berkonsepkan nature &

conservation iaitu tanaman berasaskan penyelidikan dan pengekalan bagi tumbuhan

liar yang hampir pupus.

Tumbuhan menghijau bebas membiak dan suasana redup dengan pokok-pokok.

Pemandangan seperti ini sangat sesuai untuk sesi fotografi. Pelbagai jenis tumbuhan

yang kami temui sepanjang perjalanan kami menaiki tram.

Taman Botani sesuai dilawati oleh semua peringakat masyarakat tidak kira usia,

minat dan bidang yang diceburi. Ia sesuai untuk dijadikan tempat aktiviti riadah dan

rekreasi, sebagai pusat mencari ilmu pengetahuan berkenaan alam.

Page 4: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Tempat: Aquaria, KLCC

Sejurus selesai melawat Taman Botani, kami bergerak pula ke KLCC. Aquaria

KLCC adalah akuarium bertaraf dunia yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan,

serangga dan hidupan laut pelbagai spesis dari Malaysia dan seluruh dunia. Kami

seolah-olah berada di dalam laut.

Pengembaraan kami bermula melalui kawasan hidupan reptilia dan serangga

yang menempatkan hidupan dua alam dan pelbagai serangga eksotik. Terdapat

pelbagai jenis katak, ular, kura-kura, tarantula, musang dan sebagainya.

Zon laut dalam adalah zon paling menarik untuk diterokai oleh pengunjung

Aquaria KLCC di mana ia menempatkan spesis ikan laut dalam. Melalui terowong besar

seakan-akan berada di dasar lautan luas membuatkan kami terasa berada di dunia lain.

Ikan yang kelihatan di dalam akuarium ini adalah bersaiz 30% lebih kecil berbanding

dengan saiz sebenar, hal ini adalah disebabkan oleh faktor biasan imej dari kaca

akuarium itu.

Melawat Aquaria memberikan kami pengalaman berbeza dan mempelajari

tentang hidupan di alam lain iaitu hidupan air. Apabila melalui zon terumbu karang,

kami seronok melihat pelbagai jenis batu karang dan ikan berwarna-warni bermain di

celah-celah terumbu karang. Terumbu karang adalah sebahagian daripada hidupan

lautan yang boleh didapati di kawasan laut yang cetek terutama di sekitar pulau-pulau

beriklim tropika. Paling menarik perhatian kami adalah sejenis ikan terumbu karang

yang dipanggil “Clown Fish” atau lebih dikenali sebagai “Nemo” adaptasi daripada

watak Walt Disney.

Hampir dua jam kami di sana. Setelah jauh menjelajah pelbagai hidupan di

Aquaria KLCC, kami dapatkan sedikit cenderamata di gerai yang terletak di susur

keluar akuarium yang dikenali sebagai Zon Atlantis.

Page 5: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Tempat : Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

Pada hari kedua, seawal jam 8.00 pagi kami telah bergerak ke Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). FRIM memberikan peluang kepada

pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hutan di FRIM di samping

dapat relaks dan menghirup udara segar.

Kami diberikan sedikit taklimat oleh pegawai FRIM mengenai aktiviti yang akan

kami jalankan pada pagi tersebut. Aktiviti kami bermula dengan melalui laluan denai

untuk menuju ke ‘canopy walkway’.

‘Canopy walkway’ merupakan pengalaman baru bagi kami kerana ada di antara

kami yang belum pernah menyertai aktiviti sedemikian. Sepanjang meniti titian kanopi,

kami melihat pokok-pokok di sekeliling dan juga pemandangan daripada titian tersebut.

Agak gayat namun kami semua berjaya menamatkan perjalanan titian kanopi kami.

Pemandangan hijau menyejukkan pandangan mata kami.

Aktiviti diteruskan dengan ‘jungle trekking’ setelah berehat hampir 10 minit. Kami

tidak dapat menghabiskan perjalanan dan terpaksa berpatah balik lantaran cuaca yang

kurang elok. Hujan mula turun membasahi bumi dan kami beransur-ansur bergerak

keluar dari hutan.

Sepanjang perjalanan, kami diberikan penerangan mengenai jenis-jenis pokok

yang terdapat di situ. Alhamdulillah, pengayaan bagi pengetahuan sedia ada kami.

Kira-kira jam 2 petang, kami bergerak pulang ke IPTHO. 1001 pengalaman

bermakna tersemat dalam diri dan mudah-mudahan kami dapat gunakan input yang

kami peroleh pada masa mendatang.

Page 6: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________________

(Nazatul Aleena binti Mohd Saffee )

Aleena binti Mohd Saffee )

Setiausaha Jawatankuasa Lawatan

Penerokaan ke Kawasan Pemuliharaan E

____________________________

(Siti Norhafizah binti Zakaria)

AJK Dokumentasi

Lawatan Penerokaan ke Kawasan

Pemuliharaan Ex-Situ dan In-Situ

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Johor Darul Takzim.

Setiausaha Jawatankuasa Lawatan

Penerokaan ke Kawasan

Pemuliharaan Ex-Situ dan In-Situ

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Johor Darul Takzim

Page 7: Laporan_lawatan Insitu Exsitu

LAMPIRAN