laporankarnivalpermainantradisional1-130402081109-phpapp01

6
LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS BAHASA MELAYU LAPORAN SETIAUSAHA Tarikh : 16 MAC 2013 Hari : SABTU Masa : 7.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI Tempat : PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Pada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP 5E ambilan Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan Jasmani dan Sukan. Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu PISMP 1B dan PISMP 1F di mana empat buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih iaitu lompat getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah panjang. Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi tanggungjawab dan wajib melaksanakannya.

Upload: zoria-ju

Post on 19-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pjm 3123

TRANSCRIPT

Page 1: laporankarnivalpermainantradisional1-130402081109-phpapp01

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

LAPORAN SETIAUSAHA

Tarikh : 16 MAC 2013

Hari : SABTU

Masa : 7.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI

Tempat : PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Pada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan

di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di

mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP 5E

ambilan Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan

Jasmani dan Sukan.

Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu PISMP 1B dan

PISMP 1F di mana empat buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih

iaitu lompat getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah panjang. Sebelum Karnival

Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi

membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi

tanggungjawab dan wajib melaksanakannya.

Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini

bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua

hari sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah

diadakan. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta

memahami segala peraturan setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan

diminta memilih seorang ketua dan memilih nama kumpulan yang berunsurkan

tradisional.

Page 2: laporankarnivalpermainantradisional1-130402081109-phpapp01

Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi,

persiapan padang telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau

tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar PISMP 5E telah

menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga

menyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada

jam 7.30 pagi, para peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk

memastikan kehadiran semua peserta.

Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan

tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal

mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan

badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot

atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti

memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot

terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan

sebagainya.

Majlis penutupan di adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari

dimana penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah

Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada

para peserta. Selesai sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan

tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih

dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.

Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK

Induk diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan

untuk difailkan. Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana

memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat

dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.

Semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

Page 3: laporankarnivalpermainantradisional1-130402081109-phpapp01

Berikut merupakan AJK bagi Karnival Permainan Tradisional :

AJK PERMAINAN TRADISIONAL

TARIKH : 16 MAC 2013

KELAS : PISMP 1B / PISMP 1F

TEMPAT : PADANG IPG KBM

PERMAINAN

- GOLEK KELAPA- GALAH PANJANG- LOMPAT GETAH- TUJU SELIPAR

PENGERUSI : MUHAMMAD FAHMI BIN ZAKARI

NAIB PENGERUSI : NURIN IZATI BT ZAITONG

SETIAUSAHA : FARITA BT ABD. WAHAB

BENDAHARI : SUZILA BT IRWAN

AJK

ALATAN : MUHAMMAD ELYAS BIN SULAIMAN

PENUTUPAN : MUHAMMAD ARIF BIN MAZLAN

NADIATUL LIYANA BT KHAIRULANHAR

HUBUNGAN : MOHD SYAHIR BIN MOHAMAD @ISMAIL

JEMPUTAN/TENTATIF : NURUL SYAZWANIE BT SUHAIMI

NUR ATIKAH BT YAHYA

MAKANAN : MASTURA BT ABDUL HALIM

FARAH WAHIDA BT AHMAD NADZRI

SIARAYA : AHMAD FARHAN BIN AHMAD ANUA

MAIZATUL NABILLAH BT GHAZALI

Page 4: laporankarnivalpermainantradisional1-130402081109-phpapp01

PERTANDINGAN : MUHAMMAD AMIN BIN ABU

SITI ZUR AIDA BT AHMAD

NURAZLIN BT IBRAHIM

CENDERAHATI : SITI AQILAH BT MOHD ZAID

LAPORAN : GRACE EMMANUELLE A/P RAMASWAREN

Berikut merupakan Agenda Mesyuarat Karnival Permainan Tradisional :

AGENDA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

1. GALAH PANJANG2. TUJU SELIPAR3. GOLEK KELAPA4. LOMPAT GETAH

Pelajar : 14 orang + 13 orang = 27 orang ( 4 kumpulan )

Hadiah : 4 hamper

VIP : Cik Tan

*Perjumpaan Khamis ( 14.3.2013 ) - AJK induk dan peserta -

*Pertandingan

- borang

- peraturan

- prosedur

- pelan lantai

- peralatan ( senarai, gambar )