laporan_amali_456

15
Laporan amali Amali 4 : Asid Karbosilik, Ester dan Amina Tujuan amali : Menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester. Bahan : etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, larutan natrium bikarbonat, minyak, air, larutan natrium klorida. Radas : bikar, kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang kon, silinder penyukat, termometer, kondenser Liebig, penunu bunsen, kaki retort dan penyepit, tungku kaki tiga, penyumbat getah dan blok kayu. Rajah 1 : Penyediaan Ester.

Upload: norlianaskpt2

Post on 02-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Laporan amaliAmali 4

: Asid Karbosilik, Ester dan Amina

Tujuan amali

: Menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester.

Bahan

: etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, larutan

natrium bikarbonat, minyak, air, larutan natrium klorida.

Radas

: bikar, kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang

kon, silinder penyukat, termometer, kondenser Liebig, penunu

bunsen, kaki retort dan penyepit, tungku kaki tiga, penyumbat

getah dan blok kayu.

Rajah 1 : Penyediaan Ester.

Prosedur :A. Menyediakan sampel ester

1. 50cm etanol tulen di campur dengan 50cm asid etanoik glasial ke dalam 250 ml

kelalang bulat.2. 10 cm asid sulfurik pekat ditambah ke dalam kelalang sambil mengoncang dan

tambah beberapa cip porselin dalam larutan.

3. Susun radas seperti dalam rajah 1.

4. Campuran dipanaskan secara refluks selama 1 jam.

5. Campuran dibiarkan sejuk hingga suhu bilik.6. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25cm air sejuk

ditambah. Goncangkan corong pemisah.

7. Lapisan bawah ( akuas ) dipisahkan daripada lapisan atas ( organik ). Lapisan akuas

disingkirkan.

8. 25cm 5% larutan natrium bikarbonat ditambah dan corong pemisah digoncang.

Lapisan bawah disingkirkan.9. Prosedur 8 diulang.

10. 25cm air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan.

11. 5cm larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati

dan larutan akuas disingkirkan.

12. Lapisan organik diperhatikan dan dibau.

A. Keputusan Penyediaan EsterTindak balas

PemerhatianInferens

Etanol tulen + asid etanoik glasial + asid sulfurik pekat

Larutan tidak berwarnaBau buah-buahanEster terbentuk

B. Menyiasat ciri-ciri fizikal ester

1. 2cm etil etanoit dimasukkan ke dalam tabung uji. Bau ester dicatatakan.

2. 5cm air suling ditambah dalam ester dan campuran itu digoncang.Tahap kelarutan

ester dalam air dicatat.

3. aseton dan spirit bermetil digunakan untuk menggantikan air suling .Pemerhatian

perlu dicatat.( ulang langkah 1 dan 2 )

Keputusan

Pelarut

pemerhatian

Inferens

Air

Dua lapisan terbentukEster tidak larut

Aseton

Tiada lapisan terbentukEster larut

Spirit bermetil

Tiada lapisan terbentukBerubah warna kebiruanEster larut

PerbincanganEster dapat disediakan dengan memanaskan campuran etanol tulen dengan asid etanoik glasial bersama asid sulfurik pekat di mana asid sulfurik pekat ini bertindak sebagai pemangkin. Cip porselin dimasukkan ke dalam campuran untuk menyekatakan pemanasan dan mengelakkan gelembong-gelembong terkeluar semasa semasa pendidihan. Campuran dipanaskan secara refluks selama sejam.

Campuran yang telah sejuk dimasukkan ke dalam corong pemisah dan campuran ditambahkan dengan air sejuk. Lapisan bawah ( akuas ) dipisahkan daripada larutan atas ( organik ).Semasa proses ini natrium bikarbonat ditambah untuk tujuan mengeluarkan semua asid yang tidak bertindak balas seperti asid etanoik dan asid sulfurik. Larutan kalsium klorida tepu juga ditambah untuk mengeluarkan etanol. Satu lapisan yang tidak berwarna dan berbau wangi terhasil.Kesimpulan

Ester dapat dihasilkan melalui proses pengesteran. Ia nya terhasil apabila satu campuran asid karbosilik dan alkohol direflukkan dengan kehadiran asid sulfurik pekat.

Soalan 1. Jelaskan maksud Tindak balas Esterifikasi.

Apabila asid karboksilik dengan alkohol dipanaskan di bawah refluks dengan asid sulfurik sebagai pemangkin membentuk ester dan air.2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan tindak balas antara asid

etanoik dan etanol.

CH3 CHOO (c) + CH3 CH2OH (c)( CH3COOC2H5 + H2O Asid etanoik + etanol

ester

+ air3. Apa fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini ?

Fungsi asid sulfurik pekat ialah sebagai pemangkin.

4. Jelaskan langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat.

Penulenan ester

i. Campuran ester dituang ke dalam corong pemisah dan 25cm3 air sejuk ditambah. Corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan.ii. 25cm3 5% larutan natirum bikarbonat ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan bawah disingkirkan.iii. Prosedur 2 diulangi.iv. 25cm3 air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan bawah disingkirkan. v. 5cm3 larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati dan larutan akuas disingkirkan. Lapisan organik diperhati dan dihidu baunya.5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini ?

Mengeluarkan semua asid yang tidak bertindak balas seperti asid etanoik dan asid

sulfurik.

6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen ini.

Kalsium klorida digunakan untuk mengeluarkan etanol.

7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Jelaskan

pemerhatian anda.

Etil etanoat tidak boleh larut dalam air berbanding aseton dan spirit bermetil. Ini kerana tiada lapisan terbentuk apabila etil etanoat dicampurkan dengan aseton dan spirit bermetil.aseton dan spirit bermetil berada alam kumpulan pelarut yang sama dengan etil etanoat.8. Namakan ester yang terhasil daripada tindak balas esterifikasi antara asid butanoik

dan etanol.Etil butanoat9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili tindak balas di atas.

CH3 (CH2)2 COOH + CH3CH2OH ( CH3C2H4COOC2 H5 + H2O Asid butanoik+ etanol( etil butanoat + airLAPORAN AMALI

Amali 5

: Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrik

Tujuan amali

: Menyediakan baja garam amonia.Bahan

: Larutan ammonia ( 2M ), asid sulfurik cair ( 1M )

Radas

: Bikar, rod kaca, penunu bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai,

corong turas dan kertas turas.

Prosedur :

1. 30cm asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam bikar.

2. Masukkan larutan ammonia sedikit demi sedikit dan kacau larutan tersebut.3. Berhenti menambah larutan ammonia apabila larutan mengeluarkan bau amniotik.

4. Larutan dipanaskan hingga isi padu larutan menjadi 1/3 daripada isi padu asal.

5. Larutan disejukkan dalam larutan campuran ais dan air. Turaskan hablur garam

yang terhasil dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

Gambar rajah : Penyediaan baja garam ammonium

Keputusan :

Tindak balasPemerhatianInferens

Ammonia + asid sulfurik cairSerbuk putih terhasilLitmus biru bertukar warna

Garam terbentukTerdapat asid dalam garam putih

Soalan

1. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembentukan ammonium

sulfat dalam eksperimen ini.

2NH4OH(ak)+ H2SO4(ak)

( (NH4)4 SO4(ak)+ 2H2O

Ammonia+ asid sulfurik cair ammonium sulfat + air

2. Bagaimanakah penambahan ammonium sulfat ke dalam tanah dapat mempengaruhi

pH tanah ?

Apabila ammonium sulfat dicampurkan dengan tanah,ion ammonium NH+ akan dioksidakan kepada ion nitrat NO3 dan H+ melalui proses nitrifikasi. Oleh itu, ion H+ akan menurunkan pH tanah.3. Selain digunakan sebagai baja, ammonium sulfat juga digunakan sebagai penyembur agrikultur adjuivant untuk racun serangga yang larut dalam air. Jelaskan fungsi ammonium sulfat di dalam penggunaan ini.Ammonium sulfat berfungsi untuk mengikat besi dan kalsium kation yang hadir dalam air dan sel tumbuh-tumbuhan.

4. Namakan 3 contoh baja asli yang digunakan dalam pertanian.

1. najis lembu 2. najis ayam

3. sisa organik5. Namakan 3 contoh baja buatan yang digunakan dalam pertanian.

1. ammonium fosfat 2. ammonium nitrat

3. urea

6. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pembentukan :

a) ammonium fosfat

asid fosforik + larutan ammonia ( ammonium fosfat

H3PO4 + NH3( NH4 ( PO4)2 b) ammonium nitrat

asid nitrik + larutan ammonia ( ammonium nitrat

H3NO3 + NH3 ( NH4NO3 c) urea

karbon dioksida + larutan ammonia ( urea

CO2 + 2NH3( (NH2) 2CO2 + H2O7. Kira peratus nitrogen dalam 1 mol bagi baja-baja di atas.

[ Jisim atom relatif H, 1; C, 12; N,14; O,16; P, 31; S, 32 ]a)(NH4)3PO4

42g X 100 = 28.2%

149gb) NH4NO3

28gx 100 = 35%

80g

c) (NH2)2CO

28gx 100 = 46.7%

60g

8. Berdasarkan pengiraan di atas, baja manakah yang paling sesuai untuk

pertumbuhan tumbuhan. Jelaskan jawapan anda.

Baja yang mengandungi nitrogen paling banyak kerana nitrogen diperlukan untuk pertumbuhan akar.LAPORAN AMALI

Amali 6

: Sabun dan Detergen

Tujuan amali

: Menyediakan sabun menggunakan proses saponifikasi.Bahan

: Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium

klorida.Radas

: Kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod

kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu bunsen

dan tabung uji.

Prosedur :1. 10cm minyak kelapa sawit di tuang ke dalam bikar.

2. 50cm, 5 mol dm3 larutan natrium hidroksida di tambah ke dalam minyak kelapa

sawit.

3. Campuran dipanaskan hingga mendidih.

4. Campuran dikacau menggunakan rod kaca.

5. Campuran dibiarkan memdidih selama 10 minit.

6. Tambah 50cm air suling dan tiga spatula natrium klorida ke dalam campuran

selepas pemanasan.

7. Campuran dipanaskan selama 5 minit.

8. Campuran dibiarkan menyejuk.

9. pepejal putih yang terhasil ditapis. Basuh dengan sedikit air suling.

10. Pepejal putih di tekan pada kertas turas dan dikeringkan.11. Pepejal putih disentuh dengan jari dan buat pemerhatian.Letakkan sedikit pepejal

putih ke dalam tabung uji. Tambahkan sedikit air paip dan tabung uji digoncangkan.

12.Pemerhatian direkodkan.

Rajah : Penyediaan sabun

Keputusan

Bahan/

Tindak balas

pemerhatianinferens

Minyak kelapa sawit + natrium hidroksida + air + natrium klorida

Mendakan terbentuk.

Licin bila disentuh.

Berbuih bila digoncang dengan air.

Mendakan yang terbentuk ialah sabun.

Perbincangan

Minyak kelapa sawit dan natrium hidroksida dipanaskan hingga mendidih.Setelah itu air dan natrium klorida ditambah dalam campuran. Natrium klorida digunakan untuk mengurangkan kelarutan sabun dalam air dan menghasilkan mendakan.Campuran dituras untuk mendapatkan sisa pepejal putih. Pepejal putih dirasa dengan jari dan didapati rasanya licin. Apabila pepejal itu dicampur dengan air dan digoncang , buih terhasil.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa menjalankan eksperimen ini dengan mengawal nyalaan penunu bunsen. Larutan juga perlu dikacau untuk mengelakkan buih terkeluar di mana campuran minyak sawit dengan larutan natrium hidroksida menghasilkan banyak buih.

Kesimpulan

Sabun boleh disediakan daripada minyak sayuran dengan larutan natrium hidroksida pekat melalui proses safonifikasi.

Soalan

1. Terangkan ciri-ciri sabun yang dihasilkan.

Licin bila disentuh dan berbuih apabila dicampur dengan air dan digoncangkan.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini ?

Natrium klorida digunakan untuk bertindak balas dengan larutan untuk menghasilkan

mendapan dan mengurangkan kelarutan sabun yang dihasilkan.

3. Tuliskan persamaan perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen

ini.hidrolisis Ester + natrium hidroksida garam natrium / asid lemak + alkohol + air

4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan air suling dalam prosedur

11. Terangkan jawapan anda.Buih yang terhasil lebih banyak kerana air suling adalah air tulen yang tidak

mempunyai ion-ion stearat yang akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh itu air

suling akan menghasilkan lebih banyak buih.5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas hidrolisis lemak atau minyak dalam

keadaan berasid ? Terangkan jawapan anda.

Sabun tidak boleh dihasilkan dalam keadaan berasid kerana semasa proses

hidrolisis, satu molekul ester minyak atau lemak akan menghasilkan molekul-molekul

asid yang seterusnya bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan sabun.

Bahan alkali digunakan sebagai mangkin dalam proses ini.6. Namakan dua teknik untuk menghasilkan sabun.

Teknik sejuk dan teknik panas

7. Apakah kelemahan sabun komersial ?

Kelemahan sabun komersial ialah ia mempunyai campuran NaOH yang banyak dan menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Selain itu ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering kerana tidak mempunyai gliserin.

8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen ?

Petroleum.