laporan terapi main

Upload: ariff-ab-ghani

Post on 04-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    1/7

    TERAPI MAIN

    1.0 Pengenalan

    Bermain merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan di kalangan kanak-kanak. Ia

    dianggap suatu kaedah bermulanya titik tolak mereka mengenal dunia ini. Ini

    bermakna peranan bermain cukup besar dalam kehidupan mereka. Ia tidak sekadar

    hanya mengisi waktu sahaja, tetapi juga ia dapat menyemai nilai-nilai seperti

    perawatan, kasih sayang , kerjasama, pemikiran dan lain-lain lagi. Anak-anak

    memerlukan berbagai variasi permainan untuk kesihatan fizik, mental dan

    perkembangan emosinya.

    Permainan ini mempunyai unsur tarikan yang kuat kerana didalamnya

    mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, ada gambar-gambar, unsur

    warna warni dan sebagainya. Ini tambah pula dengan wujudnya persaingan yang

    memberikan sumber hiburan dikalangan kanak-kanak. Namun begitu persepsi bagi

    orang dewasa menganggap kaedah bermain ini sebagai perbuatan yang membuang

    masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah suatu aktiviti

    yang dapat membantu perkembangan sahsiah perkembangan kanak-kanak

    khususnya murid-murid berkeperluan khas.

    2.0 Definisi

    Menurut Kraus ( 1990), bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang

    aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa

    menimbangkan apakah hasil aktivitin tersebut. Carr pula teorinya mengatakan

    bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak meluahkan pendapat masing-

    masing.

    Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi eluang kepada kanak-kanak untuk

    memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak

    untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main dapat membantu untuk

    menonjolkan komitmen mereka dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap

    aktiviti yang dijalankan.

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    2/7

    3.0 Sejarah

    Orang yang pertama dalam merintis kaedah Terapi, Main ialah Anna freud ( 1928,

    1964, 1965 ). Beliau merupakan ahli psaikoterapis. Ini diikuti pula oleh margerat

    Lowefeld ( 1935, 1970 ) dan Melanie Klein ( 1961, 1987 ) yang mengemukakan

    permainan. Ada kalanya permainan ini adalah berbentuk spontan. Terdapat teori-

    teori dan amalan di persekitaran mempunyai pendapat yang berbeza. Namun apa

    pun setiap pendapat mempunyai nas dan kerasionalannya yang tersendiri dengan

    menyampaikan pengalaman yang tidak sedarkan diri, keinginan kanak-kanak ,

    pemikiran dan emosi.

    Dalam era tahun 1930 an, telah berlaku penghijrahan ahli Pyschotherapists kanak-

    kanak ke Britain. Keadaan ini telah mengembangkan dan membangunkan bidang

    psaikoterapi sebagai tradisi yang kukuh. Di negara Britain, telah muncul terapi main

    sebagai suatu bentuk budaaya baru. Pada tahun 1990, Institut Dramatheraphy mula

    menawarkan sijil dan diploma terapi main.

    Pada tahun 1992, Persatuan British PlayJurupulih ( BAPT ) telah dimulakan oleh

    sekumpulan professional yang belajar di Institut Dramatheraphy. Lebih kurang 19

    tahun yang lalu, BAPT telah dibangunkan oleh pengerak-pengerak terapi main

    British dan kini telah mengiktiraf beberapa kursus latihan di UK termasuklah

    beberapa kursus latihan di UK. Contohnya Universiti Roehampton ( London ) dan

    Universiti of Glamorgan ( Wales ).

    4.0 Konsep

    Mengenali dunia

    Bermain dapat melatih kanak-kanak mengimaginasikan dengan kehidupan yang

    sebenar. Ia akan melatih dan membimbing mereka dalam memperihalkan situasi

    dunia yang sebenar. Contohnya set permainan pekerjaan seperti polis, doctor,

    tukang masak. Manakala set permainan item rumah seperti sterika, kerusi, telefon.

    Ruang fizikal disediakan

    Terapi ini memerlukan kawasan yang lapang bagi membolehkan mereka bermain.

    Ruang yang selesa dan luas membolehkan mereka melakukan aktiviti dengan

    lancar.

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    3/7

    Berpeluang meneroka identiti sendiri.

    Kanak-kanak akan mengenali dirinya sendiri samada lelaki atau perempuan. Secara

    normalnya kanak-kanak lelak suka bermain aktiviti lasak seperti bermain senjata,

    main maianan alat pengakutan ( lori, kereta, ,motor ) atau yang lebih mencabar.

    Sebaliknya kanak-kanak perempuan cenderung kearah permainan yang lembut atau

    ala keibuan. Contohnya permainan anak patung.

    5.0 Tujuan

    Mengurangkan tingkahlaku

    Permainan terapi ini akan dapat mengurangkan masalah tingkahlaku kanak-kanak.

    Ini kerana mereka akan lebih cenderung untuk bermain meneroka permainan

    tersebut dan cuba mengenalinya.

    Meningkatkan komunikasi.

    Apabila mereka bermain, secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran

    komunikasi. Ini kerana kebiasaanya kanak-kanak akan bermain dengan kawan-

    kawan sebaya mereka. Namun begitu komunikasi berkesan mungkin juga berlaku

    walaupun mereka itu bermain seorang diri dalam erti kata mengimaginasikan

    permainan.

    Mampu menilai diri sendiri

    Kaedah terapi permainan ini dapat menilai diri mereka sendiri. Contohnya terapi

    main bercorak permainan perlumbaan ( Main Games ). Ia bukan sahaja melatih

    mereka untuk bermain tetapi dapat mengukur sejaumanakah mereka dapat

    mengaplikasikan alat tersebut melalui kiraan mata.

    Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.

    Terapi ini juga dapat meningkatkan nilai kepercayaan seseorang. Kanak-kanak

    akan lebih jadi lebih yakin apabila mereka bermain dengan rakan-rakan sebaya.

    6.0 Proses Terapi Main

    Terapi main ini mempunyai 4 peringkat secara keseluruhannya;

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    4/7

    Tahap 1: rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina.

    Tahap 2: luahan perasaan secara yang terpendam secara catharisis

    Tahap 3: penerokaan peristiwa

    Tahap 4: bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih.

    7.0 Pelaksanaan

    a). Bilik Terapi

    Ianya diwujudkan bagi melancarkan aktiviti terapi mainan dijalankan. Bilik ini akan

    dienglapi dengan perkakas-perkakas dan alat-alat mainan yang boleh menarik minat

    kanak-kanak. Semuanya ini bergantung kepada kesesuaian mereka. Contoh-contoh

    bahan yang disediakan ialah seperti bahan-bahan resos , alatan asas seperti rak,

    cermin, almari dan lain-lain.

    b). Media Mainan ( Kriteria ) .

    Ianya penting dalam memberi dorongan ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-

    kanak.Selain itu ia dapat menguji realiti kanak-kanakdisamping membekalkan

    kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang

    tidak diingini.

    Secara umumnya media mainan ini bergantung kepada kanak-kanak didalam

    memanipulasikannya.

    8.0 Kepentingan terapi bermain

    Terdapat beberapa keistimewaan dan kebaikan melalui terapi main ini diantaranya

    ialah;

    Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri

    Pendekatan terapi bermain dapat memberikan kepada kanak-kanak untuk membuat

    pilihannya sendiri. Contohnya kanak laki-laki boleh memilih permainan ala polis atau

    tentera seperti pistol dan senapang atau memakai topeng mengikut watak-watak

    yang disukai. Manakala yang perempuan pula boleh memilih permainan ala

    masakan dan bermain baby.

    Dapat menzahirkan masalah

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    5/7

    Bermain juga dapat meluahkan masalah mereka kepada orang persekitarannya

    sepewrti ayah, ibu, adik beradik serta guru. Keadaan ini terjadi secara tidak

    langsung.

    Berada di tempat yang selamat untuk meluahkan perasaan

    Perasaan seronok ketika bermain mewujudkan suatu perasaan yang selamat

    dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak berasa selesa dan terhibur dan pihak

    ibubapa berasakan anak-anak tinggal dalam keadaan yang terkawal.

    Yakin diri

    Bermain dapat memupuk perasaan keyakinan diri. Mereka tahu cara menggunakan

    alat mainan, melaraskan, memanipulasikan serta bijak memikirkannya.

    Berkomunikasi dengan rakan-rakan.

    Aktiviti bermain adalah merupakan salah satu kegiatan bersosialisasi. Ini secara

    tidak langsung memberikan ruang dan peluang untuk mereka mengenali kawan

    sepermainan mereka.

    Berkeupayaan memberi pendapat.

    Didalam permainan ini membolehkan mereka berani untuk meluahkan pendapat.

    Contohnya mereka boleh berkerjasama dalam membina Set Legountuk membuat

    binaan rumah atau bangunan.

    Berkongsi

    Nilai kerjasama yang dipupuk membolehkan mereka berkongsi pendapat dialangan

    kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan dan menjanakan pemikiran disamping

    menerapkan unsure bertolak ansur dan menghormati pandangan kawan-kawan.

    Membentuk sahsiah

    Pembentukan sahsiah yang baik dapat diwujudkan dalam terapi bermain. Contohnya

    kanak- kanak bermain dalam aktiviti berkumpulan seperti sukaneka seperti

    membaling botol. Setiap ahli dalam kumpulan akan memberikan semangat sesama

    mereka. Disamping itu juga ketua kumpulan akan menyerlahkan bakat kepimpinan

    dalam memberi panduan kepada ahli-ahli mereka.

    Ekspresif kendiri

    Nilai ekspresif kendiri juga dapat dipupuk dalam terapi permainan. Mereka juga

    akan tahu di dalam membuat penilaian.

    Meningkatkan kemahiran manipulatif.

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    6/7

    Kemahiran manipulative melalui aktiviti bermain dapat dipertingkatkan seperti

    pergerakan tubuh badan dan memanipulasikan alatan. Ini akan dapat meningkatkan

    dan mencerdaskan daya pemikiran mereka.

    Meluahkan emosi

    Emosi mereka akan dapat diluahkan tetapi terkawal. Aktiviti bermain ini dapat

    mewujudkan perasaan kasih sayang dan penghargaan terhadap mainan mereka.

    Mereka juga dapat meluahkan perasaan terhadap rakan-rakan seperti sifat setia

    kawan.

    9.0 MasalahPelaksanaan

    Kos kewangan yang tinggi

    Perbelanjaan untuk kos pembelian peralatan teramat mahal. Ini menyebabkan

    pelaksanaannya adalah terhad dan terbatas. Ekoran dari itu pembelian barangan

    hanya dilakukan ke atas alat terapi permainan yang agak murah sedikit . Kesannya

    ia tidak menepati kepuasan sepenuhnya kanak-kanak.

    Kesukaran untuk mendapatkan alatan.

    Untuk mendapatkan bekalan alatan terapi ini adalah sukar. Pihak sekolah atau

    Pusat Pemlihan Dalam Komuniti di dalam suatu daerah perlu membuat tempahan

    terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Kebiasaannya alatan ini hanya

    dibekalkan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau

    Pinang.Kemudian masa untuk mendapatkan alatan adalah lama kerana masalah

    penghantaran.

    Kos peralatan yang mahal

    Kebanyakan kos peralatan terapi main ini adalah tinggi jika pihak tertentu ingin

    membinannya sendiri. Ini termasuklah bahan yang digunakan kemudian upah buruh

    dikenakan.

    Tempat yang besar dan luas

    Untuk menempatkan peralatan terapi main ini memerlukan tempat yang luas dan

    besar. Ini bertujuan untuk memeberikan keselesaan kepada kanak-kanak untuk

    bermain.

    Penyelenggaraan yang berjadual

    Penyelengaraan yang sistematik dan berkala perlu dilakukan ke atas segala

    peralatan yang dibeli. Rekod keluar dan masuk barang, kerosakan daan status

  • 7/30/2019 Laporan Terapi Main

    7/7

    barang perlu dicatatkan . Lagi pun proses penjagaannya amat rumit. Maksudnya

    alatan mudah rosak.

    Kepakaran yang terhad

    Untuk mengendalikan terapi ini memerlukan sumber kepakaran. Ini termasuklah dari

    segi pengurusan dan teknikal. Namun begitu tidak ramai orang mempunyai

    kepakaran sedemikian.

    Pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi

    Kebiasaannya jadual dan rutin aktiviti disediakan untuk menjalankan terapi main ini.

    Namun begitu pelanggan yang menggunakan peralatan terapi main ini adalah

    mereka yang kurang disiplin. Maksunya mereka tidak mengikuti peraturan yang

    ditetapkan.

    Kerjasama ibubapa, guru serta murid

    Memang tidak dinafiikan kerjasama ibu bapa, murid dan guru amat penting dalam

    menjayakan sesi terapi ini. Namun begitu agak susah pihak ibu bapa

    khususnya,untuk memberikan kerjasama kepada pihak guru . Ini menyebabkan

    maatlamat dan objektif terapi tidak tercapai.

    Tindakan susulan yang terhad

    Tindakan susulan juga adalah terhad. Ini memandangkan alatan terapi yang

    dimainkan di pusat terapi tidak dapat dipraktikan . Ini kerana pihak ibubapa tidak

    mampu untuk menyediakan alatan tersebut seterusnya dimainkan oleh kanak-kanak.

    I I ada kaitan dengan kos yang agak mahal.

    Tidak diaplikasikan di rumah

    Ada dikalangan pihak ibubapa mampu menyediakan alatan terapi main kerana faktor

    latarbelakang pekerjaan yang berstatus tinggi. Namun begitu kebanyakan mereka

    tidak mengaplikasikan latihan terapi ini di rumah. Ini mungkin disebabkan kesibukan

    mereka atau sikap tidak mengendahkan terhadap anak. Ini akan menimbulkan

    kesan emosi dikalangan anak-anak.