laporan taklimat profesional mingguan skk 2015

11
LAPORAN TAKLIMAT PROFESIONAL MINGGUAN SKK 2015 MINGGU : KEEMPAT [4] HARI : ISNIN TARIKH : 2.02.2015 TEMPAT : BILIK GERAKAN MASA : 01:53 PETANG KEHADIRAN : Hadir: 01. En. Hambali Hj. Shuib Guru Besar 02. Pn. Marie Sigaron PK HEM 03. En. Yassin Abdul Rahman PK Kokum 04. Pn. Florence Engkian PK PPKI 05. Pn. Zainab Hj. Sataeh 06. Pn. Norul Saadah Ahmad 07. Pn. Monica Chin Ka Khee 08. Pn. Justina Gadam 09. Cik. Kaswati Mat Lazim 10. Pn. Nirah Saidin 11. Pn. Suci Hermawati Samiyono 12. Pn. Ani Rahayu Abd. Halim 13. Pn. Pn. Widayarahanie Musli 14. Pn. Zuriatty Jamaluddin 15. Pn. Mariani Tarin 16. Pn. Norhayati Ahmad Sayuthi 1

Upload: ohmyprada

Post on 13-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sample laporan Taklimat mingguan sekolah rendah

TRANSCRIPT

LAPORAN TAKLIMAT PROFESIONAL MINGGUAN SKK 2015MINGGU:KEEMPAT [4]HARI:ISNINTARIKH:2.02.2015TEMPAT:BILIK GERAKANMASA:01:53 PETANGKEHADIRAN: Hadir:01. En. Hambali Hj. ShuibGuru Besar02. Pn. Marie SigaronPK HEM03. En. Yassin Abdul RahmanPK Kokum04. Pn. Florence EngkianPK PPKI05. Pn. Zainab Hj. Sataeh06. Pn. Norul Saadah Ahmad07. Pn. Monica Chin Ka Khee08. Pn. Justina Gadam09. Cik. Kaswati Mat Lazim10. Pn. Nirah Saidin11. Pn. Suci Hermawati Samiyono12. Pn. Ani Rahayu Abd. Halim13. Pn. Pn. Widayarahanie Musli14. Pn. Zuriatty Jamaluddin15. Pn. Mariani Tarin16. Pn. Norhayati Ahmad Sayuthi17. Pn. Sandralianah Abdullah18. Pn. Siti Khalilah Hasan19. En. Guadik Ansiw20. En. Muhammad Iyzam21. Pn. Rosaineh Suhaibul22. Pn. Norhafizah Sukur23. En. Nemesius Galis24. Pn. Anijosfina Musa25. Pn. Haliza Taip26. Pn. Emy Selyna Mansor27. Cik Siti Hariani Gasin28. Pn. Kammilah Abu29. Pn. Rasida Bohani30. En. Julianus Tioon31. En. Lionel Han Chuen Kwang32. Pn. Suwini Gusti33. Pn. Mariza Mohd. Adib @ Ghazali34. En. Mohd Noradzli Mohd. Nor35. En. Nazarius Andrew36. Pn. Euphrasia Chong Pai Su37. Pn. Saimah Zainal38. Pn. Noor Azwaniza Awang39. En. Mohd. Fadzli Awg. Abd Ghani40. En. Mohd Sham Bani Ismail41 .Pn. Nor Aqilah Mohd Yusof42. Pn. Hesmiati Miring43. En. Che Mohd. Fakri Ali44. Pn. Roilin Bandahat45. En. Mohd Daud Ahmad Sabari46. Pn. Maria Baharudin47. Pn. Anitah J. Billy48. Cik. Izzatul Muslimah Binti Asad49. Cik Fatimah Binti Samsuri50. Pn. Suzilawati Mukawat51. En. Maazlan Md She.52. Pn. Faridah Shahrun53. Pn. Emertha Sylvia Sooyson54. Pn. Dayang Kasimah Bt Jalil55. Pn. DK Nurul Azna Ak Akim56. En. Md. Airulsah Bin Salleh57. Pn. Rosmin Moris58. Pn. Salfarini Abdulham59. Pn. Nur Anyssa Benedict @ Abdullah60. Pn. Lojorin Glojonon61. Pn. Faizah Binti Abdul Rahman

Tidak Hadir Bersebab:1. Pn. Harlina Ramli [kursus]1. Pn. Wailine Bait (MC)1. En. Jasmi Wahid 1. Sarimah @ Wahidah Binti Hj. Jadin1. Pn. Salina Joehari

AGENDA MESYUARAT1.0 UCAPAN PENGERUSI1.1 En. Hambali Hj. Shuib mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam taklimat mingguan pada hari ini. 1.2 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang bertugas pada minggu lepas kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.1.3 En. Hambali seterusnya menyentuh perkara-perkara berikut :1.3.1 Pada minggu lepas pihak sekolah telah menerima kemasukan dua orang guru baharu yang menjadikan bilangan guru kesemuanya adalah enam puluh enam. En. Hambali mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di Sekolah Kebangsaan Kolombong bagi sesi 2015 kepada dua orang guru tersebut.1.3.2 Setiap hari isnin bermula pada tahun 2015 akan sentiasa diadakan taklimat mingguan, dengan itu kehadiran semua guru wajib mengikuti taklimat tersebut kecuali guru yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tertentu dan yang telah dimaklumkan kepada pihak pentadbir.1.3.3 Selain itu, guru yang bertugas pula diminta untuk menghantar satu salinan laporan taklimat kepada Cikgu Justina untuk simpanan pemantauan beliau. 1.3.4 Slot bicara pendidik telah mula dilaksanakan pada minggu ini. Semua guru dikendaki membentangkan tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.1.3.5 Agenda seterusnya ialah pembentangan oleh Cikgu Saimah yang berkaitan dengan maklumat JKPK kemudian, diikuti pembentangan SU peperiksaan oleh Cikgu Lojorin.

2.0 BICARA PENDIDIK2.1 Disampaikan oleh GPK HEM Puan Marie Sigaron tentang MBMMBI. Berikut adalah maklumat yang telah dibincangkan oleh beliau:2.1.1 MBMMBI adalah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.2.1.2 Definisi MBMMBI : Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. BM merupakan bahasa pengantar utama pendidikan. Tujuan utama memperkukuhkan BI adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, BI juga merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan.2.1.3 Matlamat MBMMBI : Mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI dalam system pendidikan Negara. Fokus kepada BM dan BI bertujuan melahirkan masyarakat bersatu padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di peringkat dunia.

2.1.4 Objektif MBMMBI : Meningkatkan penguasaan murid dalam BM dan BI. Menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkankompetensi guru BM dan BI. Meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM dan BI. Meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah.

3.0 JKPK 3.1 Ucapan disampaikan oleh Cikgu Saimah selaku Guru Kaunseling SK Kolombong. Pengurusan JKPK SKK 2015 merupakan matlamat sekolah untuk mencapai KPI. Semua guru mampu mencapai KPI JKPK 5 bintang pada tahun ini. Semua guru mesti berpegang kepada 3 perinsip : Iltizam Istiqamah Doa dan Tawakal

Fokus kepada penghulu kelas, Cikgu Saimah mengatakan guru-guru berusaha sudah tiga tahun melaksanakan jkpk sekolah. Penghulu kelas mesti maklum dan memahami jawatan kuasa jkpk seperti : Biro akademik Biro disiplin & keselamatan Biro kebersihan, keceriaan & kesihatan Biro tugas-tugas khas

JKPK diwujudkan supaya penghulu kelas tidak berkeseorangan dalam mengalas tanggungjawab menguruskan kelas. Pengurusan JKPK adalah sebagai (SKK ONE TEAM) iaitu saling ukhuwah antara satu sama lain. Memaafkan sesama kita merupakan adab atau amalan yang perlu diterapkan dalam diri semua guru. Sebagai guru kaunseling Cikgu Saimah memberi kata-kata semangat seperti :

Saya selalu di beri perhatian. Salam dan sapaan saya selalu dijawab. Saya sering disapa. Saya sering dilayan dengan baik. Saya sering menerima ucapan sempena hari lahir yang saya raikan. Saya selalu dipuji. Saya sering dilayan seperti anak sendiri. Saya sering menerima senyuman Kehadiran saya dialu-alukan. Kejayaan saya dibanggakan.

3.2 Pelaksanaan JKPK Nasihat Cikgu Saimah kepada semua guru supaya berusaha mempertingkat usaha untuk membawa tranformasi JKPK pada tahun ini. Guru-guru cuba perbaiki sikap dan tingkatkan usaha yang telah dilaksanakan selama tiga tahun ini. Tayangan video kejayaan pelaksanaan JKPK Kelas 4 UPM pada minggu lepas iaitu perjumpaan bersama ibubapa, pelaksanaan jkpk ini juga turut dibantu oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Sabah. Ucapan beliau diakhiri dengan harapan iaitu supaya semua guru haruslah berusaha untuk menjayakan pelaksanaan JKPK 2015 bagi mencapai KPI sekolah ini.

4.0 SU Peperiksaan4.1 Unit Peperiksaan. Bagi tahun 2015 murid tahun 1-5 akan menduduki dua kali peperiksaan. Manakala murid tahun 6 empat kali setahun.

4.2 Pengisian Headcount

Pengisian markah peperiksaan murid untuk tahun ini akan diisi secara MICROSOFT EXCEL memudahkan guru untuk mengira markah murid. Cara untuk mengisi markah TOV Cikgu Lojorin minta kepada semua penghulu pm email untuk memudahkan pengisian markah murid. Pengisian melalui EXCEL ini merupakan satu perubahan Headcount pada tahun ini tidak akan ada papan headcount di setiap kelas. Sebagai pengganti papan headcount akan ditukarkan kepada Kad Headcount untuk setiap murid. Penghulu mesti menyediakan dua kad iaitu satu kad kepada murid dan satu kad untuk simpanan penghulu hanya untuk tahun 1-5 sahaja. Setelah selesai pengisian markah headcount pihak sekolah akan membuat perjumpaan bersama ibubapa/penjaga untuk menyerahkan slip peperiksaan. Ibubapa perlu menandatangani slip tersebut dihadapan penghulu begitu juga penghulu melalui cara ini ibubapa faham akan prestasi anak-anak mereka.

4.3 Pengisian rekod kemajuan murid.

Dua kad akan disediakan oleh penghulu satu kad kepada ibubapa dan satu kad kepada penghulu. Satu tarikh akan ditetapkan untuk sesi perjumpaan ibubapa bersama penghulu untuk mengisi markah TOV,ETR dan juga OTI. Kad ini akan dibuat sebelum peperiksaan pertengahan dan sebelum peperiksaan akhir tahun. Ibubapa akan mengisi sendiri jumlah markah anak-anak mareka melalui cara ini ibubapa akan tahu tahap pencapaian prestasi anak-anak mereka. Penghulu perlu memahami semua kemahiran setiap subjek matapelajaran lain. Pengurusan kad bergantung kepada kebijaksanaan penghulu untuk menguruskan tentang pengisian markah murid-murid kelas masing-masing. Cikgu Lojorin memaklumkan kepada semua penghulu memikirkan cara yang terbaik dalam pengurusan kad ini. Semua guru perlu mematuhi tempoh yang diberi - (kerjasama guru amat diperlukan) Soalan ujian TOV pastikan diambil oleh penghulu masing-masing untuk mengelakkan kertas soalan tercicir. Ujian TOV akan bermula pada hari isnin hingga jumaat peraturan adalah sama seperti peperiksaan sebenar.

Taklimat profesional mingguan tamat pada jam 3.30 petang.Dicatat oleh,

____________________(KASWATI MAT LAZIM)

4