laporan tahun badan beruniform tkrs 2010

Upload: fairuz-sahid

Post on 29-Oct-2015

113 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Laporan Aktiviti Unit Uniform TKRS Sekolah 2010

TRANSCRIPT

LAPORAN TAHUNAN GERKO KELAB BOLA SEPAK

LAPORAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG SELANGOR 2010Penubuhan:

Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK (2) Simpang Lima, Klang telah ditubuhkan pada 10 November 2008 dan kini telah mempunyai ahli seramai 52 orang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 sahaja.

Aktiviti:

Perjumpaan ahli telah diadakan pada setiap hari Rabu selama satu jam. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjumpaan tersebut adalah seperti berikut :-

AKTIVITI TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

KETATANEGARAAN

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Lambang negara

b. Bendera Malaysia

c. Nama Sultan-sultan di Malaysiaa. Lagu Kebangsaan dan lagu negeri-negeri dalam Persekutuan Negara.

b. Lambang dan Bendera Negeri dalam MalaysiaTiada

KEROHANIAN

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Taharah

b. Rukun solat

c. Bacaan dalam solat

d. Praktikal solat

e. Wirid selepas solata. Doa selepas solat

b. Asmaul Husna

c. Hafazan (10 ayat lazim)Tiada

KAWAT

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Asas Kawata. Kawat berjalanTiada

PERKHEMAHAN

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Definisi

b. Mendirikan khemah

c. Pemilihan tapak

d. Perlindungan semulajadia. Perhubungan

b. Punca air

c. Kebersihan

d. KeselamatanTiada

IKATAN TALI

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Simpulan buku sila

b. Simpulan bunga keti

c. Tindih kasih

d. Simpul pengaila. Ikatan manuk

b. Simpul belit

c. Ikatan balak

d. Ikatan serayaTiada

KOMPAS

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Mengenal arah mata angina. Mencari arah mata anginTiada

IKHTIAR HIDUP

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Alatan ikhtiar hidup

i. mengikut jejak atau tanda

ii. mengenali jejak/kesan binatanga. Mengenali tumbuhan perubatan

b. Membuat perangkapTiada

KOMUNIKASI

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Isyarat kecemasana. Isyarat kecemasanTiada

PERTOLONGAN CEMAS

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

a. Prinsip dan amalan

b. Prinsip asas pertolongan cemas

c. Panduan dan tanda masa kecemasana. Pembabatan dan pembalutan

i. cara membabat luka

ii. cara membalut lukaTiada

PERSILATAN

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

Pelajar diajar asas seni bela diri di tahap satu

KEBUDAYAAN

TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6

Pelajar diajar muzik tradisional seperti kompang dan angklong

Pencapaian:

Pada tahun ini seramai 18 orang ahli kadet telah menyertai perkhemahan tahunan unit beruniform peringkat sekolah yang telah dijalankan bertempat di Kem Banyu Manis Resort, Bukit Kerayong, Kapar Klang selama 2 hari iaitu 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 bersamaan hari Sabtu hingga Ahad.

Selain itu juga, Pasukan TKRS sekolah ini juga telah menghantar 4 orang ahli kadet untuk menyertai Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Koperal TKRS bertempat di SM Teknik Klang selama 4 hari bermula pada 6 Ogos hingga 9 Ogos 2010. Salah seorang ahli kadet sekolah ini iaitu Muhd Aiman Bin Mohd Asri telah berjaya lulus semua peperiksaan dan penilaian sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Adik Muhd Aiman telah dianugerahkan pangkat Koperal berkuatkuasa 9 Ogos 2010.

Sempena Hari Kemuncak Kokurikulum peringkat sekolah yang telah dijalankan pada 13 Oktober 2010 yang lalu, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menunjukkan kecemerlangannya apabila berjaya meraih Johan Kawad Kaki antara Unit Beruniform, Naib Johan Memasang Khemah dan tempat Ketiga Pertandingan Memasak. Tahniah kepada semua ahli kadet yang terlibat. Secara keseluruhannya, Pasukan Unit Beruniform TKRS amat berbangga dengan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan yang diraih sepanjang tahun ini dan semangat kerjasama yang tinggi daripada semua ahli kadet. ILMU, IMAN & AMAL.Disediakan oleh,

..(LEFTENAN MUDA MOHD FAIRUZ B.MOHAMAD SAHID)

Ketua Guru Pemimpin

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)SK (2) Simpang Lima, Klang