laporan sukan tahunan 2014

Upload: nash-melaka

Post on 10-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SKTM

TRANSCRIPT

Laporan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-08 Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak tahun 2014.Tanggal 26 Jun, 2014 bersamaan hari Khamis warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak telah bersama-sama meraikan Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-08.Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriahnya bermula dari pukul 2.00 hingga ke pukul 6.00 petang. Ia telah di rasmikan oleh YB Encik Sazali bin Muhd Din @ Muhamad Din (Adun Paya Rumput) juga merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Di samping itu turut memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-08 SK Tanjung Minyak ini ialah Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah kebangsaan Tanjung Minyak iaitu En Saiful Ridzuan b. Abd Hamid.Kejohanan ini telah di mulai dengan perbarisan lintas hormat yang di ketuai oleh wakil pelajar iaitu said Alif Akmal bin Said Jamaluddin serta di iringi oleh 4 orang pembawa bendera Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.Turut mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat ini ialah pasukan badan beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam di ikuti dengan keempat-empat rumah sukan iaitu Tun Mahathir (Merah), Tun Abd Razak (Biru), Tunku Abdul Rahman (Kuning) dan Tun Hussein Onn (Hijau). Selepas perbarisan lintas hormat kesemua warga SKTM dan para ibu-bapa berdiri bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Selepas itu wakil pelajar membacakan ikrar kejohanan dan seterusnya upacara menaikkan bendera kejohanan di lakukan.Selepas selesai upacara menaikkan bendera kejohanan Ustaz Shahrizal b. Abdullah telah mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan serta di permudahkan perjalanan atucara kejohanan. Setelah selesai bacaan doa guru besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak (Pn. Noraini bt. Ahmad) telah memberikan ucapan alu-aluan seterusnya ucapan perasmian daripada YB Encik Sazali bin Muhd Din @ Muhamad Din (Adun Paya Rumput) juga merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Pada tahun ini, Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-08 SK Tanjung Minyak julung-julung kalinya turut di meriahkan lagi dengan kehadiran skuad Bananana TV3 School Attack. Turut hadir 4 orang artis iaitu Almy Nadia, Adam (Juvana), Honey dan Bob yang sama-sama memeriahkan lagi sukan tahunan SK Tanjung Minyak. Pelbagai permainan serta game show yang di jalankan oleh mereka bagi memeriahkan lagi sukan tahunan pada tahun ini. Pada pukul 2.45 kejohanan bermula dengan acara 100 meter bagi kategori tahun 3, 4, 5 dan 6.Seterusnya acara 50 meter bagi kategori tahun 1,2 dan 3. Selepas itu acara sukaneka pula menyusul. Acara sukaneka ini di adakah khas untuk pelajar-pelajar pra sekolah dan pendidikan khas. Pelbagai jenis permainan telah di pertandingkan untuk sukaneka ini di antaranya ialah membawa pundi kacang dan melambung pundi kacang,melantun serta membawa bola berpasangan. Selepas acara sukaneka warga SKTM dan para ibu-bapa di sajikan pula dengan acara lari berganti-ganti iaitu acara 4 x 50 meter. Ia di sertai oleh keempat-empat rumah dalam kategori tahun 3.Selepas tamat acara 4 x 50 meter acara kuartet 4 x 200 meter pula di jalankan. Ia di sertai oleh keempat-empat rumah dalam kategori tahun 5 dan 6 sahaja.Seterusnya acara khas bagi ibu-bapa dan guru-guru pula menyusul. Bagi acara bapa dan guru-guru lelaki mereka telah berlawan sesama mereka dalam acara membawa belon berisi air manakala bagi acara ibu dan guru perempuan ialah tiup dan duduk belon sampai pecah. Acara sukaneka ini telah di jalankan oleh skuad Bananana TV3 School Attack.Yang membuatkan kejohanan ini lebih bermakna ialah penglibatan guru besar (Puan Noraini bt. Ahmad) dalam acara ibu dan guru perempuan ini. Dalam kejohanan ini terdapat acara sampingan yang di pertandingkan iaitu perbarisan badan beruniform dan rumah sukan terbaik serta khemah rumah sukan tercantik.Bagi kategori perbarisan terbaik bagi badan beruniform telah di menangi oleh Badan Beruniform Pengakap manakala bagi rumah sukan pula di ungguli oleh Rumah Merah (Tun Mahathir). Untuk khemah rumah sukan tercantik turut di menangi oleh Rumah Merah (Tun Mahathir). Acara-acara ini telah di adili oleh guru besar SKTM (Puan Noraini bt. Ahmad), Mejar Munajat bin Moktar(B) KAT, PCK, PJK, PJM, PNBB NATO (YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak) dan Puan Roziah bt. Simbob (GPK Kokurikulum SKTM). Seterusnya bagi acara kemuncak telah di serikan lagi dengan penganugerahan olahragawan serta olahragawati bagi Kejohanan Sukan Tahunan SKTM kali ke-08 ini. Anugerah olahragawan telah di sandang oleh Said Alif Akmal bin Said Jamaluddin dari Rumah Kuning dengan pungutan pingat sebanyak 2 emas dan 2 perak manakala olahragawati pula di sandang oleh Nor Maisarah Sofea bt. Noor Hisamsol dari Rumah Biru dengan pungutan pingat sebanyak 2 emas 1 perak dan 1 gangsa.Bagi juara keseluruhan telah di ungguli oleh Rumah Merah (Tun Mahathir) dengan catatan mata sebanyak 1045 mata di ikuti dengan Rumah Kuning (Tunku Abdul Rahman) dengan catatan mata sebanyak 916 seterusnya rumah Hijau (Tun Hussein Onn) sebanyak 850 mata dan terakhir sekali ialah Rumah Biru (Tun Abdul Razak) sebanyak 753 mata.Secara kesimpulannya, Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak telah berjalan dengan jayanya hasil daripada kerjasama semua pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid, ibu-bapa serta staf sokongan yang merupakan keluarga besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak. Sebarang kekurangan akan di buat penambahbaikan di masa akan datang bagi memastikan kejohanan ini lebih meriah.

Di sediakan oleh:01 Julai, 2014

....................................................En. Muhammad Yunus b. Hj. IliasSetiausaha SukanSekolah Kebangsaan Tanjung Minyak,Km10 Cheng, 75250 Melaka.