laporan snokerling pangkor

3
Jawatankuasa Snorkeling Penyelaras : Pn. Norlena Bte Salamuddin Pengerusi Program : Dennis Alap Anak Jantai Naib Pengerusi : Zamir Iskandar Bin Zareja Nur Afifah Binti Mohmed Nor Ketua Aktiviti : Mohd Shafiq Bin Mohd Sharif AJK Aktiviti : Mohamad Hazrul Bin Zainal Muhammad Zaki Bin Che Nordin Sebelum perkhemahan Semua peserta perkhemahan diminta untuk membeli barang-barang snorkeling iaitu “J tube” dan juga “mask”. Peserta diberi taklimat supaya memastikan barang-barang snokerling dibawa ke kem di Pulau Pangkor. Semasa Perkhemahan Kesemua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan satu akan melakukan aktiviti snorkeling pada sesi pagi dan kumpulan dua akan melakukan snorkeling pada sesi petang. Aktiviti snorkeling telah digabungkan bersama dengan aktiviti kayak dimana

Upload: adam-zulkifli

Post on 30-Jun-2015

135 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan snokerling pangkor

Jawatankuasa Snorkeling

Penyelaras : Pn. Norlena Bte Salamuddin

Pengerusi Program : Dennis Alap Anak Jantai

Naib Pengerusi : Zamir Iskandar Bin Zareja

Nur Afifah Binti Mohmed Nor

Ketua Aktiviti : Mohd Shafiq Bin Mohd Sharif

AJK Aktiviti : Mohamad Hazrul Bin Zainal

Muhammad Zaki Bin Che Nordin

Sebelum perkhemahan

Semua peserta perkhemahan diminta untuk membeli barang-barang snorkeling iaitu “J tube” dan

juga “mask”. Peserta diberi taklimat supaya memastikan barang-barang snokerling dibawa ke

kem di Pulau Pangkor.

Semasa Perkhemahan

Kesemua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan satu akan melakukan

aktiviti snorkeling pada sesi pagi dan kumpulan dua akan melakukan snorkeling pada sesi

petang. Aktiviti snorkeling telah digabungkan bersama dengan aktiviti kayak dimana peserta

perlu berkayak ke sebuah pulau dimana peserta akan melakukan aktiviti snorkeling. Aktiviti

snorkeling dilaporkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan peserta telah dapat

belajar bagaimana melakukan aktiviti snorkeling dengan selamat dan juga peraturan-peraturan

yang perlu dipatuhi semasa melakukan aktiviti snorkeling. Selain itu, para peserta telah dapat

menikmati keindahan hidupan laut yang kebanyakan daripada peserta tidak pernah merasainya.

Page 2: laporan snokerling pangkor

Kelemahan Dan Kebaikan

Kelemahan-kelemahan yang dapat dikenal pasti semasa berlansungnya aktiviti snorkeling ialah

ada peserta yang tidak mengikuti arahan yang diberikan oleh pensyarah dimana peserta tersebut

telah membuka “buoyancy aid” tanpa arahan semasa melakukan aktiviti snorkeling. Ini boleh

menyebabkan berlakunya kecelakaan yang tidak diingini. Kebaikan yang para peserta dapat

semasa melakukan aktiviti snorkeling ialah mereka dapat belajar cara-cara melakukan aktiviti

snorkeling dengan betul dan selamat. Selain itu, para peserta dapat melihat keindahan hidupan

laut juga.

Cadangan Penambahbaikan

Kami jawatankuasa snokerling mencadangkan supaya aktiviti snorkeling ini dapat diteruskan

pada setiap kali kem perkhemahan. Selain itu, kami berharap agar tempoh melakukan aktiviti

snorkeling ini dapat dilanjutkan supaya peserta dapat belajar dengan lebih banyak tentang

snorkeling selain menikmati keindahan alam dengan lebih lama.

Sekian terima kasih.