laporan ringkas hejim 2015 - official portal of ukm · 2020. 6. 30. · sebanyak 2 latihan lamanweb...

14
LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 Pada tahun ini, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh telah dilantik sebagai Ketua HEJIM yang baru dan telah menggantikan Prof. Noor Azah Abd Aziz. Di bawah kelolaan Prof. Sharifa Ezat, pelbagai aktiviti berbentuk komuniti dan berkaitan dengan industri telah dijalankan. Program Komuniti dan kesukarelawanan Antara program berbentuk komuniti yang dijalankan di kawasan PPUKM ialah gotong-royong perdana yag dianjurkan untuk membasmi Aedes. Gotong-royong ini adalah anjuran bersama Unit Keselamatan Pekerjaan dan Persekitaran, Jabatan Keselamatan dan beberapa jabatan lain dengan tujuan membersihkan kawasan hospital dan mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes disamping menggalakkan penglibatan kakitangan. Lebih 120 kakitangan PPUKM telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Selain program ini, jabatan-jabatan juga banyak menganjurkan program khidmat masyarakat di pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, program saringan kesihatan di sekolah, melawat dan membuat aktiviti di rumah-rumah kebajikan dan pemberian sumbangan mangsa banjir. Tahun ini HEJIM menerima 23 permohonan dan kertas kerja program khidmat masyarakat daripada pelbagai jabatan. Antara permohonan tersebut ialah Program Kebajikan Projek Bantuan Mangsa Banjir, Program JPB Prihatin – Pusat Jagaan Al-Fikrah, Program Kesedaran Kesihatan Wanita, Khidmat Masyarakat di Zoo Negara, Kenduri Doa Selamat Bersama Anak-anak Yatim Rumah Jalinan Kasih, Saringan Kesihatan di Rumah Kanak-kanak Rohingya. Sinergi Rakyat Selain itu, HEJIM PPUKM telibat dalam Program Sinergi Rakyat. Program yang di bawah Yayasan Kelana Ehsan ini ialah khidmat bergerak yang disertai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan. Aktiviti yang dilakukan dalam program ini ialah perkhidmatan saringan kesihatan, pemberian ubatan serta khidmat nasihat secara percuma kepada komuniti setempat di Taman Medan, Pelabuhan Klang, Kuala Sleangor, dan Kota Damansara. Kakitangan yang terlibat adalah daripada Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Kejururawatan.

Upload: others

Post on 28-Jul-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015

Pada tahun ini, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh telah dilantik sebagai Ketua HEJIM yang baru dan telah

menggantikan Prof. Noor Azah Abd Aziz. Di bawah kelolaan Prof. Sharifa Ezat, pelbagai aktiviti berbentuk

komuniti dan berkaitan dengan industri telah dijalankan.

Program Komuniti dan kesukarelawanan

Antara program berbentuk komuniti yang dijalankan di kawasan PPUKM ialah gotong-royong perdana

yag dianjurkan untuk membasmi Aedes. Gotong-royong ini adalah anjuran bersama Unit Keselamatan

Pekerjaan dan Persekitaran, Jabatan Keselamatan dan beberapa jabatan lain dengan tujuan

membersihkan kawasan hospital dan mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes disamping

menggalakkan penglibatan kakitangan. Lebih 120 kakitangan PPUKM telah melibatkan diri dalam aktiviti

ini.

Selain program ini, jabatan-jabatan juga banyak menganjurkan program khidmat masyarakat di pusat

jagaan kanak-kanak dan warga emas, program saringan kesihatan di sekolah, melawat dan membuat

aktiviti di rumah-rumah kebajikan dan pemberian sumbangan mangsa banjir. Tahun ini HEJIM menerima

23 permohonan dan kertas kerja program khidmat masyarakat daripada pelbagai jabatan. Antara

permohonan tersebut ialah Program Kebajikan Projek Bantuan Mangsa Banjir, Program JPB Prihatin –

Pusat Jagaan Al-Fikrah, Program Kesedaran Kesihatan Wanita, Khidmat Masyarakat di Zoo Negara,

Kenduri Doa Selamat Bersama Anak-anak Yatim Rumah Jalinan Kasih, Saringan Kesihatan di Rumah

Kanak-kanak Rohingya.

Sinergi Rakyat

Selain itu, HEJIM PPUKM telibat dalam Program Sinergi Rakyat. Program yang di bawah Yayasan Kelana

Ehsan ini ialah khidmat bergerak yang disertai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) dan juga sukarelawan. Aktiviti yang dilakukan dalam program ini ialah perkhidmatan saringan

kesihatan, pemberian ubatan serta khidmat nasihat secara percuma kepada komuniti setempat di

Taman Medan, Pelabuhan Klang, Kuala Sleangor, dan Kota Damansara. Kakitangan yang terlibat adalah

daripada Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Kecemasan dan Jabatan

Kejururawatan.

Page 2: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Misi Bantuan Bencana dan Sukarelawan

HEJIM turut dalam membantu dalam melicinkan misi bantuan bencana dan kesukarelawan bersama

MERCY Malaysia. Selain bantuan bencana banjir pada awal tahun 2015, PPUKM juga menghantar 5

orang pakar perubatan bersama Mercy Malaysia dalam Misi Bantuan Gempa Bumi di Nepal. Misi

Bantuan di Nepal melibatkan kepakaran perubatan dari Jabatan Surgeri, Jabatan Ortopedik, Jabatan

Farmasi dan Jabatan Kecemasan. HEJIM PPUKM dan MERCY Malaysia juga turut mengembangkan

aktiviti kolaborasi bersama dengan ‘Program Youth For Humanity’ iaitu program kesukarelawan untuk

pelajar UKM yang berminat. Program ini telah dianjurkan November 2015 dan seramai 43 orang peserta

pelbagai fakulti telah menyertai program ini.

Seminar iSihat 2

Seminar iSihat telah diadakan bersama dengan USM dan Usaha Strategik Sdn Bhd. Penceramah adalah

daripada pensyarah-pensyarah PPUKM dan USM yang pakar dalam bidang strok, barah, penyakit telinga,

dan kesukarelawanan. Penganjur juga telah menjemput S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti

Wilayah Persekutuan dijemput untuk sesi istimewa dengan ceramah beliau bertajuk Al-Qur’an Penawar

Penyakit. Seramai 150 orang peserta yang mendaftar yang terdiri daripada kakitangan kesihatan di

hospital kerajaan dan swasta, serta orang awam yang berminat.

Page 3: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Endowmen

Dalam memainkan peranan sebagai hubungan jaringan industri, HEJIM dan Yayasan Canselori UKM

mengusahakan pencarian endownmen untuk PPUKM dan secara amnya untuk UKM. Pencarian dana

endowmen ini adalah cetusan idea Naib Canselor dan manfaatnya adalah untuk PPUKM dan UKM.

Kerjasama bersama dengan Samsung pada tahun ini telah menubuhkan Pusat Latihan Sonografi

“UKMMC-SAMSUNG Sono School”. Pengubahsuaian bilik di Tingkat 1, ASSC dan semua peralatan telah

ditaja oleh Samsung. Sebanyak 5 unit teknologi ultrasound terkini Samsung dan perabot-perabot di

dalamnya telah disumbangkan untuk Sono School.

Kerjasama MOU/MOA

Tahun ini, sebanyak dua ikatan perjanjian telah diadakan iaitu bersama dengan syarikat MSD dan

SAMSUNG. HEJIM telah menjalinkan kerjasama MoU dengan syarikat Merck Sharp and Dohme dari

sudut pendidikan dan promosi kesihatan untuk masyarakat manakala memeterai MoA bersama

Samsung Malaysia dalam pembangunan Samsung SONO School di ASSC untuk kursus kepakaran

Sonografi. Kedua-dua jaringan industri ini adalah untuk kepentingan komuniti dan orang awam dari

sudut kesihatan dan pendidikan.

Page 4: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Aktiviti SIPK

SIPK yang terletak di Lobi Utama HCTM PPUKM dibawah penyelarasan HEJIM juga turut bergerak aktif

disamping sebagai hab sudut informasi kesihatan untuk pelawat. Program yang diadakan di SIPK

berbentuk aktiviti/program anjuran syarikat yang berminat. Lebih 20 aktiviti dijalankan oleh syarikat

industri di SIPK sepanjang tahun 2015. Antara syarikat yang bekerjasama ialah KontraPharma, PrefectFit,

Malaysia Milk, SCA Hygiene, Silver Bird, dan lain-lain. Pada tahun ini sebanyak 6 industri baru yang

menjalankan aktiviti di SIPK. Penerimaan penglibatan syarikat ini adalah sebagai satu batu loncatan

HEJIM untuk membina jaringan industri dengan lebih kukuh dan menarik penglibatan industri untuk

program-program secara bersama di masa akan datang.

Selain aktiviti industri, SIPK juga menganjurkan ceramah pendidikan kesihatan bersama MSD untuk

orang awam, pelawat dan pesakit. Ceramah pendidikan ini adalah untuk memberi kesedaran dan

pengetahuan kesihatan kepada awam dan warga PPUKM. Anggaran kehadiran peserta dalam ceramah

ini ialah 30-45 orang pada satu masa. Ceramah kesihatan ini diadakan setiap bulan dengan tajuk-tajuk

berkaitan dengan penyakit serta rawatan dan pencegahan. Selain itu, ceramah berkaitan kesihatan dan

demo juga diadakan bersama syarikat yang berminat.

Program Kerohanian “Nur Ramadhan” dan “Nur Zulhijjah”

Walaupun program-program HEJIM memberikan banyak manfaat kepada komuniti awam, namun warga

PPUKM juga tidak dipinggirkan. Menyedari warga PPUKM memainkan peranan penting dalam

pengurusan dan pentadbiran PPUKM, HEJIM menganjurkan program kerohanian dan ceramah agama

untuk warga PPUKM khususnya kakitangan beragama Islam. Program Nur Ramadhan kami telah

menjemput Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus untuk memberi ceramah bertajuk Bantu-membantu

Dalam Islam. Program Nur Ramadhan ini telah mendapat sambutan ramai berikutan lebih 250 warga

PPUKM hadir pada waktu itu. Program dianjurkan bersama Unit Latihan Jabatan Sumber Manusia.

Program Nur Zulhijjah telah menjemput ustaz selebriti iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Program ini

dianjurkan bersama Sekretariat Pentadbiran Fakulti.

Page 5: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Latihan Sistem eKhidmat

Penggunaan Sistem eKhidmat yang menggantikan ICEsys adalah untuk merekodkan aktiviti-aktiviti

komuniti, penyelidikan, dan industri. Sebanyak 2 demo dan bengkel berkaitan dengan eKhidmat telah

dijalankan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan penggunaan system ini.

Latihan Lamanweb Jabatan

Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih

kurang 60 orang kakitangan yang mentadbir web jabatan manakala latihan ke-2 telah menjemput 12

orang pentadbir web yang memerlukan latihan semula. Pentadbir web bertanggungjawab terhadap

maklumat di lamanweb jabatan.

Page 6: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Membantu dalam program berbentuk CSR

HEJIM juga turut membantu beberapa jabatan yang bekerjasama dengan industri atau aktiviti berbentuk

khidmat masyarakat. Aktiviti/majlis yang telah membantu ialah World Prematuarity Day 2015 (Jabatan

Pediatrik), Parkinson Days 2015 (Jabatan Perubatan), Penyampaian Sumbangan Komputer Kepada

Sekolah di Kelantan (Jabatan Kewangan dan Jabatan Teknologi Maklumat), Hari Mesra Pelanggan

(Jabatan Khidmat Pelanggan dan Jabatan Kualiti) dan Program Bersama Warga Emas (Jabatan Kesihatan

Masyarakat). Program dan aktiviti yang dijalankan adalah terbuka kepada awam. Aktiviti yang dijalankan

ialah ceramah, khidmat nasihat, pembukaan booth, aktiviti bersama pesakit dan lain-lain.

Page 7: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

LAPORAN TAHUNAN SUDUT INFORMASI DAN PERKHIDMATAN ( SIPK ) 2015

Sudut Informasi dan Perkhidmatan Kesihatan (SIPK ) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber

Informasi Bersepadu (PSIB) yang terletakdi Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz,Pusat

Perubatan UKM telah dirasmikan pada 30 Mei 2012 oleh D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri

Sembilan Darul Khusus,mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2012.

SIPK ditubuhkan sebagai tempat pemberitahuan maklumat khususnya untuk para pesakit dan

pelanggan yang datang ke Pusat Perubatan UKM mengenai maklumat yang berkaitan dengan PPUKM

serta pendidikan kesihatan dan informasi mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang di sediakan

oleh pihak hospital.

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 8.00 – 4.30 petang

Rehat : 1.00 – 2.00 petang

Jumaat : 8.00 – 4.30 petang

Rehat : 12.15 – 2.45 petang

Perkhidmatan yang disediakan di SIPK :

Informasi Kesihatan di hujung jari ( touch screen computer )

Portal Pesakit

Sudut Informasi Payudara

Portal Direktori Sumber Komuniti

Pameran Kesihatan Berkala

Ruangan Bacaan Santai

Khidmat Rundingan / Kaunter Surat Rujukan

Page 8: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

AKTIVITI –AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI SIPK

1) Pameran dan Ceramah Kesihatan Berkala

Objektif program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesedaran ,rundingcara kesihatan serta memperkenalkan produk kesihatan kepada warga PPUKM dan masyarakat melalui pameran dan penerangan khusus. Program ini mempromosikan gaya hidup sihat dan dilihat sebagai langkah tambahan untuk masyarakat mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Selain mendapat khidmat nasihat oleh wakil syarikat, pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu pameran kesihatan, edaran risalah,sampel percuma, ceramah kesihatan dan khidmat nasihat dari pakar. Sambutan terhadap pameran berkala ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang amat baik dari warga PPUKM dan orang awam. Program ini juga merupakan satu bentuk perkongsian pintar dan pemindahan ilmu disamping kempen komunikasi bersepadu serta kempen-kempen lain yang dijalankan di SIPK bersama badan-badan korporat, badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat dan kerajaan. Antara syarikat-syarikat yang telah menganjurkan pameran kesihatan ialah Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen ), Kontra Pharma Sdn Bhd (Appeton), Flo Diapers,Simba Baby (M) Sdn Bhd, MC Ocean Sdn Bhd,Anteik Sdn Bhd, Silver Bird ( High 5 ), Stemtech, Perfect Fit , SCA Hygiene, Equal dan Karangkraf Sdn Bhd.

Page 9: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

2) Ceramah / Aktiviti Berkala Msd 2015

Program ceramah Kesihatan ini bermula pada April 2015 atas kesedaran masyarakat untuk

mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan kesihatan dan penyakit-penyakit melalui

doktor pakar.Antara ceramah yang telah di jalankan sepanjang tahun ini ialah seperti jadual di

bawah :

Ceramah/Aktiviti Berkala MSD di SIPK

BULAN TAJUK PENCERAMAH

25 April 2015 Ceramah warga tua and empowerment ke atas adolescents

Prof Rosnah (Karnival Warga Emas)

12 Mei 2015 Majlis Perlancaran Kerjsama Kesihatan UKM-MSD

Ceramah Parkinson

-

Datin Prof. Dr Norlinah

24 Jun 2015 Diabetes dan rawatan Prof. Madya. Dr Norashikin

30 Julai 2015 Tekanan Darah Tinggi Dr.Choor Chee Ken

10 Ogos 2015 Shingles Prof.Madya Dr.Adawiyah Jamil

3 September 2015 Kolestrol Dr.Mohd Shawal Faizal Mohamad

6 Oktober 2015 Pain Management Dr. Rizal Abdul Rani

19 November 2015 Osteoporosis Dr. Ashraff bin Mohd Ariff

21 Disember 2015 Respiratory Issues Dr.Abdul Aziz Marwan

Page 10: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

3) Lawatan Delegasi Luar Ke Sudut Informasi Dan Perkhidmatan Kesihatan 2015

Pelawat yang berkunjung di Sudut Informasi ini biasanya diiringi oleh pihak Jabatan

Perhubungan Awam. Pelawat-pelawat yang datang adalah delegasi luar yang berminat untuk

melihat prasarana dan perkhidmatan yang disediakan di hospital. Antara maklumat dan taklimat

yang diberikan kepada pelawat ialah pengenalan, kegunaan dan fungsi Sudut Informasi.

SENARAI DELEGASI 2015

BIL PELAWAT JUMLAH PELAWAT TARIKH

1. KOLEJ KEJURURAWATAN MEDAN,INDONESIA 25 ORANG 9 JANUARI 2015

2. UNIVERSITY JAKARTA INDONESIA 35 ORANG 6 MAC 2015

3. KOLEJ KEJURURAWATAN BANDUNG INDONESIA 20 ORANG 12 MEI 2015

4. KOLEJ PERBIDANAN PADANG,INDONESIA 30 ORANG 3 DECEMBER 2015

Page 11: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

STATISTIK TAHUNAN SUDUT INFORMASI DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 2015

Purata pesakit datang ke sudut informasi pada setiap bulan adalah antara 100 hingga 250 orang. Antara

Khidmat yang digunakan oleh orang awam di Sudut Informasi ini ialah kesihatan/penyakit, penggunaan

kiosk, aduan, penunjuk arah dan surat rujukan. Dibawah disertakan jadual statistik secara terperinci

kedatangan orang awam ke Sudut Informasi dan Perkhidmatan Kesihatan.

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

1800

KESIHATAN/PENYAKIT

PENGGUNAAN KIOSK

PENUNJUKARAH

ADUANPELANGGA

N

SURATRUJUKAN

jumlah pelanggan 854 226 1627 0 362

JUM

LAH

PEN

GG

UN

A

STATISTIK TAHUNAN SIPK 2015

Page 12: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

SENARAI PROGRAM KETERLIBATAN HEJIM 2015

Bil. Tajuk Kerjasama MOU

Tarikh Aktiviti

1 Bengkel Lamanweb Menggunakan Wordpress

- - 14-15/1/2015

2 Bengkel Long Term Stroke Care

Jabatan Perubatan Keluarga, UCTC

Nottingham University

5-6/2/2015

3 Program Sembang-sembang Motivasi

KESUKMA, Kelab Kebudayaan PPUKM

- 6/3

4 Program Khidmat Masyarakat di Tasik Banding Perak

KESUKMA, HEJIM UKM - 20-22/3

5 Program Khidmat Masyarakat Mesra Warga Emas Di Pusat Jagaan Al Fikrah

KESUKMA, Jabatan Kerja Sosial Perubatan

- 28/3/2015

6 Emergency Response Unit (ERU) Lecture Training 1/2015

MERCY MERCY 28/3/2015

7 Latihan eKhidmat Siri 1 HEJIM UKM - 9/4

8 Program Gotong Royong Perdana Bebas Denggi

Unit Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan

- 24/4/2015

9 Seminar i-Sihat Siri ke-2

HUSM, Usaha Strategik Sdn Bhd

- 26/4/2015

10 Karnival Warga Emas dan Keusahawanan Sosial

Jabatan Kesihatan Masyarakat

Persatuan Warga Emas

26/4/2015

11 Majlis Perasmian Kerjasama Kesihatan UKM– MSD, Sambutan Hari Parkinson PPUKM 2015 dan Sumbangan Komputer Kepada Sekolah-sekolah

Jabatan Perubatan, MSD, Jabatan Teknologi

Maklumat, Jabatan Kewangan

MSD 11/5/2015

12 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Ceramah Diabetes dan rawatan”

MSD MSD 24/6/2015

13 Program Nur Ramadhan Jabatan Sumber Manusia - 25/6/2015

14 Program Gotong-royang Bubur Lambuk Perdana

KESUKMA, Jabatan Kejururawatan, Jabatan

Keselamatan - 30/6/2015

15 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Tekanan Darah Tinggi”

MSD MSD 30/7

16 Program Sangkutan Pelajar Kejururawatan Universiti SHIGA

Shiga University Shiga

University 3-14/8

17 Program Bersama Warga Emas di Hulu Langat ‘Cergas selepas Ramadhan’ dan ‘Program Sukarelawan’

Jabatan Kesihatan Masyarakat

Persatuan Warga Emas

5/8

18 Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri

KESUKMA - 8/8

19 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Penyakit Kayap”

MSD MSD 10/8

20 Program Sinergi Rakyat Di Taman Yayasan Kelana Ehsan - 15-16/8

Page 13: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta

Medan dan Pelabuhan Klang

21 Seminar Pencegahan Kebakaran

Fire Preventor’s Society KL

- 17/8

22 Program Sangkutan Pelajar Perubatan Universiti SHIGA

Shiga University Shiga

University 24/8 – 11/9

23 Latihan eKhidmat Siri 2 HEJIM UKM - 26/8

24 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Kolestrol”

MSD MSD 3/9

25 Program Nur Zulhijjah Sekretariat Fakulti - 9/9

26 Program Sinergi Rakyat Kota Damansara

Yayasan Kelana Ehsan - 17/10

27 Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Terpakai kepada Pejabat Pendidikan Daerah

Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan

Kewangan - 18/9/2015

28 Program Kursus Pra-Perkahwinan Anjuran HEJIM bersama Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar - 19/9/2015-20/9/2015

29 Sesi Latihan Demonstrasi Penggunaan Ultrasound Samsung

SAMSUNG SAMSUNG 28/9/2015

30 Program Makanan Sihat Hidro Semulajadi

Kumpulan Bersatu Bumi Perak

- 13/10

31 Hari Mesra Pelanggan

Jabatan Khidmat Pelanggan, Jabatan Kualiti

- 27/10

32 Seminar Dan Taklimat Kerjaya Dan Kewangan Menurut Islam

Syarikat Takaful Ikhlas Berhad dan Perbadanan

Waqaf Selangor. 27/10

33 Program UKM-MERCY “Youth For Humanity”

HEJIM, MERCY, UCTC UKM

MERCY 7/11 – 11/11

34 Latihan Pemantapan Web Jabatan - - 9/11

35 Majlis Perasmian SONO School dan Pertukaran MOA UKM-SAMSUNG

HEJIM UKM SAMSUNG 17/11

36 Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kelahiran Pramatang Dan Perlancaran Buku “Feeding The Preterm Infant”

PEDIATRIK - 19/11

37 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Osteoporosis”

MSD MSD 19/11

38 Program Wacana Ilmiah: “You need a budget and doctors beyond borders”

Majlis Perwakilan Pelajar, Malaysia Relief Agency

- 21/11

39 Program Sinergi Rakyat di Kuala Selangor

Yayasan Kelana Ehsan - 5/12

40 Bicara Kota: “Selamatkah Kehidupan di Kota?”

Muzium UKM - 12/12

41 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD

MSD MSD 21/12

Page 14: LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015 - Official Portal of UKM · 2020. 6. 30. · Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih ... serta