laporan reka cipta bilik pengering pakaian

3
LAPORAN REKA CIPTA Nama projek : Bilik pengering pakaian Malaysia merupakan negara yang mengalami iklim panas dan lembab sepanjang tahun berupaya membekalkan kuantiti tenaga solar yang sangat banyak.Tenaga solar atau tenaga suria adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna dari cahaya matahari.Tenaga matahari yang merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui telah digunakan dalam banyak teknollogi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas pada masa kini bagi mengatasi krisis penyusutan sumber tenaga yang tidak dapat diperbaharui. Kelebihan ini boleh diterokai dan telah menjadi kajian beberapa universiti tempatan untuk melestarikan teknologi hijau. Tenaga solar yang diperolehi dari pancaran cahaya matahari boleh digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti pada peralatan kehidupan seperti rumah solar, kereta solar, dapur masak, dan radio solar. Ia dapat menjimatkan tenaga elektrik yang dijana oleh stesen janakuasa, gas asli, dan petroleum. Jesteru dapat mengurangkan kos sara hidup manusia. Kandungan : (a) Pengenalpastian masalah (i) Suri rumahtangga yang bekerja pulang lewat ke rumah mendapati pakaian yang disidai di luar rumah tidak kering atau sekiranya ia diangkat pada waktu malam , pakaian menjadi lembab dan busuk. (ii) Oleh itu mereka menggunakan mesin pengering pakaian yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan meningkatkan kos perbelanjaan keluarga. (b) Penyelesaian masalah (i) Mereka bentuk sebuah bilik pengering pakaian yang menggunakan tenaga solar.

Upload: yusnita-yusof

Post on 26-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

proses perubahan tenaga

TRANSCRIPT

LAPORAN REKA CIPTA Nama projek:Bilik pengering pakaianMalaysia merupakan negara yang mengalami iklim panas dan lembab sepanjang tahun berupaya membekalkan kuantiti tenaga solar yang sangat banyak.Tenaga solar atau tenaga suria adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna dari cahaya matahari.Tenaga matahari yang merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui telah digunakan dalam banyak teknollogi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas pada masa kini bagi mengatasi krisis penyusutan sumber tenaga yang tidak dapat diperbaharui. Kelebihan ini boleh diterokai dan telah menjadi kajian beberapa universiti tempatan untuk melestarikan teknologi hijau. Tenaga solar yang diperolehi dari pancaran cahaya matahari boleh digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti pada peralatan kehidupan seperti rumah solar, kereta solar, dapur masak, dan radio solar. Ia dapat menjimatkan tenaga elektrik yang dijana oleh stesen janakuasa, gas asli, dan petroleum. Jesteru dapat mengurangkan kos sara hidup manusia.Kandungan:(a) Pengenalpastian masalah(i) Suri rumahtangga yang bekerja pulang lewat ke rumah mendapati pakaian yang disidai di luar rumah tidak kering atau sekiranya ia diangkat pada waktu malam , pakaian menjadi lembab dan busuk.(ii) Oleh itu mereka menggunakan mesin pengering pakaian yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan meningkatkan kos perbelanjaan keluarga.

(b)Penyelesaian masalah(i)Mereka bentuk sebuah bilik pengering pakaian yang menggunakan tenaga solar.

(c)Pemilihan bahan dan alatanPanel suria, sistem litar solar off grid ( tidak melibatkan penggunaan tenaga elektrik dari stesen janakuasa), sebuah bilik, kipas dinding, lingkaran dawai aluminium (sebagai elemen pemanas), dan dawai aluminium sebagai penyangkut pakaian.

(d)Rekabentuk(i)Salah sebuah bilik di dalam rumah atau dibina sebuah bilik khas di sekitar kawasan rumah untuk dijadikan bilik pengering tersebut.(ii)Panel suria dipasang pada bumbung bilik sebagai sumber tenaga.(iii)Litar elektrik dipasang dari panel suria dan disambung kepada kipas dan elemen pemanas di dalam bilik.(iv)Lingkaran dawai aluminium digunakan sebagai elemen pemanas yang dapat mengalirkan tenaga haba ke persekitaran bilik.(v)Kipas dinding dipasang untuk pengaliran haba yang rata ke seluruh bilik dan menyahkan wap air keluar dari bilik pengering supaya proses penyejatan berlaku dengan lancer.(vi)Dawai penyangkut pakaian dipasang merentangi kawasan bilik.(vii)Dinding bilik dipasang dengan kepingan aluminium supaya dapat membalikkan haba kepada pakaian.

(e)Kebaikan(i)Menjimatkan kos tenaga elektrik(ii)Memudahkan tugas seharian(iii)Boleh digunakan pada bila-bila masa dan cuaca.(iv)Tidak perlu membeli alat pengering pakaian.

(f)Kelemahan(i)Menyempitkan ruang(ii)Tidak dapat berfungsi sekiranya tenaga solar tidak dapat disimpan dengan secukupnya dalam jangka masa yang panjang.(iii)Kuantiti pakaian yang dikeringkan bergantung kepada keluasan ruang bilik pengering.