laporan reka bentuk magic drawing board

24
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Rumah, sekolah mahupun tadika merupakan tempat di mana kanak-kanak berpeluang untuk meneroka pelbagai jenis aktiviti dan berhubung kait dengan dunia sebenar. Di situlah kanak-kanak dididik agar dapat berkomunikasi,membina bahasa,bekerjasama dan juga menyelesaikan masalah.Selain itu, mereka juga dilatih agar dapat menyelidiki peranan seperti sebagai seorang bapa, ibu, doktor, guru, jurutera dan sebagainya.Melukis dan mewarna merupakan aktiviti-aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak dapat menyatakan perasaan, berimaginasi dan meluahkan kreativiti mereka dengan cara menggambar danmencorak. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan yang simbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial, aspek seni juga banyak memainkan peranan besar dalam merealisasikan matlamat ini.Usaha melahirkan individu yang kreatif, kritis dan berpandangan jauh menjadi sasaran utama.Ini kerana, aktiviti melukis dan mewarna dapat melatih kanak-kanak menajamkan daya persepsi dan imaginasi mereka hanya dengan menggunakan pancaindera.Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai-nilai yakin diri,berdisiplin dan bertanggungjawab dalam diri kanak-kanak tersebut. Justeru,penghasilan sebuah alat permainan yang dapat menjana kreativiti kanak-kanak sangatlah diperlukan Ini kerana menurut Teresa Amabile(1999), perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada enam peringkat dimana kanak-kanak berusia 2-3 tahun terarah kepada kemahiran melukis,menyanyi,membina dan bermain alatan.Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun pula mampu mewarna,menari dan bermain dengan kata-kata.Oleh itu,penghasilan sebuah permainan yang dapat mengembangkan kemahiran tersebut disamping dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang inginkan keseronokan sambil bermain dapat direalisasikan. Untuk tujuan itu, kajian terhadap rekabentuk permainan sedia ada perlu dilakukan agar sebuah alat permainan yang terbaik dapat dihasilkan. 1

Upload: sherren-khoo-khoo

Post on 07-Jul-2015

1.622 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan reka bentuk magic drawing board

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rumah, sekolah mahupun tadika merupakan tempat di mana kanak-kanak berpeluang

untuk meneroka pelbagai jenis aktiviti dan berhubung kait dengan dunia sebenar. Di situlah

kanak-kanak dididik agar dapat berkomunikasi,membina bahasa,bekerjasama dan juga

menyelesaikan masalah.Selain itu, mereka juga dilatih agar dapat menyelidiki peranan seperti

sebagai seorang bapa, ibu, doktor, guru, jurutera dan sebagainya.Melukis dan mewarna

merupakan aktiviti-aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan

satu kaedah di mana kanak-kanak dapat menyatakan perasaan, berimaginasi dan meluahkan

kreativiti mereka dengan cara menggambar danmencorak.

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan

yang simbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial, aspek seni juga banyak

memainkan peranan besar dalam merealisasikan matlamat ini.Usaha melahirkan individu

yang kreatif, kritis dan berpandangan jauh menjadi sasaran utama.Ini kerana, aktiviti melukis

dan mewarna dapat melatih kanak-kanak menajamkan daya persepsi dan imaginasi mereka

hanya dengan menggunakan pancaindera.Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai-nilai yakin

diri,berdisiplin dan bertanggungjawab dalam diri kanak-kanak tersebut.

Justeru,penghasilan sebuah alat permainan yang dapat menjana kreativiti kanak-kanak

sangatlah diperlukan Ini kerana menurut Teresa Amabile(1999), perkembangan kreativiti

kanak-kanak terbahagi kepada enam peringkat dimana kanak-kanak berusia 2-3 tahun terarah

kepada kemahiran melukis,menyanyi,membina dan bermain alatan.Kanak-kanak berusia 4

hingga 6 tahun pula mampu mewarna,menari dan bermain dengan kata-kata.Oleh

itu,penghasilan sebuah permainan yang dapat mengembangkan kemahiran tersebut disamping

dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang inginkan keseronokan sambil bermain dapat

direalisasikan. Untuk tujuan itu, kajian terhadap rekabentuk permainan sedia ada perlu

dilakukan agar sebuah alat permainan yang terbaik dapat dihasilkan.

1

Page 2: Laporan reka bentuk magic drawing board

1.2 Objektif projek

Projek mereka bentuk sebuah papan lukis kepelbagai fungsi berserta stand ini adalah bertujuan untuk:

1.2.1 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menyuburkan daya kreativiti kanak-kanak.

1.2.2 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat menitik beratkan aspek kebersihan dan keselamatan.

1.2.3 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

1.2.4 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mudah disimpan dan diselenggarakan.

1.2.5 Menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang

berusia lingkungan dari umur 3 hingga 10 tahun.

1.2.6 Menghasilkan sebuah papan lukis yang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan

masyarakat.

1.2.7 Menghasilkan sebuah papan yang boleh menguasai pelbagai jenis kemahiran dengan

hanya memerlukan sekeping papan sahaja.

1.2.8 Menghasilkan sebuah papan yang boleh digunakan dengan berulang – alik dan tidak

menyebabkan pembaziran dan tanpa mencermakan kepada alam sekitar.

1.3 Skop projek

Skop projek ini adalah tertumpu kepada aktiviti mereka bentuk sebuah papan lukis

yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia lingkungan umur 3 hingga 10 tahun.Projek

ini cuba untuk menghasilkan sebuah papan lukis yang dapat memenuhi kehendak kanak-

2

Page 3: Laporan reka bentuk magic drawing board

kanak yang gemarkan keseronokan dengan bermain.Di samping itu,projek ini juga cuba

menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.Selain itu,

ia juga direka untuk memudahkan aktiviti penyimpanan seterusnya dapat menjimatkan ruang

kediaman terutamanya untuk golongan ibu bapa yang mempunyai rumah yang kecil dan

sempit.Projek ini juga cuba menghasilkan sebuah papan lukis yang boleh dilaraskan

mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak yang menggunakannya.

1.4 Perancangan projek

Sebelum melaksanakan projek asas rekacipta ini,perancangan yang rapi perlu

dilakukan terlebih dahulu.Perancangan sangat penting untuk memastikan projek pembinaan

sebuah papan lukis ini berjalan dengan lancar dan produk dapat disiapkan mengikut tempoh

masa yang ditetapkan.Selain itu,perancangan juga sangat penting dalam memastikan segala

spesifikasi yang ditentukan dapat ditepati.Proses perancangan ini meliputi aspek

pengenalpastian masalah,pengumpulan data dan maklumat,persembahan data dan

maklumat,penjanaan idea,menilai idea,memilih idea,mensintesis idea,melakar persembahan

rekacipta dan pembinaan projek.

3

Page 4: Laporan reka bentuk magic drawing board

1.4.1 Perancangan Projek – Jadual Kerja

BULAN

AKTIVITI

JULAI OGOS SEPTEMBER

1-10

11

-20

21-3

1

1-1

0

11-2

0

21

-29

1-10

11

-20

21

-31

Kenalpasti masalah

Kaji masalah

* Jana idea untuk menyelesaikan masalah

*Kembangkan idea

Metodologi dan proses rekacipta

Mengumpul maklumat

Menganalisis maklumat

Penjanaan idea

Penilaian dan pemilihan idea

Melakar projek rekacipta

Penyediaan bahan dan alatan

Perlaksanaan projek

Pembentangan

4

Jadual 1.4.1:Carta Gantt

Page 5: Laporan reka bentuk magic drawing board

1.4.2 Carta alir proses merekacipta

MULA

Mengenal pasti isu,masalah dan persoalan

Menetapkan objektif projek Metodologi projek

Rekabentuk Projek

Tinjauan Deskriptif

Instrumen Kajian

Soal Selidik

Mengunpul dan menganalisis data

Membuat rumusan dan keputusan

Membuat rekabentuk projek

5

Page 6: Laporan reka bentuk magic drawing board

Menghasilkan produk

Rajah: 1.4.2

1.5 Kajian Literature(Pasaran)

Kajian berkaitan produk ini djalankan dengan beberapa cara iaitu dengan melakukan

tinjauan ke atas taska,sekolah dan rumah kediaman untuk melihat aktiviti kanak-kanak yang

berkaitan dengan melukis.Pemerhatian ini dilakukan untuk melihat masalah-masalah yang

timbul terhadap permainan sedia ada dengan lebih jelas lagi.Hasil daripada

pemerhatian,didapati bahawa kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 6 tahun sangat

gemar menconteng atau melukis walau dimana sahaja.Tabiat yang dapat menjana kreativiti

mereka ini kadang-kala menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri

seperti dinding dan lantai yang kotor dan kesihatan boleh terganggu.Selain itu,temu bual ke

atas guru-guru,ibu bapa dan kanak-kanak juga dilakukan. untuk mendapatkan maklumat

berkaitan dengan alat permainan sedia ada seperti kos yang diperlukan untuk membeli

permainan(papan lukis)t,aspek ketahanan dan juga aspek keselamatan permainan

tersebut.Selain itu,kajian juga dilakukan dengan cara melayari internet dan pemerhatian ke

atas kedai-kedai permainan kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk-

produk terkini yang terdapat dipasaran.

1.6 Maklumat tentang rekabentuk papan lukis sedia ada

Umumnya terdapat pelbagai jenis papan lukis yang ditawarkan di pasaran.Setiap

rekabentuk papan lukis itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Terdapat papan lukis

yang spesifikasinya tidak begitu jauh berbeza dengan papan putih yang sering digunakan di

sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.Apa yang membezakan hanyalah saiz papan

lukis tersebut yang lebih kecil dan ditambah dengan hiasan watak-watak kartun kegemaran

kanak-kanak.Papan lukis jenis ini masih lagi menggunakan whiteboard marker dan

pemadam(duster) sebagai medium untuk melukis dan memadam hasil lukisan ataupun

contengan.Papan lukis jenis ini digunakan dengan cara menggantungnya di dinding.

6

Page 7: Laporan reka bentuk magic drawing board

Terdapat juga papan lukis yang menggunakan karbon dan magnet.Papan lukis jenis

ini hanya menghasilkan lukisan yang berwarna hitam sahaja.Hujung pensel yang diperbuat

daripada besi digunakan untuk melukis manakala sebatang rod yang boleh digerakkan

digunakan sebagai pemadam.Walaupun cara ini tidak mengotorkan,namun ianya

menyebabkan kanak-kanak mudah bosan.Papan lukis jenis ini juga memerlukan kanak-kanak

menunduk ataupun berbaring semasa melakukan aktiviti melukis kerana tiada stand

disediakan.

Terdapat juga papan lukis (papan hitam) yang masih menggunakan kapur sebagai alat

melukis. Cara lama ini sudah tentunya mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada

kanak-kanak malahan kepada orang dewasa.Penggunaan kapur sememangnya menjejaskan

kesihatan terutamanya sistem pernafasan manusia.Ini kerana habuk yang terhasil daripada

kapur boleh memasuki hidung dan mulut penggunanya.

Ada juga papan lukis yang hanya memerlukan kanak-kanak menggunakan jari mereka

untuk melukis.Permainan ini seperti sebuah skrin sentuh yang boleh mnghasilkan sesuatu

bentuk mengikut lakaran kanak-kanak.Terdapat tiga pilihan warna yang boleh digunakan

iaitu merah, biru dan hitam.Cara ini agak menarik kerana kanak-kanak dapat bermain dengan

pelbagai warna dan ianya sangat bersih.

Terdapat juga papan lukis yang dilengkapi dengan bahan sokongan pembelajaran

yang lain seperti huruf-huruf bermagnet.Bahan sokongan ini juga membantu kanak-kanak

belajar sambil bermain.Selain itu bahan-bahan sokongan ini dapat menjana kreativiti mereka.

7

Page 8: Laporan reka bentuk magic drawing board

1.6.1 Rekabentuk papan lukis di boleh didapati di pasaran

8

Page 9: Laporan reka bentuk magic drawing board

BAB 2

LATAR BELAKANG MASALAH

2.1 Mengenalpasti masalah/keperluan

Seiring dengan perkembangan teknologi kini,banyak produk di pasaran yang

mengalami inovasi.Oleh itu,permainan kanak-kanak juga perlu mengalami inovasi untuk

mengatasi masalah-masalah yang timbul dan menambahbaik fungsi produk tersebut.Ia juga

bertujuan untuk memenuhi hasrat Sistem Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi

yang berfikiran kreatif,inovatif dan mampu bersaing dengan dunia luar.Menghasilkan

sebuahpermainan yang berunsurkan pendidikan amatlah diperlukan untuk merealisasikan

hasrat tersebut.

Terdapat permainan papan lukis di pasaran yang telah mempunyai rekabentuk yang

terbaik namun ianya masih gagal menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.Kebanyakkan

papan lukis yang dijual di pasaran tidak mempunyai stand.Oleh itu,kanak-kanak terpaksa

menulis dengan cara membongkok dan ada kalanya perlu meniarap.Cara ini menyebabkan

kanak-kanak berasa cepat letih dan akhirnya mereka kehilangan tumpuan.Projek ini cuba

untuk mengatasi masalah keletihan yang dialami oleh kanak-kanak dengan merekabentuk

sebuah stand yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan penggunanya.

Penggunaan marker pen sebagai alat untuk melukis pula sering disalah guna oleh

kanak-kanak. Mereka bukan sahaja menggunakan marker pen tersebut untuk melukis pada

9

Page 10: Laporan reka bentuk magic drawing board

papan putih tetapi mereka juga menconteng tubuh badan sendiri.Ini sudah tentunya

menimbulkan kemudaratan kepada kanak-kanak itu sendiri.Selain daripada mendapat tubuh

yang comot dan kotor,kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya-bahaya lain khususnya

untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.

Hasil daripada kajian yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa kanak-kanak dan

juga ibu bapa memperlukan sebuah papan lukis yang dapat mengatasi beberapa masalah

sepertimana yang dirumuskan didalam jadual di bawah.

MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN

/ 10 ORANG

Letih dan sakit pada bahagian tengkuk 9

Kurang menarik / membosankan 7

Tidak berwarna-warni /hasil lukisan warna hitam 7

Papan lukis yang kecil/tidak puas 6

Jadual : 2.1.1 Rumusan kajian ke atas kanak-kanak

MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN

/ 10 ORANG

Anak-anak mudah jemu 9

Kesukaran penyimpanan 7

Mengotorkan lantai/dinding 8

Tidak tahan lama/mudah rosak 9

Kos membeli whiteboard marker berulang kali 5

Jadual : 2.1.2 Rumusan kajian ke atas ibu bapa

10

Page 11: Laporan reka bentuk magic drawing board

BAB 3

KRITERIA REKABENTUK

3.1 Kriteria Reka Bentuk Produk

Setelah menjalankan kajian dan tinjauan terhadap produk sedia ada,terdapat beberapa

kriteria diambil kira dalam proses penghasilan sebuah permainan papan lukis untuk kanak-

kanak.

a) Kegunaan – produk yang direka ini mempunyai lebih daripada satu fungsi iaitu

ianya boleh juga digunakan oleh kanak-kanak sebagai tempat untuk menggantung

carta,gambar dan tempat meyandarkan buku.

b) Ergonomik – produk ini mempunyai ciri mesra pengguna kerana reka bentuknya

yang fleksible,mudah disimpan,boleh dilaraskan dan menggunakan ruang yang

minima.Selain itu ia juga boleh diletakkan dimana-mana sahaja.

c) Pasaran – produk ini diramalkan dapat diterima oleh masyarakat terutamanya

kepada ibu bapa yang ingin menyelesaikan masalah berkaitan produk sebelum ini.

d) Nilai – kos pembuatan produk ini adalah rendah kerana menggunakan bahan asas

dari kayu dan plastik yang mana ianya tahan lasak dan murah.

e) Sasaran – produk yang direka ini amat sesuai untuk kanak-kanak bukan sahaja

yang belum bersekolah malahan kanak-kanak di sekolah rendah juga boleh

memanfaatkannya

f) Persaingan – produk ini dijangka dapat menyaingi produk-produk sedia ada

dipasaran malah mungkin menjadi pilihan utama pengguna kerana fungsinya yang

lebih efisyen dari produk di pasaran serta mudah untuk dikendalikan.

11

Page 12: Laporan reka bentuk magic drawing board

g) Permintaan – adalah dijangkakan bahawa produk ini akan mendapat permintaan

yang tinggi daripada para pelanggan kerana ianya mempunyai lebih daripada satu

fungsi dan menjanjikan keseronokan kepada kanak-kanak

BAB 4

SPESIFIKASI

4.1 Spesifikasi Rekabentuk

Sebelum proses menentukan spesifikasi produk permainan papan lukis ini,terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu:

a) Ekonomi

• Kos

• Masa

• Ruang

b) Membentuk

• Kaedah sesuai

• Kesan kaedah yang dipilih

c) Sambungan

• Bagaimana( menggunakan pateri,rivet,skru,paku,gam dan sebagainya)

• Perlu penyambungan

• Kekal atau berbentuk sementara

d) Pemasangan

• Contoh-contoh pemasangan di pasaran

12

Page 13: Laporan reka bentuk magic drawing board

e) Kekuatan

• Bolehkah tahan lama

f) Kekemasan

• Faktor untuk kemasan

• Bahan kemasan paling sesuai

• Warna yang menarik

g) Keselamatan

● Adakah selamat kepada pengguna semasa digunakan

h) Faktor-faktor lain yang perlu

SPESIFIKASI REKABENTUK PRODUK

MAGIC DRAWING BOARD

a) Konsep

Rekabentuk produk ini adalah berkonsepkan sebuah papan lukis.

b) Reka Bentuk

Produk ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan boleh dikendalikan sendiri

oleh kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun.

c) Fungsi

13

Page 14: Laporan reka bentuk magic drawing board

Produk ini digunakan untuk melukis,menggantung carta dan gambar serta boleh

dijadikan tempat untuk menyandarkan buku terutamanya ketika membaca dan

membuat kerja rumah.

d) Struktur

Rekabentuk ini terdiri daripada sebuah stand dan sebuah kanvas lukis beserta

pensel khas. Di belakang papan lukis ini, terdapat permainan huruf-huruf

bermagnet dan juga boleh berbunyi.

e) Bahan

Produk ini menggunakan bahan utamanya iaitu kayu dan papan lapis.Ia juga

menggunakan sebatang rod aluminium dan sehelai kanvas khas tahan lasak.

f) Pengendalian

Pengendalian produk ini sangat mudah dengan menampal kanvas lukis diatasnya.

Cara melukis dengan menggunankan sebatang alat lukis yang boleh dimasukkan

air. Kad-kad huruf bermagnet dan berbunyi membolehkan kanak-kanak mengenali

huruf dengan lebih menarik.

g) Kos

Harga yang berpatutan dan mampu untuk semua lapisan masyarakat

h) Warna

Coklat(Warna kayu) untuk stand

14

Page 15: Laporan reka bentuk magic drawing board

BAB 5

PENYELESAIAN MASALAH

5.1 Penyelesaian masalah

5.1.1 Pembinaan stand khas

Bagi mengatasi masalah yang terdapat pada permainan papan lukis(drawing

board) sedia ada,rekabentuk produk ini cuba untuk menambah baik struktur rekabentuk sedia

ada.Rekabentuk produk ini ditambah dengan penyediaan sebuah stand khas. Stand yang

direka ini diharap dapat mengatasi masalah mudah letih yang sering dialami oleh kanak-

kanak semasa melakukan aktivi melukis.Membongkok yang terlalu lama sudah tentunya

15

Page 16: Laporan reka bentuk magic drawing board

membuatkan tengkuk kanak-kanak sakit manakala berbaring pula menyukarkan mereka

meluahkan kreativiti mereka.

Bagi kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun, stand ini boleh

dijadikan tempat untuk meletakkan kertas lukisan mereka semasa melukis sepertimana yang

sering dilakukan oleh pelukis-pelukis professional.Cara ini sudah tentunya membantu mereka

meluahkan segala kreativiti dan imaginasi mereka dengan selesa dan lebih baik.Mereka juga

boleh menggunakan stand tersebut untuk menyandarkan buku semasa membaca ,menaip

bahan ataupun semasa membuat kerja sekolah.

5.1.2 Kanvas lukis

Penggunaan kanvas khas bagi menggantikan papan putih(whiteboard) pula dapat

mengatasi masalah cepat jemu yang dialami terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia

lingkungan 3 hingga 4 tahun.Hasil lukisan kanak-kanak ini akan kelihatan berwarna-warni

tidak seperti kebanyakkan papan lukis yang dijual dipasaran.Selain itu, pensel khas yang

menggunakan dakwat air pula dapat menjimatkan kos.Sekiranya dakwat tersebut

habis,kanak-kanak hanya menambahkannya dengan air paip sahaja.Penggunaan dakwat

daripada air ini juga dapat mengatasi masalah kanak-kanak yang suka menconteng anggota

badan mereka.

Kanvas lukis yang boleh dicuci ini sudah tentunya diingini oleh ibu bapa yang

sentiasa ingin melihat persekitaran dan permainan anak-anak mereka sentiasa bersih dan

selamat.Ibu bapa hanya perlu mencucinya seperti biasa dan menjemurnya di bawah cahaya

matahari.

5.1.3 Kad-kad Huruf

Kad pembelajaran itu adalah sebagai satu alat atau cara yang efektif untuk

meningkatkan daya ingatan para pelajar dalam masa cepat. Siri kad tersebut menggunakan

kaedah yang diaplikasi dan disampaikan secara gambar rajah dan dibantu dengan ilustrasi

yang berkaitan. Fungsi kad huruf yang berbunyi meningkatkan minat belajar kanak-kanak.

16

Page 17: Laporan reka bentuk magic drawing board

5.1.4 Alat Eletronik Yang Boleh Membaca Huruf Abjad .

Setelah memasangkan alat elektronik yang boleh menyebut ataupun membaca huruf abjad semasa butang yang ditekan , kanak – kanak akan merasa lebih seronok dengan belajar dan tidak merasa jemu dan bosan.Selain itu , alat elektronik juga boleh mengeluarkan pelbagai jenis muzik supaya kanak – kanak akan merasa kebih suka semasa belajar.

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan/Penutup

17

Page 18: Laporan reka bentuk magic drawing board

Sesungguhnya penghasilan sebuah rekaan untuk mengatasi sesuatu masalah yang

timbul bukannya satu usaha yang mudah.Kajian-kajian berkenaan masalah yang diutarakan

juga perlu dilakukan.Ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang tepat daripada

pengguna tentang masalah yang mereka hadapi.Pengumpulan data dan maklumat secara

pemerhatian,temubual,soal selidik,pembacaan,pengalaman serta melayari internet juga sangat

diperlukan.Data-data yang diperolehi pula perlu dipersembahkan sama ada dalam bentuk

jadual,graf ataupun carta untuk memudahkan pereka menganalisis sebelum membuat

rumusan ke atas masalah yang dikaji.

Proses penjanaan idea pula bukan satu usaha yang mudah kerana para pereka perlu

mendapatkan idea yang terbaik bagi mengatasi masalah yang diutarakan.Proses-proses seperti

sumbangsaran,perbincangan dan kritikan terhadap sesuatu idea perlu diadakan.Pereka juga

perlu menggunakan pemikiran secara logikan,analitikal, kritikal ataupun pemikiran kreatif

bagi menghasilkan penyelesaian yang terbaik.Seterusnya,pereka perlu melakukan proses

membanding dan membezakan idea.Selepas menilai segala idea,pereka perlu memilih satu

idea yang terbaik untuk dibangunkan.Proses melakar rekabentuk idea yang dipilih juga

memerlukan pereka menggunakan kreativiti untuk menghasilkan sebuah lukisan yang dapat

menggambarkan produk yang ingin dibangunkan.Sesungguhnya,lukisan yang baik dapat

menerangkan dengan jelas spesifikasi produk tersebut.Adalah diharapkan bahawa

penghasilan produk Magic Drawing Board ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan

menepati spesifikasi yang dirancangkan.Ia juga diharap dapat menyelesaikan masalah

terhadap permainan kanak-kanak sepertimana tugasan yang telah diamanahkan.

RUJUKAN

BIBLIOGRAFI:

1. Hasni bin Rais dan Jamel bin Abd Baser,2006.Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5.Selangor:Cerdik Publication Sdn.Bhd.

18

Page 19: Laporan reka bentuk magic drawing board

2. Dzulkifli Awang, Idris Ishak & Mohd Nasir Hussain., Kertas Kerja “Cadangan Kursus Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri”, Universiti Teknologi Malaysia.,1996

RUJUKAN INTERNET:

1. http://www.orangekid.biz/2008

2. http://kakyongibu3a.wordpress.com/2009/05/28/141-menconteng/

3. http://www.google.com.my/search?q=children+drawing+board

4. http://zulprasekolah.blogspot.com/

LAMPIRAN

1. Blog berkaitan produk

19

Page 20: Laporan reka bentuk magic drawing board

141 Menconteng Mei 28, 2009 at 5:30 am | Dikirim dalam my kids, my notes, pendidikan awal anak | 32 Komen

Salam kawan-kawan ibu,

Hari ini juga kakyong nak beritahu bahawa kakyong akan alihkan sedikit demi sedikit link blogger ke ‘tempat’ baru.. iaitu di kakyong’s bloggerlist. Insya Allah, kakyong akan selesaikan projek tu pada hujung minggu ini. Jadi jangan lah ade yang terkejut tetiba ade link yang hilang dari Catatan Ibu.

Plannya hari ni nak post kan entri pasal anakbuah kakyong yang istimewa si Adib Darwisi.

Tapi tak sempat lagi nak edit foto-foto adib jadi kakyong bawakan hari ini cerita pasal anak-

anakku yang suka menconteng.

Ada setengah ibubapa tak galakkan anak-anak menconteng.. menconteng dinding lah

terutamanya. Ada juga ibubapa yang mendenda anak-anak yang menconteng. Tapi di

rumah daku ini, dinding di hall ni sudah tidak dapat diselamatkan lagi… kesemua bahagian

dinding sudah dipenuhi dengan ‘mural’ anak-anak.

Sudah beberapa kali tetamu datang dan bertanya ‘kenapa dibiarkan dinding berconteng?’

dan ade juga bertanya ‘Rumah sewa ke ni?‘ dan pelbagai cadangan juga diberi *tanpa ku

pinta* ‘Belilah drawing block.’ ‘Beli papan lukis white board tu kan bagus anak-anak melukis

kat situ’

Kadang-kadang terasa juga dihati, yer lah macam daku ni tak pandai jaga anak, sampai

semua dinding nak diconteng. Tapi bila suami ku pun menggalakkan anak-anak

menconteng, jadi daku cuba melihat perkara ini dari sudut positif. Kata suami, ‘tak payah cat

rumah, tunggu 3 4 tahun lagi baru cat baru.’ 3 4 tahun lagi, makna waktu itu Aliya pun sudah

cukup berakal.. itu pun kalau tak ada ‘adik aliya’.. kalau dapat ‘adik aliya’, maknanya tunggu

pulak ‘adik aliya’ sampai umur cukup akal..

Drawing blok? Bukan tidak ku beli, tetapi tetap juga anak-anakku suka menconteng.

Denda? Hmm, dari sudut ini, daku fikir kalau mendenda takut akan terbantut pula

perkembangan kreatif nya.. lagipun daku kecik-kecik dulu tak pernah menconteng dinding

kah…?!! Mungkin sebab rumah opah rumah kayu, dan masa daku banyak dihabiskan di

kebun getah & bermain tanah.. mungkin di rumah hanya masa untuk tidur & makan.

20

Page 21: Laporan reka bentuk magic drawing board

Foto yang ditengah adalah ‘orang lidi’ pertama fikri. Tak macam ruper orang lidi pun.. tak

cukup sifat.. tapi bila ditanya, mana kaki tangan, pandai pula fikri baritahu padaku.. Kata

ayahnya orang lidi fikri sedang melompat mendepang kaki.. sebab itu kakinya tak lurus…

Heheeeehh, ayahnya beriya-iya suruh ibu snapkan foto.. buat kenangan.. yer lah kalo

lukisan atas kerja boleh lah difaikan & disimpan.. ini lukisan atas dinding. Nanti bila Anis

menconteng, tak nampak dah lukisan orang lidi pertama itu.

Sebenarnya fikri sangat teruja untuk memiliki papan lukis seperti si akif anak cik fid punya

tu.. punyalah fikri teruja bila melukis si akif melukis sotong…

Sekian untuk catatan kali ini. Hajat dihati memang nak menulis meleret-leret lagi.. tapi anak-

nak dah tunjuk perasaan.

21

Page 22: Laporan reka bentuk magic drawing board

2. Kajian Lapangan

22

Page 23: Laporan reka bentuk magic drawing board

23

Page 24: Laporan reka bentuk magic drawing board

24