laporan program pemulihan kelas tekun

6
LAPORAN PROGRAM PEMULIHAN KELAS TEKUN SK ULU DUSUN, SANDAKAN, SABAH TAHUN 2015 MATLAMAT PROGRAM Program Pendidikan Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira ) yang belum dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. OBJEKTIF PROGRAM Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pelajaran serta menanam sifat yakin pada diri sendiri. Memberi peluang keseronokan belajar kepada murid dan secara tidak langsung mempelajari teknik-teknik rahsia membaca, menulis dan mengira. VISI KELAS TEKUN MEMBACA - Boleh membaca secara inferens dan literal MENULIS - Dapat melahirkan idea melalui penulisan MENGIRA - Mempraktikkan kemahiran mengira dalam kehidupan seharian MINAT - Berminat untuk mendalami ilmu dan akhirnya berjaya MISI KELAS TEKUN Melahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari dan berdisiplin serta dapat melalui arus perdana dengan ceria. MOTTO KELAS TEKUN Ke arah kecemerlangan pemulihan khas FAIL MEJA GURU PEMULIHAN KHAS JADUAL WAKTU Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut : Masa mengajar 900 minit seminggu Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.

Upload: saleh-al-as

Post on 16-Jul-2016

928 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

huhu

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Pemulihan Kelas Tekun

LAPORAN PROGRAM PEMULIHAN KELAS TEKUNSK ULU DUSUN, SANDAKAN, SABAH

TAHUN 2015

MATLAMAT PROGRAMProgram Pendidikan Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira ) yang belum dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.

OBJEKTIF PROGRAM Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pelajaran

serta menanam sifat yakin pada diri sendiri. Memberi peluang keseronokan belajar kepada murid dan secara tidak

langsung mempelajari teknik-teknik rahsia membaca, menulis dan mengira.

VISI KELAS TEKUNMEMBACA - Boleh membaca secara inferens dan literalMENULIS - Dapat melahirkan idea melalui penulisanMENGIRA - Mempraktikkan kemahiran mengira dalam kehidupan seharianMINAT - Berminat untuk mendalami ilmu dan akhirnya berjaya

MISI KELAS TEKUNMelahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari dan berdisiplin serta dapat melalui arus perdana dengan ceria.

MOTTO KELAS TEKUN Ke arah kecemerlangan pemulihan khas

FAIL MEJA GURU PEMULIHAN KHAS               JADUAL WAKTU Guru Pemulihan Khas mempunyai  agihan masa seperti berikut  :

Masa mengajar 900 minit seminggu Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.

Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan khas ialah 1110 minit seminggu. Waktu untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk :

Membuat rundinagan ibu bapa atau penjaga murid Membuat persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran Mengemaskini rekod-rekod Bimbingan kaunseling kepada murid-murid Rundingcara dengan guru kelas dan guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di

kelas biasa. Mengemaskini sudut-sudut pembelajaran Sentiasa berusaha mempertingkatkemajuan pencapaian kemahiran murid.

Page 2: Laporan Program Pemulihan Kelas Tekun

     Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu :

Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas Berpandukan jadual waktu induk sekolah Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Catatkan waktu Panduan dan Persediaan Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas dalam di bilik darjah Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir dan kelas terlibat. Perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah.

PROGRAM TAHUNAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SK SEKSYEN 18, SHAH ALAM.

BULAN AKTIVITI CATATAN

JANUARI PENGUMPULAN MAKLUMATGuru Pemulihan menerima pencalonan murid-murid daripada guru kelas/guru mata pelajaran.MESYUARAT PROGRAMMesyuarat kali pertama AJK Program diadakan untuk merancang program tahunan.UJIAN SARINGANUjian diadakan jika ada pencalonan baru dan jumlah murid ramai.MAKLUMAT DATA PROGRAMMaklumat data murid,guru dan program dihantar ke PPD dan JPNS setiap awal tahun.

Tindakan :Guru kelas/guru mata pelajaran

FEBRUARI UJIAN DIAGNOSTIKUjian diadakan untuk mengenal pasti daerah kelemahan murid untuk merancang proseP&P.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSesi P&P mula dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengikut aras kelemahan murid.PERJUMPAAN DENGAN PENJAGAJika ada murid di dalam kelas mempunyai masalah yang kritikal ibu bapa diminta hadir untuk membincangkan masalah dan jalan penyelesaian.

Tindakan :Guru Pemulihan

Page 3: Laporan Program Pemulihan Kelas Tekun

MAC PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSesi P&P diteruskan.AKTIVITI MINGGU PANITIAMurid-murid kelas tekun ini digalakkan menyertai semua program yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Melayu.

APRIL SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSesi P&P diteruskan.PROGRAM KELAS BIMBINGANKelas bimbingan di luar waktu belajar iaitu pukul 12.00 -12.30 petang diadakan dengan kerjasama guru kelas/guru mata pelajaran keapada murid yang amat bermasalah.

Tindakan :Guru kelas/guru mata pelajaran

MEI PENILAIANPenilaian program kali pertama diadakan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran yang telah diajar.UJIAN IPP 2MUjian diadakan untuk murid tahap satu untuk mengetahui tahap penguasaan murid.MESYUARAT PROGRAMMesyuarat AJK Program untuk kali kedua diadakan untuk membincangkan prestasi murid setelah 3 bulan mengikuti program pemulihan khas dan mencari kaedah yang lebih baik untuk memajukan murid.

Tindakan :Semua AJK

JUN KURSUS DALAMAN/BENGKELBengkel/kursus untuk guru pemulihan di peringkat PPD dan JPNLAPORANLaporan IPP 3M dihantar ke PPD Sandakan dan JPNSPERJUMPAAN DENGAN PENJAGAPerbincangan diadakan pada murid yang terlibat

Tindakan :Guru Pemulihan

JULAI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSesi P&P diteruskan. Murid yang lulus IPP 3M dinaikkan dan masuk belajar di kelas arus perdana

Page 4: Laporan Program Pemulihan Kelas Tekun

dengan dipantau oleh guru pemulihan.MAKLUMAT MURIDPenerimaan murid tahun 1 sesi 2015 ke program pemulihan SK Ulu Dusun.Seramai 10 murid terlibat

OGOS KERJA SUSULANMurid yang dinaikkan ke kelas biasa diberi kerja susulan dengan bimbingan guru mata pelajaran.PERTANDINGAN MEMBACAPertandingan diadakan untuk menarik minat murid belajar dan berusaha untuk membaca dengan intonasi yang betul.Pertandingan dilakukan secara tertutup

Tindakan :Kelas Tekun

SEPTEMBER SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSesi P&P diteruskan.PERTANDINGAN MENULISPertandingan menulis diadakan agar murid belajar dengan tekun dan rajin menulis.Pertandingan dilakukan secara tertutup

Tindakan :Kelas Tekun

OKTOBER PENILAIANPenilaian prestasi murid tahap dua diadakan untuk mengetahui tahap penguasaan  kemahiran murid.UJIAN IPP 2MUjian IPP 2M kali kedua diadakan.LAPORANLaporan data pemulihan akhir tahun serta laporan IPP 3M dihantar ke PPD dan JPNSMESYUARAT PROGRAMSemua AJK Program bermesyuarat untuk kali ketiga membincangkan program yang telah dijalankan pada tahun ini dan merancang program untuk tahun hadapan.

Tindakan :Guru Pemulihan Khas

NOVEMBER MENGEMASKINI FAILSemua fail dikemas kini untuk dihantar kepada pentadbir.DOKUMENTASILaporan akhir tahun dibuat untuk dihantar kepada pentadbir.

Page 5: Laporan Program Pemulihan Kelas Tekun

MURID BERKEPERLUAN KHAS3 orang murid dikenal pasti sebagai berkeperluan khas dan layak untuk menerima elaun murid khas (EMK)LINUSMurid tahun 3 berjaya melepasi sifar linus