laporan program motivasi tahun 4.doc

6
S K B T P I B G P MUAFAKAT BERKAT

Upload: mardziiah

Post on 27-Sep-2015

338 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGLIBATAN SARANA IBU BAPA / SEKOLAHCERAMAH MOTIVASI TAHUN 4

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SK BANDAR TASIK PUTERI

2014Nama Program:Ceramah Motivasi Tahun 4Tarikh Program:8 Mei 2014Tempat Program:Dewan Persada Gemilang SK Bandar Tasik Puteri

Penyelaras Program:Guru-guru Tahun 4Biro Akademik & Pendidikan

Persatuan Ibubapa dan Guru

SK Bandar Tasik Puteri

Sasaran

:Warga Murid Tahun 4

SK Bandar Tasik Puteri

Penglibatan Sarana:Puan Norabeerah bt Saforrudin

Ibu / Penjaga Murid SKBTP

Jawatan

:Pensyarah

Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu

Jalan Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur8 MEI 2014, khamis. - Jawatankuasa Guru-guru Tahun 4, Biro Akademik & Pendidikan dan Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bandar Tasik Puteri telah mengadakan satu program motivasi untuk murid tahun 4 yang bertempat di Dewan Persada Gemilang. Semua murid tahun 4 telah menyertai program tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi. Ceramah motivasi tersebut telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Norabeerah bt Saforrudin, Pensyarah Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Antara objektif program ini ialah membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan samada di dalam kelas ataupun diluar waktu sekolah. Selain itu, program ini bertujuan mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk cemerlang dalam peperiksaan serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam setiap bidang yang diceburi. Program ini juga dapat memberi semangat, kekuatan dan kesedaran kepada emosi pelajar untuk menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.Apa yang menarik tentang aktiviti kem motivasi ini ialah kerana ia melibatkan sokongan sarana ibu bapa di mana penceramah slot motivasi terdiri daripada seorang ibu murid sekolah ini yang juga merupakan seorang pensyarah Institut Perguruan (IPG) Kampus Bahasa Melayu iaitu Puan Norabeerah bt Saforrudin. Beliau membantu sekolah secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pihak PIBG dan Sekolah amat berpuas hati dengan sumbangan daripada Puan Norabeerah, dan beliau juga bersetuju untuk membantu sekolah sebaik mungkin demi kecemerlangan murid dan sekolah.

Puan Norabeerah bt Saforrudin telah mengupas tajuk kecemerlangan dan mengaitkan dengan situasi murid-murid Tahun 4 yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, beliau turut menekankan serta mengingatkan murid-murid tentang tujuan hidup setiap manusia di dunia ini antara lain untuk kepentingan diri sendiri, untuk keluarga, ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa dan negara. Beliau juga turut mengaitkan kejadian manusia di dunia ini yang lahir daripada persaingan dan setiap daripada manusia di dunia ini adalah juara dalam persaingan tersebut. Murid-murid juga diinasihatkan agar menghargai ibu bapa yang berkorban tenaga dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak demi menjamin kecemerlangan dalam hidup. Selain itu, murid-murid juga diingatkan agar menjaga hubungan dengan Tuhan dan menjaga solat agar hidup diberkati dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Puan Norabeerah bt Saforrudin juga menasihatkan murid-murid agar tidak memperlekehkan guru-guru yang banyak mengajar dan mendidik kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan manfaat dan menyebabkan ilmu yang diperolehi tidak berkat. Selain itu, murid-murid diingatkan agar menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya agar tidak memudaratkan diri dan menggunakannya untuk mencipta kecemerlangan diri.

Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang.

Disediakan oleh,

____________________( MARDZIIAH BINTI CHE MAT YASIN )

Naib Setiausaha

Persatuan Ibubapa Guru

SK Bandar Tasik Puteri

Disahkan oleh,

___________________________( MOHD ROSTAM BIN DERAMAN )

Yang Di Pertua

Persatuan Ibubapa Guru

SK Bandar Tasik PuteriLAMPIRAN