laporan program minggu bahasa melayu

3
Laporan Program Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Bagan Serai, Perak. Guru Penasihat : Encik Ahmad bin Din Pengerusi : Muhammad Yatim bin Othan Setiausaha : Ramah .S. Bendahari : Habibah binti Rosman  Ahli Jawantankuasa : Faiz bin Malik  Aswadi bin Hussin  Azizi bin Maitit Mastura binti Masnan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Bagan Serai telah ditubuhkan pada tahun 1990.Persatuan ini mempunyai seramai 120 orang ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, Persatuan ini telah menempuh pelbagai rintangan jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan sekolah ini. Matlamat utama penubuhan Persatuan ini ialah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Selain daripada itu, Persatuan ini ingin menaikkan mutu dan tahap pencapainnya di samping membentuk minda pelajar yang kreatif dalam menguasai kemahiran syarahan, perbahasan dan sebagainya. Persatuan juga bertanggungjawab mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan guru di sekolah ini. Sepanjang hari Isnin dan Selasa, Persatuan telah menganjurkan berbagai-bagai program seperti Pertandingan Bercerita dan Kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dan Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Semua pertandingan terbuka kepada ahli dan pelajar. Seorang pelajar Tingkatan 5P1, Norhana binti samsudin, telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Kejayaannya itu menjadi kebanggaan sekolah dan mendapat pujian daripada Pengetua. Kejayaan itu juga diraikan bersama pelajar-pelajar sekolah ini. Pada hari Rabu dan Khamis, Persatuan Bahasa Melayu telah bergandingan bahu dengan Kelab Drama menganjurkan Pertandingan Drama peringkat sekolah. Drama yang

Upload: ramahvarsha

Post on 12-Oct-2015

2.266 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan minggu bahasa melayu

TRANSCRIPT

Laporan Program Minggu Bahasa MelayuSekolah Menengah Bagan Serai, Perak.

Guru Penasihat : Encik Ahmad bin DinPengerusi : Muhammad Yatim bin OthanSetiausaha : Ramah .S.Bendahari : Habibah binti RosmanAhli Jawantankuasa : Faiz bin MalikAswadi bin HussinAzizi bin MaititMastura binti Masnan

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Bagan Serai telah ditubuhkan pada tahun 1990.Persatuan ini mempunyai seramai 120 orang ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, Persatuan ini telah menempuh pelbagai rintangan jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan sekolah ini.

Matlamat utama penubuhan Persatuan ini ialah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Selain daripada itu, Persatuan ini ingin menaikkan mutu dan tahap pencapainnya di samping membentuk minda pelajar yang kreatif dalam menguasai kemahiran syarahan, perbahasan dan sebagainya. Persatuan juga bertanggungjawab mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan guru di sekolah ini.

Sepanjang hari Isnin dan Selasa, Persatuan telah menganjurkan berbagai-bagai program seperti Pertandingan Bercerita dan Kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dan Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Semua pertandingan terbuka kepada ahli dan pelajar.Seorang pelajar Tingkatan 5P1, Norhana binti samsudin, telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Kejayaannya itu menjadi kebanggaan sekolah dan mendapat pujian daripada Pengetua. Kejayaan itu juga diraikan bersama pelajar-pelajar sekolah ini.

Pada hari Rabu dan Khamis, Persatuan Bahasa Melayu telah bergandingan bahu dengan Kelab Drama menganjurkan Pertandingan Drama peringkat sekolah. Drama yang berjudulSelangka persembahan pelajar-pelajar Tingkatan 4T1 telah berjaya menjadi johan. Drama ini juga telah diberi penghormatan dengan memberi peluang untuk mengadakan persembahan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah iaitu pada hari Jumaat.

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Guru Penasihat kami kerana sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Kami berharap Persatuan akan dapat bergerak dengan lebih aktif dan berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam berbagai-bagai bidang yang dianjurkan. Seperti kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Laporan disediakan oleh,___________________ 12 Mac 2013( RAMAH .S. )Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Menengah Bagan Serai,Perak Darul Ridzuan.

Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan : Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasratdan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang danberkesempatan:a.Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatansecara berkumpulan.b.Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidangyang diminati dan digemari.c.Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakanbersama.d.Berkongsi sumber dan peralatan.e.Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinanf.Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing keperingkat yang lebih tinggi

OBJEKTIF AMGuru-Guru dan murid-murid akan:Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukanuntuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan disekolah.Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab ataupersatuan secara berkesan.Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikanahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpinMempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia danmenilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilandan berwawasan.