miti day 2018 objektif day /factsheet_miti_day_2018.pdftempat : foyer lobi, aras 1 menara miti,...

Download MITI DAY 2018 OBJEKTIF Day /Factsheet_MITI_Day_2018.pdfTempat : Foyer Lobi, Aras 1 Menara MITI, Kuala

Post on 10-Apr-2019

221 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MITI DAY 2018

OBJEKTIF KESELURUHAN

Tujuan MITI Day 2018 diadakan adalah untuk mempromosi peranan serta fungsi MITI dan agensi-agensi di bawah MITI kepada pelanggan serta orang ramai. MITI Day 2018 juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara MITI serta agensi dengan orang ramai dan mempamerkan fungsi MITI dan agensi

yang meliputi segenap aspek di dalam kehidupan seharian. Program MITI Day 2018

adalah berkonsepkan mesra rakyat dan outcome-based fokus kepada sektor

perkhidmatan. Julung kalinya National Services Sector Summit 2018 akan diadakan

sempena MITI Day 2018. Program kali ini dibahagikan kepada empat (4) konsep

utama iaitu Konsep Seranta (Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Antara peranan MITI serta agensi adalah :

i) Merancang, menggubal serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan

industri, perdagangan antarabangsa serta pelaburan;

ii) Menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara;

iii) Meningkatkan produktiviti serta kompetensi negara di dalam sektor

pembuatan

IMPAK KESELURUHAN Antara impak MITI Day 2018 kepada masyarakat adalah :

i) Pelanggan dan masyarakat akan lebih mengenali fungsi serta peranan

MITI dan agensi;

ii) Mengurangkan jurang di antara agensi kerajaan serta rakyat, selaras

dengan pendekatan kerajaan yang berteraskan perkhidmatan kepada

rakyat; dan

iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sektor perkhidmatan dalam

Negara.

SENARAI PROGRAM Antara pengisian program yang terdapat di dalam MITI Day 2018 adalah seperti

berikut :

Seranta (Outreach)

i) Pavilion MITI & Agensi;

ii) Pameran Automotif oleh MAI;

iii) SafeCar@MITI oleh MAI;

iv) Program Catur Bestari oleh SME Bank dan JCorp.

Peluang Pekerjaan

v) Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka oleh MIDA;

vi) Resource Management in Automotive Sector oleh MAI.

Keusahawanan

vii) Kapsul Usahawan & Saham oleh Bahagian Keusahawanan Bumiputera &

PKS MITI;

viii) Taklimat Boost Application oleh Axiata.;

ix) Passage to International Business: #SrikandiGlobal oleh MATRADE;

x) Enterprise Improvement Programme Lebih Cekap, Lebih Jimat oleh

MPC;

xi) MIDF Tea Talk Industrial Revolution Aspiration and Reality oleh MIDF.

Pembangunan Sektor Perkhidmatan

xii) Pameran Perkhidmatan & PKS

xiii) Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti oleh MITI;

xiv) Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan

Kebangsaan 2018 bersama YB Menteri oleh MITI.

RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM

PAVILION MITI & AGENSI Objektif

Pavilion MITI & Agensi akan menampilkan booth pameran oleh setiap agensi di

bawah MITI. Pengunjung akan berpeluang melihat success stories MITI dan agensi yang fokus kepada pembangunan sektor perkhidmatan akan dipaparkan di setiap

booth serta boleh berinteraksi secara terus dengan pegawai yang bertugas di setiap

booth bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut berkenaan dengan

perkhidmatan yang disediakan oleh setiap agensi.

Pihak Terlibat

Pameran ini akan melibatkan penglibatan MITI dan setiap agensi di bawah MITI iaitu

MATRADE, MIDA, MIDF, MPC, MAI, SME CORP, serta SME BANK.

Di samping menampilkan agensi-agensi di bawah MITI, Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) dan Unit e-Commerce juga akan mempunyai booth pameran masing-masing untuk dikunjungi orang ramai.

Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi 5.30 petang Tempat : Foyer Lobi, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

Pavilion MITI & Agensi ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day

2018.

Anggaran Pengunjung

9,000 orang (sepanjang hari)

PAMERAN KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN MIDA Objektif

1. Menyediakan platform untuk pencari pekerjaan mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat tempatan dan GLC;

2. Menyalurkan maklumat berhubung berkenaan peluang latihan industri yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat kepada pelajar-pelajar tahun akhir universiti, politeknik, kolej vokasional dan lain-lain institusi pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang kursus;

3. Sebagai program untuk meningkatkan pemahaman masyarakat berhubung fungsi

MITI dan agensi dan sebagai inisiatif Kerajaan dalam menangani isu pengganguran.

Tempat & Masa

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi 5.30 petang Tempat : Dewan Perdana 2, Aras 1

Menara MITI, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran

i) Jobseekers; dan

ii) Pelajar universiti tahun akhir yang bakal bergraduat

Jobseekers digalakkan untuk berpakaian kemas dan membawa resume terkini

kerana temuduga terbuka juga akan dijalankan.

Penglibatan

Dianggarkan sekitar 30 syarikat multinasional dan tempatan dari sektor perkhidmatan dan pembuatan akan terlibat sebagai exhibitor yang menawarkan lebih

3,578 peluang kerjaya di pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan yang melibatkan pelbagai peringkat terutamanya eksekutif dan professional. Antara

syarikat yang akan menyertai pameran ini adalah YCH Logistics, Sony EMCS

(Malaysia) Sdn Bhd, Oncogen Pharma (Malaysia) Sdn Bhd, Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.

Impak

i) Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan MITI dan MIDA

serta impaknya terhadap masyarakat yang merangkumi penyelesaian

kepada masalah pengangguran; dan

ii) Peluang untuk meluaskan jaringan di antara jobseekers, syarikat

multinasional dan tempatan membincangkan peluang-peluang pekerjaan

yang sedia ada

CATUR BISTARI

OBJEKTIF Catur Bistari adalah satu permainan mendidik ilmu dan amalan perniagaan untuk belajar berdikari. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan peserta. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan perniagaan berlandaskan nilai-nilai Islam. Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan masyarakat bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan. LATAR BELAKANG DAN PENGISIAN Pertandingan Catur Bistari merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh SME Bank dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) disertai oleh pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Permainan CATUR adalah merupakan percaturan atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri ketajaman akal dan bertindak dengan kebijaksaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan. Manakala BISTARI adalah cantuman dan ringkasan kepada ungkapan Bisnes Untuk Berdikari.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menarik minat dan pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.

i. Terbuka kepada pelajar; ii. Bagi memupuk minda keusahawanan dan menarik minat untuk

berniaga; iii. Belajar ambil risiko; iv. Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan; v. Mengambangkan jaringan usahasama; vi. Menanam semangat berbinaga untuk kesempurnaan hidup mengikut

nilai Islam. KAEDAH PELAKSANAAN Sebelum memulakan permainan seorang juruwang atau jurubank akan dilantik terlebih dahulu. Tugas juruwang ini adalah untuk mengawal permainan dan urusan kewangan. Bilangan peserta yang diperlukan adalah seramai 4 6 orang. Setiap peserta akan bermula dengan tunai (duit permainan) di tangan sebanyak RM5,000.00. Bagi memulakan permainan, setiap peserta akan memilih gundu masing-masing sebagai simbol dan 1 buah catur digunakan untuk mengetahui jumlah petak perjalanan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah aset yang

dimiliki iaitu jumlah wang tunai dan nilai perniagaan serta jumlah mata sumbangan amal yang disumbangkan. KUMPULAN SASAR Pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 09.30 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Sumber Menara MITI, Kuala Lumpur Pihak Terlibat

SME Bank dan JCorp

National Services Sector Summit (NSSS) 2018 Objektif

Matlamat utama penganjuran program National Services Sector Summit (NSSS) 2018 adalah untuk membincangkan trend dan peluang yang berubah, dan mencadangkan langkah-langkah untuk berdepan dengan cabaran terkini dalam

memperkasakan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia.

Sesi perbincangan panelist bersama beberapa tokoh dan pemain industri

perkhidmatan tempatan di dalam sektor perkhidmatan dirancang untuk menghasilkan

satu set idea-idea baru dalam agenda pembagunan sektor perkhidmatan yang

selaras dengan agenda Industri 4.0 (i4.0) negara.

Semasa penganjuran program NSSS 2018 ini, satu rangkaian booth pameran oleh pemain industri perkhidmatan terkemuka di Malaysia akan turut diadakan. Para

pengunjung program MITI Day 2018 dan jemputan NSSS 2018 akan berpeluang

untuk melihat dan berinteraksi melalui pelbagai pameran yang menarik dengan tema #MYServices4ward oleh agensi dan pemain industri terkenal di Malaysia.

Pihak Terlibat

Program NSSS 2018 ini akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri

perkhidmatan Malaysia, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi

pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi pr