laporan program cai yi

Upload: chiam-jia-ying

Post on 03-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Program Cai Yi

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Chiam Jia YingTham Mun YinNg Wan PingLee Vi VianCalaine Ng Kai LynnWong Shaw HerngNg Chuan Oon Khor Shiueh ChingPROGRAM : Pismp Ambilan Jan 2012NAMA SEKOLAH : Sjk(C) Beng Teik PusatNAMA PROJEK/AKTIVITI : Program Beng Teik Got TalentTEMPOH PELAKSANAAN : 16 Oktober 2015

OBJEKTIF :1. Mendedahkan murid-murid sekolah rendah tentang pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid. 2. Menanam semangat berpasukan melalui aktiviti-aktiviti dan latihan berkumpulan dengan 100% pelajar guru dan murid-murid sekolah rendah melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. 3. Memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang bakat dan potensi diri sebenar berdasarkan minat, kebolehan dan pencapaian sedia ada.

STRATEGI PELAKSANAAN:Pada permulaan, saya dan rakan-rakan sejumlah lapan orang guru pelatih berbincang dengan guru penolong kanan pentadbiran untuk merancang projek berkumpulan yang boleh dijalankan untuk internship kali ini. Selepas itu, kami berbincang bersama-sama untuk membuat kertas kerja Program Beng Teik Got Talent. Setelah menyiapkan kertas kerja, kami menyerah kepada guru mentor untuk menyemak. Setelah mendapat kelulusan, kami pun bekerjasama menjalankan tugas masing-masing berdasarkan jawatan yang dipegang sepanjang program ini. Sebelum hari pelaksanaan program, kami menyebarkan berita kepada seluruh warga sekolah dan menggalakkan murid-murid menyertai program ini dengan tujuan mencungkil bakat murid-murid selain daripada bidang akademik. Murid-murid amat mengemari dan terdapat seramai 34 kumpulan membuat pendaftaran untuk menyertai program ini. Antaranya terdapat acara menyanyi, menari, tarian singa dan teater kanak-kanak. Saya juga merupakan pengacara majlis untuk program ini. Saya telah menyediakan skrip ucapan saya berdasarkan senarai peserta-peserta yang disediakan. Rakan-rakan juga bertanggungjawab sebagai juri program ini untuk menilai pelbagai aspek persembahan murid-murid. Semua guru juga menghadiri mesyuarat untuk perbincangan program tersebut. Pada hari pelaksanaan program, kami tiba di dewan lebih awal untuk membuat persediaan tapak. Peserta-peserta mendaftar di kaunter pendaftaran. Selepas pendaftaran murid-murid berehat dan mengambil sarapan pagi di kantin terlebih dahulu. Setelah murid-murid masuk ke dewan dan duduk ikut kelas masing-masing, aktiviti pun bermula. Selepas perasmian majlis, saya sebagai pengacara majis pun mula tugas memberi ucapan dan arahan kepada murid dan peserta. Rakan-rakan dan guru-guru lain pun menjalankan tugas seperti menjaga disiplin murid-murid, memberi arahan untuk bersedia di belakang pentas persembahan, mengurus PA system dan sebagainya. Murid-murid mula membuat persembahan mereka ikut giliran masing-masing. Program berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Selepas semua persembahan habis, para juri berbincang dan mengira jumlah markah peserta-peserta. Mereka juga membuat keputusan memilih para pemenang. Sementara menunggu keputusan, murid-murid dibenarkan untuk berehat selama sepuluh minit. Selepas murid-murid kembali ke dewan, program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Juri juga naik ke pentas untuk memberi komen terhadap persembahan murid dan memberi cadangan penambahbaikan. Selepas majlis penutupan maka murid-murid pun bersurai balik ke kelas masing-masing. REFLEKSI:1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Semua guru pelatih, guru-guru sekolah dan murid-murid bekerjasama menyempurnakan program dengan berjaya. Sesuatu program memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak agar mengelakkkan tekanan berat terhadap seseorang guru. Pembahagian tugas memudahkan pelaksanaan program di mana ahli jawatankuasa melaksanakan tugas masing-masing pada masa yang sama. Dengan ini, tugas dapat diselesaikan dalam masa singkat atas semangat kekitaan semua pihak yang terlibat.

Membantu meningkatkan kepimpinan guru pelatih dari peringkat sebelum, semasa hingga selepas program. Ia memberi peluang kepada guru pelatih untuk belajar mengendalikan aktiviti-aktiviti di sekolah. Guru pelatih berpeluang untuk meminta tunjuk ajar daripada guru berpengalaman di sekolah untuk melaksanakan tugas seperti perancangan aktiviti, persediaan skrip pengacara majlis dan sebagainya. Ia secara tidak langsung meningkatkan nilai profesionalisme keguruan untuk melahirkan guru yang berkeyakinan dalam pengurusan aktiviti sekolah pada masa akan datang.

Program ini memang memberi peluang kepada murid-murid memperkembangkan bakat-bakat yang ada pada murid. Murid-murid tahap rendah juga boleh menyanyi sambil memainkan piano sendirian, mempersembahkan teater dengan begitu menarik beserta alat-alat yang dibuat sendiri dan sebagainya. Guru-guru dan murid-murid dapat mengambil kesempatan ini mengenali potensi seseorang dengan lebih mendalam selain daripada bidang akademik.

Bagi persembahan dalam bentuk kumpulan dapat melatih semangat berpasukan. Terdapat beberapa kumpulan dapat mempersembahkan dengan sangat baik atas tahap persefahaman kumpulan yang amat tinggi dan kemungkinan kerap berlatih. Manakala terdapat beberapa kumpulan asyik saling memandang antara satu sama lain dan kelihatan tidak cukup latihan sebelum hari persembahan. Para juri bukan sahaja menilai kandungan persembahan, imej peserta malah juga menilai semangat berpasukan dan disiplin mereka. Jadi, program ini memberi peluang kepada murid berlatih bagaimana bertoleransi antara satu sama lain untuk mencapai persefahaman dalam bentuk persembahan atau langkah-langkah tarian.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti Bahagian pendaftaran boleh dibahagikan kepada beberapa kaunter dan dibuat di belakang dewan kerana terdapat seramai 34 kumpulan yang menyertai program ini. Ia memerlukan ruang yang besar untuk membolehkan peserta-peserta mendaftar dengan lebih selesa tanpa bersempit dengan peserta lain. Pada hari pelaksanaan saya mendapati peserta-peserta tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk beratur dan mengganggu murid-murid lain yang duduk di sebelah kaunter pendaftaran.

Kurangnya penayangan powerpoint di pentas persembahan agar murid-murid lebih tertarik terhadap persembahan peserta dan memberi lebih perhatian menyaksikan persembahan-persembahan. Hal ini kerana murid-murid mudah berasa bosan dan mula bersembang dengan murid-murid di sekelilingnya. Murid-murid mungkin berminat untuk mengetahui lagu-lagu tersebut atau tarian berkenaan di laman web selepas waktu persekolahan tetapi mereka mungkin tidak tahu atau mudah lupa nama persembahan itu.

Keadaan murid yang sukar dikawal ketika persembahan dijalankan selepas sarapan pagi. Masa program yang begitu lama juga menjadikan murid mudah membuat bising seterusnya menganggu murid lain yang sedang menyaksi persembahan.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang:Penambahbaikan yang pertama ialah memperbanyakkan kaunter pendaftaran untuk memudahkan proses pendaftaran. Saya berpendapat kaunter pendaftaran boleh dibuat dekat pintu masuk dewan agar murid-murid mempunyai ruang yang mencukupi untuk mendaftar dan menerima kad nombor masing-masing. Penambahbaikan yang kedua ialah penayangan powerpoint nama persembahan dan nama peserta-peserta. Hal ini dapat memberi gambaran jelas kepada murid-murid yang menyaksi persembahan. Penggunaan powerpoint membantu menyampaikan mesej dengan berkesan kepada murid-murid. Cadangan penambahbaikan seterusnya adalah melantik jawatankuasa bagi kawalan murid dengan membawa murid berdiri di depan semua murid selama 5 minit. Jumlah murid yang ramai memerlukan bilangan guru dan pengawas yang ramai untuk mengawal murid supaya suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

KESIMPULAN :Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, bakat murid-murid dapat dicungkil dan membantu perkembangan yang seimbang dalam kalangan murid-murid. Ia juga memupuk murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat dan mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, saya telah belajar prosedur yang diperlukan untuk mengadakan aktiviti sedemikian dan ia membantu saya menjalankan tugas dengan lebih baik pada masa akan datang. Saya amat berterima kasih rakan-rakan dan guru-guru yang membantu dan memberi peluang kepada saya untuk belajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ _______________________(CHIAM JIA YING) (TEO YUEH FUNG)Setiausaha, Mentor,Program Beng Teik Got Talent. SJK (C) Beng Teik Pusat.

Galeri gambar:

Peserta menyanyi sambil memainkan piano

Peserta berpakaian berwarna-warni dan kemas

Tarian perut (Belly dance) oleh murid Tahun 1

Tarian kaum Uyghur

Persembahan berpasukan

Tarian singa

Juri membuat komen terhadap persembahan pesertaGuru pelatih sebagai juri 9