mohd sani bin badron pemikiran universal yang terkandung ... · 3 nasihat al-muluk itu merupakan...

38
1 AKAR DAN DASAR KEPIMPINAN MENURUT HUJJATUL ISLAM 1 oleh Mohd Sani bin Badron Pendahuluan Pemikiran universal yang terkandung dalam karya silam mengenai kepimpinan masih banyak digunakan oleh masyarakat semasa. Umpamanya, The Art of War oleh Sun Tzu, 2 yang ditulis 2,000 tahun yang silam, masih giat dipelajari dalam sukatan mata pelajaran tentera di negara-negara Asia Timur, seperti Jepun, China, dan Vietnam. Di Barat, karya purba tersebut turut dimanfaatkan oleh Jabatan Ketenteraan Amerika, Kolej Kakitangan Tentera, Kor Tentera Laut, Perisikan Tentera, dan CIA; serta KGB di Rusia. Begitu juga karya politik The Prince oleh Niccolò Macchiavelli yang ditulis lebih 500 tahun yang silam masih digunakan hingga kini, 3 1 Dibentangkan di Konvensyen Imam al-Ghazali: Menghidupkan Semula Tradisi Keilmuan Islam dalam Mendepani Cabaran Baharu. pada 30 September 2017 di Auditorium Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Sebahagian terbesar bahan-bahan dalam kertas-Kerja ini telah diterbitkan sebagai Bab 2 dalam karya Mohd Sani Badron dan Nor Hartini Saari (penyunting bersama), Kepimpinan dan Amanat Peradaban (Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2016), 9-45. 2 Lihat, umpamanya, Sun Tzu, The Art of War, disunting dengan prakata oleh James Clavell (New York: Dell, 1983). 3 Rujuk sebagai contoh, Machiavelli, The Prince, terj. W. K. Marriott, jil. 21 Great Books of the Western World, editor in chief Mortimer J. Adler (Chicago: Encyclopӕdia Britannica, Inc., 2nd. ed. 1990), mss. 1-37.

Upload: others

Post on 02-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

1

AKAR DAN DASAR KEPIMPINAN

MENURUT HUJJATUL ISLAM1

oleh

Mohd Sani bin Badron

Pendahuluan

Pemikiran universal yang terkandung dalam karya silam mengenai kepimpinan masih

banyak digunakan oleh masyarakat semasa. Umpamanya, The Art of War oleh Sun Tzu,2 yang

ditulis 2,000 tahun yang silam, masih giat dipelajari dalam sukatan mata pelajaran tentera di

negara-negara Asia Timur, seperti Jepun, China, dan Vietnam. Di Barat, karya purba tersebut

turut dimanfaatkan oleh Jabatan Ketenteraan Amerika, Kolej Kakitangan Tentera, Kor Tentera

Laut, Perisikan Tentera, dan CIA; serta KGB di Rusia. Begitu juga karya politik The Prince oleh

Niccolò Macchiavelli yang ditulis lebih 500 tahun yang silam masih digunakan hingga kini,3

1 Dibentangkan di Konvensyen Imam al-Ghazali: Menghidupkan Semula Tradisi Keilmuan Islam dalam Mendepani

Cabaran Baharu. pada 30 September 2017 di Auditorium Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Sabah. Sebahagian terbesar bahan-bahan dalam kertas-Kerja ini telah diterbitkan sebagai Bab 2 dalam karya Mohd

Sani Badron dan Nor Hartini Saari (penyunting bersama), Kepimpinan dan Amanat Peradaban (Kuala Lumpur:

Penerbit IKIM, 2016), 9-45.

2 Lihat, umpamanya, Sun Tzu, The Art of War, disunting dengan prakata oleh James Clavell (New York: Dell, 1983).

3 Rujuk sebagai contoh, Machiavelli, The Prince, terj. W. K. Marriott, jil. 21 Great Books of the Western World, editor

in chief Mortimer J. Adler (Chicago: Encyclopӕdia Britannica, Inc., 2nd. ed. 1990), mss. 1-37.

Page 2: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

2

termasuk oleh para bapa pengasas revolusi Amerika seperti Benjamin Franklin, James

Madison, Thomas Jefferson, Alexander Hamilton dan John Adams.

Sejajar dengan itu, bab ini bermatlamat mengungkapkan kembali pemikiran mengenai

kepimpinan oleh Hujjatul Islam al-Ghazali (m. 505/1111), yang karya asalnya mengenai

kepimpinan pernah berpengaruh di negara-negara berbahasa Farsi,4 di samping terjemahan-

terjemahan Nasihat al-Muluk yang banyak dimanfaatkan di negara berbahasa Arab dan Turki,5

hinggalah ke Alam Melayu, iaitu di Acheh seawal tahun 1604.6 Karya al-Ghazali ini masih

menarik para penterjemah untuk memindahkannya ke bahasa Inggeris7 dan Rusia.8

Latarbelakang

Diceritakan dalam tiga tahun terakhir kehidupan Imam al-Ghazali, beliau ada mengarang

karya buat Sultan Muhammad ibn Malik-shah, yang bergelar “Penguasa Timur dan Barat”,

sebagai pemerintah selama lebih sedekad luasan negara Iraq dan negara Farsi. Karya berjudul

4 Al-Ghazali, Kimiya-i Sa`adat, ed. Husayn Khadiv-Jam (Tehran: Shirkat Intisharat ‘Ilmi, ed. kedua, 1982), mss. 525-

542. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohd Zaidi Ismail yang berkongsikan bahan rujukan ini.

5 Al-Ghazali, Al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk, dimuat-turun dari http://ghazali.org/site/oeuvre-s.htm

6 Lihat versi ejaan rumi al-Ghazali, Nasihat al-Muluk: Nasihat kepada Raja-Raja, penyelenggara Jelani Harun (Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006). Walau bagaimanapun, penyelenggara banyak melakukan kesilapan;

contohnya perkataan asal dalam ejaan jawi “dirham” menjadi dalam ejaan rumi “darahmu”, “muhal” yang bermaksud

mustahil menjadi “mahal” yang bermaksud tinggi harganya, “nafil” yang merujuk kepada amalan sunat menjadi “adil”.

7 Terjemahan oleh F. R. C. Bagley boleh diakses di http://ghazali.org/books/kingcouncel.pdf

8 Oleh Alexey A. Khismatulin, boleh diakses di http://ghazali.org/books/Nasihat_al-muluk_(05.02.2008).pdf

Page 3: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

3

Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya

lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9 iaitu bab ‘mengenai Kepimpinan dan Pengurusan’, yang

dipersesuaikan untuk kegunaan Sultan.

Menurut rekod sejarah, Muhammad ibn Malik-shah adalah seorang Sultan yang amat

agung, yang diakui oleh sejarahwan ‘Imad al-Din al-Isfahani sebagai “lelaki sempurna bangsa

Saljuq, dan kuda jantannya yang hebat lagi perkasa, yang gagah lagi berani.” Ini kerana

baginda yang menjadi sultan pada umurnya lebih sedikit daripada 20 tahun, telah berjaya

mengangkat martabat Ahli Sunnah, bertindak membendung puak Batiniyyah, dan

memperkukuh kuasa politik kerajaannya, sebelum mangkat dalam usia 36 tahun, iaitu pada

tahun 511/1118.

Justeru karya-karya kepimpinan oleh al-Ghazali ditulis oleh seorang ilmuwan yang

pernah berkhidmat secara langsung selama 20 tahun dengan Sultan Muhammad dan Perdana

Menteri Nizam al-Mulk. Dalam pentadbiran Negara, beliau pernah menjadi duta Sultan yang

memerintah dari Mesir ke Syria kepada khalifah ‘Abbasiyyah, dan menjadi Naib Canselor

Universiti Nizamiyyah di Baghdad dan Naib Canselor Universiti Nizamiyyah di Nishapur.

9 Karya dalam nota 4 di atas telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Jay R. Crook, Alchemy of Happiness, 2 jil.

(Chicago: Great Books of the Islamic World, Inc., 2005).

Page 4: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

4

Teras Ilmu Kepimpinan: Keseimbangan Matlamat Dunia dan Akhirat

Akar kepimpinan, dan dasar pengurusan—menurut al-Ghazali—ada dua. Yang pertama,

ilmu kepimpinan dan kedua, amalan kepimpinan; iaitu, ilmu kepimpinan yang bermatlamatkan

jangka panjang, dan kedua, amalan kepimpinan yang adil. Sepuluh amalan asas kepimpinan

yang adil adalah:

1. Memahami Kepentingan Kepimpinan yang Adil dan yang Menurut Perintah Allah

2. Mendapatkan Sebanyak-banyak Pengajaran daripada Ilmuwan yang Mementingkan

Akhirat

3. Mengawal Nafsu Peribadi dan Sifat Berkecukupan

4. Mengawal Diri, Pegawai dan Keluarga

5. Mengawal Nafsu Marah

6. Kasihi Pengikut seperti Diri Sendiri, terutama ketika Kemelut dan Krisis

7. Melaksanakan Tugas Kepimpinan Tanpa Lelah dan Jemu

8. Berperilaku Ramah, Tidak Kejam

9. Pemimpin Mengasihi Rakyat, Rakyat Mengasihi Pemimpin

10. Tidak Menyalahi Agama dan Syariah

Page 5: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

5

Ilmu asas kepimpinan itu luas, tetapi Imam al-Ghazali merumuskan bahawa yang paling

asas ialah: seseorang pemimpin perlu tahu apakah tujuannya zahir ke dunia, dan apakah pula

tempat tinggalnya yang abadi? Kehidupan dunia adalah tempat bertugas memimpin dan

mengurus, bukan tempat menetap untuk selama-lamanya.

Dia persis musafir di perjalanan, yang rahim ibu adalah hentian pertamanya, dan liang

lahad adalah hentian atau stesen terakhirnya. Watan atau tanah air seseorang pemimpin

terletak di sebalik stesen terakhir tersebut. Tempat menetapnya wujud setelah menyeberangi ke

sebelah sana liang lahad. Tempat menetapnya bukan dalam kehidupan dunia; tetapi di luar dari

itu. Seperti kata faylasuf Ludwig Wittgenstein, “The solution of the riddle of life in space and time

lies outside space and time.”

Saban tahun, saban bulan, tiap-tiap hari yang berlalu dari umur seseorang pemimpin

adalah satu peringkat dalam perjalanan menuju ke tanah air tempatnya menetap. Dari satu

peringkat ke satu peringkat yang seterusnya, dia bergerak semakin menghampiri tempatnya

menetap. Tanpa terkecuali, semua orang perlu melepasi titian sirat,10 sebelum akhirnya tinggal

berdiam dan menetap.

10 Mengenai titian sirat, lihat Kepimpinan dan Amanat Peradaban, 38-45.

Page 6: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

6

Seorang yang menghabiskan masanya membina dan membuat titian jalan, tetapi lupa

tentang tempat yang dituju, bukanlah orang yang berakal. Sebaliknya, orang yang berakal

adalah orang yang tiada terlibat dengan apapun dalam kehidupan dunia, kecuali dalam mencari

perbekalan perjalanan persediaan ke Akhirat.

Kesihatan, ketahanan badan, panjang umur, elok rupa, harta, keluarga, kemuliaan

individu, dan kemuliaan keturunan—cukup bagi seseorang pemimpin itu—“dunia” sekadar yang

dikehendaki dan diperlukan. Dunia yang lebih dari kadarnya adalah racun yang membawa

maut.

Pada detik kematian, segala kuasa dan pengaruh kepimpinan hanyalah debu yang

berterbangan, dan tiada lagi makna emas dan perak. Sebanyak manapun kekayaan yang

dihimpunkan seseorang, bahagiannya hanyalah kadar kecukupannya dalam hidup dunia saja.

Kuasa dan harta-benda yang ditinggalkan selebihnya, hanyalah bibit-bibit kehibaan dan sesalan

diri. Merentapkan rohnya dari dunia yang dicintai adalah amat sukar pada saat kematian.

Bahkan, azab di akhirat itu sendiri adalah berpunca dari rasa sesal dan hiba ini.

Diceritakan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rashid mendekati ajalnya, dia memilih kain

kapannya sendiri. Dan ketika akan meninggal dunia, dia memandang kepada kapannya itu

Page 7: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

7

sambil membaca ayat al-Qur’an, “Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah

hilang daripadaku kekuasaanku (sulṭāniah)”.11

﴾٨٢هلك عني سلطانيه ﴿ ﴾٨٢﴿ ما أغن عني ماليه

Tidak mungkin untuk sabar menanggung keinginan dunia, melainkan dengan berusaha

bersusah-payah. Namun, jika iman seseorang itu kukuh, bahawa dia akan hilang kelazatan

akhirat (yang abadi tanpa sebarang derita) disebabkan kelazatan kehidupan ini (yang diselaputi

susah-payah, kekalutan dan kegelisahan) maka menanggung beberapa hari dunia akan

menjadi mudah—jika imannya kukuh.

Tempoh kehidupan dunia bukanlah satu per seribu dari kehidupan di akhirat. Malahan

tiada terbanding antara tempoh dunia dan akhirat, kerana akhirat tiada penghabisan dan

tempoh lamanya keabadian itu tidak dapat dirangkum oleh imaginasi kaum Adam. Kalau

seseorang membayangkan tujuh petala langit dan bumi penuh berisi biji beras, dan tiap-tiap

seribu tahun ada seekor burung mengambil satu biji beras tersebut, beras-beras itu

kesudahannya akan habis juga. Namun sebaliknya, tidak ada apa-apa yang akan kurang

menyusut daripada kehidupan akhirat yang abadi!

11 Al-Hāqqah, 69: 28-29. Harun al-Rashid memerintah selama 24 tahun pada kemuncak zaman kegemilangan

menyeluruh sains, budaya, kesenian, muzik, dan ekonomi. Sejawahwan al-Tabari merekodkan, bahawa ketika Harun

mangkat, terdapat sekitar 900 juta dirham dalam perbendaharaan negara.

Page 8: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

8

Maka itu kehidupan manusia. Andaikan, contohnya, dia hidup seratus tahun dan

diamanahkan untuk memimpin kerajaan yang luasnya dari timur ke barat, tanpa tandingan—

berapakah kadar dan nilai kerajaan tersebut bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang

tiada kesudahan? Tiap-tiap orang memiliki sebahagian kecil dunia, yang diperolehinya dengan

mengalami susah-payah, resah-gelisah dan kekalutan. Dalam pada itu, terdapat ramai orang

jahat yang memiliki dunia lebih daripadanya. Maka desakan apakah yang mendorongnya untuk

menjual kerajaan akhirat yang kekal abadi dengan kehidupan dunia yang tak berharga, cemar

dan payah?

Memahami hakikat tersebut, pemimpin atau pengurus haruslah menilai dirinya dan

menyegarkan kalbunya, agar mudah untuk mengekang keinginan syahwat dunia, sayang dan

kasihkan pengikut yang dalam jagaannya, berperilaku baik terhadap sesama hamba Allah, dan

menggunakan kuasanya sebagai khalifah Allah.

Memahami hakikat tersebut, pemimpin harus rajin dan giat menyibukkan dirinya dengan

urusan kepimpinan yang adil—seperti yang diperintahkan oleh Allah—dan bukan untuk

kepentingan dunianya semata.

Page 9: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

9

Asas Pertama Kepimpinan Adil Menurut Perintah Allah: Kepentingannya

Allah memerintahkan para pemimpin dan pengurus agar melaksanakan keadilan.

Menurut rumusan Imam al-Ghazali, keadilan boleh dilaksanakan dengan mematuhi sepuluh

asas, yang saling bertalian antara setiap satunya dengan yang lain:

Asas pertama adalah kesedaran bahawa memiliki kuasa kepimpinan adalah satu

perkara besar. “Besar,” kerana kepimpinan adalah manifestasi “khalifah Allah” di bumi andainya

berlaku adil. Sebaliknya, apabila kepimpinan hampa dari kasih-sayang dan belas-kasihan

kepada para pengikut (shafaqah),12 maka itulah “khalifah Iblis”. Dia layak digelar khalifah Iblis

kerana dalam pengamatan Imam al-Ghazali “tidak ada penyebab fasad yang lebih besar

daripada kezaliman pemimpin.” Pengamatan al-Ghazali tersebut adalah selaras dengan

sumpah Iblis, bahawa “...demi sesungguhnya aku akan (menghambat) mereka dari jalan-Mu

yang lurus, kemudian aku akan menyerang mereka dari hadapan dan dari belakang mereka,

dan dari kanan dan dari kiri mereka,”13 iaitu dari semua jurusan akan berlaku kefasadan.

هم ومن ﴾ ث لتي ن هم مين ب ي أيدي٦١غوي تن لق عدن لم صراطك المستقيم ﴿قال فبما أ ﴾٦١ن ﴿ول تد أكث رهم شاكري خلفهم وعن أيانم وعن شائلهم

12 Shafaqah merujuk kepada sifat simpati, sangat memperhatikan, dan sangat menginginkan kebaikan pengikut.

Berlawanan dengan sifat bengis dan kejam.

13 Al-A‘raf, 7: 16-17.

Page 10: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

10

Seseorang pemimpin harus menyedari bahawa kuasa kepimpinan adalah satu yang

sukar untuk digalas, tetapi menggalas kepimpinan para makhluk Allah itu tugas yang penting

lagi agung. Sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinannya dengan baik, maka dia

akan memperolehi kebahagiaan yang tidak terhingga, iaitu kebahagiaan yang abadi, yang tidak

ada kebahagiaan lain yang lebih darinya.

Ini kerana, tiada amal ibadah atau amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah

lebih daripada kepimpinan yang adil. Sabda Rasulullah s.‘a.w. “Satu hari (pemerintahan) yang

adil oleh seorang pemimpin yang adil (sultan ‘ādil) adalah lebih baik [lebih dikasihi Allah]

daripada amal ibadah (khusus) berterusan selama enam puluh tahun.”

Sabda Rasulullah s.‘a.w: “Apabila datang hari kiamat, tiada lagi tempat bernaung dan

berlindung, melainkan naungan Allah. Dan tiada yang bernaung pada naungan-Nya itu

melainkan tujuh jenis manusia:

(1) pemimpin yang adil pada segala rakyatnya (sultan ‘ādil);

(2) orang muda yang rajin ia berbuat bakti pada Tuhannya;

(3) seseorang yang berada dalam pasaran [perekonomian masyarakat] pada hal hatinya

bergantung pada masjid [sentiasa sujud kepada Allah];

(4) dua orang lelaki yang bersahabat kerana Allah;

Page 11: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

11

(5) seseorang yang mengingati Allah semasa bersendirian hingga mengalir air matanya akibat

perasaan takut;

(6) seseorang lelaki yang diajak berbuat jahat oleh seorang wanita yang cantik dan kaya tetapi

dia memberitahu “Aku takutkan Allah”; dan,

(7) seseorang yang bersedekah dengan tangan kanannya yang tangan kirinya pun tak tahu

[iaitu, berbuat kebajikan dengan berkesan].”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Setiap hari, amal perbuatan enam puluh orang siddīqīn yang

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam ibadat (Farsi. mujtahid dar ‘ibādat) diangkat ke

langit untuk seorang pemimpin yang adil (sultan ‘ādil).”

Sabda Baginda s.‘a.w., “Yang paling dikasihi dan paling dekat (diredhai) Tuhan adalah

pemimpin yang melaksanakan keadilan (imām ‘ādil), manakala yang paling dibenci dan paling

jauh daripada Allah adalah para pemimpin yang zalim lagi menyimpang (imām jā’ir)

[menganiayai rakyatnya].”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Demi Tuhan Yang dalam genggaman kuasa-Nya jiwa Muhammad,

setiap hari jumlah amal perbuatan yang diangkat ke langit untuk pemimpin yang adil (wālī ‘ādil)

adalah sebanyak amal perbuatan pengikut atau rakyatnya, dan setiap solatnya dihitung sebagai

70,000 solat.”

Page 12: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

12

Oleh itu, tanya al-Ghazali, apakah ni‘mat harta-benda yang lebih besar daripada yang

Tuhan kurniakan kepada seseorang dengan pangkat, jawatan dan kedudukan kepimpinan

(Farsi mansib wilāyah; Arab darajah sultanah), yang satu jam usianya dihitung bersamaan

dengan seluruh jangka hayat orang lain [kerana pemimpin membuat banyak keputusan dan

pelaksanaan yang penting untuk semua]? Apabila seseorang pemimpin tidak menghargai

nikmat ini dan sebaliknya lalai dalam melaksanakan tugas kepimpinannya, tidak mengendahkan

tugas dan pekerjaannya, terlibat dalam kezaliman dan memuaskan hawa nafsunya, jelas

bahawa dia memang patut dibenci lagi layak dimusuhi, dan ditakuti bahawa Allah

menjadikannya antara seteru-Nya, yang akan mendapat kecelakaan yang sangat besar.

Teori kepimpinan konvensional moden mengakui sama ada seseorang pemimpin itu

lebih mementingkan diri atau lebih mementingkan pengikut, sama ada dia tamakkan kuasa atau

prihatin dan cakna—apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang pemimpin akan mempengaruhi

atau menjejaskan kehidupan orang lain. Bagi seseorang pemimpin, pertaruhan dan risiko dalam

mencapai sesuatu matlamat adalah lebih lagi daripada orang biasa.14

Ibn ‘Abbas ada meriwayatkan kisah Nabi s.‘a.w. dengan pemimpin Quraish, kabilah

Arab yang paling berkuasa. Suatu hari Rasulullah s.‘a.w. datang memegang gelang pintu

14 Lihat, umpamanya, Joanne B. Ciulla, “Leadership Ethics,” dalam The International Encyclopedia of Ethics, 9 jil., ed.

Hugh LaFollette (Oxford: Wiley-Blackwell, 2013), 5: 2979-2985.

Page 13: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

13

Ka‘bah sewaktu sebahagian kaum Quraish sedang berada di situ. Nabi s.‘a.w. bersabda

bahawa “antara kewajiban tugas kepimpinan itu, termasuklah apabila belas-kasihan diminta

oleh rakyat, maka hendaklah seseorang pemimpin itu mengasihi rakyat; apabila penghakiman

diminta, maka keputusan dan pelaksanaan hukum yang adil perlulah berjalan, dan janji

seseorang pemimpin kepada pengikutnya perlu ditepati [iaitu kata mesti dikota]. Barangsiapa

sengaja tidak melaksanakan amanah kepimpinan tersebut, maka terimalah laknat Allah dan

laknat segala malaikat, dan tidak diterima Allah amalan fardu dan sunatnya.”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Tiga orang yang tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat:

pertama, pemimpin yang dusta (sultān kādhib)...”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Akan datang padamu penaklukan dan penguasaan negara timur

dan barat. Jadilah penguasa yang bertaqwa kepada Allah, berjalan pada jalan taqwa dan

menunaikan amanah.”

Sabda Nabi s.‘a.w, “Barangsiapa yang Allah menyerahkan kepadanya kepimpinan

orang-orang Islam, sedangkan dia mengkhianati mereka, iaitu tidak memelihara mereka seperti

dia memelihara keluarganya, maka Allah mengharamkan pemimpin sedemikian daripada

syurga, dan kekallah mereka itu dalam api neraka.”

Page 14: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

14

Sabda Nabi s.‘a.w, “Dua orang daripada umatku diharamkan daripada syafaatku;

pertama, pemimpin yang aniaya (malik zālim)...lagi melampaui segala had Allah.”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Manusia yang paling siksa azabnya pada hari kiamat adalah

pemimpin yang aniaya (sulṭān zālim).”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Terdapat lima orang yang dimurkai oleh Allah. Jika Dia

berkehendak, langsung murka-Nya (dalam kehidupan dunia); dan tempat tinggal mereka dalam

neraka. Pertama, pemimpin (amīr) sesuatu kaum, yang mereka taatkannya, dia ambil haknya

daripada mereka, namun dia tidak melaksanakan kesaksamaan kepada mereka, dan tidak

dihindarkannya penganiayaan daripada mereka. Kedua, pemimpin (ra’īs) sesuatu kaum, yang

mereka taatkannya, namun dia bersikap membeza-bezakan antara yang kuat dengan yang

lemah, dan dia berkelakuan berat sebelah dan pilih kasih (kepada yang kuat). Ketiga, lelaki

yang tidak menyuruh isteri dan anak-anaknya agar taat kepada Allah, dan tidak diajarkannya

urusan agama, dan tidak peduli dari mana makanan mereka berasal. Keempat, orang yang

mengupah pekerja yang menyempurnakan kerjanya tetapi tidak membayar upahnya. Kelima,

lelaki yang menganiayai isterinya dalam urusan mas-kahwin.”15

15 Mas-kahwin adalah pemberian pihak pengantin laki-laki—seperti emas, barang dan sebagainya—kepada

pengantin perempuan pada waktu akad nikah, iaitu pemberian yang berdasarkan kepada perjanjian yang telah

terlebih dahulu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Page 15: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

15

Khalifah ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb setiap malam keluar berkeliling, sehingga baginda melihat

seekor anak kambing yang berkurap maka dirawatnya anak kambing itu. Baginda berkata,

“Jikalau kutinggalkan anak kambing yang kecil ini di tepi parit dan tidak kurawat, sungguh aku

takut akan dipersoalkan tentangnya pada hari kiamat.”

“Lihat olehmu,” kata al-Ghazali, “hai pemimpin, betapa berhati-hatinya ‘Umar, yang

tahap ketaqwaannya dan ketegasannya tidak pernah tercapai oleh seorangpun selepasnya,

betapa fikirannya dan takutnya kepada huru-hara hari kiamat, sedangkan engkau duduk-duduk

sahaja cuai tentang hal ehwal pengikutmu, dan lalai dari memerhatikan orang-orang yang di

bawah jagaanmu.”

Diriwayatkan bahawa Qaisar Rom pernah menghantar utusan khasnya kepada ‘Umar,

supaya memerhatikan keperibadian dan cara hidupnya. Sampai sahaja di Madinah, mereka

bertanya penduduknya, “di manakah rajamu?” Mereka berkata, “Kami tidak ada raja; kami cuma

ada penghulu (amīr), yang telah pergi ke luar kota.” Maka utusan khas itu keluar mencari ‘Umar.

Mereka dapati ‘Umar sedang tidur dalam cuaca panas, di atas tanah berbatu pasir yang panas,

dengan berbantalkan cambuk. Peluh mengalir dari badannya membasahi tanah. Apabila

mereka melihat yang demikian, hati mereka berasa sangat terkejut, bahawa seorang tokoh

yang dikagumi dan digeruni oleh raja-raja di dunia, tidur lena dalam keadaan tersebut. Maka

Page 16: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

16

mereka berkata: “Dia telah melaksanakan keadilan, maka dia berasa aman dan tidur lena. Raja

kami berlaku aniaya, maka dia sentiasa berjaga kebimbangan. Kami bersaksi bahawa

agamamu itu agama yang hak, dan kalaulah kami bukan utusan khas, nescaya kami

(mengisytiharkan masuk) Islam. Kami akan kembali lagi kemudian dan (mengisytiharkan

masuk) Islam.”

Untuk mengakhiri perbincangan mengenai asas keadilan yang pertama, al-Ghazali

menyatakan bahawa, bahaya dan kepayahan kepimpinan adalah besar, sementara penjelasan

tentang perkara tersebut adalah panjang. Seseorang pemimpin akan selamat dengan menyertai

para ilmuwan agama yang mendalami perkara tersebut, supaya mereka mengajarkannya jalan

keadilan, agar mudah baginya bahaya urusan kepimpinan.

Asas Kedua: Mendapatkan Sebanyak-banyak Pengajaran daripada Ilmuwan yang

Mementingkan Akhirat

Asas kedua, bahawa pemimpin sentiasa rindu kepada bertemu ilmuwan-akhirat, dan

ingin mendapat sebanyak-banyak pengajaran daripada mereka, sama ada melalui pembacaan,

ataupun secara langsung.

Page 17: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

17

Dan hendaklah seseorang pemimpin itu menjauhkan diri daripada ilmuwan yang jahat

yang tamakkan dunia, yang suka memuja, memuji dan merai pemimpin untuk mendapatkan

harta-benda dalam kuasa pemimpin tersebut dengan tipu-muslihat dan penipuan. Ilmuwan yang

saleh adalah yang tidak ingin kepada harta-benda pemimpin, tetapi yang menyampaikan

pengajaran dan perkataan yang memberikan keinsafan.

Pada satu hari Shaqīq al-Balkhī bertemu Hārūn al-Rashīd, yang berkata, “Engkaulah

Shaqīq yang zahid.” “Benar aku Shaqīq, tapi aku bukan zahid,” kata ilmuwan tersohor Khurasan

itu, yang nantinya shahid sebagai panglima tentera di Transoxiana pada tahun 194/809.

Berkata Hārūn, “Berikan aku nasihat.” Berkata Shaqīq, “Bahawa Allah telah

mendudukkan engkau pada tempat Abu Bakar al-Siddīq; maka sesungguhnya Dia menuntut

daripadamu siddiq (kejujuran) seperti yang dituntut daripadanya. Dan Allah telah menempatkan

engkau pada tempat ‘Umar al-Khattab al-Faruq; maka Dia menuntut daripadamu membezakan

antara yang benar dengan yang palsu seperti yang dituntut daripadanya. Dan Allah telah

menempatkan engkau pada tempat ‘Uthman Dhī Nurayn; maka Dia menuntut daripadamu sikap

pemalu, mulia dan pemurah seperti yang dituntut daripadanya. Dan Allah telah menempatkan

engkau pada tempat ‘Alī ibn Abī Ṭālīb; maka dituntut daripadamu sifat berilmu dan adil seperti

yang dituntut daripadanya.”

Page 18: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

18

Berkata Hārūn, “Tambahkan lagi nasihatmu.” Berkata Shaqīq, “Bahkan. Sesungguhnya

Allah ta‘ala memiliki satu negeri bergelar Jahannam. Sesungguhnya engkau telah dijadikan

petugas yang menjaga pintu negeri itu—yang diberi tiga perkara: pertama, Perbendaharaan

Awam; kedua, pedang; dan ketiga, rotan / penyebat. Dan engkau diperintahkan agar melarang

segala manusia daripada masuk api neraka dengan tiga perkara tersebut. Maka sesiapa yang

ada hajat keperluan yang datang kepadamu, maka janganlah engkau menghambatnya

daripada Perbendaharaan Awam itu. Dan sesiapa yang menghalangnya, kau pukul penghalang

tersebut, dan kau ajarnya dengan rotan / penyebat. Dan sesiapa membunuh seseorang tanpa

hak, maka kau bunuhnya dengan pedang tersebut dengan izin wali yang dibunuh itu. Maka jika

tidak kau berbuat apa yang disuruh, maka engkaulah pemimpin isi neraka dan negeri yang

binasa.”

Hārūn berkata, “Tambahkan nasihatmu.” Dia berkata, “Engkau ibarat sumber mata-air

yang mengalir dan segala pegawai (yang membantumu mentadbir) alam adalah ibarat parit dan

terusan (yang mengalir dari sumber mata air tersebut). Apabila mata air itu jernih, maka lumpur

pada parit dan terusan tidaklah memberi mudarat; dan apabila mata air itu keruh, maka tiada

harapan jernih pada parit dan terusan.”

Page 19: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

19

Sekali Hārūn al-Rashīd keluar bersama al-‘Abbās ibn al-Ahnaf (pujangga istana)

menziarahi ilmuwan terkemuka Fuḍayl ibn ‘Iyāḍ. Ketika sampai di pintu rumahnya, Fuḍayl

sedang membaca ayat al-Qur’an,

ياهم أم حسب الذين اجت رحوا السييئات أن نعلهم كالذين آمنوا و ات سوا عملوا الا ما يكمون ﴿ ومات هم ﴾٨٦سا

“Apakah mereka yang membuat segala kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan

memperlakukan mereka sama seperti Kami akan memperlakukan orang-orang yang beriman

dan mengerjakan kebaktian, iaitu sama kehidupan mereka dan (sama) kematian mereka? Amat

jahatlah apa yang mereka sangka itu.”16 Hārūn berkata, “Jika kami datang untuk menuntut

pengajaran maka (ayat Qur’ān) ini telah memadai”.

Maka Hārūn menyuruh ‘Abbās mengetuk pintu, dan berkata, “Bukakan pintu ini demi

Amirul-Mukminin.” Waktu tersebut adalah malam; Fuḍayl mematikan nyala pelita dan

membukakan pintu. Hārūn masuk menggagau untuk berjabat tangan dengan Fuḍayl. Maka

ketika tersentuh tangannya dengan tangan Fuḍayl, berkata Fuḍayl, “Wah sayangnya tangan

yang lembut ini, jika tidak terlepas daripada seksa Allah!” Maka berkata Fuḍayl, “Hai Amirul-

Mukminin, bersegeralah engkau untuk menjawab kepada Allah ta‘ala pada hari kiamat. Maka

16 Al-Jāthiyah, 45: 21.

Page 20: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

20

engkau dituntut berdiri berserta segala orang Islam [di padang mahsyar], satu persatu, dan

dituntut kesaksamaanmu terhadap mereka masing-masingnya.”

Maka menangis Hārūn. Maka ‘Abbās berbisik, “Hai Fuḍayl, engkau mungkin membunuh

Amirul-Mukminin.” “Hai Hāmān,” berkata Fuḍayl, “engkau dan kelompokmulah yang telah

membinasakan baginda, dan engkau tuduh aku yang akan membunuh baginda!” Hārūn berkata

kepada ‘Abbās, “Tidak digelar engkau Hāmān, melainkan kerana engkau telah menjadikan aku

Fir‘awn.” Maka Hārūn mempersembahkan di hadapan Fuḍayl satu ribu dīnār, lalu berkata: “Ini

halal, daripada mas-kahwin ibuku dan harta warisan daripadanya.” Maka berkata Fuḍayl, “Kami

bukan meminta engkau melepaskan hartamu. Kembalilah kepada Tuhan; dengan [kembali

kepada Tuhanlah] engkau mempersembahkannya (ganjaran dalam bentuk pahala) kepada

kami.” Dan Fuḍayl keluar meninggalkan mereka, tanpa menerima apa-apa.

‘Umar ibn ‘Abd al-‘Azīz bertanyakan Muḥammad ibn al-Ka‘b al-Quraẓī—seorang perawi

hadith dalam generasi tabi‘in—agar menerangkan ciri-ciri keadilan kepada baginda. Al-Quraẓī

menjawab,

Kepada setiap yang lebih muda daripadamu, jadikan dirimu bapa; kepada setiap

yang lebih tua daripadamu, jadikan dirimu anak; dan kepada setiap yang sebaya

denganmu, jadikan dirimu saudara. Dan engkau hukumlah sesiapa yang berbuat

Page 21: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

21

jenayah setara dengan jenayahnya. Dan berhati-hatilah jangan engkau

menghukum seseorang kerana dengki, maka neraka tempatmu.

Pada suatu hari datang Abu Qilābah (pakar hadith dari bandaraya Bostra) ke majlis

‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, yang meminta nasihatnya. Dia berkata: “Daripada masa Nabi Adam

hinggalah ke hari ini, tiada seorang rajapun yang kekal.” Bila diminta meneruskan nasihatnya,

dia berkata: “Engkau raja, tetapi raja-raja yang terdahulu telah mati.” Bila diminta lagi untuk

meneruskan nasihatnya, dia berkata: “Jika Allah itu ada bersertamu, maka siapa yang engkau

takut; dan jika tidak Allah itu ada bersertamu, maka ke mana tempat untuk engkau

melindungkan dirimu?” Berkata ‘Umar, “Memadailah padaku apa yang kau nasihatkan itu.”

Al-Ghazali menyatakan: sebaik-baiknya bagi yang memimpin, jadikanlah kisah-kisah ini

sentiasa dalam penelitiannya, dan menerima nasihat-nasihat yang telah diberikan kepada yang

lain sebelumnya. Ketika dia melihat seorang ilmuwan, maka dia meminta nasihat daripadanya.

Dan sepatutnya bagi yang berilmu itu, menasihatkan segala para pemimpin seperti nasihat-

nasihat ini, tanpa lalai dan memungkiri kebenaran hingga bersekutu dalam kezaliman dan

penganiayaan.

Page 22: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

22

Asas Ketiga: Mengawal Nafsu Peribadi dan Sifat Berkecukupan

Asas ketiga adalah, pemimpin juga mesti mampu mengawal nafsu dan kehendak

peribadi. Iaitu, sifat mampu untuk memelihara diri, mengawal nafsu dan kehendak peribadi

sehingga apa yang seseorang itu suka atau tidak suka, akan berlandaskan petunjuk akal yang

sihat dan pedoman agama yang benar. Ini penting termasuk dalam mengawal dan

mengendalikan keinginan nafsu kelamin, nafsu makan, dan nafsu yang cintakan harta, pangkat

dan kemegahan. Tanpa sifat berkecukupan dalam keperluan dan mengurangkan keinginan,

sukar untuk pemimpin berlaku adil dan saksama, tanpa menjejaskan kehidupan para pengikut.

Allah menyatakan bahawa “Dan Dia mendapatimu [Nabi] sebagai seorang yang

kekurangan [tanpa harta dan miskin], lalu Dia memberikan kecukupan [dalam keperluan dunia]”

(al-Duha, 93: 8):

﴾٢ووجدك عائل فأغن ﴿

Rasulullah s.‘a.w. pernah menyatakan, berkecukupan itu harta yang tak pernah habis. Dan

salah satu daripada doa-doa Baginda s.‘a.w. ialah, “Ya Allah, kurniakanlah kepada keluarga

kami rezeki, dan [kemudian] kurniakanlah rasa berkecukupan dengan apa yang Engkau

kurniakan.”

Page 23: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

23

Sewaktu kaum Quraysh menawarkan harta, wanita atau takhta kepada Rasulullah

s.‘a.w. menerusi bapa saudaranya Abu Talib supaya menghentikan penyebaran Islam, Baginda

menjawab, “Walaupun mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan

kiriku, aku tetap akan meneruskan perjuangan.”

Pernah para Sahabat berada dalam keadaan lapar hingga mengikat batu di perut, tetapi

mereka dapati pemimpin mereka (Rasulullah s.‘a.w. ) lebih lapar lagi hingga mengikat dua batu

di perut.

Dalam tahun 18 Hijriyyah, sewaktu kemarau di Semenanjung Arab, Khalifah ‘Umar tidak

makan daging, minyak sapi, ikan ataupun makanan-makanan lazat yang lain. ‘Umar pernah

berkata, “semakin tinggi jawatan seseorang, semakin banyak khidmat dan tugasnya kepada

rakyat.”

Asas Keempat: Mengawal Diri, Pegawai dan Keluarga

Asas keempat, jangan sekadar diri pemimpin sendiri tidak berlaku aniaya, tetapi

hendaklah memupuk tertib (disiplin) segala pegawai, kakitangan, kawan, teman, ahli keluarga,

dan anak-anaknya. Janganlah seseorang pemimpin itu mendiam atau membiarkan sahaja

mereka melakukan penganiayaan. Sesungguhnya seseorang pemimpin itu akan dipersoalkan

Page 24: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

24

bukan sahaja mengenai penganiayaan yang dilakukannya sendiri, tetapi juga mengenai

penganiayaan oleh para pegawainya.

Khalifah ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb pernah menulis surat kepada gabenor Rayy, Abū Mūsā al-

Ash‘arī, yang antara lainnya mencatatkan: “Pemimpin paling bahagia adalah pemimpin yang

segala rakyatnya bahagia dengannya, dan pemimpin paling celaka adalah pemimpin yang

segala rakyatnya celaka mendapat kesusahan dengannya. Waspadalah daripada bermewah-

mewah, maka pegawai anda mengikut segala perbuatanmu...”

Tertulis dalam kitab Tawrat, ‘segala penganiayaan oleh pegawai yang diketahui oleh

Sulțān (pemimpin) tetapi didiamkannya, adalah penganiayaan yang dilakukan oleh pemimpin itu

sendiri, dan dihisab atasnya.’

Pemimpin sepatutnya tahu bahawa tiada yang lebih dimurkai oleh Allah daripada orang

yang menjual agama dan akhiratnya dengan harga dunia orang lain. Seseorang pemimpin yang

mendiam atau membiarkan sahaja pegawainya melakukan penganiayaan, adalah seorang

pemimpin yang menjual agama dan akhiratnya dengan harga dunia para pegawainya.

Ini kerana sekalian pegawai dan pesuruh bagi seseorang pemimpin bekerja untuk

kepentingan mereka sendiri di dunia. Mereka menyebabkan penganiayaan tampak baik di mata

pemimpin, lalu menghantar pemimpin tersebut ke neraka asalkan kehendak mereka tercapai.

Page 25: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

25

“Apakah musuh yang lebih besar,” tanya al-Ghazali, “daripada mereka yang membinasakanmu

demi wang-ringgit yang mereka harapkan akan mereka perolehi melalui usaha-usaha mereka

yang haram.”

Seharusnyalah, bagi pemimpin yang berkehendak untuk memelihara keadilan kepada

segala pengikut atau rakyatnya, bahawa ditertibkan atas jalan keadilan segala pegawainya,

kakitangannya, ahli keluarganya, dan anak-anaknya.

Tidak ada sesiapapun yang dapat mengusahakan keadilan yang sempurna melainkan

dengan dia terlebih dahulu memelihara keadilan dalam dirinya. Keadilan dalam diri tertegak

dengan mengawal nafsu syahwat dan nafsu amarah supaya bertuankan akal dan agama, dan

jangan akal dan agama yang bertuankan kepada nafsu syahwat dan nafsu amarah.

Sebaliknya kebanyakan manusia menuruti nafsu dan syahwat mereka, dan akal

diperhamba untuk memikirkan tipu dan daya untuk mencapai kehendak nafsu syahwat. Mereka

tidak tahu bahawa akal itu berasal daripada kehalusan malaikat, daripada tentera Allah Yang

Maha Besar, Yang Maha Berkuasa. Dan segala nafsu syahwat dan nafsu amarah itu daripada

tentera Syaitan. Bagaimanakah seseorang yang menjadikan tentera Allah dan tentera malaikat

sebagai tawanan kepada tentera Syaitan, boleh melaksanakan keadilan kepada orang lain?

Page 26: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

26

Matahari keadilan itu pertama-tamanya nyata kelihatan dalam dada pemimpin.

Kemudian tertebarlah sinarannya pada ahli keluarganya. Dan dipertanggungjawabkan kepada

segala pemimpin supaya cahaya keadilannya itu menerangi segala pengikutnya. Tetapi untuk

menuntut terang cahaya tanpa adanya matahari, adalah menuntut yang mustahil yang tidak

mungkin diperoleh.

Al-Ghazali memperingatkan:

Ketahui olehmu hai pemimpin, dan harus jelas dalam hatimu, bahawa keadilan

itu terbit daripada kesempurnaan akal. Dan kesempurnaan akal itu adalah

engkau melihat segala sesuatu seperti hakikat adanya, dan engkau dapat

melihat yang sebenar-benar batinnya tanpa dikelirukan oleh yang zahirnya.

Umpamanya, jika engkau menganiayai manusia kerana dunia, maka

pertimbangkanlah apa tujuan dan matlamatmu. Jika tujuanmu adalah untuk

makanan yang lazat, maka wajib kau ketahui bahawa itu adalah tujuan nafsu

syahwat binatang dalam rupa manusia. Sebenarnya, bermatlamatkan kehendak

kepada makanan itu tidak lain dari perangai binatang liar. Jika tujuanmu untuk

menimpakan kemarahan kepada segala musuhmu, maka engkau itu binatang

buas dalam rupa manusia, kerana melepaskan kemarahan secara melampau

dari hati itu tidak lain dari perangai binatang buas. Jika tujuanmu adalah supaya

semua manusia berkhidmat kepadamu, maka sebenarnya engkau bodoh dalam

rupa orang yang berakal. Kerana jikalau benar engkau itu berakal, tentu engkau

Page 27: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

27

ketahui bahawa segala yang berkhidmat kepadamu itu sebenarnya berkhidmat

dan menghambakan diri untuk perut dan nafsu syahwat mereka sendiri. Dan

tandanya, jikalau mereka mendengar khabar berita bahawa kepimpinan itu

diambil daripadamu dan diberikan kepada yang lain, tentu semua mereka

berpaling daripadamu, dan berebut-rebut memperkenalkan diri mereka kepada

pemimpin baru itu. Di mana sahaja yang mereka ketahui terdapat wang ringgit, di

tempat itulah mereka berkhidmat dan bersujud. Maka pada hakikatnya engkau

bukanlah tempat mereka berkhidmat tetapi bahan tertawaan mereka. Orang

yang berakal itu melihat semangat dan hakikat segala sesuatu dan tidak tertipu

dengan rupa zahirnya. Dan hakikat kepimpinan adalah yang telah kami sebut

dan nyatakan. Maka segala orang yang tidak percaya akannya bukanlah orang

yang berakal. Dan sesiapa yang tiada berakal, tidak akan berlaku adil, dan

tempat tinggalnya itu api neraka. Sebab itulah modal segala kebahagiaan itu

tidak lain daripada akal.

Page 28: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

28

Asas Kelima: Mengawal Nafsu Marah

Asas kelima, bahawa pemimpin tidak seharusnya takabbur membesar diri. Takabburlah

yang menyebabkan kemarahan menguasai diri, sedangkan kemarahan itu seteru yang

membinasa lagi menghentikan akal, dan mendorong kepada membalas dendam kemarahan.17

Apabila kemarahan mencengkam, maka sepatutnya seseorang pemimpin itu cenderung

kepada memaafkan, dan membiasakan diri dengan sifat mengasihani dan bersabar. Maka

apabila terbiasa sedemikian bagi seseorang pemimpin, dia seumpama bayangan segala nabi

dan wali, yang memimpin umatnya dengan sifat mengasihani dan bersabar. Dan apabila

terbiasa bagi seseorang pemimpin itu dikuasai nafsu amarah, dia umpama bayangan binatang

buas dan haiwan liar, yang hidup dalam undang-undang rimba tidak mengenal belas-kasihan.

Disebutkan kepada Rasulullah s.‘a.w. bahawa seseorang itu kuat lagi berani. Maka

Rasulullah s.‘a.w. menyoal, “Bagaimana [kekuatan dan keberaniannya]?” Mereka menjawab,

“Sesiapa pun yang bergelut dengannya akan dapat ditumbangkannya. Semua orang tumpas

kepadanya.” Maka sabda Nabi s.‘a.w., “Yang kuat lagi berani itu adalah sesiapa yang

mengalahkan kemarahannya, bukan yang menumbangkan lawannya [dalam pergelutan fizikal

dengan orang lain].”

17 Lihat selanjutnya, “Kitab Tercelanya Marah,” dalam Bahagian Perbuatan yang Membinasakan, dalam Ihya’

‘Ulūmiddīn, karya al-Ghazali.

Page 29: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

29

Nabi s.‘a.w. bersabda, “sesiapa yang ada tiga ciri berikut maka sempurnalah imannya.

Pertama, seseorang yang menahan kemarahannya. Kedua, seseorang yang adil sama ada dia

dalam keadaan gembira mahupun marah. Ketiga, seseorang yang memaafkan apabila dia

marah sedangkan dia berkuasa (untuk membalas kemarahan).”

‘Umar r.‘a. berkata, “Jangan percaya kepada akhlak seseorang hinggalah anda telah

mengujinya ketika dia sangat meinginginkan [membalas kemarahan] atau mendambakan [hak

orang lain].”

Kebanyakan pemimpin sangat marah kepada seseorang yang mencaci maki mereka.

Diceritakan bahawa seorang laki-laki menghamburkan sumpah dan seranah kepada ‘Alī Zayn

al-‘Ābidīn. Maka baginda berkata, “Hai lelaki, antara aku dan neraka Jahannam ada halangan.

Jika berjaya aku melepasi halangan tersebut, maka tidak mengapalah sumpah dan seranahmu

itu; dan jika aku gagal melepasi halangan tersebut maka keadaanku adalah lebih buruk

daripada sumpah dan seranahmu itu.”

Sabda Rasulullah s.‘a.w., “Sesungguhnya seorang yang baik hati dan pemaaf telah

mencapai darjat seorang yang berpuasa lagi mendirikan sembahyang. Dan seorang laki-laki

dicatatkan dalam senarai para pemimpin yang jahat, meskipun dia tidak berkuasa melainkan

hanya ke atas ahli keluarganya sahaja.”

Page 30: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

30

Sabda Nabi s.‘a.w., “Bagi neraka itu satu pintu, yang tidak masuk padanya melainkan

orang yang menuruti kemarahannya bersalahan dengan syarak.”

Diceritakan bahawa Iblis pernah datang kepada Nabi Musa dan berkata: “Hai Musa, tiga

perkara akan kuajarkan kepadamu...[Pertama] Waspadalah terhadap sifat cepat marah, kerana

laki-laki yang panas baran itu melulu fikirannya, dan aku boleh mempermain-mainkannya

dengan mudah, seperti kanak-kanak bermain dengan bola. [Kedua] Berhati-hatilah dengan

lidah, kerana tidak ada perangkap yang aku pasang untuk manusia yang aku bergantung

kepadanya lebih banyak daripada lidah. [Ketiga] Waspadalah terhadap sifat bakhil, kerana aku

mencelakakan orang yang bakhil, kedua-duanya di akhirat dan di dunia.”

Sabda Rasulullah s.‘a.w., “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia

berkuasa untuk membalas kemarahannya, Allah memenuhi hatinya dengan Iman.”

Sabda Nabi s.‘a.w., “Celakalah bagi yang marah dan (celakalah bagi) yang suka kepada

apa yang dimarahi Allah.”

Datang seorang laki-laki kepada Nabi s.‘a.w., dan katanya, “Ajarkan daku amalan, yang

dengannya aku boleh masuk syurga.” Maka sabda Rasulullah s.‘a.w., “Jangan engkau marah!”

Page 31: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

31

Asas Keenam: Kasihi Pengikut seperti Diri Sendiri, terutama ketika Kemelut dan Krisis

Asas keenam adalah, dalam setiap keadaan, seseorang pemimpin perlu meletakkan

dirinya di tempat pengikut dan bayangkan kalau pengikutnya yang jadi pemimpin. Apa saja

yang dia tak berkenan untuk dirinya sendiri kalau orang lain jadi pemimpin, maka jangan dia

buat kepada orang lain. Apa saja yang dia tak setuju, tak gembira, tak puas hati, tak senang,

tak suka, tak mahu, dan tak rela untuk dirinya sendiri kalau orang lain jadi pemimpin, maka

jangan dia buat kepada orang lain. Al-Imam al-Ghazali dalam Nasihat al-Muluk dan Kimiya-yi al-

Sa‘adah menyatakan kalau tidak, maka seseorang pemimpin itu telah berkhianat dan

memperdaya pengikutnya.

Dalam tahun 2 H / 624 M, berlaku perang yang pertama antara Nabi Muḥammad s.‘a.w.

dengan kafir Quraish. Pada hari peperangan Badar, Rasulullah s.‘a.w. duduk di tempat yang

ada naungan redup. Maka turun Jibril dan berkata, “wahai Rasulullah s.‘a.w., engkau duduk di

tempat yang redup ada naungan dan semua sahabatmu di tempat yang panas. Macam mana

boleh jadi begini?” Pada waktu kemelut dan krisis, Nabi s.‘a.w. telah ditegur melalui Jibril untuk

kadar perbezaan yang tersebut! Harus diingat, tempat bernaung bagi seseorang pemimpin

adalah naungan Allah—yang pada hari kiamat, pemimpin yang adil pada segala rakyatnya akan

bernaung pada naungan-Nya itu.

Page 32: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

32

Sabda Nabi s.‘a.w: “Barang siapa suka untuk lepas dari api neraka dan masuk syurga,

maka hendaklah dia mati dengan kalimat shahadah, dengan niat segala perkara yang tidak

disukai bagi dirinya sendiri, tidak disukainya bagi seseorang Islam yang lain.”

Sabda Nabi s.‘a.w: “Barang siapa bangun pagi dan dalam hatinya itu ada tujuan dan

matlamat selain (daripada keredhaan) Allah, maka tidak ada apa-apa yang akan diperolehinya

daripada Allah, dan barang siapa yang tidak mengasihi segala orang Islam, maka dia bukan

sebahagian daripada mereka.”

Asas Ketujuh: Melaksanakan Tugas Kepimpinan Tanpa Lelah dan Jemu

Asas ketujuh adalah, seseorang pemimpin tidak memandang hina permohonan orang-

orang bawahan yang mempunyai hajat yang betul yang sampai ke pintu pejabatnya. Dia

seharusnya takut kepada bahaya keagamaan, kalau memandang hina kepada keperluan

pengikut dan rakyatnya.

Bagi seseorang pemerintah atau pemimpin, berusaha menunaikan hajat pengikut dan

rakyat lebih afdal dan lebih penting daripada menunaikan ibadat-ibadat yang sunat. Selagi ada

keperluan rakyat yang perlu dipenuhi, seseorang pemimpin itu tidak perlu menunaikan ibadat-

ibadat yang sunat. Mengulangi riwayat Ibn ‘Abbas tentang kisah Nabi s.‘a.w. dengan pemimpin

Page 33: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

33

Quraish di atas, Nabi s.‘a.w. bersabda bahawa “Antara kewajiban tugas kepimpinan itu,

termasuklah apabila belas-kasihan diminta oleh rakyat, maka hendaklah seseorang pemimpin

itu mengasihi rakyat; apabila pertimbanganan diminta, maka keputusan dan pelaksanaan

keputusan atau ketetapan yang adil perlulah berjalan, dan janji seseorang pemimpin kepada

pengikutnya perlu ditepati. Barangsiapa sengaja tidak melaksanakan amanah kepimpinan

tersebut, maka terimalah laknat Allah dan laknat segala malaikat, dan tidak diterima Allah

amalan fardu dan sunatnya.”

Satu hari Khalifah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Azīz menunaikan keperluan rakyatnya sampailah

ke waktu zohor. Maka baginda keletihan dan balik ke rumah untuk berehat. Maka berkata

anaknya, “Macam mana ayah boleh pasti yang ayah tidak akan mati pada saat ini sedangkan di

pintu pejabat [khalifah] ayah ada orang yang menanti untuk keperluannya dipenuhi, dan ayah

belum menunaikan tanggungjawab ayah kepadanya?” Maka kata Umar, “Engkau betul,” lalu

Umar segera bangkit kembali ke pejabatnya.

Ini pastinya mensyaratkan seseorang pemimpin perlu mempunyai daya-tahan;

maksudnya, keupayaan dan kemampuan yang kuat. Untuk memiliki daya-tahan, seseorang itu

mestilah mempunyai keupayaan jasmani dan juga kekuatan akal. Ini akan menghasilkan

peribadi yang teguh, tabah, kukuh dan tekun (persistent), yang tidak mudah goyah dan tidak

Page 34: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

34

kenal putus asa. Perintah Allah dalam surah al-Ahqaf (46) ayat 35, “Maka bersabarlah kamu

seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati (ūlū al-‘azmi) dari rasul-rasul telah

bersabar..” فاصب كما صب ر أولو العزم من الرسل

Kekuatan akal dan keupayaan jasmani adalah lebih berharga dari sekadar harta-benda;

badan kita pun ada hak ke atas diri kita, dan hak bermaksud sebahagian dari agama dan

kerohanian. Ilmu dan kesihatan merupakan amanah dari Allah; orang yang kuat dan sihat

adalah bermanfaat kepada orang lain dan beribadah kepada Allah lebih dari yang lemah dan

sakit. Para pemimpin Islam di kalangan para Sahabat, sarjana dan Sufi ramai yang panjang

umurnya, tanpa bantuan antibiotik, pembedahan, ubat bius, vitamin, dan tanpa pengetahuan

sains tentang kuman dan sebagainya.18

Asas Kelapan: Berperilaku Ramah, Tidak Kejam

Asas kelapan, seseorang pemimpin selagi boleh seharusnya berperilaku ramah (al-rifq)

bukan kejam (al-‘unaf) kepada rakyat atau pengikut. Kejam di sini bermaksud bengis, biadap,

kasar, sukakan kekerasan, dan tiada ketertiban.

18 Nuh Ha Mim Keller, Sea without Shore: A Manual of the Sufi Path (Maryland: Amana Publications, 2001), 180.

Page 35: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

35

Dalam satu sabda Nabi s.‘a.w., “segala pemimpin yang tidak kasih pada rakyatnya,

maka tiada dikasihi akan dia pada hari kiamat.” Dalam satu doa, Rasulullah s.‘a.w. mendoakan

‘agar Allah berlembut kepada para pemimpin yang berperilaku ramah kepada rakyat dan

pengikutnya, dan agar Allah bengis kepada para pemimpin yang bengis kepada rakyat dan

pengikutnya.’ Dalam satu lagi sabda Nabi s.‘a.w., “kepimpinan itu satu kebajikan kalau

digunakan untuk kebajikan, tetapi kepimpinan itu satu kejahatan kalau digunakan untuk

kejahatan.”

Hishām ibn ‘Abd al-Malik, salah seorang khalifah bani ‘Umayyah, suatu hari bertanya

kepada Abū Ḥāzim, hakim bandaraya Madinah dan antara ilmuwannya yang paling bertaqwa:

“Apakah pentadbiran yang berjaya dalam urusan kepimpinan (al-khilāfah)? Beliau menjawab,

“bahawa jika kau dapatkan wang, dapatkannya daripada sumber yang halal, dan kau berikan

wang itu kepada seseorang yang berhak.” Maka ditanyanya, “Siapakah yang berupaya untuk

berbuat demikian?” Maka jawab Abū Ḥāzim, “Sesiapa yang gemar pada segala nikmat syurga,

dan lari dari seksa api neraka.”

Page 36: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

36

Asas Kesembilan: Pemimpin Mengasihi Rakyat, Rakyat Mengasihi Pemimpin

Asas kesembilan, seseorang pemimpin berusaha bersungguh-sungguh sehingga para

pengikut atau rakyat menuruti seseorang pemimpin melalui kemahuannya sendiri, melalui rasa

minat yang mendalam, dan secara suka-rela, dan selaras dengan tuntutan agama dan shari‘ah.

Nabi s.‘a.w. pernah bersabda kepada para Sahabat, “sebaik-baik pemimpin bagi umatku

itu, pemimpin yang mengasihi rakyat dan dikasihi oleh rakyat. Dan sejahat-jahat pemimpin bagi

umatku itu, pemimpin yang dibenci rakyat, dan pemimpin tersebut membenci rakyat, dan

mereka memaki hamun pemimpin mereka dan pemimpin mereka memaki hamun atau

menyumpah seranah pengikut mereka.”

Asas Kesepuluh: Tidak Menyalahi Agama dan Syariah

Asas kesepuluh, pemerintah, pemimpin, pengurus, dan ketua dalam hendak

menyukakan hati para pengikutnya, jangan sampai menyalahi agama dan syariat Islam. Tidak

menjadi masalah kalau ada sedikit rakyat atau pengikut benci sebab kita tak nak menyalahi

syariah.

Dalam zaman para Sahabat, khalifah juga merupakan hakim. Jadi, Saidina ‘Umar ibn al-

Khaṭṭāb selalu menyatakan, “setiap pagi bila aku bangun, separuh manusia yang akan terlibat

Page 37: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

37

[kalah] dalam perbicaraan mahkamah tidak suka kepadaku, dan tidak mungkin untuk

memuaskan hati kedua-dua belah pihak dalam sesuatu perbicaraan. Tetapi satu kebodohan

besar kalau kita kesampingkan keredhaan Allah untuk memuaskan hati manusia.”

Pemerintah agung kerajaan Islam yang merentas Afrika Utara hingga ke Lautan Atlantik,

Sudan dan Kepulauan Greece serta selat Dardanellia, Mu‘āwiyah ibn Abu Sufyan, pernah

mengutus surat memohon nasihat kepada ‘Ā’ishah radiallāhu‘anhā. Balasan ‛Ā’ishah,

“Kudengar Rasulullah s.‘a.w. bersabda, barangsiapa mencari keredhaan Allah walaupun

menyebabkan manusia tidak berpuas hati kepadanya, maka Allah akan redha kepadanya dan

Allah akan menyebabkan manusia suka kepadanya; tetapi kalau seseorang pemimpin cuba

memuaskan hati rakyat dengan cara yang dibenci oleh Allah, maka Allah akan membencinya

dan Allah akan menyebabkan manusia benci kepadanya.” Contoh pemimpin yang cuba

memuaskan hati rakyat dengan cara yang dibenci oleh Allah—adalah seseorang pemimpin

yang memberi habuan yang haram kepada pengikutnya, atau yang menjamu pengikutnya

dengan makanan dan minuman yang haram.

Page 38: Mohd Sani bin Badron Pemikiran universal yang terkandung ... · 3 Nasihat al-Muluk itu merupakan bahagian-bahagian yang terpilih, khasnya dari satu bab karya lainnya Kimiya-yi-Sa‘adat,9

38

Penutup

Imam al-Ghazali menegaskan bahawa, pelbagai cerita dan khabar yang mengandungi

nasihat itu cukup bagi kebaikan segala pemimpin. Andainya akar iman itu wujud, kesan cerita

dan khabar itu pasti mantap. Jika ini tidak berkesan, maka itu kerana hati mereka itu telah sunyi

daripada iman, dan kerana tiada iman yang tinggal melainkan sekadar cakap-cakap mulut

sahaja bahawa mereka beriman.

Imam al-Ghazali menyatakan: “Aku tak tahu iman apa yang ada dalam hati seorang

pegawai yang mengambil harta orang Islam (tanpa hak), atau yang memberikannya kepada

orang lain (yang tidak berhak), sedangkan dia diamanahkan dengan harta tersebut untuk

kepentingan awam seluruhnya. Dosanya berkekalan; dan Allah menuntutnya pada hari kiamat.

Hasilnya akan pergi kepada orang lain, sedangkan dosa dan kecelakaan baginya pada hari

Kebangkitan. Inilah sehabis-habis kelalaian seseorang, dan sangat lemah tiada seberapa

agamanya.”