laporan pmk green corridor-towards energy saving · penyelia projek: mohd nezuan bin othman unit...

14
LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

LAPORAN

PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS

ENERGY SAVING

PENYELIA PROJEK:

MOHD NEZUAN BIN OTHMAN

UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN

POLITEKNIK MELAKA

Page 2: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

1.0 PENGENALAN

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang di gunakan samada di rumah

ataupun di tempat kerja. Kegunaan tenaga elektrik di rumah kebiasaannya digunakan bagi

tujuan pencahayaan, peralatan elektrik dan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh,

pendingin hawa dan televisyen. Manakala kegunaan tenaga elektrik di tempat kerja adalah

bergantung kepada jenis pekerjaan seseorang tetapi kebiasaannya melibatkan penggunaan

penghawa dingin, mesin Photostat, computer dan peralatan kerja seperti mesin dan

sebagainya.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu dalam memastikan pengurusan

tenaga elektrik yang digunakan adalah minimum tanpa menjejaskan gaya hidup seseorang.

Perbuatan membazirkan sumber bekalan elektrik merupakan satu budaya yang harus

dibendung bermula dari rumah. Pengetahuan terhadap sistem kecekapan tenaga adalah

amat penting agar setiap kerja yang dilakukan samada di rumah mahupun di pejabat dapat

disempurnakan dengan menggunakan tenaga elektrik yang minima sekaligus dapat

mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung bagi membayar bil elektrik setiap bulan.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membudayakan sistem

pengurusan cekap tenaga di Malaysia antaranya adalah program pembinaan bangunan

cekap tenaga bagi bangunan-bangunan kerajaan, sistem pelepasan cukai bagi barangan

import dan tempatan yang menggunakan sistem cekap tenaga, sistem SAVE Rebat dan

program FIT(FEED IN TARIFF), sistem penarafan kecekapan tenaga bagi bangunan-bangunan

di Malaysia dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau. Ini bertujuan

bagi menggalakkan industry tempatan dan pengguna domestic agar mematuhi standart dan

garis panduan ini dalam menguruskan tenaga di bangunan masing-masing. Kita perlu ingat

bahawa sumber bahan bakar yang digunakan semakin berkurangan, peningkatan harga

bahan api yang semakin tinggi selain perubahan iklim bumi yang semakin panas akibat

Page 3: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

pembebasan gas yang tidak terkawal semakin memberi kesan tidak langsung kepada

peningkatan kos perbelanjaan bil elektrik. Sekiranya setiap individu yang bertanggungjawab

dapat melaksanakan pengurusan tenaga yang cekap di premis masing-masing, penjimatan

sehingga 20% dari jumlah bil akan dapat dijimatkan dan ini pastinya mampu merancakkan

lagi ekonomi di Malaysia selain memelihara sumber asli dan mengurangkan kesan rumah

hijau di Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Politeknik Melaka merupakan sebuah institusi pendidikan yang berpusat di kawasan

premis perniagaan dan menempatkan hampir 1800 orang pelajar dari 5 kursus yang berbeza

iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan

Awam, Diploma Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Perakaunan. Para pelajar ini akan

melalui sesi pembelajaran mereka di sekitar kawasan Politeknik Melaka yang terhad samada

di bilik-bilik kuliah, makmal-makmal atau bengkel-bengkel yang berada. Waktu operasi

pembelajaran adalah bermula dari jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Manakala

pensyarah yang bertugas sebagai tenaga pengajar di sini ditempatkan di 2 lokasi berbeza

iaitu bilik pensyarah utama dan bilik pensyarah jabatan perdagangan. Disebabkan utiliti

penggunaan pusat pembelajaran yang tinggi di Politeknik Melaka ini dan ditambah dengan

tariff elektrik yang menggunakan kadar industri, Politeknik Melaka saban tahun telah

membelanjakan sekurang-kurangnya RM30,000 ke RM40,000 setahun bagi pembayaran bil

elektrik bagi 72 unit bangunan milik Politeknik Melaka dan unit yang disewa.

Bertitik tolak dari itu, pada tahun 2014, Politeknik Melaka telah mewujudkan satu

jawatankuasa PMK Polygreen. Unit ini yang dinaungi oleh Pengarah Politeknik Melaka iaitu

Puan Hajah Rashidah Bte Mustapa dan di selaraskan oleh Tuan Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar

telah merangka satu pelan tindakan agar jumlah pembayaran bil bagi kegunaan utility di

Politeknik Melaka dapat dikurangkan. Unit ini dibahagikan kepada 3 struktur utama iaitu

Pengurusan Air, Pengurusan Tenaga dan Pengurusan Persekitaran. Secara asasnya,

Page 4: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

jawatankuasa pengurusan air diketuai oleh Tuan Hj Mohd Din selaku Ketua Jabatan

Kejuruteraan Awam akan bertindak menguruskan sebarang projek melibatkan proses

penjimatan air, jawatankuasa pengurusan tenaga diketuai oleh Encik Abdul Rahim Jalaludin

selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik akan bertindak menguruskan sebarang projek

melibatkan proses penjimatan tenaga elektrik manakala jawatankuasa pengurusan

persekitaran diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Tulka selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal akan bertindak menguruskan projek berkaitan penghawa dingin.

Melalui penubuhan jawatankuasa PMK Polygreen ini, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

telah memulakan langkah awal dalam merangka pelan tindakan penjimatan tenaga elektrik.

Satu jawatankuasa kecil telah ditubuhkan diketuai oleh saudara Mohd Nezuan Bin Othman

selaku pengarah program bagi merialisasikan langkah penjimatan tenaga elektrik. Maka,

satu kertas kerja telah dirangka iaitu PMK GREEN CORRIDOR (towards energy saving) bagi

memperolehi dana dan melaksanakan pilot project menukar lampu kalimantang kepada

lampu jimat tenaga jenis Light Emmiting Diode (LED) di bilik pensyarah utama Politeknik

Melaka.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Tujuan pelaksanaan projek PMK Green Corridor (towards energy saving) adalah bagi

mencapai tujuan berikut:

i. Menukar lampu kalimantang jenis T8 di bilik pensyarah utama kepada lampu

yang mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 15% iaitu lampu LED.

ii. Menyediakan sistem pencahayaan yang lebih baik di bilik pensyarah utama.

iii. Memperluaskan penggunaan teknologi hijau dan peralatan cekap tenaga di

pejabat sebagai menyahut kempen Melaka Green City State 2020.

Page 5: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

iv. Menyahut saranan kerajaan persekutuan yang mewajibkan setiap premis dan

bangunan kerajaan agar melaksanakan kempen penurunan bil utility

sebanyak 5%.

v. Memberi pengalaman kepada para pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Melaka dengan teknik pendawaian bangunan dalam situasi

sebenar.

4.0 RINGKASAN PELAKSANAAN PROJEK

Secara ringkasnya, perlaksanaan projek PMK Green Corridor (towards energy saving)

ini dilaksanakan melalui beberapa fasa iaitu:

FASA PERTAMA (JANUARI 2014 – MAC 2014)

Lantikan ahli jawatankuasa induk program PMK Green Corridor (seperti Lampiran 1)

Sesi brainstorming bagi memfokuskan permasalah pengurusan tenaga di PMK

Skop perlaksanaan projek:

Mengenalpasti lokasi bagi melaksanakan projek PMK Green Corridor

Mengenalpasti kaedah@langkah penjimatan yang bakal digunapakai

Melaksanakan kajian literature terhadap keperluan perlaksanaan projek

Analisis penggunaan tenaga elektrik di lokasi terpilih

Jenis-jenis lampu yang mampu memberikan penjimatan tenaga

Lantikan jawatankuasa kecil program bagi melaknakan pelan tindakan sebelum,

semasa dan selepas program.

Page 6: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

FASA KEDUA (APRIL 2014 – OGOS 2014)

Merangka kertas kerja bagi tujuan pembiayaan peruntukan projek

Membuat kajian pasaran untuk mendapatkan harga kos setiap bahan yang

diperlukan bagi melaksanakan program PMK Green Corridor

Kertas kerja dipohon adalah seperti berikut :

PMK Green Corridor RM15,400.00

SKOP PROJEK: membina sistem pencahayaan baru di 20 lokasi tangga dan

koridor sekitar Politeknik Melaka menggunakan sistem sensor pergerakan.

PMK Green Wakaf RM13,000.00

SKOP PROJEK: membina satu wakaf berteknologi hijau iaitu menggunakan

solar panel sebagai sumber tenaga kepada pencahayaan,kipas dan televisyen

bagi medium penyampaian maklumat.

PMK Green Corridor (towards energy saving) RM15,958.00

SKOP PROJEK: menukar 158 batang lampu jenis fluorescent di bilik pensyarah

utama kepada lampu jimat tenaga jenis LED bagi tujuan pencahayaan.

Pertimbangan permohonan kertas-kertas kerja yang dibuat adalah di bawah kuasa

pihak pengurusan Politeknik Melaka dan perlu mendapatkan kelulusan dari pihak

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik

FASA KETIGA (SEPTEMBER 2014 – KINI)

Memfokuskan projek PMK Green Corridor (towards energy saving) yang telah

dipersetujui secara lisan oleh pihak pengurusan Politeknik Melaka untuk

dilaksanakan.

Page 7: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

Membuat kajian terperinci tentang jenis lampu yang bakal digunakan dalam projek

ini iaitu lampu jenis Light Emitting Diode (LED)

Melaksanakan proses perolehan.

Merangka satu program melibatkan pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Melaka dalam melaksanakan tugas pemasangan lampu LED di bilik

pensyarah utama.

Pemantauan terhadap projek yang telah selesai dilaksanakan

JAN - MAC

2014

APRIL –

OGOS 2014

SEPT – DIS

2014

SEPANJANG

TAHUN 2015

FASA PERTAMA

Lantikan j/kuasa induk

Sesi brainstorming

Memilih skop projek

Kajian literature projek

Lantikan j/kuasa kecil

FASA KEDUA

Merangka kertas kerja program

Membuat kajian pasaran

Membentang 3 proposal program

Menunggu kelulusan peruntukan

FASA KETIGA

Fokus terhadap program yang telah diluluskan iaitu PMK Green Corridor (towards energy saving)

Melaksanakan proses perolehan

Proses perlaksanaan projek bersama-sama pelajar JKE.

Pemantauan keberkesanan perlaksanaan projek

TEMPOH

H AKTIVITI

H

Page 8: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

5.0 IMPAK PROJEK

Melalui perlaksanaan program PMK Green Corridor (towards energy saving) ini,

pelbagai kesan positif dapat dilihat secara langsung dan tidak langsung. Berikut disenaraikan

impak projek ini terhadapa Politeknik Melaka :

a) penjimatan bayaran bil bagi suku tahun pertama 2015 yang menunjukkan

trend penurunan berbanding suku tahun pertama tahun 2014.

b) Menambahbaik kadar pencahayaan di bilik pensyarah utama iaitu dari sekitar

381 lux kepada 491 lux secara purata.

c) Penggunaan tenaga elektrik yang rendah dalam menghasilkan kualiti kadar

cahaya yang sama@lebih baik iaitu 18.8 watt berbanding 65 watt.

d) Memperkukuhkan kefahaman pelajar dalam melaksanakan teknik

pendawaian dan pemasanagan alatan elektrik sewaktu kerja-kerja

pemasangan dilakukan.

e) Membuka ruang kepada pensyarah untuk bertindak sebagai mentor di

kalangan staf dan pelajar ketika menyelia projek ini.

f) Memperlihatkan Politeknik Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan

berteknologi tinggi melalui amalan pengurusan tenaga yang cekap.

g) Menyahut saranan kerajaan dalam mengurangkan penggunaan tenaga

elektrik di bangunan kerajaan selain mendukung visi dan misi negeri Melaka

sebagai “Melaka Green City State 2020”

Page 9: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

6.0 RUMUSAN

Melalui program ini, sebanyak 168 batang lampu jimat tenaga jenis LED berjaya

dipasang di bilik pensyarah, Politeknik Melaka. Seramai 17 orang tenaga pelajar dan 6 orang

pensyarah telah berjaya melaksanakan program ini sepenuhnya pada penghujung bulan

Januari 2015 yang lalu. Melalui pemantauan dan analisis yang dijalankan selepas proses

pemasangan dilaksanakan, beberapa dapatan telah diperolehi yang mampu digunakan

sebagai kesahan data bagi program ini. Pertama, kecerahan kawasan terlibat berjaya

ditingkatkan pada paras 491 lux berbanding 381 lux yang mana bacaan kecerahan ini adalah

nilai ideal bagi kawasan yang melibatkan pembacaan dan ulangkaji. Kedua, ukuran arus

elektrik dan tenaga juga telah dikira menggunakan clamp meter dan tenaga telah berjaya

diturunkan dari 65 watt penggunaan sebenar bagi 1 batang lampu kalimantang kepada 18

watt melalui penggunaan lampu jenis LED. Ini merupakan factor utama yang mendukung

keberkesanan program ini di mana melalui pengurangan tenaga yang digunakan bagi

menghasilkan jumlah cahaya yang ideal di kawasan bilik pensyarah, jumlah bil yang perlu di

bayar kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad mampu dikurangkan. Selain itu, suasana

yang kondusif bagi para pensyarah melaksanakan tugas di tempat mereka juga dapat

diwujudkan hasil dari amaun cahaya yang dihasilkan oleh lampu jenis ini.

Sememangnya pelbagai lagi impak positif dapat diwujudkan melalui program

penjimatan tenaga seperti ini. Sebagai warga pendidik, kita seharusnya mampu menjana

pemikiran dan idea dalam mengurus tenaga dengan lebih baik. Perlu diingat bahawa

sumber bahan bakar yang diperlukan bagi penghasilan tenaga elektrik semakin berkurangan

dan harganya yang kian meningkat saban tahun memerlukan kita untuk mengkaji pelbagai

alternative lain yang mampu dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada

sumber ini. Kita harus sedar bahawa tanggungjawab dalam memelihara bumi agar kesan

rumah hijau dapat dikurangkan bermula dari diri kita agar mampu dicontohi oleh para

pelajar kita kelak.

Page 10: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

7.0 LAMPIRAN

DEMONSTRASI OLEH TENAGA PENSYARAH PELAJAR MELAKUKAN PEMASANGAN LED

PENCAHAYAAN SEBELUM PENCAHAYAAN SELEPAS

Page 11: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

Bacaan arus bagi lampu pendaflour biasa yang menggunakan tenaga yang tinggi

Page 12: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

Bacaan arus bagi lampu LED yang menggunakan tenaga yang rendah

Page 13: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

Kadar bayaran bil tenaga elektrik di bilik pensyarah bagi suku tahun 2013-2014 yang

menunjukkan trend peningkatan ketika menggunakan lampu jenis flourescent

Kadar bayaran bil tenaga elektrik di bilik pensyarah bagi suku tahun 2014-2015 yang

menunjukkan trend penurunan selepas pemasangan lampu jimat tenaga LED

Page 14: LAPORAN PMK GREEN CORRIDOR-TOWARDS ENERGY SAVING · PENYELIA PROJEK: MOHD NEZUAN BIN OTHMAN UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN POLITEKNIK MELAKA . 1.0 PENGENALAN Elektrik

Disediakan oleh: Disemak oleh: ………………………………… ……... ……………………………………………. (MOHD NEZUAN OTHMAN) (SAIFULNIZAM BIN ZAKARIAH) PEGAWAI INOVASI KETUA UPIK POLITEKNIK MELAKA POLITEKNIK MELAKA Disokong oleh : ………………………………………………… (HJ. ABDUL AZIZ BIN ABU BAKAR) KETUA PENYELARAS POLYGREEN POLITEKNIK MELAKA ………………………………………………………………………………………………………………………………………………. Disahkan oleh: ……………………………………………….. (HJH. RASHIDAH BTE MUSTAPA) PENGARAH POLITEKNIK MELAKA