laporan pertandingan bercerita bahasa malaysia

4
LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA SJK SU LAI, 2013 A. Latar Belakang: Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia 2013 Tarikh :16.03.2013/ Sabtu Masa :08.00-12.00 tengahari Dengan Usahasama : Panitia Bahasa Malaysia AJK Pusat Sumber SJK Su Lai AJK Perpustakaan, SJK Su Lai Jumlah Peserta : 28 peserta B. Objektif Pertandingan: i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan bahasa Malaysia. ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia. iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. iv. Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan’. v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka. C. Perjalanan Pertandingan: Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja sepertimana yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada 11 Mac 2013 yang lepas. Segala bidang tugas yang diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh Pengerusi Pertandingan, En. Chan Siah Kuong sebagai panduan umum perlaksanaan tugas tersebut. Di

Upload: jelina-jamari-gnarz-lai

Post on 24-Apr-2015

1.371 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA

SJK SU LAI, 2013

A. Latar Belakang:

Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia 2013

Tarikh :16.03.2013/ Sabtu

Masa :08.00-12.00 tengahari

Dengan Usahasama : Panitia Bahasa Malaysia

AJK Pusat Sumber SJK Su Lai

AJK Perpustakaan, SJK Su Lai

Jumlah Peserta : 28 peserta

B. Objektif Pertandingan:

i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan bahasa

Malaysia.

ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia.

iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

iv. Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan’.

v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan

harian mereka.

C. Perjalanan Pertandingan:

Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja sepertimana yang telah

dibincangkan dalam mesyuarat pada 11 Mac 2013 yang lepas. Segala bidang tugas yang

diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh Pengerusi Pertandingan, En. Chan Siah Kuong

sebagai panduan umum perlaksanaan tugas tersebut. Di atas permintaan beliau, pertandingan ini

akan dijalankan secara ringkas bagi memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan

pertandingan tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut, AJK yang dilantik sebulat suara bersetuju untuk menjalankan

pertandingan tersebut pada 16 Mac 2013. Perbincangan berkaitan perbelanjaan dan kos yang

diperlukan untuk membeli hadiah dan saguhati serta penyediaan sijil dibuat antara AJK Induk

dan ditaklimat secara ringkas kepada AJK Kerja yang lain. Bagi menggalakkan penyertaan

Page 2: Laporan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

daripada para pelajar, En. Chan Siah Kuong telah bersetuju untuk mewajibkan setiap kelas

menghantar seramai dua orang peserta bagi setiap kelas. Guru yang terlibat secara langsung

untuk memberi latihan kepada wakil setiap kelas ialah guru Bahasa Malaysia dan guru kelas

masing-masing. Penglibatan daripada guru-guru lain adalah digalakkan bagi mengukuhkan lagi

kualiti persembahan para peserta.

Pada 16 Mac 2013, Pertandingan Bercerita berlansung seawal 8.00 pagi. Sambutan daripada para

pelajar dan guru amat baik dan menggalakkan. Pertandingan tersebut berlansung dengan lancar

dan tiada sebarang masalah besar yang timbul. Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 11.30

pagi. Senarai nama pemenang pertandingan diumumkan pada hari Isnin, 18 Mac 2013 sewaktu

perhimpunan sekolah dijalankan. Peserta yang mendapat Johan ialah Adik Julius Nicholson

(5B), Naib Johan, Adik Wallace Kan Zhao Ern (6R), tempat ketiga, Adik Loretta Loh (5H) dan

Saguhati, Adik Lau Jin Jing (6B), Adik Teng Chiew Ting (5K) serta Adik Wong Siaw Lin (4H).

Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim, terdapat beberapa kekuatan

dan kelemahan yang perlu diambilkira untuk dipertingkatkan dan diatasi bagi membantu para

peserta tersebut lebih bersedia dan yakin semasa menyampaikan cerita. Secara keseluruhannya,

para peserta masih kurang yakin dan kelancaran persembahan masih perlu dipertingkatkan.

Komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim tersebut banyak memberi panduan

kepada para guru dan pelajar yang terlibat untuk meningkatkan mutu pertandingan tersebut di

lain waktu.

Kami amat berharap pertandingan ini akan dapat diteruskan di tahun hadapan kerana ia banyak

memberikan kesan yang baik dan secara tidak lansung mewujudkan semangat kekitaan dan

kerjasama untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia di SJK Su Lai. Sekian.

Page 3: Laporan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

Dilaporkan oleh, 20 MAC 2013

…………………………

( JELINA BT. JAMARI )

AJK Pertandingan Bercerita BM,

SJK Su Lai, 2013.

Disemak oleh,

……………………………

( CHAN SIAH KUONG )

Pengerusi,

Pertandingan Bercerita BM,

SJK Su Lai, 2013.