laporan perkhemahan unit beruniform

3
LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA 2012 Laporan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Seksyen 17 Shah Alam Selangor Pada 28 & 29 Sept 2012, bertempat di padang SK Seksyen 17 telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan perdana badan beruniform sekolah bagi tahun 2012. Aktiviti perkhemahan ini diadakan selama dua hari telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 5 unit sekolah antaranya Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri Tunas. Setiap dari unit ini diminta untuk menurunkan 20 orang peserta bersama guru penasihat mereka ke perkhemahan ini. Perkhemahan yang berlangsung dibantu oleh guru-guru yang mengikuti program PPG dari IPGKBA. Jam 2.30 sehingga 3.00 petang, semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit uniform di dataran perhimpunan SK Seksyen 17. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Selesai taklimat, terdapat dua aktiviti yang telah dijalankan pada petang itu iaitu aktiviti mendirikan khemah dan cabaran berhalangan. Pada aktiviti mendirikan khemah, sedikit taklimat persediaan tempat perkhemahan dan cara-cara mendirikan khemah diberikan. Guru-guru PPG diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti ini. Selepas itu, murid minum petang dan mendirikan solat asar secara berjemaah. Aktiviti diteruskan dengan cabaran berhalangan. Murid-murid dalam unit masing- masing melakukan aktiviti cabaran berhalangan dan dinilai berdasarkan semangat berkumpulan dalam menghadapi cabaran yang diberikan. Sementara itu, sebahagian daripada guru-guru PPG bersama beberapa orang murid dari unit beruniform melakukan tugasan khidmat masyarakat. Antara tugasan yang dilakukan seperti membersihkan kawasan taman, mengecat dan menyimen kawasan yang telah rosak. 1

Upload: shazlin-sulaiman

Post on 07-Dec-2014

2.076 views

Category:

Documents


45 download

DESCRIPTION

BIG Fasa 1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA 2012

Laporan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform

SK Seksyen 17 Shah Alam Selangor

Pada 28 & 29 Sept 2012, bertempat di padang SK Seksyen 17 telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan

perdana badan beruniform sekolah bagi tahun 2012. Aktiviti perkhemahan ini diadakan selama dua hari

telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 5 unit sekolah antaranya

Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri

Tunas. Setiap dari unit ini diminta untuk menurunkan 20 orang peserta bersama guru penasihat mereka ke

perkhemahan ini. Perkhemahan yang berlangsung dibantu oleh guru-guru yang mengikuti program PPG

dari IPGKBA.

Jam 2.30 sehingga 3.00 petang, semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan.

Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit uniform di dataran perhimpunan

SK Seksyen 17. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti

sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Selesai taklimat, terdapat dua aktiviti yang telah dijalankan

pada petang itu iaitu aktiviti mendirikan khemah dan cabaran berhalangan.

Pada aktiviti mendirikan khemah, sedikit taklimat persediaan tempat perkhemahan dan cara-cara

mendirikan khemah diberikan. Guru-guru PPG diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti ini.

Selepas itu, murid minum petang dan mendirikan solat asar secara berjemaah. Aktiviti diteruskan dengan

cabaran berhalangan. Murid-murid dalam unit masing-masing melakukan aktiviti cabaran berhalangan dan

dinilai berdasarkan semangat berkumpulan dalam menghadapi cabaran yang diberikan. Sementara itu,

sebahagian daripada guru-guru PPG bersama beberapa orang murid dari unit beruniform melakukan

tugasan khidmat masyarakat. Antara tugasan yang dilakukan seperti membersihkan kawasan taman,

mengecat dan menyimen kawasan yang telah rosak.

Disebelah malamnya, aktiviti diteruskan dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Di samping itu,

ceramah kepimpinan turut diberikan oleh guru-guru PPG. Seterusnya, murid-murid kembali ke khemah

masing-masing untuk urus khemah dan persediaan malam kebudayaan. Malam kebudayaan berlangsung

dengan meriah. Setiap unit uniform diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing. Murid-murid

kemudiannya kembali ke khemah masing-masing untuk senandung malam. Lebih kurang jam 2.00 pagi,

aktiviti terakhir pada malam itu diteruskan dengan Operasi Burung Hantu (OBH). Aktiviti ini berakhir sejam

kemudian.

1

Page 2: Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA 2012

Pada hari kedua, selepas solat subuh dan kuliah subuh, murid-murid kemudian melakukan aktiviti

senaman pagi. Aktiviti diketuai oleh guru-guru PPG. Pemeriksaan khemah dilakukan selepas sarapan pagi.

Khemah dinilai untuk mencari pemenang khemah terbaik. Aktiviti diteruskan dengan pertandingan kawad

kaki di kawasan letak kereta. Setiap unit uniform diberi masa selama 10 minit untuk melakukan kawad kaki.

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan memasak. Setiap unit beruniform diminta menyediakan dua jenis

masakan untuk minum petang. Guru-guru diberi peranan untuk membimbing murid-murid menyediakan

masakan.

Apabila selesai makan tengah hari dan solat zuhur, peserta diberi sedikit lagi masa untuk mengemaskan

diri sebelum berlangsungnya pula aktiviti petang iaitu ikatan dan balutan. Sebelum pertandingan ikatan dan

balutan, taklimat diberikan kepada murid-murid untuk membuat sedikit latihan. Selepas itu, setiap unit

dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. Separuh ke aktiviti ikatan dan separuh lagi ke aktiviti balutan. Pada

aktiviti balutan, peserta yang menyertainya dikehendaki membuat ikatan kecemasan di kepala, tangan dan

kaki. Aktiviti ini amat berguna jikalau berlakunya kecemasan sewaktu berada di dalam hutan. Manakala di

bahagian ikatan pula peserta dikehendaki membuat ikatan buku sila, simpul kasih, ikatan balak dan lain-

lain.

Aktiviti terakhir ialah mengemas khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Murid-murid diminta

membersihkan kawasan masing-masing dengan dibantu oleh guru-guru PPG. Seterusnya murid membuat

persediaan untuk majlis penutup. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diserikan oleh kehadiran

puan Guru Besar dan YPD PIBG. Tunas Kadet Remaja Sekolah telah dinobatkan sebagai pemenang

keseluruhan perkhemahan perdana badan beruniform SK Seksyen 17 bagi tahun 2012. Majlis tamat lebih

kurang jam 4.30 petang. Sebelum pulang, murid-murid mendirikan solat asar secara berjemaah.

2