laporan penyiasatan tapak modified

Upload: zul

Post on 02-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Penyiasatan Tapak Modified

TRANSCRIPT

LAPORAN PENYIASATAN TAPAK

Laporan penyiasatan tapak merupakan penyudahan/ rumusan kepada penyiasatan, penyelidikandan siri pengujian. Biasanya dibuat/dipersembahkan kepada pelanggan yang memberi kuasatentang penyiasatan tersebut.Laporan ini mengandungi fakta-fakta mengenai penyiasatan tapak, nasihat & perakuan berkaitandengan rekabentuk, pembinaan, dan kadangkala caangan berkaitan dengan perihal pengawalan,penjagaan dan penyenggaraan selepas pembinaan.Kebiasaannya laporan penyiasatan tapak mengandungi perkara-perkara berikut ;

a. Pengenalan

Ringkasan tentang kerja-kerja yang dicadangkan, kerja-kerja penyiasatan tapak yang dijalankan,lokasi tapak, nama dan tarikh penyiasatan tapak.

b. Penerangan tentang tapakPenerangan am tentang tapak, topografi, cirri-ciri utama permukaan tanah, keterangan khusustentang kemudahan setempat, kerja-kerja dimasa lalu di tapak berkenaan, penerangan tentangkerja yang sedang dijalankan, perihal bawah tanah, saliran dll, peta menunjukkan lokasi tapak,kawasan bersebelahan dan lubang jara.

c. Keadaan geologi tapakDimulakan dengan penerangan tentang geologi keseluruhannya, kaitannya dengan geologikawasan tapak bina, penerangan tentang formasi & struktur tanah dan batuan, komen tentangpengaruh geologi terhadap cadangan rekabentuk & pembinaan.

d. Keadaan TanahButir-butir khusus tentang keadaan tanah yang didapati semasa penyiasatan tapak, kaitannyadengan cadangan rekabentuk & pembinaannya, keputusan ujian-ujian makmal dan disitu (ujiantanah), perincian tentang air tanah dan keadaan saliran setempat.

e. Bahan-bahan BinaanPenerangan tentang keadaan sekeliling, kuantiti (bahan), kemudahan bagi mendapatkan bahan.

f. Komen & PerakuanPerlu bagi tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang dipersembahkan, catatankerja-kerja selanjutnya termasuk juga perakuan tentang kaedah-kaedah alternative bagirekabentuk & pembinaan.

g. AppendiksPersembahan data-data yang dikumpul dalam satu siri apendiks, log lubang jara, perincian &keputusan ujian tanah, rekod penyiasatan geofizikal, rujukan-rujukan, petikan-petikan dari manamanaBS, ASTM dll.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN CERUN BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, 2010

Kawasan cerun dikategorikan mengikut Kelas sebagaimana yang diklasifikasikan oleh Garis Panduan (NRE) 2005 seperti berikut:

KELAS CERUN KECERUNAN TANAH

Kelas I Kawasan yang bercerun in-situ kurang dari 15 darjah

Kelas II Kawasan yang bercerun in-situ antara 15 hingga tidak melebihi 25 darjah

Kelas III Kawasan yang bercerun in-situ antara 25 hingga tidak melebihi 35 darjah

Kelas IV Kawasan yang bercerun in-situ 35 darjah dan lebih

Factor of SafetyThe Factor of Safety is defined as the ratio of the available shear strength of the soil to that required to keep the slope stable. It is common practice to use the following empirical guidelines for slope stability assessments:Factor of SafetyGuidelines for limit equilibrium of a slope

< 1.0Unsafe

1.0 - 1.25Questionable safety

1.25 - 1.4Satisfactory for routine cuts and fills,Questionable for dams, or where failure would be catastrophic

> 1.4Satisfactory for dams

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR

4.0 GARIS PANDUAN UMUM Secara umum, pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya perlu mematuhi garis panduan umum. 4.1 Kriteria Kawasan Bercerun Yang Boleh Dibangunkan Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian kurang 300 meter dari aras laut dibenarkan untuk pembangunan. Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian melebih 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut dibenarkan untuk pelancongan dan rekreasi. Kawasan pembangunan berkecerunan kelas III sama atau kurang 20% , boleh dipertimbangkan untuk pembangunan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Penilai Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit di Negeri Selangor. Kawasan Kelas III yang mempunyai kecerunan sama atau melebihi 20%, pembangunan boleh dipertimbangkan sekiranya kawasan yang terlibat dengan pembinaan kurang dari 20%, dan selebihnya digunakan sebagai kawasan hijau. tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Penilai Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit di Negeri Selangor. Bagi projek pembangunan infrastruktur dan projek berkepentingan nasional di kawasan berkecerunan kelas III melebihi 20% boleh dipertimbangkan untuk pembangunan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Penilai Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit di Negeri Selangor. Kawasan berkecerunan kelas IV tidak dibenarkan untuk pembangunan kecuali pembangunan infrastruktur dan projek berkepentingan nasional. Kawasan melebihi 1000 meter dari aras laut tidak dibenarkan untuk pembangunan perbandaran tetapi dibenarkan pembangunan infrastruktur dan projek berkepentingan nasional.