laporan pelaksanaan-internship

11
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT MINUMAN ( PROJEK KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP) TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013 ( 12.20 tengah hari 1.20 petang ) OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik. 2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 dalam bidang kemahiran hidup. 3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan murid serta murid dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 16-Jan-2015

2.218 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pelaksanaan-internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT

MINUMAN

( PROJEK KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP)

TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013 ( 12.20 tengah hari – 1.20 petang )

OBJEKTIF:

1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik.

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 dalam bidang

kemahiran hidup.

3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.

4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan

murid serta murid dengan guru.

5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.

Page 2: Laporan pelaksanaan-internship

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.

2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan reka cipta penyedut

minuman untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka.

3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan

bahan, hadiah dan tempat pertandingan.

4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang

kondusif.

5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi

memastikan pertandingan reka cipta penyedut minuman berjalan dengan lancar.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru

kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak

pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik. Saya juga

telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan.

2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid

tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa

bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi

penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship

saya mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan

mendapat modal yang sedikit daripada pihak sekolah.

Page 3: Laporan pelaksanaan-internship

2. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu

Kemahiran Hidup dalam jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada

masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya

tergangu atau terlewat.

3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar tahun 4 Unggul. Ini telah menyebabkan

saya susah untuk mengenalpasti tahap murid tahun 4 Gemilang dan terpaksa

mengambil masa yang agak lama untuk mengadili pertandingan tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan

pertandingan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid

tahun 4 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan

bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah.

KESIMPULAN

Melalui aktiviti pertandingan reka cipta penyedut minuman pada minggu ini, saya

mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini,

saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan

pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara markah dalam sesuatu

pertandingan. Selain itu, saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4

Unggul yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya.

Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini,

hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap

agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan

pada peringkat sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman

dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

Page 4: Laporan pelaksanaan-internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah

(Lukisan mural blok tulisan)

TEMPOH PELAKSANAAN : 01.07.2013 hingga 26.07.2013

OBJEKTIF :

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.

2. Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 lebih ceria dan

lebih menarik.

3. Mengalu –alukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah.

4. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan

kondusif.

5. Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid.

6. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

Page 5: Laporan pelaksanaan-internship

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan Guru Besar SKPN 5.

Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan

dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang

dinding belakang blok pentadbiran sekolah.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas

kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.

3. Menceriakan dinding belakang blok pentadbiran.

Hasil kerja dipamerkan di dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara

menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain

demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .

2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-

murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah

dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural blok tulisan dapat

meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan

kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid

juga meningkat kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu,

Inggeris dan Arab untuk tema membaca.

Page 6: Laporan pelaksanaan-internship

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-

murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-

pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

4. En Murshed juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas

kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah

memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas

kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami agak berbahaya kerana projek ini dilaksanakan di luar bangunan

pentadbiran. Angin yang kuat menyebabkan kami berhati-hati semasa

memanjat tangga. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja

kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasaikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik

supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang

ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis

sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu dan Ahad juga

kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok tulisan tersebut.

KESIMPULAN

Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah

memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari

cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek

Page 7: Laporan pelaksanaan-internship

dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat

saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan

sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa

dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural blok tulisan

juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan

mempelajari tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta semangat

untuk datang ke sekolah.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan

projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang

diberi oleh semua warga SK Parit No 5 dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan

mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada

masa yang akan datang.

Page 8: Laporan pelaksanaan-internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : BULAN KECERGASAN

(SENAMROBIK PERDANA)

TEMPOH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( 7.30 PAGI – 10.00 PAGI )

OBJEKTIF :

1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan dan aktiviti.

2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan program bulan

kecergasan.

3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.

4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di

sekolah pada masa akan datang.

5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.

6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial

dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.

7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

Page 9: Laporan pelaksanaan-internship

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum.

Berjumpa dan berbincang dengan Tn Hj Selamat Bin Takim untuk menentukan

tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.

Tarikh yang dirancangkan ialah 9 Julai 2013 pada pagi Selasa dan melibatkan

semua warga sekolah, staf dan guru SKPN 5.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada

guru penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar Sk Parit No 5. Selepas kertas

kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan guru-

guru.

3. Menjalankan aktiviti di dewan terbuka SKPN 5.

Setiap kelas akan dijaga oleh guru kelas masing-masing dan dibantu oleh

seorang guru lain. Murid akan beratur seperti dalam keadaan perhimpunan pagi.

Aktiviti senamrobik akan dilakukan mengikut lagu dan semua warga SKPN 5

mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru pelatih.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari

prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program kecergasan yang

melibatkan banyak murid.

2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti

dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan

guru lain.

Page 10: Laporan pelaksanaan-internship

3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk

mempelajari senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan.

4. Melalui program kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan

murid-murid dapat dieratkan lagi.

5. Semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan aktif dan memberi

komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid

tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.

2. Kesuntukan masa juga membataskan aktiviti yang dirancang kerana selepas

rehat murid akan belajar seperti biasa.

3. Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal

menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar

hujan turun dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap

pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, program ini akan

menjadi lebih meriah jika disusuli dengan aktiviti luar sekolah yang melibatkan semua

warga SKPN 5. Hadiah untuk kuiz juga haruslah disediakan bagi memastikan murid

berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

KESIMPULAN

Melalui prorgram bulan kecergasan ini, saya rasa bersyukur kerana telah

memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan

sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya

dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan

Page 11: Laporan pelaksanaan-internship

bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa

semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan

selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman

tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan

seharian. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga mempertingkatkan kesedaran

murid kepentingan menjaga tubuh badan diri sendiri dan orang di sekeliling secara tidak

langsung.

Walaupun program dirancangkan tidak dapat berjalan lancar kerana hujan lebat

namun kami telah berjaya menganjurkan program ini dengan berjaya dan baik atas

kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5,

dan rakan-rakan guru yang lain . Dengan itu, saya akan mengguna dan

mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan

datang.

Disediakan oleh,

………………………………………

MOHD AIDIL BIN OTHMAN

(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN)

Disemak Oleh,

………………………………………

TN HJ OTHMAN BIN HASHIM

(GURU BESAR SK PARIT NO 5)