laporan orientasi transisi year 1

3
LAPORAN HARI ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 / 2016 TARIKH : 19 NOVEMBER 2015 MASA : 10.00 PAGI – 11.30PAGI LOKASI : BENGKEL RBT/KH Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat. Pendaftaran telah bermula pada pukul 10.00 pagi. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian ‘tevaram’. Sebagai langkah meriahkan majlis ini kepada murid-murid Tahun 1/2016 majlis diteruskan dengan aktiviti memotong kek oleh murid-murid bersama guru kelas selepas ucapan aluan oleh guru kelas mereka. Setelah murid-murid memotong kek, mereka telah dibawa ke kelas lain untuk meneruskan aktiviti – aktiviti lain yang telah disediakan bagi mereka. Ucapan guru besar telah diucapkan oleh wakil guru besar iaitu Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn.D.Nirmala. Beliau telah meneruskan majlis dengan penyampaian taklimat mengenai Linus, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, KBAT dan isu- isu berkaitan dengan bidang kurikulum.

Upload: knprem

Post on 31-Jan-2016

119 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ORIENTASI YEAR 1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Orientasi Transisi Year 1

LAPORAN HARI ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN GURU

PENYAYANG TAHUN 1 / 2016

TARIKH : 19 NOVEMBER 2015

MASA : 10.00 PAGI – 11.30PAGI

LOKASI : BENGKEL RBT/KH

Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid

menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada

pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan

untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru

dalam jangka masa yang singkat.

Pendaftaran telah bermula pada pukul 10.00 pagi. Majlis ini telah dimulakan

dengan nyanyian ‘tevaram’. Sebagai langkah meriahkan majlis ini kepada murid-murid

Tahun 1/2016 majlis diteruskan dengan aktiviti memotong kek oleh murid-murid

bersama guru kelas selepas ucapan aluan oleh guru kelas mereka. Setelah murid-murid

memotong kek, mereka telah dibawa ke kelas lain untuk meneruskan aktiviti – aktiviti

lain yang telah disediakan bagi mereka.

Ucapan guru besar telah diucapkan oleh wakil guru besar iaitu Guru Penolong

Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn.D.Nirmala. Beliau telah meneruskan majlis dengan

penyampaian taklimat mengenai Linus, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, KBAT dan isu-

isu berkaitan dengan bidang kurikulum.

Selepas ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Pn.A.Kaithree telah meneruskan majlis ini dengan penyampaian taklimat

berkaitan dengan bidangnya. Taklimat beliau telah berdasarkan peraturan sekolah,

disiplin murid di sekolah, keselamatan murid, APDM, Kad Pergigian dan Buku Kesihatan

serta SPBT.

Justeru, majlis telah diteruskan dengan pendaftaran murid setelah semua

taklimat tamat. Ibu bapa murid-murid Tahun 1 bagi 2016 telah hadir ke setiap kaunter

Page 2: Laporan Orientasi Transisi Year 1

yang telah disediakan bagi melaksanakan sesi pendaftaran. Kaunter Kad Pergigian dan

Buku Kesihatan, Kaunter SPBT dan Kaunter APDM dan Pengumpulan Maklumat telah

disediakan untuk memudahkan sesi pendaftaran. Setiap kaunter telah diambil ahli oleh

guru-guru sekolah.

Murid-murid yang dibawa ke kelas lain telah menyertai aktiviti suai kenal,

aktiviti mewarna dan lawatan ke sekeliling sekolah. Dua orang guru telah diberi tugas

untuk menjaga keselamatan murid-murid tersebut. Sekian tamat sesi pendaftaran ibu

bapa murid –murid telah membawa balik anak – anak mereka. Muid – murid diberi satu

kotak warna pensel sebagai cenderamata bagi mereka semasa pendaftaran.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

__________________________ __________________________

(PIREMALATHA A/P KARUNANITHE)

GURU KELAS TAHUN 1/ 2016