laporan minda warni.doc

5
LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP (PPG AMBILAN JUN 2011) LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI NAMA PELAJAR : MOHD ZUHAIRI BIN MAT YASIM PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK (F) PADANG PIOL NAMA AKTIVITI : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM KELAS ( PROJEK MINDA WARNI) TEMPOH PELAKSANAAN : 15 APRIL 2015 (9.15 pagi 10.15 pagi) OBJEKTIF: i. Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran. ii. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar. iii. Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan. iv. Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Saya berjumpa dan berbincang dengan mentor 1

Upload: ahmad-ridzuan

Post on 27-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP

(PPG AMBILAN JUN 2011)

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

NAMA PELAJAR: MOHD ZUHAIRI BIN MAT YASIM

PROGRAM: PPG AMBILAN JUN 2011 SEM 8

NAMA SEKOLAH: SK (F) PADANG PIOL

NAMA AKTIVITI: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM

KELAS ( PROJEK MINDA WARNI)

TEMPOH PELAKSANAAN: 15 APRIL 2015 (9.15 pagi 10.15 pagi)

OBJEKTIF:

i. Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.

ii. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.

iii. Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.

iv. Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Saya berjumpa dan berbincang dengan mentor

2. Saya mencadangkan saya membuat aktiviti projek inovosi untuk Kelas 5 Cerdik untuk kerana terdapat murid tidak dapat menjawab soalan semasa PKSR 1.

3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan bahan dan aktiviti PdP.

4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang kondusif.

5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Saya menggunakan kesempatan untuk mencipta projek ini melalui pengalaman yang sedia ada kerana saya telah mengajar lebih dari 16 tahun. Tambahan lagi setelah mendengar seminar kajian tindakan membuat saya lebih kreatif untuk mencipta projek inovasi ini

Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid Tahun 5. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama dalam memantapkan lagi aktiviti PdP.

Projek ini dapat mencetus minat murid terhadap subjek sains dan memberi mereka pengalaman dan pengetahuan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengingati fakta sains. Ini memberi saya semagat dan akan terus mencipta pelbagai inovasi dalam PdP

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Saya terpaksa bergerak sendirian kerana rakan Internship yang lain juga mempunyai tugas yang sendiri kerana mereka juga merupakan guru yang sangat aktif dan banyak tugasan di luar.

2. Kekurangan sumber kewangan dan juga masa yang terhad membataskan projek saya, oleh itu saya terpaksa menghasilkan projek yang lebih jimat dan masa yang pendek. Oleh itu saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk melaksanakan projek ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya berharap untuk projek ini dapat disampaikan kepada rakan lain pada masa akan datang, ini kerana kebanyakkan rakan setugas terpaksaberada dikelas masing-masing kerana ,projek ini dijalankam sewaktu PdP sedang berlangsung, semoga akan datang perlaksanaan projek seperti ini dapat dibuat diluar waktu persekolahan. Sekurang-kurangnya Panatia guru yang terlibat.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek inovasi Minda Warna ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Saya perlu berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan saya, ketua panatia dan mentor memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang gigih.

Disediakan Oleh :

MOHD ZUHAIRI BIN MAT YASIM

PELAJAR UNIT SAINS 1,

PPG AMBILAN JUN 2011

Disemak Oleh:

HABIBAH BINTI MD YUSOF

MENTOR PROGRAM INTERNSHIP

PELAJAR UNIT SAINS 1,

PPG AMBILAN JUN 2011

Disahkan Oleh

ABDUL HALIM BIN ISMAIL

GURU BESAR,

SK (F) PADANG PIOL

27040 JERANTUT

3