laporan merdeka

Upload: hazwani-husna

Post on 10-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan projek, internship, projek m

TRANSCRIPT

LAPORAN PERLAKSANAAN PROJEK

SENARAI KANDUNGAN

Bahagian / Perkara Muka surat

1.0 OBJEKTIF 3

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN 4

3.0 REFLEKSI a)Kekuatan Projekb) Kelemahan Projek

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 11

5.0 KESIMPULAN 12

6.0 LAMPIRAN (LAPORAN BERGAMBAR) 13

LAPORAN PELAKSANAANPROGRAM INTERNSHIP

NAMA : NORHAZWANI HUSNA AHMAD ZURAIDI

NO.K/PENGENALAN : 911221-11-5344

NAMA SEKOLAH : SK BANDAR BARU PERDA

NAMA PROJEK : PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 57 & HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH PELAKSANAAN : 5 OGOS 2014

MASA PELAKSANAAN: 8.15 PAGI 9.40 PAGI

1. OBJEKTIF PROJEK :Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah :

1.1 Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah. 1.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang erti kemerdekaan.1.3 Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.1.4 Menyemai semangat kecintaan terhadap tanah air dan menghayati kemerdekaan dengan pengisian yang bermakna.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan dan adalah bagi meraikan dan menghayati tarikh penting dalam sejarah negara, disamping secara tidak langsung dapat mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda secara menyeluruh. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang mengenal erti kemerdekaan serta menjadi warga Malaysia yang cintakan tanah air.Dalam melaksanakan projek yang dirancang ini, pelbagai strategi telah dilalui dalam usaha untuk menjayakan projek ini. Berikut merupakan urutan pelaksanaan program ini yang merangkumi maklumat yang berkaitan dengan projek yang telah dilaksanakan ini.

2.1 Penyediaan Kertas Kerja

Sebelum pelaksanaan projek, kertas kerja telah disediakan supaya program yang akan dilaksanakan dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Dalam perancangan yang dibuat, kumpulan sasaran terdiri daripada semua warga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda. Penganjuran aktiviti sambutan Bulan kemerdekaan adalah sangat penting bagi melahirkan warga pelajar yang dapat menghayati erti sebuah kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perkara yang sewajarnya selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia.

2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Setelah kertas kerja disiapkan, satu mesyuarat kecil Jawatankuasa Kerja telah dijalankan untuk pembahagian tugas dan taklimat perjalanan program yang telah dirancang. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan tujuan pelaksanaan program dan memastikan segala persiapan dapat dijalankan sebelum bermulanya program ini. Hal ini bagi menjamin kelancaran program dan mengelakkan kesulitan sewaktu berlangsungnya program ini.

Berikut merupakan barisan ahli jawatankuasa pelaksana yang terlibat dalam pelaksanaan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pringkat sekolah :

Ketua Projek : Cik Farah Farhana Binti Abu Seman

Setiausaha : Puan Siti Maizon Binti Abdullah

AJK DokumentasiEncik Thaneswaran A/L Alagesu

AJK Gimik PelancaranPuan Nurul Shaniza Binti KhairudinCik Hanaterah Binti Husin

AJK PersembahanEncik Mohammad Luqman Bin Jailani

AJK Peralatan dan Persiapan TempatCik Norhazwani Husna binti Ahmad ZuraidiPuan Nurfarhana Binti Md Ramli

AJK Buku ProgramCik Siti Aisyah binti Kamaruddin

Pembahagian ahli jawatankuasa pelaksana pada program kali ini dibuat dengan lebih terperinci dan memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai. Oleh itu, dalam sesetengah tugas, ada beberapa individu yang perlu melaksanakan tugas melebihi satu bidang tugas yang ditetapkan dalam pembinaan jawatankuasa ini. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa peralatan dan persiapan tempat, saya juga telah membantu dalam pelaksanaan gimik pelancaran dan persembahan guru dan murid. Meskipun banyak tugasan yang dilaksanakan, namun dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan, sesuatu kerja yang sukar akan menjadi lebih mudah.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pelaksana bagi program pelancaran kemerdekaan ini, pelbagai usul telah dibincangkan bermula daripada penyediaan alatan hinggalah perancangan gimik pelancaran yang ingin dilaksanakan. Namun begitu, mesyuarat yang dijalankan pada tempoh masa yang optimum telah memberikan maklumat yang berguna untuk persediaan majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada kali ini.

2.3 Perancangan gimik pelancaran

Salah satu komponen penting dalam pelancaran bulan kemerdekaan ini ialah gimik pelancaran yang dipersembahkan. Untuk memberikan hasil yang terbaik, semua ahli jawatankuasa telah sama-sama duduk semeja untuk menyumbang idea bagi menghasilkan gimik pelancaran yang sesuai. Setelah menetapkan urutan perjalanan gimik yang akan dibuat, saya telah mengambil alih tugas untuk melatih murid-murid dalam kawad kaki yang akan dipersembahkan pada hari pelancaran.

Selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada guru-guru lain, saya telah memilih 16 orang murid untuk turut terlibat bagi pelancaran tersebut. Latihan dibuat untuk melancarkan proses pelaksanaan gimik kemerdekaan tersebut.

2.4 Persediaan persembahan guru dan murid

Bagi menjadikan program pelancaran menjadi lebih menarik, beberapa persembahan perlu dirancang dan dilaksanakan pada hari pelancaran. Oleh itu, saya juga telah membantu melatih kumpulan koir dan sajak untuk dipersembahkan pada hari tersebut. Meskipun dalam masa yang singkat, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat telah memudahkan proses persediaan ini.

2.5 Tentatif Program

Bersama-sama laporan ini turut disertakan tentatif asal pelaksanaan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peirngkat Sekolah.

MASAAKTIVITI

7.30 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan

7.40 pagiNyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang

8.00 pagiBacaan doa

8.15 pagiUcapan perasmian oleh Guru Besar

8.30 pagiPelancaran Bulan Kemerdekaan (Gimik Pelancaran)

8.45 pagiPersembahan

9.00 pagiNyanyian Lagu-lagu Patriotik dan penutup

Tentatif yang disediakan ini menjadi panduan kepada guru-guru yang terlibat untuk merancang perjalanan aktiviti yang telah disediakan.

2.6 Pelaksanaan Program

Setelah bertungkus lumus membuat pelbagai persiapan, program pelancaran ini akhirnya terlaksana juga. Namun begitu, kelancaran program agak terganggu apabila keadaan cuaca yang hujan telah menyebabkan tempat duduk murid basah dan bertakung. Selepas hampir satu jam bertungkus lumus memastikan tapak perhimpunan kembali boleh digunakan, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan akhirnya dilaksanakan dengan dipengerusikan oleh Puan Farhana dan Cik Farah.Sepanjang tempoh pelaksanaan bermula daripada nyanyian lagu negaraku sehinggalah pada bahagian penutup, semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan yang baik dalam menyelesaikan tugas-tugas yang telah diagihkan. Antara bahagian pelaksanaan yang berjaya meraih tumpuan warga sekolah ialah sewaktu gimik pelancaran dipersembahkan. Penggunaan suara dan muzik latar berjaya meraih perhatian murid untuk fokus kepada pelancaran program yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, Puan Azizah.

Selain itu, persembahan yang dibuat oelh guru dan murid juga telah mendapat perhatian semua warga sekolah. Persembahan yang ringkas dan penuh pengisian telah menghilangkan perasaan bosan dalam diri murid-murid untuk menanti agenda seterusnya. Pada akhir program iaitu sewaktu sesi nyanyian lagu-lagu patriotik, saya juga dapat melihat kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid mengibar bendera ketika menyanyikan lagu-lagu yang telah diperdengarkan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program telah berjalan dengan baik dan tersusun.

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek

Perlaksanaan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini memberikan banyak kelebihan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Salah satu kelebihan pelaksanaan program ini ialah dapat mengingatkan kepada semua warga sekolah dengan kehadiran bulan kemerdekaan negara kita, Malaysia. Melalui pengisian dan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini, semangat cintakan negara akan dapat disemai dalam kalangan guru dan murid. Dengan adanya majlis pelancaran ini, setiap individu akan mula memperbanyakkan aktiviti yang sesuai diamalkan dalam bulan kemerdekaan sama ada dalam sesi pembelajaran ataupun aktiviti luar.

Projek yang dijalankan kali ini juga telah mendapat pujian dan ucapan tahniah oleh guru-guru lain kerana perlaksanaanya yang teratur dan gempak. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa ramai pihak berpuas hati dengan komitmen dan usaha yang telah kami lakukan bagi meneruskan agenda pelancaran bulan kemerdekaan. Tambahan pula, perhubungan antara guru lama dan guru pelatih juga semakin akrab kerana telah banyak bekerjasama dalam memastikan kelicinan program yang dilaksanakan.

Selain itu, pelaksanaan projek ini juga telah dapat menguji daya kreativiti guru pelatih untuk mencipta gimik pelancaran yang dijalankan. Dengan penggunaan kos yang sangat minimum, gimik pelancaran juga telah mendapat perhatian banyak pihak dan berjaya mencapai kehendak guru yang bertanggungjawab.

b) Kelemahan projek

Walaupun pelaksanaan projek mendapat pujian oleh guru-guru, namun masih ada beberapa kekurangan dan kekangan yang berlaku dalam tempoh pelaksanaan projek ini. Masalah utama yang dihadapi pada awal pagi ialah keadaan tempat yang bertakung disebabkan hujan yang lebat pada paginya. Oleh sebab keadaan tempat yang tidak kondusif dan akan menjejaskan kelancaran program, majlis tersebut telah ditangguhkan pada tempoh masa yang agak lewat. Hal ini bagi memberi peluang para pekerja sekolah untuk membersihkan takungan air di dewan tersebut. Memandangkan berlaku perubahan waktu mula program, maka tempoh masa perlaksanannya juga terpaksa ditambah.

Kelemahan lain yang dapat dilihat dalam pelaksanaan projek ini ialah masalah teknikal seperti sistem bunyi dan peralatan yang digunakan. Masalah ini agak menganggu kelancaran apabila mikrofon tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, sewaktu sedang membuat persembahan, ada antara mikrofon yang digunakan mengalami masalah untuk berfungsi. Masalah sebegini sering berlaku kepada kebanyakan program yang dilaksanakan kerana ia bersifat teknikal dan tidak dapat dijangka waktu timbulnya masalah tersebut.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan perbincangan ini, pelbagai cadangan dikemukakan bagi memastikan program ini berjalan dengan berkesan pada sesi yang akan datang:

4.1 Program seperti ini perlu diteruskan untuk memberi galakkan kepada murid-murid dalam mencintai negara dan mengerti maksud kemerdekaan.

4.2 Bagi mengatasi masalah tempat dan keadaan cuaca, pihak yang terlibat perlulah sentiasa bersedia dengan pelan yang lain agar tidak berlaku sebarang masalah yang akan lebih menyukarkan banyak pihak.4.3 Masalah teknikal yang dihadapi seharusnya ditangani segera tanpa menjejaskan perjalanan majlis. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan satu pasukan yang akan sentiasa meneliti masalah yang timbul daripada kesilapan teknikal ini,4.4 Dalam pembahagian tempoh masa pelaksanaan, tempoh yang ditetapkan perlulah sesuai dan tidak memakan masa terlalu lama kerana khuatir akan menyebabkan murid bosan. Lantaran itu, mereka akan mula bising dan menyukarkan banyak pihak untuk mengawal kebisingan murid-murid.

5. KESIMPULAN

Sudah menjadi menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan program seperti ini mesti diteruskan dari semasa ke semasa dengan berkesan. Pelbagai langkah dan usaha perlu diambil bagi memantapkan lagi perlaksanaan program ini untuk faedah dan kebaikan semua pihak.

Program ini banyak memberi faedah dan manfaat samada secara tersurat ataupun tersirat. Kesungguhan dan komitmen secara kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah membanggakan.