laporan lawatan sambil belajar ke malaysia global innovation and creativity centre.docx

9
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Nama Ahli Kumpulan : Nor Najwa Solihah Binti Abd Molok Nur Atikah Binti Arjunik Nor Atikah Binti Noorzan Nurul Hussaimah Binti Mohd Robbi Nama Program : Lawatan ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Pelancaran “Legal Compass for Social Enterprises” oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Saravanan A/L Murugan. Tarikh : 26 Mei 2016 (Khamis) Tempat : Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Block 3730, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia Masa : 11 am – 4.00 pm Penceramah : Encik Farhan dan Encik Hanafi memberi penerangan lanjut tentang matlamat (MaGIC). Sesi temuramah bersama tiga buah “Startup Company” iaitu Encik Adam,Encih Ahmad, Encik Richard dan Cik Chloe WL. Menerusi pelancaran “Legal Compass for Social Enterprises”, sesi “Fire Talk” sebelum pelancaran program dimulakan bersama 4 buah firma undang-

Upload: najwa

Post on 08-Jul-2016

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)

Nama Ahli Kumpulan :

Nor Najwa Solihah Binti Abd Molok

Nur Atikah Binti Arjunik

Nor Atikah Binti Noorzan

Nurul Hussaimah Binti Mohd Robbi

Nama Program :

Lawatan ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)

Pelancaran “Legal Compass for Social Enterprises” oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Malaysia Datuk Saravanan A/L Murugan.

Tarikh :

26 Mei 2016 (Khamis)

Tempat :

Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)

Block 3730, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Masa :

11 am – 4.00 pm

Penceramah :

Encik Farhan dan Encik Hanafi memberi penerangan lanjut tentang matlamat (MaGIC).

Sesi temuramah bersama tiga buah “Startup Company” iaitu Encik Adam,Encih Ahmad, Encik

Richard dan Cik Chloe WL.

Menerusi pelancaran “Legal Compass for Social Enterprises”, sesi “Fire Talk” sebelum pelancaran

program dimulakan bersama 4 buah firma undang-undang MahWengKwai & Associates, Zain & Co,

Chooi & Company and Zaid Ibrahim & Co.

Peserta :

Semua pelajar semester 5 (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran).

Ringkasan Penceramah :

Encik Farhan dan Encik Hanafi yang mengendalikan lawatan pelajar UiTM ke MaGIC memberi

penerangan secara menyeluruh mengenai matlamat Magic atau lebih dikenali sebagai Pusat Inovasi

dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Matlamat Magic untuk melahirkan lebih ramai usahawan

Page 2: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx

yang bertumpu kepada inovasi dan kreativiti global. MaGIC ditubuhkan sebagai platform kepada

usahawa-usahawan yang berminat untuk menubuhkan perniagaan dengan memberi tunjuk ajar

kepada mereka untuk menubuhkan syarikat permulaan di Malaysia. Matlamat MaGIC ialah untuk

menjadi pemangkin dalam ekosistem keusahawanan di Malaysia serta membawa masuk sumber

daripada rakan kongsi dan komuniti, dan membangunkan usahawan daripada perusahaan permulaan

yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan berdaya tahan yang akan membawa kesan positif pada

peringkat rantau atau global.

Sesi temuramah bersama 3 buah “Startup Company” iaitu “Autocraver” “Off The Rack” dan

“Marketing Consultation” memberi pelbagai input kepada semua pelajar Marketing semester 5. Encik

Ahmad, Encik Adam, Encik Richard serta Cik Chloe berkongsi pengalaman mereka dalam

menubuhkan syarikat kecil mereka melalui bantuan dari Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia

(MaGIC).

Sesi ketiga ialah “Fire Chat” bersama empat firma undang-undang “MahWengKwai & Associates,

Zain & Co, Chooi & Company dan Zaid Ibrahim & Co.” yang terlibat dalam mewujudkan “Legal

Compass” menerusi program “Social Enterprises” MaGIC. “Legal Compass” diperkenalkan sebagai

sebuah buku panduan yang memberi panduan undang-undang bagi usahawan-usahawan sosial di

Malaysia. Pelancaran “Legal Compass” telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Malaysia Datuk Saravanan A/L Murugan.

Pengajaran Penceramah :

Lawatan ke Malaysia Global Innovation and Centre (Creativity MaGIC) telah memberi banyak

pengalaman kepada semua pelajar Marketing semester 5. Pelbagai input yang diberikan oleh Encik

Farhan dan Encik Hanafi selaku ketua program dalam mengendalikan lawatan pelajar Marketing

UiTM Segamat ke MaGIC. Di samping itu, sesi temuramah bersama syarikat-syarikat kecil atau lebih

dikenali “Startup” di MaGIC telah membuka minda kami untuk berfikiran lebih jauh serta berani untuk

mengambil peluang menjadi usahawan bukan sahaja dapat membantu masyarakat juga dapat

menjaga alam sekitar. Di samping itu Encik Farhan juga memberi penerangan tentang program-

program yang dijalankan oleh MaGIC untuk usahawan-usahawan social. Beliau juga memberi

kebenaran kepada kami untuk melawat tempat-tempat menarik di MaGIC terutama “WorkStation”

peserta-peserta di “Startup Magic”. Disamping itu, “Pelancaran Legal Compass” telah memberi

Page 3: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx

maklumat yang berguna kepada kami, Legal Compass memberi panduan undang-undang kepada

usahawan-usahawan social untuk menjalakan perniagaan.

Kelebihan Lawatan :

Memberi input serta pengalaman berguna kepada pelajar Marketing semester 5 mengenai MaGIC.

Kelemahan Lawatan :

Tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Menteri Belia Dan Sukan Negara iaitu YB Khairy

Jamaluddin seperti yang dijadualkan dalam tentatif program.

Tidak berkesempatan untuk masuk ke “MapSpace” kerana kerja-kerja penyelenggaraan.

Kesimpulan :

Program lawatan sambal belajar ke MaGIC telah memberi banyak pengetahuan serta pengalaman

kepada kami. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu “Puan Jaslin Dahlan” serta

ketua program bagi lawatan ini iaitu “Amrullah”.

Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Lawatan ke Magic :

Nor Najwa Solihah Binti Abd Molok – Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang turut sama

mengikuti lawatan ke MaGIC terutama Puan Jaslin Binti Dahlan kerana membimbing kami semua

sepanjang lawatan ke Cyberjaya. Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman kepada kami

malah memberi semangat untuk menjadi usahawan sosial. Bukan itu sahaja, lawatan ke MaGIC juga

diaplikasikan dalam pembelajaran untuk subjek “Issue In Marketing”. “60 seconds presentation” akan

diaplikasikan melalui tugasan terbaru oleh Puan Jaslin kepada pelajar-pelajar Marketing semester 5.

Memandangkan sebahagian pelajar-pelajar Marketing semester 5 tidak dapat mengambil bahagian

dalam menyertai “Startup Weekend”, tugasan 60 seconds presentation dapat memberi kami

pengalaman yang sama di MaGIC.

Page 4: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx

Gambar-gambar semasa lawatan ke MaGIC

Page 5: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx
Page 6: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx
Page 7: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx
Page 8: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.docx