laporan lawatan ke an wayang kulit

4
LAPORAN LAWATAN KE PERSEMBAHAN WAYANG KULIT Pada 18 April 2011, saya bersama beberapa orang rakan pergi menonton persembahan wayang kulit yang dianjurkan oleh Fakulti Muzik Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) bertempat di Kafe Bunga Raya. Persembahan wayang kulit bermula pada pukul 8.00 malam. Persembahan wayang kulit tersebut bertajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’. Seramai 12 orang pelajar daripada fakulti tersebut telah menjayakan persembahan tersebut yang mana merupakan sebahagian daripada tugasan amali mereka. Antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit ini ialah geduk, gong, canong, kesi dan juga gedombak. 2 orang daripada 12 orang pelajar ini memainkan geduk, seorang memainkan gong, seorang memainkan canong, seorang memainkan kesi dan selebihnya memainkan gedombak. Tajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’ ini mengisahkan tentang satu peraduan nasib yang diwar-warkan oleh Sang Kaki Derkala dari alam kayangan Tingkat ke Lima. Barang sesiapa yang dapat mengambil Geliga Hikmat yang berada di puncak gunung berapi di negeri Tanjung Aruda yang dijaga oleh seekor raksasa yang bernama Sang Kala Berga. Sesiapa yang Berjaya maka orang itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kintanda Anjaib. Berita ini telah tersebar luas dan diketahui oleh ramai anak raja, anak mambang termasuklah anak Raja Seri Rama dari Negeri

Upload: chindracindy

Post on 02-Jul-2015

173 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Ke an Wayang Kulit

LAPORAN LAWATAN KE PERSEMBAHAN WAYANG KULIT

Pada 18 April 2011, saya bersama beberapa orang rakan pergi menonton

persembahan wayang kulit yang dianjurkan oleh Fakulti Muzik Aswara (Akademi Seni

Budaya dan Warisan Kebangsaan) bertempat di Kafe Bunga Raya. Persembahan

wayang kulit bermula pada pukul 8.00 malam. Persembahan wayang kulit tersebut

bertajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’.

Seramai 12 orang pelajar daripada fakulti tersebut telah menjayakan

persembahan tersebut yang mana merupakan sebahagian daripada tugasan amali

mereka. Antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit ini ialah

geduk, gong, canong, kesi dan juga gedombak. 2 orang daripada 12 orang pelajar ini

memainkan geduk, seorang memainkan gong, seorang memainkan canong, seorang

memainkan kesi dan selebihnya memainkan gedombak.

Tajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’ ini mengisahkan tentang satu peraduan nasib

yang diwar-warkan oleh Sang Kaki Derkala dari alam kayangan Tingkat ke Lima.

Barang sesiapa yang dapat mengambil Geliga Hikmat yang berada di puncak gunung

berapi di negeri Tanjung Aruda yang dijaga oleh seekor raksasa yang bernama Sang

Kala Berga. Sesiapa yang Berjaya maka orang itu akan dikahwinkan dengan Tuan

Puteri Kintanda Anjaib.

Berita ini telah tersebar luas dan diketahui oleh ramai anak raja, anak mambang

termasuklah anak Raja Seri Rama dari Negeri Susia Mendara Pura iaitu Lak Juna dan

Lak Plekbang. Selain itu diketahui juga oleh anak kepada Mambang Sakti Kelimunan

iaitu Mambang Tunggal Panglima Bayu dari Negeri Gua Berasap. Setelah mendapat

keizinan daripada ayahanda masing-masing, lalu mereka berangkat ke Negeri Tanjung

Aruda diiringi oleh para pengasuh dan hulubalang bagi mencuba nasib serta menguji

kekuatan diri untuk mendapat Geliga Sakti.

Page 2: Laporan Lawatan Ke an Wayang Kulit

Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan seorang tua yang bernama Pakir

Jenang iaitu seorang ulama mulia yang tinggal di kaki bukit Belerang Tunggal dan

member tahu bahawa terdapat dua jalan pilihan iaitu jalan yang jauh dan jalan yang

dekat. Jalan yang dekat terdapat beberapa cabaran yang merbahaya iaitu terpaksa

mengharungi kawasan gergasi iaitu Seekor Naga Api, Gergasi Langsui Kepala Tujuh

dan Gergasi Ganga Sura. Manakala jalan jauh pula akan memakan masa yang lama.

Daripada pemerhatian saya berdasarkan persembahan muzik ini, ton yang

diperdengarkan adalah seimbang yang mana saya boleh mendengar kesemua alat

muzik yang digunakan. Cara susunan alat muzik juga sesuai dengan ruang dan jumlah

penonton. Alat muzik gedombak diletakkan di kiri dan kanan memandangkan jumlah

pemainnya adalah ramai berbanding alat muzik yang lain.

Dari segi etika persembahan dalam seni wayang kulit yang dipertontonkan,

pengerusi majlis memulakan persembahan dengan ucapan alu-aluan yang mana

dengan memberi salam kepada penonton, memperkenalkan ahli-ahli dan juga turut

menyatakan tujuan wayang kulit itu dipersembahkan. Sebelum memulakan

persembahan juga, sebahagian daripada lampu bahagian hadapan kafe dimatikan

untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai dengan mud persembahan dan secara

tidak langsung memberi mud yang sesuai kepada penonton.

Dari sei persembahan pula, saya dapat melihat banyak unsur kecindan diselitkan

bertujuan untuk menarik minat penonton ditambah pula dengan loghat Kelantan yang

pekat menjadikan penonton segar dan tidak kering gusi. Selingan muzik juga

kedengaran pada setiap babak-babak dalam persembahan tersebut. Walaupun begitu,

isi penyampaian disampaikan dengan jelas sekali dan penonton dapat memahami isi

persembahan tersebut.

Persembahan wayang kulit ini berakhir lebih kurang pada pukul 10. Diharapkan

dengan adanya persembahan seperti ini, generasi akan dapat mengetahui tentang seni

persembahan yang terdapat di Malaysia yang mana salah satunya ialah wayang kulit

yang menjadi antara daya penarik dan kebanggaan rakyat di Malaysia dan wayang kulit

ini akan terus kekal dan dipraktikkan supaya tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Page 3: Laporan Lawatan Ke an Wayang Kulit

Disediakan Oleh,

…………………..

(NOOR HAFIZAH BINTI HASHIM)

PISMP G 5.6

IPG KAMPUS ILMU KHAS,

CHERAS