laporan latihan kebakaran asrama

3
LAPORAN KAWAD KECEMASAN (LATIHAN KEBAKARAN) ASRAMA SK MELATI 1/2015 Pengenalan SK Melati telah mengadakan latihan kebakaran asrama buat kali pertama bagi tahun 2015 pada 22 April 2015. Latihan kebakaran telah diadakan pada pukul 10.00 malam. Program ini telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Asram. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di asrama terutamanya pada waktu malam. Perjalanan Program Latihan Kebakaran Setelah loceng panjang dibunyikan, hanya 23 daripada 46 orang murid telah berjaya bangun dan bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul, iaitu di padang sekolah. Pihak sekolah telah menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di tempat lapang, iaitu di padang bola sepak sekolah seperti yang telah dicadangkan oleh pihak bomba yang telah melawat SK Melati sebelum ini. Murid-murid dikawal oleh guru-guru, PPM Asrama dan pengawal-pengawal keselematan sekolah. PPM memastikan semua

Upload: carmelya-pippie

Post on 11-Nov-2015

282 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN ASRAMA HARIAN SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN

TRANSCRIPT

LAPORAN KAWAD KECEMASAN (LATIHAN KEBAKARAN) ASRAMASK MELATI1/2015

PengenalanSK Melati telah mengadakan latihan kebakaran asrama buat kali pertama bagi tahun 2015 pada 22 April 2015. Latihan kebakaran telah diadakan pada pukul 10.00 malam. Program ini telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Asram. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di asrama terutamanya pada waktu malam.

Perjalanan Program Latihan Kebakaran Setelah loceng panjang dibunyikan, hanya 23 daripada 46 orang murid telah berjaya bangun dan bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul, iaitu di padang sekolah. Pihak sekolah telah menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di tempat lapang, iaitu di padang bola sepak sekolah seperti yang telah dicadangkan oleh pihak bomba yang telah melawat SK Melati sebelum ini. Murid-murid dikawal oleh guru-guru, PPM Asrama dan pengawal-pengawal keselematan sekolah. PPM memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang telah ditetapkan dan mengambil kedatangan murid-murid. Setelah kedatangan murid-murid diambil, PPM Asrama, Encik Bujang menerangkan tentang tujuan latihan kebakaran ini diadakan. Guru Penolong Kanan 1, Encik Chai Yap Chee juga menasihati murid-murid agar sentiasa berwaspada sekiranya berlakunya kecemasan seperti kebakaran. Tindakan akan diambil bagi murid-murid yang tidak bangun daripada tidur semasa latihan kebakaran diadakan.Program ini berakhir pada pukul 10.30 malam dan murid-murid dinasihati untuk mencuci kaki sebelum masuk ke asrama untuk meneruskan tidur.Penutup Latihan kebakaran asrama ini adalah sebahagian daripada program wajib bahagian asrama sekolah pada setiap tahun bagi memastikan warga sekolah sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Bahagian pengurusan asrama berharap agar pada latihan yang akan datang, semua murid asrama dapat bangun ketika loceng kecemasan berlaku dan turut serta dalam latihan kebakaran yang diadakan.

Disediakan oleh,

........(LINDA DANIEL)Warden Asrama,SK Melati