laporan kursus perkhidmatan pencarian, · pdf filemalaysia april 2015 ... membantu pegawai...

13
2015 Disediakan oleh: SEKSYEN PUSAT SUMBER BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA April 2015 LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK TARIKH 29 HINGGA 31 MAC 2015 TEMPAT INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP), BANGI

Upload: lethien

Post on 06-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

2015

Disediakan oleh:

SEKSYEN PUSAT SUMBER

BAHAGIAN PENGURUSAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

MALAYSIA

April 2015

LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN

PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP

KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK

TARIKH

29 HINGGA 31 MAC 2015

TEMPAT

INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP), BANGI

Page 2: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

2

LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN

MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG

NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK

1. TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk memaklumkan mengenai Kursus Perkhidmatan Pencarian,

Perolehan dan Penggunaan Maklumat Untuk Pembantu Perpustakaan Pejabat

Penasihat Undang-Undang Negeri / Cawangan WP Kuala Lumpur / AGC Sabah dan

Sarawak yang dianjurkan oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan (BPEN) setiap

tahun dan dihadiri oleh Penolong Pustakawan dan semua Pembantu Perpustakaan Pejabat

Penasihat Undang-Undang di Negeri-Negeri. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi

pendedahan dan refresher kepada semua Pembantu Perpustakaan teknik dan sistem-sistem

terkini untuk memperolehi dan menggunakan maklumat cepat, tepat dan sahih bagi

membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes-kes

mahkamah..

2. PENGENALAN

Kursus Perkhidmatan Pencarian, Perolehan dan Penggunaan Maklumat Untuk Pembantu

Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri / Cawangan WP Kuala Lumpur /

AGC Sabah dan Sarawak telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2015 (Ahad – Selasa).

Kursus ini telah diadakan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.

Seramai 13 orang peserta AGC telah mengikuti kursus berkenaan. Kursus yang

dilaksanakan ini adalah di bawah pengendalian Seksyen Pusat Sumber, BPEN dengan

para penceramah terdiri daripada Pegawai Psikologi, Jabatan Perdana Menteri (JPM),

pihak Paradigm System Bhd. (sistem ILMU), CLJ Legal Network (New CLJ Law), Pejabat

Kebajikan Masyarakat Hulu Langat (Latihan Dalam Kumpulan), Percetakan Nasional

Malaysia (Lawnet) dan jua Penolong Pegawai Undang-undang Seksyen Pusat Sumber

(SPS) BPEN.

Para peserta yang mengikuti kursus ini merupakan pegawai yang menguruskan Perpustakaan

Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU) Negeri / Cawangan AGC yang diamanahkan untuk

membantu warga masing-masing mencapai dan mengakses makumat penting dalam

Page 3: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

3

pengendalian tugas-tugas harian. Pelaksanaan kursus ini diharap dapat memberi

pendedahan dan menambah daya kemahiran berhubung pencarian, perolehan dan

penggunaan maklumat oleh pihak Perpustakaan di PUU Negeri/ Cawangan Kuala Lumpur/

AGC Sabah dan Sarawak.

Majlis Perasmian Kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan,

YBrs. Dr. Mary Wong Lai Lin yang telah memberi nasihat dan menekankan pentingnya

peranan Pembantu Perpustakaan dan Perpustakaan di Negeri-Negeri. Antara pengisian

program kursus yang dilaksanakan meliputi Sesi Latihan dalam Kumpulan, Sesi Ceramah,

Sesi Perbincangan, Persembahan Individu/Kumpulan dan Pencarian Maklumat Pangkalan

Data Undang-Undang/Penggunaan A-PEL serta Mesyuarat bersama Timbalan Pengarah

Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber).

3. OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan hands on penggunaan

Sistem Perpustakaan ILMU melalui remote access link, pencarian maklumat melalui

Web OPAC Portal Al-Khindi/ A-PEL dan pangkalan data New CLJ Law, Lawnet dan

Hansard secara online bagi memenuhi keperluan Pegawai Undang-undang di Negeri-negeri

serta memberi penerangan komprehensif mengenai maklumat-maklumat perundangan.

Atur cara kursus adalah merangkumi pelbagai topik menarik seperti Latihan Dalam Kumpulan,

Sistem Perpustakaan ILMU, Pengenalan Maklumat Perundangan / FC Online, Hansard / CPC

Online, New CLJ Law dan Lawnet. (Atur Cara Kursus seperti di LAMPIRAN 1)

4. PERBELANJAAN

Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi penganjuran kursus yang meliputi pembayaran

penceramah dan katering makan/minum adalah sebanyak RM2,400.00. Berdasarkan Jadual

Perancangan Pelan Operasi Latihan Jabatan Peguam Negara Tahun 2015 (Dasar Sedia ada)

yang telah diluluskan pada 21 Januari 2015 oleh YBhg. Tan Sri Peguam Negara, terdapat

penjimatan daripada penganjuran kursus ini sebanyak RM1,880.00. (Senarai Peserta

Kursus seperti di LAMPIRAN 2).

Page 4: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

4

5. ULASAN PENILAIAN PROGRAM Pada keseluruhannya, para peserta telah memberikan penilaian yang positif terhadap kursus

ini. Mereka memperolehi banyak manfaat dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan

perpustakaan terbaik kepada warga AGC yang memerlukan maklumat rujukan undang-

undang. (Laporan Penilaian Peserta seperti di LAMPIRAN 3).

6. KESIMPULAN

Syabas dan tahniah kepada 13 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pustakawan dan

Pembantu Perpustakaan AGC seluruh negara yang telah menghadiri kursus dengan jayanya

bagi tahun 2015. Adalah hasrat Jabatan agar para peserta akan memberi sumbangan

mantap dan komprehensif terhadap pembangunan Perpustakaan dan Perkhidmatan

Maklumat cepat dan tepat kepada warga AGC di Negeri-Negeri.

Sesi Bergambar bersama Y. Brs Dr. Mary Wong Lai Lin, Pengarah BPEN

sempena Perasmian Kursus pada 30 Mac 2015

Page 5: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

5

LAMPIRAN 1

ATURCARA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT

UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI

29 Mac 2015 (Ahad) 8.00 – 10.00 malam : Latihan Dalam Kumpulan (JPM) 30 Mac 2015 (Isnin) 8.30 – 10.00 pagi : Sistem Perpustakaan ILMU (Paradigm System)

10.00 – 10.30 pagi : Majlis Perasmian & Sesi Bergambar

11.00 – 1.00 petang : Mesyuarat Pembantu Perpustakaan bersama Timbalan Pengarah BPEN (Seksyen Pusat Sumber) dan Taklimat A-PEL

2.30 – 4.30 petang : Taklimat Maklumat Perundangan / FC Online (SPS, BPEN)

8.00 – 10.00 malam : Pengenalan Hansard / CPC Online / Extension & Modification Database (ILMS) (SPS, BPEN)

31 Mac 2015 (Selasa) 8.30 – 10.30 pagi : Sesi Taklimat New CLJ Law (CLJ Legal Network)

11.00 – 1.00 petang : Latihan Dalam Kumpulan (Pejabat Kebajikan Masyarakat Hulu Langat)

2.30 – 4.30 petang : Sesi Taklimat Pangkalan Data Lawnet (Percetakan Nasional Malaysia)

Page 6: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

6

LAMPIRAN 2

SENARAI PESERTA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT

UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR/ AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI

PADA 29 – 31 MAC 2015

BIL NAMA GRED

1

Adelien Binti Sualin

S27

2

Agnes Anak Junta

S17

3

Herrey Bin Sakudat

S17

4

Juliza Anak Janis

S17

5

Latif Bin Manshor

S17

6

Mazrena Binti Mohamed

S17

7

Melissa Binti Mahmad Nor

S17

8

Muhamad Raoh Bin Ismail

S17

9

Nasimah Binti Abdul Jal

S17

10

Nor Azila Binti Borhanudin

S17

11

Norhidayah Binti Ibrahim

S17

12

Rostina Jarau

S17

13

Yusni Binti Yusop

S17

Page 7: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

7

LAMPIRAN 3

LAPORAN PENILAIAN KURSUS

Tajuk : Kursus Perkhidmatan Pencarian, Perolehan dan Penggunaan Maklumat untuk

Pembantu Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri/Cawangan Kuala

Lumpur/AGC Sabah dan Sarawak

Tempat: Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi

Tarikh: 29 – 31 Mac 2015 (Ahad – Selasa)

Bilangan: 13 orang

A. KANDUNGAN KURSUS

1. Latihan Dalam Kumpulan

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Baik - 15.4 %

Sangat Baik - 84.6 %

b. Kepadatan Nota :

Baik - 46.2 %

Sangat Baik - 53.8 %

Catatan: Sejumlah 84.6% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan

penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8%. Sesi ini

telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Haji Hassan (Jabatan

Perdana Menteri) dan Puan Noor Afida binti Amirdin (Pejabat Kebajikan

Masyarakat Hulu Langat).

2. Sistem Perpustakaan ILMU

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Baik - 46.2 %

Sangat Baik - 53.8 %

b. Kepadatan Nota :

Page 8: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

8

Baik - 46.2 %

Sangat Baik - 53.8 %

Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8%. Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Wan Ainol Mursyida binti Ahmad Tarmizi daripada Paradigm System Berhad.

3. Pengenalan kepada Maklumat Perundangan / FC Online

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Baik - 46.2 %

Sangat Baik - 53.8 %

b. Kepadatan Nota :

Baik - 38.5 %

Sangat Baik - 61.5 %

Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan

penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 61.5%. Sesi ini

telah dikendalikan oleh Puan Cathrene Adus daripada SPS BPEN.

4. Pencarian Hansard & CPC Online

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Baik - 61.5 %

Sangat Baik - 38.5 %

b. Kepadatan Nota :

Baik - 38.5 %

Sangat Baik - 61.5 %

Catatan: Sejumlah 38.5% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan

penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 61.5%. Sesi ini

telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Ridhwan bin Mat Zain daripada SPS

BPEN.

5. Sesi Taklimat Pangkalan Data New CLJ Law

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Page 9: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

9

Baik - 53.8 %

Sangat Baik - 46.2 %

b. Kepadatan Nota :

Baik - 46.2 %

Sangat Baik - 53.8 %

Catatan: Sejumlah 46.2% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan

penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8% sebagai

sangat baik. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Syed Mohd Aris daripada CLJ

Legal Network Sdn. Bhd.

6. Sesi Taklimat Pangkalan Data Lawnet

a. Penilaian keberkesanan Penceramah :

Baik - 15.4 %

Sangat Baik - 84.6 %

b. Kepadatan Nota :

Baik - 30.8 %

Sangat Baik - 69.2 %

Catatan: Sejumlah 84.6% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan

penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 69.2%. Sesi ini

telah dikendalikan oleh Puan Badariah binti Badarudin daripada Percetakan

Nasional Malaysia Berhad.

B. PERJALANAN KURSUS

1. Lokasi Kursus

Penilaian:

Baik - 69.2 %

Sangat Baik - 30.8 %

Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik kepada lokasi kursus yang diadakan.

2. Makan/Minum

Penilaian:

Page 10: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

10

Baik - 69.2 %

Sangat Baik - 30.8 %

Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik jua kepada penyediaan dan menu

makan/minum yang disediakan di Dewan Makan dan Bilik Bankuet Aras 2,

Bangunan IT ITC, ILKAP

3. Bilik Kuliah

Penilaian: Lemah - 7.7 %

Baik - 53.8 %

Sangat Baik - 38.5 %

Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian baik kepada bilik kuliah iaitu Bilik Komputer 1

dan Bilik Komputer 3, Bangunan IT ITC, ILKAP

4. Peralatan Kursus

Penilaian: Baik - 69.2 %

Sangat Baik - 30.8 %

Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik kepada peralatan dan kelengkapan

yang telah disediakan bagi setiap sesi pembelajaran yang diadakan.

5. Perjalanan Kursus secara keseluruhan

Penilaian: Baik - 53.8 %

Sangat Baik - 46.2 %

Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian baik terhadap pengendalian kursus yang

telah dilaksanakan.

C. TAHAP PENGETAHUAN

Sebelum Kursus :

Sangat Lemah - 15.4 %

Page 11: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

11

Baik - 61.5 %

Sangat Baik - 23.1 %

Selepas Kursus :

Baik - 23.1 %

Sangat Baik - 76.9 %

Catatan: Sejumlah 61.5% telah memaklumkan bahawa tahap pengetahuan mereka baik

sebelum kursus dan meningkat kepada 76.9% sangat baik selepas kursus

berakhir.

D. OBJEKTIF KURSUS

Penilaian Kursus : Pencapaian Sederhana- 7.7 %

Pencapaian Cemerlang- 92.3 %

Catatan: Sejumlah 92.3% telah menyatakan pencapaian cemerlang terhadap objektif

kursus yang dilaksanakan dan ini merupakan maklum balas para peserta

seramai 13 orang bersetuju menganggap Kursus Perkhidmatan Pencarian,

Perolehan dan Penggunaan Maklumat untuk Pembantu Perpustakaan 2015

sebagai berjaya.

E. KELEMAHAN KURSUS

Berikut merupakan pandangan yang telah diberikan terhadap sesi pembelajaran yang diadakan

iaitu:

1. Capaian internet kurang memuaskan.

F. CADANGAN

Peserta telah mengesyorkan kaedah penambaikan yang meliputi aspek seperti berikut:

1. Penambahbaikan kepada internet akses.

2. Mengadakan kursus yang lebih banyak untuk pemantapan ilmu.

3. Tempohari kursus ditambah kepada 4 hari 3 malam untuk mencapai jumlah 7 hari

berkursus.

Page 12: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

12

LAMPIRAN 4

Sesi Latihan Dalam Kumpulan kendalian Tn. Hj.

Ahmad Azam bin Hj. Hassan (JPM)

Majlis Perasmian oleh Pengarah BPEN, Y.Brs Dr

Wong Lai Lin

Sesi pembelajaran Sistem Perpustakaan ILMU

kendalian Cik Wan Ainol Mursyida

Mesyuarat bersama Pembantu Perpustakaan yang

dipengerusikan oleh Pn. Halijah Othman, TPB(SPS)

GAMBAR- GAMBAR PESERTA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-

UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI

PADA 29 – 31 MAC 2015

Page 13: LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes ... DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN

13

Sesi taklimat Web OPAC dan A-PEL oleh Pn. Halijah

binti Othman, Timbalan Pengarah BPEN (SPS)

Sesi taklimat New CLJ Law oleh En. Syed Mohd. Aris

Pengendalian Sesi Latihan dalam Kumpulan oleh Pn.

Noor Afida binti Amirdin

Sesi Pangkalan Data Undang-Undang Lawnet oleh

Pn. Badariah binti Badarudin