laporan kssr dan sppbs

7
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK, KILOMETER 10, CHENG, MELAKA. LAPORAN PROGRAM KSSR DAN SPPBS 2012

Upload: nash-melaka

Post on 11-Aug-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Hujung Tahun

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kssr Dan Sppbs

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK,

KILOMETER 10, CHENG, MELAKA.

LAPORAN PROGRAM KSSR DAN SPPBS

2012

Page 2: Laporan Kssr Dan Sppbs

PENDAHULUAN :

Program KSSR dilaksanakan bagi murid-murid Tahun 1 bermula tahun 2011 dan diteruskan untuk murid Tahun 1 2012. Program ini akan diteruskan lagi untuk tahun ke -3 menjelang 2013 kelak. Ia dilaksanakan serentak bersama SPPBS dimana pentaksiran murid direkodkan secara atas talian melalui Portal SPPBS yang diselenggarakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

RASIONAL :

Program ini dilaksanakan sebagai penambahbaikan terhadap Kurikulum KBSR yang sedia ada. SPPBS pula bertujuan menjalankan pentaksiran terhadap murid secara holistik.

OBJEKTIF :

Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang lebih berketrampilan dan lebih berdaya saing.

PELAKSANAAN :

Program ini telah dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 1 2012 dan Tahun 2 2012. Pelaksanaannya berdasarkan kepada dua komponen iaitu Kurikulum Standard dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

LAPORAN :

BIL AKTIVITI PELAKSANAAN SEBAB TIDAK DILAKSANAKAN

SEBARAN MAKLUMAT DAN LATIHAN DALAMAN

1.

2.

3.

Sebaran Maklumat KSSR ( Guru )

Sebaran Maklumat KSSR ( Ibubapa )

Latihan Dalaman

Bengkel / perbincangan

Dilaksanakan mengikut Panitia Matapelajaran.

Dilaksanakan sebanyak 2 kali sepanjang 2012.

Dilaksanakan mengikut panitia matapelajaran sebaik pulang dari Kursus KSSR.

Dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Page 3: Laporan Kssr Dan Sppbs

SISTEM PENGURUSAN FAIL

1.

2.

3.

4.

Fail Induk KSSR

Fail Showcase Kelas

Fail Showcase Guru

Fail Perkembangan Murid

Telah diwujudkan oleh Penyelaras KSSR yang mengandungi butir-butir :

1) Surat perlantikan guru KSSR;2) Jadual waktu guru-guru KSSR;3) Biodata guru-guru KSSR;4) Standard Kurikulum semua subjek KSSR bagi

tahun 1 dan 2,;5) Standard Prestasi bagi semua subjek KSSR

Tahun 1 dan Tahun 2;6) Contoh Evidens yang digunakan oleh guru-

guru sebagai instrument pentaksiran.

Telah diwujudkan untuk semua kelas Tahun 1 dan Tahun 2, diselenggara oleh guru kelas masing-masing.

Semua guru mempunyai showcase masing-masing yang mengandungi :

1) Surat perlantikan sebagai guru KSSR;2) Jadual waktu mengajar;3) Standard Kurikulum KSSR;4) Standard Prestasi matapelajaran yang diajar;5) Contoh evidens yang digunakan sebagai

instrument pentaksiran.

Diwujudkan untuk semua murid Tahun 1 dan 2, disimpan di dalam kelas masing-masing dan dikemaskini sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Page 4: Laporan Kssr Dan Sppbs

PELAKSANAAN SARINGAN

1.

2.

3.

4.

Instrumen pentaksiran

Pelaksanaan Pentaksiran

Cara Pentaksiran dilaksanakan

Rekod dan penyimpanan maklumat Pentaksiran

Guru-guru menggunakan :1) Bahan Lisan ;2) Pemerhatian :3) Bertulis :4) Amali

sebagai instrumen pentaksiran.

Guru-guru melaksanakan pentaksiran :1) Pada akhir topik pelajaran ;2) Pada akhir pelajaran ;3) Mengikut tahap kesesuaian dan kesediaan

murid-murid.

Mengikut Standard Prestasi setiap subjek, yang dibekalkan oleh LPM.

Direkodkan secara manual di dalam borang khas.

PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN

1.

2.

Pemantauan dan pencerapan oleh pihak pentadbir.

Pemantauan Fail-fail perkembangan murid.

Guru-guru KSSR telah dipantau dan dicerap oleh pihak pentadbir secara berjadual.

Fail-fail perkembangan murid telah dipantau oleh :1) Guru-guru kelas ;2) Penyelaras KSSR ;3) Pentadbir.

Page 5: Laporan Kssr Dan Sppbs

PELAKSANAAN SPPBS

1.

2.

3.

4.

Pendaftaran Guru

Pengisian data secara atas talian.

Pemantauan pengisian data secara atas talian.

Mencetak dan memfailkan laporan sumatif murid-murid.

Telah dilaksanakan oleh penyelaras SPPBS , En Azlan b. Abd Hamid.

Telah dilaksanakan oleh guru-guru sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan.

Telah dilaksanakan oleh Guru Besar sebanyak 4 kali sepanjang 2012.

Telah disempurnakan oleh guru-guru KSSR yang telahpun menyempurnakan sesi pembelajaran pada band-band yang dicapai oleh murid-murid.

LAPORAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, KSSR dan SPPBS telah disempurnakan oleh semua pihak yang terlibat secara telus dan mengikut ketetapan dasar yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh ;

…………………………………( NASRAH BT MIHAT )Penyelaras KSSR,SK Tg Minyak, Melaka.

Page 6: Laporan Kssr Dan Sppbs