laporan kot
DESCRIPTION
kejohanan olahraga tahunanTRANSCRIPT
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE - 47
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2014
1.0 Pengenalan
Kejohanan Olahraga Kali Ke-47 Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPG
KTI), Johor yang telah dianjurkan pada 20 Mac 2014 (Khamis) merupakan satu acara tahunan
yang menjadi medan di mana seluruh warga kerja dan siswa-siswi guru pelatih IPG KTI
bertemu. Acara padang dan balapan ini telah dipertandingkan di padang IPG KTI. Aktiviti ini
menyokong perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tujuan
kejohanan ini dianjurkan adalah untuk menggilap bakat dan kecemerlangan guru pelatih
khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada guru
pelatih dalam menguruskan, melaksanakan, dan menilai kemampuan mereka untuk
menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah nanti. Diharapkan kejohanan seperti
ini akan berterusan agar dapat meningkatkan keunggulan IPG KTI dalam melahirkan guru yang
serba boleh.
2.0 Perjalanan Majlis
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik IPG KTI, iaitu Dr Mazlan bin
Aris. Kejohanan dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat oleh kontinjen rumah sukan,
diikuti upacara menaikkan bendera kejohanan dan bacaan ikrar oleh wakil atlet.
3.0 Pencapaian
4 buah rumah telah bertanding bagi meraih gelaran juara keseluruhan iaitu rumah Pahlawan
(Merah), Panglima (Biru), Laksamana (Kuning) dan Pendekar (Hijau).
1
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
Keputusan rasmi bagi setiap acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan adalah seperti
berikut:
2.1 LELAKI (100m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan AMMIR AZAMI PANGLIMA
Naib Johan SALMAN BIN MOHAMED PAHLAWANKetiga MOHD HISYAMUDDIN BIN CHE SIOK PAHLAWAN
2.2 PEREMPUAN (100m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan LORRETTA CHEREMAI KONG PENDEKAR
Naib Johan PRISCILLA PAUL PANGLIMAKetiga FARAH NATASHA PAHLAWAN
2.3 LELAKI (200m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan SALMAN BIN MOHAMED PAHLAWAN
Naib Johan AMMIR AZAMI PANGLIMAKetiga MUHAMED YUZAIMIE BIN YUSOFF PENDEKAR
2.4 PEREMPUAN ( 200m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan REBIA ANAK KAMPIT PENDEKAR
Naib Johan AINIELIA BT SOIN LAKSAMANAKetiga LIANA YUANNA AK LION LAKSAMANA
2.5 LELAKI (400m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan PONGGIANNAN A/L GANASAN LAKSAMANA
Naib Johan SALMAN BIN MOHAMED PAHLAWANKetiga SAMUEL SAIT ANAK ROBERT PANGLIMA
2.6 PEREMPUAN (400m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan REBIA ANAK KAMPIT PENDEKAR
Naib Johan YAP KE NI PENDEKARKetiga LIM PEI LUAN PAHLAWAN
2.7 LELAKI (800m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan PONGGIANNAN A/L GANASAN LAKSAMANA
Naib Johan VEERA NASU PANGLIMAKetiga SATHISKUMAR PAHLAWAN
2
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
2.8 PEREMPUAN ( 800m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan LORETTA CHEREMAI KONG PENDEKAR
Naib Johan NOR IZZATI BT. ALZOLMIN LAKSAMANAKetiga YAP KE NI PENDEKAR
2.9 LELAKI (1500m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan PONGGIANNAN A/L GANASAN LAKSAMANA
Naib Johan VEERA VASU PANGLIMAKetiga NAVIN PANGLIMA
2.10 PEREMPUAN (1500m)Tempat Nama Pemenang RumahJohan NOR IZZATI BT. ALZOLMIN LAKSAMANA
Naib Johan TING HOUNG XIA PENDEKARKetiga SITI NORHAYATI PAHLAWAN
2.11 LELAKI (4 X 100m)Tempat RumahJohan PAHLAWAN
Naib Johan PENDEKARKetiga PANGLIMA
2.12 PEREMPUAN (4 X 100m)Tempat RumahJohan PENDEKAR
Naib Johan PAHLAWANKetiga LAKSAMANA
2.13 LELAKI (4 X 400m)Tempat RumahJohan PENDEKAR
Naib Johan LAKSAMANAKetiga PANGLIMA
2.14 PEREMPUAN (4 X 400m)Tempat RumahJohan PAHLAWAN
Naib Johan PENDEKARKetiga LAKSAMANA
2.15 LELAKI ( LOMPAT JAUH)Tempat Nama Pemenang RumahJohan MOHD SHAHRIZAN BIN MOHD SOLIHIM PENDEKAR
Naib Johan TAN EN CHUAN PANGLIMAKetiga MOHD ADHA BIN ISMAIL PAHLAWAN
3
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
2.16 PEREMPUAN ( LOMPAT JAUH)Tempat Nama Pemenang RumahJohan PRISCILLA PAUL PANGLIMA
Naib Johan ILA NAZIRA BT. MUSTAFAAR PAHLAWANKetiga LOU LI XIAN LAKSAMANA
2.17 LELAKI ( LOMPAT TINGGI)Tempat Nama Pemenang RumahJohan SAIFUL ALIMIN ALIAS PENDEKAR
Naib Johan NG WEI CHEN PANGLIMAKetiga MENIX BIN MEIGOL LAKSAMANA
2.18 PEREMPUAN ( LOMPAT TINGGI)Tempat Nama Pemenang RumahJohan SITI NUR SHUHAIDA LAKSAMANA
Naib Johan AMIRAH BT. MOHAMED KAMIL PAHLAWANKetiga REBIA ANAK KAMPIT PENDEKAR
2.19 LELAKI ( LOMPAT KIJANG)Tempat Nama Pemenang RumahJohan SAIFUL ALIMIN ALIAS PENDEKAR
Naib Johan MOHD SHAHRIZAN BIN MOHD SOLIHIM PENDEKARKetiga TAN EN CHUAN PAHLAWAN
2.20 PEREMPUAN ( LOMPAT KIJANG)Tempat Nama Pemenang RumahJohan NAZIRAH BINTI MUSTAFA PAHLAWAN
Naib Johan LORETTA CHEREMANI KONG PENDEKARKetiga HAKIMAH BINTI NAEMAT PENDEKAR
2.21 LELAKI ( LONTAR PELURU)Tempat Nama Pemenang RumahJohan MOHD. HAZIQ BIN OTHMAN PAHLAWAN
Naib Johan SYAHIR PAHLAWANKetiga JACKSON LAW KOK CHUN PANGLIMA
2.22 PEREMPUAN ( LONTAR PELURU)Tempat Nama Pemenang RumahJohan ZURIATI BINTI YUNFISAR LAKSAMANA
Naib Johan WONG KANG WEN LAKSAMANAKetiga SITI NORHAYATI BT HUSSIN PAHLAWAN
2.23 LELAKI ( LEMPAR CAKERA)Tempat Nama Pemenang RumahJohan MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD NOR PAHLAWAN
Naib Johan DEVANDRAN A/L RANGASAMY PANGLIMAKetiga FREDDY VACKLEAN ANAK JILIN PAHLAWAN
4
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
2.24 PEREMPUAN ( LEMPAR CAKERA)Tempat Nama Pemenang RumahJohan ZURIYATI YUNFISAR LAKSAMANA
Naib Johan WONG KANG WEN LAKSAMANAKetiga RITCHELL PETER PANGLIMA
2.25 LELAKI ( REJAM LEMBING)Tempat Nama Pemenang RumahJohan MENIX BIN MAIGOL LAKSAMANA
Naib Johan AHMAD HUSAINI JAMALUS PENDEKARKetiga HAZIQ MOHAMAD NOR PAHLAWAN
2.26 PEREMPUAN ( REJAM LEMBING)Tempat Nama Pemenang RumahJohan ZURIATI BINTI YUNFISAR LAKSAMANA
Naib Johan WONG KANG WEN LAKSAMANAKetiga ROS AMILIANA ROSLAN PENDEKAR
2.27 PERBARISAN RUMAH SUKANTempat RumahJohan LAKSAMANA
Naib Johan PANGLIMAKetiga PENDEKAR
Keempat PAHLAWAN
2.28 PERHIASAN RUMAH SUKANTempat RumahJohan PENDEKAR
Naib Johan PANGLIMAKetiga PAHLAWAN
Keempat LAKSAMANA
2.29 KEPUTUSAN KESELURUHANTempat RumahJohan PAHLAWAN
Naib Johan PENDEKARKetiga LAKSAMANA
Keempat PANGLIMA
Olahragawan: Ponggiannan A/L Ganasan ( Laksamana) Merangkul 3 emas acara individu dan 1 perak acara berpasukan.
OLahragawati: Zuriyati binti Yunfisar (Laksamana). Merangkul 3 emas acara individu.
5
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
3.0 Penutup
Sekalung penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau pun tidak
langsung sepanjang kejohanan ini diadakan. Diharapkan kejohanan kali ini akan menghasilkan
lebih ramai atlit yang berwibawa untuk mewakili kampus ke peringkat yang lebih tinggi seperti
Kejohanan Balapan dan Padang Kebangsaan (KAGUM), Sukan Institut Pendidikan Malaysia
(SIPMA) dan sebagainya.
4.0 Refleksi
Sepanjang berlangsungnya KOT ini, banyak input - input berguna yang saya peroleh.
Antaranya rasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan dan mesti dilaksanakan
dengan baik. Hal ini kerana, kelas saya telah ditugaskan untuk membantu hiasan astaka. Maka,
sebelum berlangsungnya KOT, saya dan rakan – rakan telah memastikan astaka berada dalam
kondisi yang baik.
Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan siswa siswi
guru pelatih yang lain. Jika sebelum ini saya kurang berinteraksi dengan pelajar – pelajar
semester lain, KOT ini berjaya mewujudkan suasana bekerjasama dan saling bantu –
membantu antara satu sama lain bagi menjayakannya.
Malah, saya juga berpeluang menjadi pegawai kejohanan dan bertugas sebagai hakim
lompat jauh dan ketua Tugas – Tugas Khas. Peluang yang ada ini digunakan sepenuhnya, dan
pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri kursus KOAM sebelum ini berjaya diaplikasikan.
Saya merasa sangat bersyukur kerana terpilih untuk sama –sama menganjurkan kejohanan
pada kali ini. Segala ilmu yang diperoleh sepanjang KOT akan menjadi sangat berguna semasa
saya berada di sekolah nanti.
Disediakan oleh, 21 Mac 2014
_____________________
DPLI Fizik / Bio
Ambilan Januari 2014
6
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
Lampiran
MASA TENTATIF PROGRAM7.30 pg - Semua pelajar berada di Astaka PJ
8.00 pg - Peserta perbarisan mengambil tempat
- Ketibaan para jemputan dan tetamu
8.15 pg - Ketibaan Yang Berbahagia Pengarah IPGKTI, diiringi Timbalan-timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
- Pengerusi AJK Sambutan dan Perasmian
mengiringi Yang Berbahagia Pengarah IPGKTI ke pentas astaka, diarak
dengan paluan kompang
- Nyanyian Negaraku dan Bangsa Johor
- Upacara perbarisan lintas hormat dimulakan dengan yang Berbahagia
Pengarah IPGKTI menerima tabik hormat
- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
- Ucapan Perasmian Kejohanan olah Yang Berbahagia Tuan Pengarah
- Bendera Kejohanan dinaikkan dan diiringi dengan paluan kompang
- Wakil peserta melafazkan ikrar kejohanan
- Pasukan berbaris keluar
9.15 pg - Kejohanan Olahraga dimulakan
10.30 pg - REHAT
11.00 pg - Acara kejohanan disambung semula
12.30 pg - Upacara Penutup Kejohanan
- Dif-dif jemputan mengambil tempat masing-masing
- Para peserta berbaris masuk ke padang dan beratur di hadapan astaka
- Majlis penyampaian hadiah
- Ucapan perasmian penutup kejohanan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah
- Nyanyian lagu Negara Ku
- Bersurai
7
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KTI KALI KE- 47- 2014
Gambar 1: Perbarisan oleh kontinjen rumah yang mengambil bahagian
Gambar 2: Perasmian oleh Timbalan Pengarah Akademik IPG KTI
8