nota sjh1103 - johor

Upload: hazman-azhar

Post on 20-Jul-2015

967 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota SJH1103: Sejarah Politik Malaysia sehingga Awal Abad ke-20Bahagian Kesultanan Johor-RiauZaman Pengasasan, Kegemilangan dan Kejatuhan

TRANSCRIPT

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

KEBANGKITAN DAN KEMEROSOTAN JOHOR (1511 - 1824)

1511 - 1641: ERA PENGASASAN DAN PEMBINAAN KESULTANAN JOHOR Usaha Menegakkan Semula Kerajaan Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis bukanlah penamat kepada pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu. Hal ini kerana wujudnya usaha oleh Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya yang setia untuk mengembalikan pemerintahan dan mendapatkan semula Kota Melaka dari tangan Portugis. Bermula daripada pengunduran Sultan Mahmud Syah pada 1511 ke Pagoh, membina kubu pertahan di Bentayan, Muar, baginda dan para pengikutnya kemudiannya berundur ke Pahang, sebelum berlayar ke Pulau Bentan di Kepulauan Riau-Lingga. Di Bentan, asas untuk pembinaan semula sebuah kerajaan dimulakan dengan membina kekuatan tentera bagi menghadapi serangan Portugis. Untuk membina kekuatan tersebut, kebanyakan kerajaan naungan Melaka sebelumnya telah menyatakan taat setia mereka kepada Sultan Mahmud Syah dan bersedia untuk mempertahankan saki baki kekuatan Melaka yang masih ada. Antara kerajaan yang bersama-sama Melaka termasuklah Lingga, Inderagiri, Siak, Aru, Manjung, Beruas, Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong. Disebabkan serangan berterusan angkatan perang Sultan Mahmud Syah dalam menyerang Kota Melaka, Portugis bertindak menyerang balas kekuatan baginda di Bentan pada 1521 dan serang-menyerang daripada kedua-dua belah pihak di Kota Melaka dan Bentan berterusan sehinga 1526. Menurut Andaya (1982), Sultan Mahmud Syah memilih untuk bersemayam di Bentan kerana wilayah Kepulauan Riau-Lingga merupakan wilayah yang didiami oleh majoriti Orang Laut yang setia kepada Kesultanan Melaka semenjak era Srivijaya. Keselamatan baginda telah dikawal oleh orang-orang Laut yang setia di Bentan dan wilayah sekitarnya dari serangan Portugis. Pada tahun 1526, Portugis berjaya memusnahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud Syah di Kopak, Bentan dan baginda terpaksa berundur dan bersemayam di Kampar.

1

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Menurut Sulalatus Salatin, Sultan Mahmud Syah ketika bersemayam di Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. *Sultan Mahmud Syah dikenali sebagai Sultan Mahmud (MarhumKampar) kerana mangkat di Kampar.

(Muhammad Yusoff Hashim,1989)

Pengasasan Kesultanan Johor Sebagai meneruskan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Raja Ali telah diangkat sebagai Sultan yang baru bagi menggantikan ayahandanya Marhum Kampar. Baginda Raja Ali telah menaiki takhta pada 1528 dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II dan memilih kawasan Ujong Tanah sebagai pusat pemerintahan baginda dan baginda dianggap sebagai pengasas kepada Kesultanan Johor. Periode pengasasan Kesultanan Johor ini dianggap sebagai satu zaman untuk mencari tapak baru untuk politik dan ekonomi orang Melayu yang pernah dibangunkan di Melaka pada era kegemilangannya dahulu. Menurut Wan Shamsuddin (1969), dalam buku Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya 1400-1967, antara tujuan utama pembukaan sebuah kerajaan di Ujong Tanah adalah dengan maksud hendak menjadikannya sebagai tempat perdagangan yang terpenting di alam Melayu setanding kedudukan Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis. Sebenarnya, usaha pendirian kerajaan dilakukan secara berterusan sejak di Bentan, kemudiannya Kampar dan Ujong Tanah (Johor) adalah kerana Sultan yang memerintah Melaka dan penggantinya masih ada. Hal ini kerana, dalam prinsip orang Melayu, seperti yang diperkatakan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu, adapun mati raja alah negeri iaitu sesuatu kerajaan itu dianggap tewas sekiranya Sultan yang memerintah itu mati atau ditawan. Dalam konteks Melaka, walaupun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultannya masih hidup, oleh itu kedaulatan negeri Melaka masih wujud, ditambah pula dengan kesetiaan yang masih diberi oleh jajahan takluk Melaka. Oleh itu, pengasasan satu kerajaan baharu di Johor terhasil daripada satu keinginan untuk mengembalikan satu pusat pemerintahan kepada Kesultanan Melayu selagi2

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Sultan itu berdaulat, kerana dalam pemikiran orang Melayu menurut Khoo Kay Kim (1986), ada Raja maka barulah ada kerajaan. Antara tindakan baginda Sultan Alauddin Riayat Syah II dalam mengukuhkan asas kepada sebuah Kesultanan Johor termasuklah:

1. Mengarahkan Bendahara dan Seri Nara Diraja membina pusat pentadbiran Johor yang dikenali sebagai Kota Kara di kawasan Pekan Tua, Sungai Telor. 2. Menguasai semula wilayah-wilayah jajahan takluk Melaka dan menjadikannya sebagai jajahan takluk Johor termasuk Pahang, Kepulauan Riau-Lingga, Aru, Siak, Manjung, dll. 3. Membina pelabuhan kerajaan Johor di Batu Sawar. 4. Merancang strategi pertahanan dan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka di bawah pimpinan Laksamana Hang Nadim.

Selain itu, antara tokoh-tokoh penting Johor dalam membina asas kepada Kesultanan Johor yang lebih kukuh termasuklah Laksamana Tun Abdul Jamil dan Bendahara Tun Seri Lanang.

Laksamana Tun Abdul Jamil misalnya dalam awal kurun ke-17 telah berusaha untuk memperkukuh pertahanan Johor dalam menghadapi serangan daripada dua seteru utama pada ketika itu iaitu Portugis di Melaka dan kerajaan Acheh, selain dianggap sebagai perancang utama ke arah usaha membebaskan Kota Melaka dari tangan Portugis.

Antara usaha yang telah dilakukan untuk memperkukuhkan pertahanan Johor termasuklah: 1. Menempatkan wakil kerajaan Johor di setiap jajahan takluk seperti Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan. 2. Mempersiapkan tentera setiap kawasan jajahan takluk Johor yang akan membantu Johor sekiranya diserang ataupun ketika

melancarkan serangan

3

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

3. Mengarahkan negeri jajahan takluk membekalkan barangan untuk dieksport kepada Johor seperti bijih timah, lada hitam, hasil hutan dsb.

Selain itu, semenjak era pemerintahan Sultan Johor yang pertama oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II dan para penggantinya selepas itu, taktik memindahkan pusat pemerintahan di beberapa buah lokasi berlainan di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga dilakukan bagi mengelirukan musuh Johor iaitu Portugis dan Acheh.

Antara pusat pemerintahan yang sentiasa berubah-ubah itu termasuklah kawasan Sungai Telor, Sayong, Pancur, Makam Tauhid, Kota Tinggi dan Batu Sawar.

Perang Tiga Segi Ancaman terhadap Kedaulatan Johor Sejak kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, usaha untuk mendapatkan kembali Melaka oleh Sultan Mahmud Syah dan sultan-sultan Johor yang kemudiannya tidak pernah berhenti dan sentiasa berjalan. Bermula dengan usaha Laksamana Hang Nadim dengan bantuan Orang Laut di Bentan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan, hampir enam kali serangan dibuat oleh angkatan perang Sultan Mahmud di Bentan, sebelum Portugis bertindak menghancurkan pusat pemerintahan baginda di Kopak pada 1526. Antara strategi yang digunakan oleh Laksamana Hang Nadim termasuklah menyerang segala kapal-kapal Portugis dan kapal dagang yang hendak singgah di Melaka, mengakibatkan bekalan makanan Portugis terjejas teruk. (Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita - 1991) Apabila kerajaan Johor diasaskan di Ujong Tanah pada 1528, beberapa serangan dilancarkan ke atas kedudukan Portugis di Melaka dan disebabkan berlaku tindakan menyerang kapal-kapal Portugis oleh Johor, serangan ke atas Johor dilakukan Portugis dan tentera Portugis telah memusnahkan pusat pemerintahan Johor di Pekan Tua pada 1535, yang menyebabkan Sultan Alauddin dan segala pengikutnya mudik ke Sayong dan berkerajaan di kawasan tersebut.4

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Serangan terbesar yang dilancarkan oleh angkatan perang Johor dalam menyerang Kota Melaka adalah pada tahun 1551, di mana angkatan perang Johor telah bergabung dengan angkatan perang Perak,Pahang dan Jepara di Pulau Jawa.

Dalam serangan tersebut, angkatan perang bersekutu telah mengepung Kota Melaka selama hampir tiga bulan. Walaubagaimanapun, kekebalan Kota A Famosa telah berjaya menyelamatkan Melaka daripada jatuh semula ke tangan orang Melayu.

Serang menyerang di antara Johor dan Portugis berterusan selama hampir 130 tahun sebelum Belanda dengan bantuan Johor berjaya menguasai Kota Melaka. Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), walaupun Portugis sentiasa menyerang kedudukan Johor di sepanjang Sungai Johor, akan tetapi serangan tersebut bukanlah bertindak untuk menghancurkan kekuasaan politik orang Melayu tetapi sebaliknya lebih kepada usaha untuk mengurangkan ancaman ke atas aktiviti perdagangan Portugis di Melaka yang sering diganggu gugat oleh orang-orang Johor terutamanya Orang Laut.

Dan pada ketika itulah, kebangkitan Kesultanan Acheh di Sumatera Utara menjadi ancaman yang baru kepada Kesultanan Johor-Riau, yang sememangnya berhasrat untuk meruntuhkan sistem politik orang Melayu di Johor.

Kesultanan Acheh menganggap kemajuan Johor terutamanya dalam bidang perdagangan telah menggangu gugat kedudukan pelabuhan Acheh sebagai pelabuhan entrepot utama di Selat Melaka selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Dalam masa yang sama, Acheh turut bermusuh dengan Portugis di Melaka atas faktor perdagangan dan keagamaan. Ketiga-tiga kuasa utama di Selat Melaka iaitu Johor - Portugis - Acheh telah berperang di antara satu sama lain untuk satu tempoh hampir seratus tahun.

Di pihak Johor, angkatan perang Johor sentiasa berusaha menumpaskan Portugis di Melaka, selain mempertahankan diri daripada serangan Portugis dan Acheh ke atas Johor.

Walaubagaimanapun, apabila Acheh menyerang Aru pada 1540, Ratu kerajaan Aru telah melarikan diri ke Johor dan merayu supaya Sultan Alauddin Riayat Syah III menyerang kedudukan Acheh di Aru.

5

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Angkatan perang Johor kemudiannya berjaya membebaskan Aru setelah menewaskan Acheh di kawasan Sungai Panai.

Di pihak Acheh pula, serangan ke atas Johor dilancarkan kerana pelabuhan Johor di Batu Sawar berkembang maju dan berjaya menyaingi kemajuan pelabuhan Acheh. Selain itu, Acheh turut menyerang Portugis kerana aktiviti perdagangan di Melaka turut menjejaskan Acheh, selain faktor keagamaan di antara Kristian dan Islam.

Usaha kristianisasi yang dilancarkan Portugis di alam Melayu oleh para mubaligh di bawah pimpinan St Francis Xavier ditentang hebat oleh Acheh yang menjadi pusat perkembangan Islam yang utama di Nusantara pada ketika itu.

Perang Acheh-Portugis boleh dianggap sebagai penerusan Perang Salib di Timur memandangkan kerajaan Acheh mendapat bantuan secara langsung daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah di Timur Tengah terutamanya bantuan ketenteraan termasuk pemberian hampir 500 laras meriam kepada Acheh.

Antar serangan Acheh ke atas Johor termasuklah pada 1613 yang memusnahkan pusat pentadbiran Johor di Batu Sawar dan kemudiannya membawa pulang Sultan Alauddin Riayat Syah II dan beberapa orang pembesar ke Acheh sebagai tawanan perang.

Seterusnya, tentera Acheh juga telah bertindak menyerang kedudukan Portugis di Melaka. Antara serangan terbesar termasuklah pada 1628 semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dengan kekuatan hampir 236 buah kapal dan kekuatan 20 ribu orang tentera. Serangan tersebut telah berjaya mengepung Melaka selama hampir lima bulan.

Perang tiga segi tamat pada 1641 apabila kekuatan Portugis di Melaka berjaya dijatuhkan oleh gabungan tentera Belanda dan Johor setelah mengepung kota A Famosa selama hampir lima bulan.

Sebelum itu, angkatan perang Acheh telah berjaya dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1629 apabila Portugis dan Johor sanggup berdamai dan berkerjasama menumpaskan kekuatan Acheh yang mengancam mereka.

6

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

1641 - 1699: ERA KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR Faktor-faktor Kegemilangan Johor 1. Keadaan Politik Semasa di alam Melayu Kejayaan Johor mengusir Portugis dari Melaka pada 1641 dengan bantuan Belanda telah membawa kepada permulaan era kegemilangan Kesultanan Johor di alam Melayu. Selain itu, kekalahan Acheh dalam perang pada tahun 1629 kepada angkatan perang Portugis menyebabkan Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Thani yang menggantikan ayahandanya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam lebih berminat untuk menumpukan hal ehwal dalam negerinya semata-mata. Kemajuan Johor bermula 1641 tidak diganggu oleh Acheh kerana kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun yang sama dan digantikan oleh Ratu-ratu Acheh yang tidak berkeupayaan. Dalam keadaan damai seperti itulah, Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil Syah III mengatur strategi untuk mengukuhkan kekuatan Johor dan melakukan perancangan besar untuk menundukkan Portugis. (Abdul Halim Saad et al 1991). Antara tindakan Sultan Abdul Jalil Syah III termasuklah: 1. Menyusun semula hubungan perdagangan luar Johor 2. Memulihkan hubungan Johor-Jambi dengan memulangkan wilayah Tungkal kepada Jambi 3. Membina pakatan dengan Belanda untuk menjatuhkan Portugis 4. Melengkapkan kota-kota Johor di Batu Sawar dan beberapa lokasi lain dengan kelengkapan perang moden seperti kubu berbatu dan meriam yang dibiayai Belanda sebagai salah satu syarat penyerahan Melaka kepada Belanda sekiranya Portugis berjaya ditewaskan

Kejayaan Johor untuk muncul sebagai pemenang kepada Perang Tiga Segi Seratus Tahun Johor-Portugis-Acheh setelah mengalahkan Acheh dan Portugis telah membolehkan Johor untuk memajukan negeri tanpa sebarang halangan atau gangguan daripada mana-mana kuasa lain di Selat Melaka.7

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kejayaan ini bermakna Johor muncul sebagai kuasa perdagangan utama di Selat Melaka setelah ketidakmampuan Acheh di bawah pimpinan Sri Ratu Safiatuddin, isteri kepada Sultan Iskandar Thani yang mangkat pada 1641.

Selain itu, Belanda yang menguasai Melaka pula telah mengamalkan dasar mesra dan berbaik-baik dengan semua kerajaan yang berjiran dengannya sebagai jaminan terhadap keselamatan aktiviti perdagangannya di Selat Melaka.

2. Hubungan Johor - Belanda Tidak seperti Portugis yang mengancam kedudukan Johor, Belanda mengambil sikap yang terbuka terhadap kerajaan di alam Melayu walaupun di sesetengah tempat berlaku persengketaan yang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, prinsip Belanda di bawah VOC adalah, kedatangan ke Timur adalah untuk mencari untung dan bukannya mencari tanah jajahan. Pun begitu, modus operandi Belanda masih mementing keuntungan, dan sekiranya perlu perperangan dilakukan atas nama keuntungan. Walaubagaimanapun, sekiranya perperangan dapat dielakkan, tindakan berdiplomasi perlulah diutamakan. Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), Belanda dan Johor telah menjalinkan hubungan dua hala yang menguntungkan di antara satu sama lain. Antara kelebihan Johor-Belanda termasuklah:

1. Keamanan di Selat Melaka yang menjamin keselamatan perdagangan 2. Raja dan para pembesar Johor boleh berdagang di Melaka dan di tempat-tempat lain. Hal ini telah berjaya memulihkan perdagangan Johor yang terjejas teruk akibat perang yang berlarutan sebelumnya. 3. Pelabuhan Melaka menjadi tempat berjual-beli barangan Johor, sesuai dengan kedudukannya sebagai pelabuhan entrepot yang utama. 4. Johor mendapat keistimewaan untuk membeli senjata api, ubat bedil dan persenjataan moden daripada Belanda dalam melindungi keselamatannya.8

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

5. Belanda dilihat sebagai orang tengah kepada pelbagai pertikaian di antara kerajaan-kerajaan di alam Melayu. 6. Belanda juga pernah membantu mematahkan cubaan Palembang dan Mataram menyerang Johor setelah Laksamana Tun Abdul Jamil memberikan Belanda lima buah kapal bermuat kayu ke Melaka. Hasilnya, Belanda telah bertindak memusnahkan kapal Palembang yang berlayar dari Mataram kerana kononnya telah mengganggu keselamatan kapal Belanda.

3. Kecekapan Pemerintah Secara umumnya, struktur pemerintahan Kesultanan Johor adalah hampir sama dengan struktur pemerintahan yang pernah diamalkan di Melaka pada suatu ketika dahulu memandangkan keturunan Sultan yang memerintah Johor adalah daripada keturunan Raja-raja Melaka yang terdahulu. Jawatan-jawatan utama dalam sistem pembesar empat lipatan dikekalkan di mana Menteri Empat yang utama adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), terdapat perubahan kekananan pembsar empat yang utama dalam Kesultanan Johor di mana Laksamana dianggap sebagai antara pembesar yang penting dan pengaruhnya mengatasi pembesar yang lainnya. Kepentingan Laksamana dalam pentadbiran Johor adalah disebabkan keadaan perang yang berpanjangan sejak tahun 1511 sehingga 1641 iaitu suatu tempoh hampir 130 tahun. Dalam keadaan sentiasa diserang dan menyerang, kekuatan pertahanan menjadi asas terpenting kepada kesinambungan pemerintahan Johor. Antara faktor yang membawa kepada berkuasanya Laksamana di Johor semenjak era Laksamana Hang Nadim sehingga Laksamana Tun Abdul Jamil termasuklah:

1. Pindah-randahnya pusat kerajaan untuk mencari tempat yang strategik dan selamat 2. Perperangan Tiga Segi (keperluan menyerang dan bertahan)

9

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

3. Usaha Laksamana dan Orang Laut menyatukan semula jajahan takluk Johor. 4. Peranan Laksamana dan Orang Laut dalam mensabotaj kegiatan perkapalan dan perdagangan Portugis di Melaka

Sekiranya Bendahara Tun Perak dianggap sebagai pembesar terpenting yang mengatur kegemilangan Melaka sebelumnya, Laksamana Tun Abdul Jamil boleh dianggap sebagai pencatur politik Johor yang membantu menaikkan Johor kerana beliau sangat berkuasa dalam menasihati Sultan.

Antara jasa terbesar Laksamana Tun Abdul Jamil terhadap Kesultanan Johor termasuklah menjadi tokoh Johor yang penting bersama-sama Bendahara Tun Seri Lanang dalam merangka usaha menembusi pertahanan Portugis di Melaka.

Malah, kejayaan pakatan Belanda-Johor dalam menundukkan Portugis pada 1641 adalah disebabkan kecekapan Laksamana Tun Abdul Jamil yang memimpin angkatan perang Johor yang menyerang Melaka dari darat, manakala Belanda pula membedil kedudukan Portugis dari arah laut.

Selain itu, Laksamana Tun Abdul Jamil telah bertindak cemerlang menyelamatkan Sultan Abdul Jalil ketika serangan mengejut Jambi ke atas Johor 1673 oleh Dipati Anum. Sultan Johor yang tidak bersedia melarikan diri dan kesemua harta kerajaan Johor dirampas sebanyak 400 ribu wang emas Guilder dan beratus laras meriam yang menjadi kekuatan Johor.

Dalam keadaan Sultan Abdul Jalil yang terpaksa berlindung di istana Pahang, Tun Abdul Jamil mengumpulkan semula kekuatan Orang Laut dan melindungi Sultan Johor.

Kecekapan ketenteraan Johor di bawah pimpinan Laksamana semenjak kejatuhan Melaka adalah keupayaan untuk menyerap segala serangan dan kekalahan dan menyusun kembali kekuatan untuk bangkit menentang.

Berdasarkan catatan Belanda seperti yang dipetik oleh Abdul Halim Saad et al (1991), kehebatan Laksamana Tun Abdul Jamil dapat dilihat dalam usahanya untuk mengembalikan semula maruah Johor dalam perdagangan yang terjejas akibat perang berpanjangan.

10

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Hasil tindakan bijak dan berani, Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya menguasai perdagangan bijih timah dari Siak walaupun mengundang pertikaian Belanda.

Untuk menguasai perdagangan bijih timah, Laksamana Tun Abdul Jamil telah bertindak mengarahkan kapal-kapal bijih timah dari Siak untuk berlabuh di pelabuhan Johor yang sebelum ini berlabuh di Melaka.

Walaupun Belanda dilihat terkesan dengan tindakan Johor yang sedikit menjejaskan perdagangan di pelabuhan Melaka, tindakan tidak boleh diambil ke atas Johor kerana Belanda memerlukan bantuan Johor dalam menumpaskan pemberontakan orang Minangkabau ke atas kekuatan Belanda di Betawi.

4. Kemajuan Perdagangan Tradisi kerajaan perdagangan yang dimulakan oleh Srivijaya dan kemudiannya Kesultanan Melayu Melaka telah ditegakkan semula oleh kerajaan Johor sebagai meneruskan tradisi gilang-gemilang orang Melayu di laut. Apabila kerajaan Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II pada 1528, baginda telah membuka pelabuhan kerajaan Johor di Batu Sawar yang berjaya berkembang maju dan menjadi tumpuan pedagang di Selat Melaka terutamanya disebabkan beberapa faktor, iaitu lokasi Johor yang terletak di pintu masuk ke Selat Melaka daripada China, selain kekayaan hasil bumi yang dikumpul dari seluruh jajahan takluk Johor kemudiannya diperdagangkan di pelabuhan Johor termasuk bijih timah, emas, hasil hutan, rempah ratus dsb. Kemajuan pelabuhan Johor dalam masa yang singkat telah menyaingi pelabuhan Acheh menyebabkan Acheh menyerang Johor dalam beberapa siri serangan bagi melumpuhkan aktiviti perdagangan di Johor. Selain itu, serangan balas Portugis di Melaka ke atas Johor turut menjejaskan aktiviti perdagangan Johor. Perang Tiga Segi Seratus Tahun Johor-Acheh-Portugis telah memberikan kesan yang buruk kepada pelabuhan Johor, di mana kerajaan Johor terpaksa memberikan tumpuan kepada usaha menyelamatkan survival politik dan sering memindahkan pusat pentadbiran di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga. Oleh itu, aktiviti perdagangan Johor sangat terjejas pada waktu itu.11

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Setelah perang seratus tahun tamat pada 1641, angkatan Belanda dan Johor berjaya menguasai Kota Melaka yang menjadi pelabuhan entrepot terpenting di Selat Melaka sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan Portugis.

Disebabkan perjanjian Johor-Belanda, Kota Melaka diserahkan kepada Belanda dan pelabuhan Melaka adalah menjadi hak Belanda. Walaubagaimanapun, kerajaan Johor telah dibenarkan untuk berdagang di pelabuhan Melaka yang membolehkan usaha memulihkan ekonomi Johor dilakukan.

Walaupun menguasai Melaka, Belanda tidak berhasrat memajukan pelabuhan Melaka kerana pusat utama Belanda adalah di Batavia (Betawi) dan pelabuhan Melaka hanya berfungsi sebagai pusat mendapatkan bekalan sahaja kepada Belanda.

Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), pembesar penting yang memainkan peranan memajukan pelabuhan Johor adalah Laksamana Tun Abdul Jamil yang bersungguhsungguh mengembalikan kegemilangan perdagangan orang Melayu pada satu masa dahulu.

Antara pelabuhan penting kerajaan Kesultanan Johor-Riau termasuklah pelabuhan Batu Sawar, pelabuhan Bengkalis dan Inderagiri. Kejayaan perdagangan Johor bermula apabila orang-orang India Muslim dari Koromandel yang merupakan saudagar kain terkemuka dunia mula menjadikan pelabuhan singgahan mereka. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, para pedagang India-Muslim memainkan peranan penting sebagai pembeli barang dagangan di alam Melayu terutamanya rempah,cengkih,hasil hutan dan bijih timah untuk diperdagangkan di seluruh dunia dengan cara barter iaitu menukarkan hasil tempatan dengan kain-kain kepunyaan mereka.

Apabila jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, pedagang-pedagang tersebut telah beralih ke pelabuhan lain seperti Acheh, namun apabila pelabuhan Johor dilihat mengembalikan kesinambungan pelabuhan Melaka pada suatu masa dahulu, mereka mula menjadikan pelabuhan Johor sebagai pusat kegiatan perdagangan mereka.

Laksamana Tun Abdul Jamil seorang yang penuh wawasan dan berani dalam memajukan semula perdagangan Johor walaupun mencabar kedudukan Belanda di Selat Melaka.

12

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Misalnya, untuk menguasai perdagangan bijih timah dari Siak, beliau telah mengarahkan kapal-kapal bijih timah dari Siak untuk berdagang di Johor dan meninggalkan pelabuhan Melaka.

Seterusnya, kemerosotan Acheh telah membolehkan kerajaan Johor menguasai semula perdagangan lada, emas dan timah daripada Minangkabau yang pernah menjadi pertikaian Acheh dan Inderagiri yang kemudiannya membawa perperangan seratus tahun Johor dan Acheh dalam perang tiga segi.

Selain itu juga, hasil mahsul yang terdapat di kebanyakan wilayah jajahan takluk Johor dibawa masuk ke pelabuhan Johor termasuklah bijih timah dari Perak, tembaga Jepun yang diperoleh Pattani melalui perdagangannya dengan China selain wilayah kayu jati yang dimiliki oleh Pattani.

Antara faktor yang membawa kepada kemajuan perdagangan di Johor termasuklah:

Kedudukan Strategik Kedudukan pelabuhan Johor yang terletak di pelabuhan Batu Sawar terlindung daripada tiupan angin monsun, selain kedudukan JohorRiau yang terletak di pintu masuk ke Selat Melaka. Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah II, pelabuhan utama kerajaan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau. Andaya (1982) dalam bukunya A History of Malaysia menyatakan bahawa sebelum kebangkitan Melaka sebagai pusat perdagangan, kawasan perdagangan yang strategik di Selat Melaka termasuklah pelabuhan di Kepulauan Riau Lingga kerana kedudukannya yang paling strategik di pintu masuk ke Selat Melaka dari arah China. Walaubagaimanapun, kegagalan pemerintah terdahulu mengatasi ancaman lanun di kepulauan tersebut menjadikan pelabuhan tersebut tidak lagi selamat untuk berdagang dan akhirnya menjadi sebuah pelabuhan tinggal. Malah Riau dianggap sebagai kunci ke segala Selat iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Selat Tebrau.

13

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Selain menjadi pintu masuk ke Selat Melaka, kedudukan pelabuhan Johor yang berhampiran dengan wilayah-wilayah Indonesia di Selat Sunda dan Kepulauan Rempah memberikan kelebihan kepada Johor dalam mendapatkan barang yang boleh diperdagangkan.

Misalnya, Kepulauan Maluku adalah merupakan pusat pengeluaran cengkih terpenting di dunia, selain pengeluaran buah pala dan kayu cendana di wilayah berhampirannya manakala Minangkabau dan Siak terkenal sebagai pusat pengeluaran bijih timah dan lada hitam.

Walaupun Belanda telah menguasai sedikit demi sedikit wilayah Indonesia dan berpengkalan di Betawi, beberapa buah pelabuhan kerajaan Johor dan jajahan takluk Johor seperti pelabuhan Bengkalis dan Inderagiri mula menjadi tumpuan para pedagang dari serata Indonesia.

Kedudukan pelabuhan Johor yang strategik membolehkan para pedagang dari seluruh dunia berdagang di Johor termasuk pedagang India-Muslim dari Coromandel yang menjadikan Johor sebagai pusat perdagangan yang utama, para pedagang dari China terutamanya pedagang dari Amoy dan Canton (Guangzhou), Maluku, Makassar dan kapal-kapal Eropah terutamanya dari Belanda dan Inggeris.

Kemudahan di Pelabuhan Antara kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor termasuklah kemudahan gudang yang selamat, perkhidmatan membaiki kapal dan kemudahan-kemudahan yang lain bagi para pedagang asing yang berhasrat untuk berlindung dari tiupan angin monsun sebelum meneruskan pelayaran mereka. Selain itu, kemudahan membaiki dan membuat kapal telah menjadi kemahiran masyarakat di Johor terutamanya pembuatan kapal pesisir pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencacap dan pencalang yang digunakan untuk mengangkut barang dagangan dari kapal ke pelabuhan.

14

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Selain itu juga, pelabuhan Johor turut dikunjungi pedagang untuk mendapatkan bekalan air bersih dan bekalan makanan sebelum meneruskan pelayaran ke serata dunia.

Peranan Orang Laut Peranan Orang Laut sebagai pengawal perairan sejak zamanberzaman, bermula dari era kerajaan Srivijaya, Melaka dan kemudiannya Johor telah membantu keselamatan para pedagang yang singgah di Johor. Keselamatan perairan dan pelabuhan Johor yang dikawal oleh Orang Laut telah menarik kedatangan para pedagang ke Johor. Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), peranan Orang Laut penting kepada para pedagang kerana mereka mengiringi kapal-kapal dagang yang singgah ke Johor sehinggalah kapal-kapal tersebut mampu untuk keluar dari Selat Melaka dengan selamat tanpa sekatan daripada lanun-lanun yang berkuasa di Selat Melaka. Selain itu, kerajaan Johor juga mengarahkan Orang Laut untuk menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan Johor, penunda dan penunjuk arah sebagai menjaga keselamatan kapal yang berlabuh.

Kepelbagaian Barang Dagangan Salah satu faktor berkembangnya pelabuhan Johor sebagai sebuah pelabuhan entrepot adalah keupayaan Johor untuk menyediakan pelbagai barang dagangan yang dikehendaki oleh para pedagang. Kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh negeri jajahan takluk Johor telah digunakan sepenuhnya oleh kerajaan Johor untuk memajukan pelabuhan Johor. Misalnya, wilayah seperti Klang, Sungai Ujong, Rembau dan Perak yang kaya dengan bijih timah telah menghantar hasil keluaran mereka untuk diperdagangkan di pelabuhan Johor. Selain itu, kejayaan Johor mendapatkan semula Pahang daripada Acheh setelah kemangkatan Sultan Iskandar Thani membolehkan Johor menguasai pengeluaran emas di Hulu Tembeling di Pahang.15

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Seterusnya, perdagangan Johor semakin berkembang apabila kerajaan Pattani turut berdagang di pelabuhan Johor, terutamanya dalam membekalkan kayu jati dan tembaga yang diperoleh dari Ryukyu. (Abdul Halim Saad,1991)

Johor juga muncul sebagai pusat perdagangan tekstil terpenting di Selat Melaka apabila para pedagang India-Muslim menjadi pelabuhan Johor sebagai pusat perdagangan kain bagi ditukarkan dengan barangan keperluan mereka seperti rempah dan hasil hutan.

Pada era kegemilangannya, pelabuhan Johor menjadi pusat perdagangan penting yang membekalkan damar, bijih timah, sagu, lada hitam, beras dll kepada para pedagang.

Selain itu, barangan luar negara yang boleh didapati di pelabuhan Johor termasuklah benang emas, kain sutera, tembikar, teh dan tembaga dari China.

Sistem Pentadbiran Pelabuhan yang Bersistematik Pelabuhan Johor mempunyai sistem pentadbiran pelabuhan yang bersistematik yang memudahkan para pedagang untuk berurusniaga di Johor. Antaranya, amalan sistem Syahbandar yang diamalkan sejak di Melaka diteruskan di Johor yang berperanan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan para pedagang di pelabuhan Johor. Walaubagaimanapun, sistem Syahbandar di Johor telah

diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Sistem Naungan ke atas para pedagang yang berdagang di Johor. Di bawah sistem naungan, para pembesar Johor berperanan

melindungi nyawa dan harta benda setiap perdagang yang datang ke Johor. Pembesar-pembesar yang turut terlibat dalam sistem ini ialah Bendahara, Laksamana, Raja Indera Bongsu dan Temenggung. Kebiasaannya pembesar yang terlibat dalam sistem ini akan mendapat

16

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

ganjaran hasil daripada perdagangan yang dijalankan oleh pedagang yang berada di bawah naungan mereka. Tujuan utama sistem ini diperkenalkan adalah untuk melindungi keselamatan para perdagang yang datang berdagang ke Johor daripada penagih hutang dan penjenayah.Keadaan ini pastinya dapat menjamin keselamatan para perdagang yang berdagang di Johor. Keistimewaan lain yang turut diberikan kepada pedagang di bawah sistem ini ialah para perdagang akan diberikan pas daripada Belanda yang berbentuk cop mohor yang menjadi bukti keizinan kepada para pedagang untuk berdagang di pelabuhan yang dikuasai VOC. Hal ini amatlah penting kepada perdagang kerana mereka dapat melakukan aktiviti perdagangan dengan bebas tanpa sebarang ancaman luar berikutan jaminan keselamatan yang diberikan kepada mereka. Selain itu juga, sistem sukatan, timbangan dan percukaian yang tetap yang dikenakan di pelabuhan Johor telah meyakinkan para pedagang untuk berurusniaga di Johor. Misalnya, untuk bahara lada hitam yang diperdagangkan, enam keping wang emas dikenakan sebagai cukai manakala setiap bahara bijih timah dikenakan sepuluh keping wang emas.

Pengenalan Sistem Matawang Terdapat dua cara perdagangan dilakukan di Johor iaitu melalui penggunaan sistem barter dan sistem matawang. Penggunaan matawang sebagai medium urusniaga di pelabuhan menjadi penting apabila para pedagang Eropah seperti Belanda dan Inggeris mula menguasai perdagangan di Timur. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor telah memperkenalkan penggunaan wang emas (dikenali sebagai mas), wang perak (dikenali sebagai kupang) dan wang timah (dikenali sebagai katun).17

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pada akhir kurun ke-18, matawang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda mula digunakan.

5. Perkembangan Persuratan Melayu Selain kemajuan dalam bidang perdagangan, era kegemilangan Johor turut menyaksikan perkembangan persuratan Melayu dalam bidang penulisan

kesusasteraan dan sejarah. Antaranya, pada tahun 1612 Bendahara Tun Seri Lanang telah berjaya menyusun dan melengkapkan Sejarah Melayu, yang menjadi sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting dan menjadi rujukan utama kepada para pengkaji sejarah sehingga ke hari ini. Kitab Sejarah Melayu sebenarnya telah mula ditulis sejak era Kesultanan Melayu Melaka, dan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, naskhah asalnya telah dibawa ke Bentan, Kampar dan kemudiannya Johor. Apabila Portugis menyerang pusat pemerintahan Johor di Sayong pada 1536, naskah asal Sejarah Melayu dirampas dan dibawa pulang ke Melaka. Kemudiannya, Orang Kaya Suguh berjaya mendapatkan semula naskhah asal Sejarah Melayu dari tangan Portugis sebelum disalin dan diperbaiki semula oleh Tun Seri Lanang. Pada kurun ke-17, Hikayat Hang Tuah yang menceritakan mengenai kepahlawanan Laksamana Hang Tuah dan empat orang saudaranya. Pada kurun ke-18 pula, Riau muncul sebagai pusat persuratan yang menghasilkan karya-karya berunsur sejarah, bahasa dan agama. Antara kitab-kitab yang dihasilkan termasuklah Tuhfat al-Nafis, Peringatan Sejarah Negeri Johor, Kitab Pengetahuan Bahasa, Bustanus Katibin dsb. Antara pengarang yang terkemuka pada ketika itu termasuklah Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad yang menulis karya mereka dalam tulisan-tulisan Jawi. Pada abad ke 19, kesemua kitab ini disalin semula menggunakan kaedah cap batu.

18

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

1699 - 1728: ERA KEMEROSOTAN KESULTANAN JOHOR Faktor-faktor Kemerosotan Johor

1. Perang Johor-Jambi Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659. Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.19

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 400 000 Guilder wang emas (4 tan emas), beratus-ratus laras meriam dan sebahagian besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor, selain 100 000 orang tawanan. (Abdul Halim Saad et al,1991)

Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Disebabkan kekalahan ini, beberapa buah kerajaan jajahan takluk Johor cuba untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Johor.

Pun begitu, Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya mengelakkan Kesultanan Johor jatuh dan tunduk kepada Jambi, dan hasil perancangan beliau dan askar upahan Bugis, Jambi dapat ditewaskan dan jajahan takluk Johor tidak lagi berani untuk menentang Johor.

2. Persengketaan Bendahara - Laksamana Kekuasaan dan pengaruh Laksamana Tun Abdul Jamil sampai ke kemuncak apabila Sultan Abdul Jalil yang bersemayam di Istana Pahang telah menitahkan Laksamana untuk memulihkan Johor dan atas jasa yang sangat besar dalam menewaskan Jambi dan mengembalikan kedaulatan Johor, Laksamana Tun Abdul Jamil telah diberi gelar Paduka Raja oleh Sultan Abdul Jalil. Pemberian gelar tersebut menjadikan Laksamana sangat berkuasa dan mengatasi kekuasaan Bendahara, malah Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah bertindak menjadi pelantik dan pemangku Raja, yang sepatutnya menjadi tugas dan hak Bendahara. Apabila Sultan Abdul Jalil Syah III mangkat pada 1677, Sultan Ibrahim menjadi Sultan Johor kesembilan dan memerintah Johor selama lapan tahun sebelum mangkat pada 1685.

20

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Di era pemerintahan Sultan Ibrahim Syah, kuasa Paduka Raja Tun Abdul Jamil sangat mencengkam istana apabila jawatan pembesar yang penting dikuasai oleh ahli keluarganya kecuali jawatan Bendahara yang disandang oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid.

Oleh itu, maka tidak hairanlah Gabenor Belanda di Batavia (Betawi) menganggap bahawa Laksamana Tun Abdul Jamil menjadi pemerintah sebenar kepada kerajaan Johor.

Hal ini kerana, kesemua jawatan utama kerajaan kecuali Bendahara iaitu Penghulu Bendahari, Temenggung, Seri Perdana Menteri, Seri Bija Diraja, Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja kesemuanya diisi oleh anak-anak beliau. Tindakan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembesar negeri termasuklah Bendahara yang telah kehilangan kuasa.

Kemuncak pertembungan Laksamana - Bendahara bermula sewaktu kemangkatan Sultan Ibrahim Syah, yang meninggalkan seorang putera yang masih kecil yang berusia sepuluh tahun pada ketika itu.

Tindakan Laksamana Tun Abdul Jamil mengangkat Sultan Mahmud Syah II sebagai Sultan Johor menimbulkan kemarahan Bendahara Tun Habib Abdul Majid kerana kuasa melantik Raja adalah kuasa yang diberikan kepada Bendahara oleh adat Melayu zaman-berzaman.

Malah, ketika Sultan Mahmud Syah II bersemayam di atas takhta, baginda telah dipangku oleh bonda baginda, sedangkan mengikut adat perajaan Melayu, sekiranya Sultan masih kecil, baginda hendaklah dipangku oleh Bendahara.

Dalam keadaan Sultan Mahmud Syah II yang masih kecil, Paduka Raja Tun Abdul Jamil bebas memerintah negeri tanpa sebarang gangguan.

Keadaan ini menimbulkan perpecahan dalam istana Johor, di mana sebahagian pembesar menyokong Laksamana Tun Abdul Jamil manakala sebahagian Orangorang Kaya menyokong Bendahara.

Komplot jatuh-menjatuh antara kedua-dua pembesar ini bermula apabila satu perencanaan untuk membunuh Bendahara dibuat oleh Laksamana. Sebelum membunuh Bendahara, beliau perlulah dipisahkan terlebih dahulu dengan Sultan Mahmud Syah II kerana pantang Melayu sekiranya membunuh penjaga Raja.

21

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Untuk menjayakan rancangan tersebut, Laksamana membuat helah untuk mengarahkan Sultan Mahmud Syah II yang masih kecil ke Pahang atau Terengganu bagi menyelamatkan baginda kerana kononnya Belanda ingin menyerang pusat pemerintahan Johor di Riau.

Helah tersebut berjaya dikesan oleh Bendahara dan beliau mendapat berita bahawa terdapat satu perancangan untuk membunuh beliau dan para pembesar yang menentang Laksamana Tun Abdul Jamil.

Oleh itu, para pembesar Johor telah bertindak mengumpulkan tentera Johor untuk memburu Laksamana Tun Abdul Jamil dan kesemua ahli keluarganya.

Orang Laut yang menjadi tulang belakang kekuatan Laksamana selama ini tidak berani membantu Laksamana kerana Bendahara memangku Raja, menunjukkan bahawa Laksamana di pihak yang salah dan pantang Melayu menentang di sebelah pihak Raja, meskipun Sultan Mahmud Syah II pada ketika itu masih belum mengerti apa-apa.

Menyedari dirinya dalam bahaya, Laksamana dan segala ahli keluarga dan pengikutnya melarikan diri ke Terengganu, dan apabila tiba di Terengganu, berlaku pergaduhan di antara satu sama lain dalam keluarga Laksamana menyebabkan beliau ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri. (Abdul Halim Saad et al, 1991)

Apabila angkatan tentera Bendahara menyerang Laksamana, beliau hanya dibantu oleh anakandanya Sei Bija Diraja dan mereka berkubu selama sepuluh hari sebelum kehabisan peluru.

Sebagai menghina Laksamana sebelum kematiannya, Bendahara mengarahkan Laksamana dibunuh oleh seorang abdi yang cacat.

Kematian Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengembalikan kekuasaan sebenar kepada Bendahara dan pengaruh Laksamana akhirnya berjaya dihapuskan oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid.

Walaubagaimanapun, peristiwa kehilangan seorang

pembunuhan yang

tersebut berwibawa

menyebabkan kerana

Johor

pemimpinnya

sepanjang

penguasaannya, Johor sentiasa mampu untuk mengatasi Belanda dalam pelbagai perkara, selain berjaya mengekalkan kedaulatan Johor walaupun pada satu ketika Johor pernah runtuh akibat serangan Jambi.

22

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

3. Pembunuhan Sultan Mahmud Syah II (Marhum Mangkat Dijulang) Era pemerintahan Sultan Mahmud Syah II menyaksikan baginda sebagai Sultan terakhir yang bertakhta di atas takhta kerajaan Johor dari kalangan leluhur Sultansultan Melaka. Setelah persengketaan Laksamana - Bendahara berakhir di Johor dengan peristiwa pembunuhan Laksamana Tun Abdul Jamil, politik Johor kemudiannya reda seketika apabila Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapat sokongan daripada para pembesar negeri pada ketika itu. Kemudiannya, kematian Bendahara pada 1688 kemudiannya, membawa kepada perlantikan anakanda beliau iaitu Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara Johor yang baru. Era Bendahara Tun Abdul Jalil menyaksikan Sultan Mahmud Syah II mulai meningkat dewasa dan sudah mampu untuk menjadi seorang Sultan kepada sebuah kerajaan. Walaubagaimanapun, Sultan Mahmud Syah II bukan sahaja tidak mampu untuk memulihkan pergolakan politik Johor sebelumnya, akan tetapi menimbulkan pergolakan yang lain pula. Sikap baginda yang zalim terhadap rakyat telah menyebabkan berlakunya pakatan dalam kalangan pembesar istana Johor untuk menyingkirkan baginda daripada takhta kerajaan Johor. Pakatan itu berlaku apabila mengenangkan perbuatan dan perlakuan Sultan Mahmud Syah II tersebut dilihat seolah-olah tidak sepatutnya ada pada seorang Raja yang berdaulat pada ketika itu, termasuklah tindakan baginda yang suka melakukan beberapa perkara luar tabii dan tidak senonoh. Berdasarkan kitab Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji, adapun Sultan Mahmud Syah II merupakan seorang yang homoseks dan cenderung untuk meliwat lelaki-lelaki cantik di zamannya. Kononnya, baginda beristerikan seorang peri (jin betina), dan kerana cemburunya peri ini maka baginda tidak mampu untuk bersekedudukan dengan wanita biasa dalam kalangan manusia. Kerana tabiatnya itu, baginda gemar untuk memanggil lelaki-lelaki muda yang tampan ke istana dan sekiranya ingkar mereka akan ditangkap dan dibawa ke istana.

23

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Sifat luar tabii Sultan telah mencemarkan maruah para Sultan Melayu zamanberzaman, ditambah pula dengan keburukannya yang tidak senonoh, dan suka membunuh sesuka hati.

Apabila Alexander Hamilton, seorang pedagang Inggeris tiba di Johor pada 1695, beliau mencatatkan mengenai kelakuan Raja muda tersebut sebagai bertabiat ganjil dan bengis.

Utusan-utusan Belanda ke Johor pula melaporkan bahawa baginda Sultan Mahmud sebagai seorang yang terlalu muda dan tidak dapat dikawal, dan baginda gemar menghabiskan masa berfoya-foya dan berlaku kejam sesuka hatinya.

Menurut Hikayat Johor dan Pahang, puncak kezaliman Sultan Mahmud Syah II berlaku apabila berlakunya peristiwa pembunuhan isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil atas kesalahan memakan buah nangka dari kebun istana, dan apabila ditangkap isteri Megat Seri Rama menyatakan bahawa anak dalam kandungannya itu mengidamkan buah nangka dan merayu agar dia dilepaskan.

Atas tindakan suka-suka, baginda membelah perut isteri Megat Seri Rama bagi mendapatkan kepastian adakah benar anak dalam kandungan wanita tersebut benar-benar mengidamkan buah nangka ataupun tidak.

Berdasarkan tindak-tanduk Sultan yang tidak sepatutnya sebagai seorang Raja, ditambah dengan kezalimannya ke atas rakyat jelata, sekalian pembesar Johor telah bermesyuarat untuk membunuh Sultan Mahmud Syah II. Mengikut adat Melayu, seseorang Raja boleh dibunuh sekiranya baginda terbukti gila ataupun murtad.

Bendahara Tun Abdul Jalil dan sebahagian besar Orang Kaya-kaya menganggap baginda sebagai tidak begitu waras kerana tindakannya yang luar tabii, bersifat bengis dan ganjil.

Walaubagaimanapun, perencanaan membunuh Sultan ditentang keras oleh pembesar dari kalangan Orang Laut yang sangat setia kepada Sultan, iaitu Orang Kaya Seri Bija Wangsa, kerana adat Melayu walau sejahat mana sekalipun Rajanya tidak sesekali akan derhaka.

Bagi menjayakan perancangan tersebut, Orang Kaya Seri Bija Wangsa dibunuh dengan keris penyalang dan pembesar lain tidak lagi berani untuk bersuara dalam menentang perencanaan Bendahara.

24

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Tugas berat untuk membunuh Sultan Mahmud Syah II telah diambil oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) kerana dianggap sebagai menuntut bela ke atas kematian isterinya.

Apabila Sultan Mahmud Syah II berangkat untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama ketika berada di atas usungan, dan kerana itulah baginda digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Disebabkan baginda tidak meninggalkan zuriat untuk menggantikan baginda sebagai Sultan Johor, para pembesar sepakat untuk menabalkan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor yang baharu dengan memakai gelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.

Dengan itu terputuslah zuriat Raja-raja Johor yang berketurunan terus daripada keturunan Kesultanan Melayu Melaka.

4. Perebutan Takhta Johor Pembunuhan Sultan Mahmud Syah II telah menimbulkan satu pergolakan politik yang semakin sengit di istana Johor. Pada mulanya, perlantikan Bendahara sebagai Sultan Johor yang baharu disokong oleh sebahagian besar pembesar Johor untuk bertakhta di atas takhta perajaan Johor. Dalam pada masa yang sama, pembunuhan Sultan Mahmud Syah II telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat Johor-Riau di mana kebanyakan Orang Laut tidak mengiktiraf Bendahara sebagai Sultan Johor yang baharu, malah sesetengahnya tidak mahu tunduk menyembah mengakui kedaulatan Sultan Abdul Jalil. Hal ini kerana, Orang Laut telah sebati dengan kedaulatan dan kesucian leluhur Sultan Melayu dari keturunan Bukit Siguntang suatu masa dahulu. Kebencian dan dendam juga mulai timbul dalam kalangan Orang Laut kerana peristiwa pembunuhan pembesar mereka iaitu Orang Kaya Seri Bija Wangsa akibat tidak bersetuju dengan komplot pembunuhan Sultan Mahmud Syah II.

25

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Selain itu juga, negeri-negeri jajahan takluk Johor seperti Inderagiri, Selangor, Rokan dan Deli mula mempersoalkan keabsahan dan kedaulatan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV yang bukanlah daripada keturunan Sultan yang mulia.

Dalam keadaan pertikaian mengenai status keabsahan ke atas Sultan Abdul Jalil, pada 1717 muncul Raja Kechil dari Siak yang mengaku bahawa beliau adalah pewaris takhta Johor yang sah kerana beliau merupakan zuriat tunggal Sultan Mahmud Syah II.

Seperti didakwa oleh Raja Kechil, beliau telah diputerakan oleh Sultan Mahmud Syah II yang telah menikahi puteri Laksamana secara sembunyi dan beliau kemudiannya telah dibawa ke Pagar Ruyong oleh pedagang Minangkabau atas amanah Laksamana yang mahu melihatnya cucunya terselamat daripada pergelutan politik di istana Johor pada ketika itu.

Dengan bantuan Orang Laut yang mempercayai bahawa Raja Kechil adalah pewaris sah takhta Johor dan orang-orang Minangkabau, angkatan perang Raja Kechil melanggar Riau pada 1719 dan berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.

Hampir kesemua kerabat Sultan Abdul Jalil dibunuh oleh Raja Kechil, manakala Sultan Abdul Jalil diturunkan ke jawatan Bendahara yang pernah dipangku olehnya sebelum itu. Bagi mengembalikan tradisi lama Melaka, Raja Kechil mengahwini puteri Bendahara dan mengangkat dirinya sebagai Yang Dipertuan bagi Kerajaan Johor-Riau dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.

Sebelum menyerang Johor, Raja Kechil telah membuat pakatan dengan Bugis untuk menyerang Johor, namun ketika anak Raja Bugis Lima Bersaudara yang diketuai Daeng Perani belum bersedia, Raja Kechil terlebih dahulu terus melanggar Panchor dan Riau disebabkan sokongan sebahagian besar orang-orang Laut di Kepulauan Riau-Lingga sendiri, malah kebanyakan pembesar Johor menyokong dan mempercayai bahawa Raja Kechil adalah keturunan Marhum Mangkat Dijulang yang sah.

Berdasarkan perjanjian awal Raja Kechil-Bugis, sekiranya beliau berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil, beliau akan diangkat sebagai Sultan Johor manakala wakil Bugis akan diberi jawatan Yamtuan Muda Johor.

26

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Walaubagaimanapun, disebabkan Bugis tidak membantu Raja Kechil dalam perang tersebut, Raja Kechil enggan mengotakan janji untuk memberikan jawatan kepada Putera Bugis Lima Bersaudara kerana mereka langsung tidak membantu baginda ketika perang.

Dalam pada masa yang sama, Bendahara Tun Abdul Jalil dan anakandanya Tun Abbas yang berkubu di Seluyut telah melancarkan serangan untuk menjatuhkan Sultan Jalil Rahmat Syah tetapi gagal.

Akibat kegagalan tersebut, Bendahara dan seluruh kerabatnya melarikan diri ke Kuala Pahang dan kemudiannya Terengganu, akan tetapi Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kechil) yang murka dengan tindakan Bendahara telah mengupah orang Minangkabau iaitu Laksamana Nakhoda Sekam untuk membunuh Bendahara dan anak Bendahara iaitu Raja Sulaiman telah dibawa balik ke Riau.

Usaha menyingkirkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah tidak terhenti dengan pembunuhan Bendahara Tun Abdul Jalil, malah diteruskan secara sulit oleh Raja Sulaiman.

Baginda telah meminta bantuan Bugis Lima Bersaudara untuk menyerang kedudukan Sultan Abdul Jalil yang bersemayam dan berkerajaan di Riau. Anak-anak Raja Bugis yang sememangnya sedang memusuhi Sultan Abdul Jalil yang mungkir janji bersetuju untuk membantu Raja Sulaiman dengan syarat yang sama yang dikemukan kepada Raja Kechil dahulu iaitu jawatan Yamtuan Muda bagi kerajaan Johor-Riau sekiranya Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan diserahkan kepada Bugis.

Perencanaan Raja Sulaiman-Bugis kemudiannya berjaya menyingkirkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah daripada takhta kerajaan Johor pada 1772 setelah angkatan perang Sultan berjaya ditewaskan oleh angkatan perang Bugis, dan Raja Kechil terpaksa melarikan diri semula ke Siak.

Kemenangan itu membolehkan keturunan Bendahara menguasai semula takhta kerajaan Johor dan Raja Sulaiman diangkat sebagai Yang Dipertuan Besar bagi kerajaan Johor-Riau dengan memakai gelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan sebagai mengotakan janjinya, Sultan Sulaiman mengangkat Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda Johor dengan memakai gelar Kelana Jaya Putera dan adindanya Daeng Celak diberi gelar Raja Tua.

27

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Perlantikan Daeng Merewah menandakan bermulanya era cengkaman pengaruh Bugis di Tanah Melayu.

5. Pengaruh Bugis Kejayaan Bugis untuk mendapat kuasa yang tinggi di istana Johor telah memulakan zaman kemerosotan kuasa Sultan Johor itu sendiri. Hal ini kerana pengaruh Yamtuan Muda sangat besar dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah hanya menjadi Sultan yang terpaksa menurut segala keputusan Yamtuan Muda. (Abdul Halim Saad et al, 1991) Keadaan ini ada diceritakan dalam Salasilah Melayu dan Bugis, di mana, Yamtuan Besar (Sultan) menjadi seperti perempuan sahaja; jika diberi makan baharu makan ia; Yamtuan Muda menjadi seperti laki-laki; dan jika datang satu-satu hal atau apa jua bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda. Berdasarkan penulisan tersebut, ternyata kuasa untuk membuat sebarang keputusan penting telah jatuh ke tangan Yamtuan Muda dalam pelbagai perkara. Mengimbau kembali sejarah pertapakan Bugis di alam Melayu, orang-orang Bugis dan kaum-kaum lain mula meninggalkan wilayah mereka di Sulawesi Selatan sejak akhir abad ke-17 akibat perang saudara berpanjangan di antara mereka. Mereka kemudiannya membina petempatan di kawasan Lombok, Bali dan Jawa, akan tetapi untuk membebaskan diri mereka daripada pembesar tempatan, mereka telah berpindah dan menetap di kawasan kurang berpenduduk dan tidak ditadbir rapi di Sumatera dan Tanah Melayu seperti wilayah Kelang, Selangor dan Linggi. Kehadiran mereka di Tanah Melayu pada awalnya tidak ditentang oleh para pembesar Melayu, malah orang Bugis sangat membantu para pembesar dalam mencapai cita-cita politik dan ekonomi masing-masing. Kemahiran mereka dalam bidang pelayaran dan hubungan baik mereka dengan pedagang di Kepulauan Rempah mampu membantu ekonomi kerajaan tempatan, manakala teknik perperangan mereka yang berbeza iaitu penggunaan baju rantai dan tarian perang telah membawa corak perperangan yang baru di alam Melayu.

28

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Campurtangan orang-orang Bugis dalam kerajaan Melayu bermula dalam membantu saudara Raja Kedah menaiki takhta, di bawah pimpinan Daeng Merewah dan Daeng Menambun.

Sultan Kedah kemudiannya mungkir janji dengan tidak membayar upah yang sepatutnya dibayar (sejumlah timah) kepada orang Bugis yang membantu baginda merampas takhta Kedah.

Berang dengan tindakan Sultan Kedah, Daeng Merewah dan angkatan Bugis menyerang istana Kedah merampas kesemua harta yang terdapat di istana tersebut.

Disebabkan Daeng Merewah dan pengikutnya menetap di Selangor yang merupakan jajahan takluk Johor, Tun Mahmud bagi pihak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (Sultan Bendahara) telah mengarahkan sebahagian harta rampasan diserahkan kepada Johor kerana menurut adat Melayu zaman berzaman.

Walaubagaimanapun, Daeng Merewah enggan menurut perintah Tun Mahmud kerana menurut adat di negeri Bugis, harta rampasan perang yang perlu diberikan kepada Raja termasuklah ketika zaman Belanda hanya satu persepuluh.

Tun Mahmud kemudiannya bertindak menyerang kedudukan Bugis di Selangor, walaubagaimanapun tewas dan tentera beliau diusir pulang ke Johor.

Semenjak itu, kekuatan Bugis di alam Melayu diakui dan sering digunakan oleh para pembesar dan raja-raja Melayu untuk mencapai cita-cita politik dan menyingkirkan lawan termasuk Raja Sulaiman di Johor dan Sultan Kedah.

Selain itu, cengkaman Yamtuan Muda Johor oleh Daeng Merewah dan kemudiannya adinda beliau Daeng Celak telah menimbulkan persengketaan baru dalam kalangan pembesar negeri dan menimbulkan konflik Bugis-Melayu.

Untuk mengukuhkan kedudukan Bugis, Daeng Merewah menggalakkan perkahwinan orang-orang Bugis dengan anak raja dan pembesar Melayu dan anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan tersebut diberi nama awalan seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.

Kuasa Yamtuan Muda telah membawa kepada krisis untuk melantik Sultan. Semenjak itu, kedudukan para pembesar Johor berpecah-pecah akibat

persengketaan dalam di istana di mana Temenggung telah bertapak di Pulau Bulang dan Singapura, manakala Bendahara kemudiannya bertindak tinggal di Pahang. Bugis pula terus berkuasa di Riau, manakala Sultan pula terus bersemayam di Lingga.29

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Perpecahan ini menyebabkan Orang Laut berpecah mengikut pembesar yang berbeza-beza, dan ramai juga yang menghindari diri daripada Sultan kerana tidak mengiktiraf Sultan dari dinasti Bendahara dan mula meninggalkan Johor akibat peranan mereka yang mula dipinggirkan dari istana Johor.

Kejatuhan ini memberi peluang untuk orang-orang Bugis di Riau dan Selangor membebaskan Selangor dari jajahan takluk Johor dan Kesultanan Selangor kemudiannya diasaskan dengan mengangkat putera Yamtuan Muda Daeng Celak iaitu Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama. Selain itu juga orang Bugis telah menguasai kawasan Sungai Ujong, sebahagian Sumatera dan mempunyai kuasa yang mencengkam dalam istana Johor dan Perak . (Andaya, 1982)

Semenjak persengketaan untuk menegakkan Dinasti Sultan Bendahara dalam istana Johor dan kemudiannya meresapnya pengaruh Bugis dalam pentadbiran Johor, kegemilangan empayar Johor merosot dan sistem politik empayar Melayu yang dibina sejak zaman Melaka dan Johor runtuh akibat ketidakmampuan Sultan Bendahara untuk menyatukan jajahan takluk dan menjadi Raja kepada segala Rajaraja di alam Melayu.

6. Pengaruh Belanda Perkembangan pengaruh Bugis dalam istana Johor tidak begitu menyenangkan Belanda, yang sebelum ini merupakan sebuah kuasa yang bersahabat baik dengan Kerajaan Johor-Riau terutamanya di bawah era Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Tindak-tanduk Bugis yang menguasai pentadbiran Johor dilihat mengancam keselamatan pelabuhan Melaka, oleh itu VOC telah bersetuju untuk menyerang kedudukan Bugis di Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, cengkaman Bugis ke atas istana Johor yang membawa perpecahan dalam kalangan pembesar negeri cuba dipulihkan oleh Sultan Sulaiman yang digesa oleh Sultan Mansor Terengganu. Malah, Sultan Mansor sanggup memberi monopoli lada dari Terengganu kepada VOC sekiranya VOC sanggup berperang menentang Bugis, namun VOC menganggap

30

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

balasan itu masih belum setimpal dengan perbelanjaan perang yang perlu ditanggungnya. Dengan bantuan Terengganu dan Siak, VOC akhirnya mula mempersiapkan tenteranya bagi menyerang kedudukan Bugis di Linggi pada ketika itu. Walaubagaimanapun, orang Bugis telah dapat mengetahui perancangan VOC dan Daeng Kemboja terlebih dahulu dengan pengikutnya menyerang Melaka dengan membakar perkampungan dan bandar Melaka. Berang dengan tindakan Bugis, angkatan VOC - Terengganu - Siak akhirnya menyerang Linggi dan Daeng Kemboja terpaksa menyerah. Hasilnya, Sultan Johor terpaksa menunaikan janjinya kepada VOC yang membantu menjatuhkan pengaruh Bugis dan menyerahkan Kelang, Linggi dan Rembau yang kaya dengan bijih timah kepada VOC. Kemudiannya, dalam era Raja Haji sebagai Yamtuan Muda Johor (anak Daeng Celak), beliau dan angkatan perang Selangor telah bertindak menyerang semula Melaka di bawah kuasa VOC setelah berlaku pertikaian terhadap harta rampasan perang daripada kapal Inggeris di antara VOC dan Bugis. Belanda pada mulanya hampir tewas setelah sekutunya iaitu Terengganu dan Kedah terpaksa menghadapi ancaman Siam, dan satu lagi sekutu mereka iaitu Siak hanya mampu menghantar angkatan lanun (dipimpin saudara Raja Siak) untuk membantu Belanda di Melaka. Walaubagaimanapun, bantuan satu ketumbukan (skuadron) kapal tentera Belanda telah berjaya menyelamatkan VOC dan angkatan Bugis terpaksa menyerah setelah Raja Haji meninggal dalam satu pertempuran. VOC yang berang dengan tindakan Selangor membantu Bugis telah menyerang Selangor dan membina kota di Kuala Selangor setelah Sultan Ibrahim Selangor melarikan diri. Angkatan Siak-Belanda tersebut akhirnya telah berjaya melumpuhkan pengaruh Bugis di Tanah Melayu. Sultan Mahmud yang memerintah Johor pada ketika itu berasa terhutang budi dengan VOC yang berjaya menamatkan era cengkaman lima orang Yamtuan Muda dalam istana Johor dan satu deklarasi telah dibuat di mana kesemua orang Bugis kecuali yang lahir di Johor-Riau dihalau keluar dari bumi Johor.

31

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kemenangan itu menjadikan Belanda sebagai kuasa baharu di Tanah Melayu yang berjaya menguasai wilayah-wilayah yang kaya dengan bijih timah seperti Selangor, Kelang, Sungai Ujong, Rembau, Johor, Pahang, Perak dan sebahagian besar Tanah Melayu. Walaupun tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri, VOC pada hakikatnya berjaya mengaut hasil di Tanah Melayu tanpa sebarang gangguan sehinggalah kemerosotannya akibat perang di Eropah dan kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu.

32