laporan keputusan ujian diagnostik terhadap pelajar

5
Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Terhadap Pelajar Kemahiran Lisan Dalam kemahiran lisan, saya memecahkan skop pengujian saya kepada dua aspek yang lebih terperinci iaitu kemahiran bertutur dan mendengar. Ujian lisan penting dalam menilai aspek penguasaan bahasa dan perbendaharaan kata serta penggunaan dalam kehidupan harian. Dalam kemahiran mendengar saya menguji lima kemahiran asas iaitu mengikut arahan mudah, mengenal pasti arah bunyi, mengajuk bunyi yang di dengar, menamakan bunyi, dan memahami arahan/soalan. Hasil daripada ujian yang dijalankan, anip tidak dapat menguasai kelima-lima kemahiran tersebut dan gagal dalam kemahiran menamakan bunyi yang didengar. Kemahiran menamakan bunyi yang didengar memerlukan pelajar mendengar dengan teliti sesuatu bunyi dan meneka atau menamakan bunyi tersebut. Anip telah gagal dalam kemahiran ini dan bermakna terdapat dua kemungkinan anip tidak dapat menguasai kemahiran ini.  Antara dua kemungkinan tersebut ialah, anip tidak pernah mendengar bunyi tersebut jadi Anip tidak tahu akan bunyi yang diperdengarkan. Kedua adalah, anip mungkin tidak mampu dalam mendiskriminasikan bunyi mengikut pemahaman telinganya. Anip cuba meneka bunyi tersebut tetapi tekaan yang dibuat salah bahkan tersasar jauh dari sasaran. Jadi mungkin Anip tidak mampu dalam mendiskriminasikan bunyi dan ini adalah kelemahan Anip yang paling ketara dalam kemahiran mendengar. Dalam kemahiran bertutur juga saya menggunakan lima kemahiran asas untuk menguji sejauh mana penguasaan anip dalam kemahiran bertutur. Di antara kemhiran yang diuji adalah seperti mengenal alat-alat pertuturan, latihan fonologi (vocal dan konsonan), pengucapan bertatasusila, menguji pengetahuan murid mengenai orang yag dikenali dan menyuruh murid menamakan anggota badan yang ditunjuk oleh guru. Hasil keputusan ujian menunjukkan anip berjaya dalam mengusai kesemua kemahiran yang disebutkan. Anip Cuma mengalami sedikit masalah dalam kemahiran

Upload: budak-kampung

Post on 30-May-2018

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

8/9/2019 Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-keputusan-ujian-diagnostik-terhadap-pelajar 1/5

Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Terhadap Pelajar 

Kemahiran Lisan

Dalam kemahiran lisan, saya memecahkan skop pengujian saya kepada dua

aspek yang lebih terperinci iaitu kemahiran bertutur dan mendengar. Ujian lisan penting

dalam menilai aspek penguasaan bahasa dan perbendaharaan kata serta penggunaan

dalam kehidupan harian.

Dalam kemahiran mendengar saya menguji lima kemahiran asas iaitu mengikut

arahan mudah, mengenal pasti arah bunyi, mengajuk bunyi yang di dengar,

menamakan bunyi, dan memahami arahan/soalan. Hasil daripada ujian yang

dijalankan, anip tidak dapat menguasai kelima-lima kemahiran tersebut dan gagal

dalam kemahiran menamakan bunyi yang didengar.

Kemahiran menamakan bunyi yang didengar memerlukan pelajar mendengar 

dengan teliti sesuatu bunyi dan meneka atau menamakan bunyi tersebut. Anip telah

gagal dalam kemahiran ini dan bermakna terdapat dua kemungkinan anip tidak dapat

menguasai kemahiran ini.

  Antara dua kemungkinan tersebut ialah, anip tidak pernah mendengar bunyi

tersebut jadi Anip tidak tahu akan bunyi yang diperdengarkan. Kedua adalah, anip

mungkin tidak mampu dalam mendiskriminasikan bunyi mengikut pemahaman

telinganya. Anip cuba meneka bunyi tersebut tetapi tekaan yang dibuat salah bahkan

tersasar jauh dari sasaran. Jadi mungkin Anip tidak mampu dalam mendiskriminasikan

bunyi dan ini adalah kelemahan Anip yang paling ketara dalam kemahiran mendengar.

Dalam kemahiran bertutur juga saya menggunakan lima kemahiran asas untuk

menguji sejauh mana penguasaan anip dalam kemahiran bertutur. Di antara kemhiran

yang diuji adalah seperti mengenal alat-alat pertuturan, latihan fonologi (vocal dan

konsonan), pengucapan bertatasusila, menguji pengetahuan murid mengenai orang

yag dikenali dan menyuruh murid menamakan anggota badan yang ditunjuk oleh guru.

Hasil keputusan ujian menunjukkan anip berjaya dalam mengusai kesemua

kemahiran yang disebutkan. Anip Cuma mengalami sedikit masalah dalam kemahiran

8/9/2019 Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-keputusan-ujian-diagnostik-terhadap-pelajar 2/5

ucapan bertatasusila. Kelemahan Anip ialah dalam memberi ucapan yang sesuai

mengikut waktu dan masa yang sesuai. Contohnya, apabila waktu pagi, Anip tidak tahu

mengucapkan selamat pagi kepada guru-guru atau kawan yang bukan beragama islam.

Kesimpulannya, hasil ujian diagnostik kemahiran lisan terhadap Anip, mendapati

bahawa Anip menguasai dapat menguasai kemahiran dengan baik. Dan hasil

pemerhatian saya juga, Anip juga merupakan antara pelajar yang terbaik dalam

kemhiran lisan di dalam kelasnya. Ini adalah kerana penyakit yang dihadapinya tidak

serius dan sistem akal dan otak masih berfungsi seperti biasa tetapi dalam keadaan

lambat. Anip mempunyai masalah autism ringan dan slow learner yang tahap yang

masih boleh diajar dan dibimbing.

Kemahiran Bacaan

Dalam kemahiran bacaan , saya menguji anip berdasarkan 6 kemahiran asas

yang ditentukan dalam huraian sukatan Pendidikan Khas. Antara kemahiran tersebut

ialah, mengenal persamaan dan perbezaan objek, mengkelaskan benda mengikut jenis

dan kumpulan, mengenal dan mengecam bentuk bunyi, membina dan membaca suku

kata, perkataan dan terakhir ialah membaca dan memahami ayat.

Dalam kemahiran asas tersebut, saya memecahkan skop pengujian dengan

mengemukakan 3 hingga 5 soalan berdasarkan aras kemahiran dari tahap senang

kepada susah. Berdasarkan keseluruhan ujian diagnostik, Anip mendapat 85% dan

tahap penguasaannya adalah baik.

  Anip berjaya menguasai 5 dari 6 kemhiran yang diuji. Anip gagal dalam

menguasai kemahiran membaca dan memahami ayat-ayat mudah. Anip tidak mampu

untuk membaca ayat-ayat mudah dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Anip

perlukan perhatian dan bimbingan dari guru untuk memahami ayat-ayat yang

dibacanya.

  Anip juga tidak mampu untuk menyusun ayat mengikut urutan yang betul

seterusnya tidak mampu untuk membuat karangan pendek. Berdasarkan pemerhatian

8/9/2019 Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-keputusan-ujian-diagnostik-terhadap-pelajar 3/5

saya terhadap Anip, Anip tidak mempunyai masalah dalam pengujaran kata-kata dan

dapat menyebut sesuatu perkataan dengan jelas dan betul. Anip memerlukan

bimbingan dari guru untuk membuat karangan atau membuat sesuatu perkara yang

berkaitan dengan ayat. Ini adalah kerana Anip mudah hilang tumpuan ketika membuat

kerja dan perlu diingatkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, Anip berjaya menguasai kemahiran bacaan dengan baik tetapi

menghadapi sedikit masalah dalam sintaksis, morfologi dan pragmatik apabila

melibatkan penggunaan ayat-ayat yang lebih panjang bagi membina sebuah karangan.

Secara keseluruhannya Anip berjaya menguasai kemahiran ini dengan baik.

Kemahiran Tulisan

Kemahiran tulisan memerlukan kekuatan motor halus dan motor kasar bagi

membentuk sesuatu tulisan yang mempunyai mesej dan dapat difahami oleh pembaca.

Dalam kes Anip, Anip tiada sebarang masalah dalam motor halus dan kasar dan Cuma

mengalami masalah dari segi mental iaitu slow learner.

Bagi kemahiran tulisan, saya memecahkan pengujian saya kepada 7 kemahiran

asas dalam bidang tulisan iaitu, pra tulisan, mengenal dan meniru bentu huruf, menyalin

suku kata dan perkataan, melengkapkan ayat, menyusun dan menulis semula

perkataan, membina ayat dan menulis karangan.

  Anip mendapat skor sebanyak 60% dalam ujian diagnostic dan menunjukkan

 Anip hanya mengusai kemahiran tulisan secara sederhana. Hal ini bukan disebabkan

oleh Anip tidak mampu menulis tetapi Anip tidak dapat memahami ayat-ayat panjang

dan tidak tahu untuk mengeja sesuatu perkataan dengan betul jadi menyebabkan Anip

tidak dapat menulis sesuatu kemahiran yang dikehendaki.

  Anip berjaya dalam mengusai kemahiran pra tulisan, mengenal dan meniru

bentuk huruf, menyalin suku kata dan melengkapkan ayat dengan memilih perkataan

yang sesuai. Jika diperhatikan kesemua kemahiran ini hanya memerlukan Anip

8/9/2019 Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-keputusan-ujian-diagnostik-terhadap-pelajar 4/5

menyalin dan meniru sahaja dan tidak perlu mengingatinya, jadi hal ini tidak

mendatangkan masalah kepada Anip.

3 kemahiran yang gagal dikuasai oleh Anip ialah, menyusun dan menulis semula

perkataan, membina ayat dan menulis karangan. Sebab utama Anip tidak dapat

menyusun dan menulis semula perkataan menjadi ayat yang betul ialah disebabkan

 Anip tidak faham akan makna sesuatu ayat jadi apabila tidak faham, Anip tidak dapat

menulis semula ayat tersebut dengan betul Anip boleh menulis ayat tersebut semula

tetapi dengan tidak betul pada morfologinya.

Kemahiran membina ayat dan menulis karangan memerlukan penjanaan idea

dari akal dan dalam kes Anip, Anip tidak mampu menggunakan mindanya secara

maksimum kerana tergolong dalam masalah slow leaner. Jadi kemahiran ini tidak dapat

dikuasai oleh Anip berikutan masalah mental yang dialami dan bukan masalah fizikal

yang menyebabkan Anip tdiak dapat menulis dengan baik.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas tulisan Anip, masih berlaku

ketidaksempurnaan pada tulisannya. Antaranya adalah seperti kedudukan huruf yang

tidak selari dan bentuk huruf yang tidak sama (besar dan kecil). Antara kelebihan yang

terdapat pada Anip dalam kemhiran tulisan ialah kemhiran Anip dalam melukis. Sebagai

contoh, arahan hanya menyuruh menyalin semula perkataan contohnya ³ayam´, Anip

bukan sahaja menulis ayam bahkan melukis gambar ayam di sebelah perkataan yang

ditulisnya tadi. Ini menunjukkan Anip faham akan sesuatu perkataan dan dapat

membayangkan makna perkataan tersebut dalam fikiran seterusnya

menginterpretasikan makna tersebut dalam bentuk gambar.

Kesimpulannya, Anip berada pada tahap sedehana dalam bidang tulisan dan

kamahiran ini boleh dimajukan lagi dari semasa ke semasa. Anip tiada masalah dalam

menulis dan melukis tetapi mempunyai sedikit masalah apabila berkaitan dengan

morfologi dan pragmatik. Secara keseluruhannya kemahiran Anip dalam bidang tulisan

masih boleh ditingkatkan.

8/9/2019 Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-keputusan-ujian-diagnostik-terhadap-pelajar 5/5

Kesimpulan keseluruhan

Setelah selesai menjalankan ujian diagnostik terhadap klien saya iaitu Anip,

dapat dinyatakan bahawa Anip amat lemah dalam kemahiran menulis. Ini adalah

kerana tahap perkembangan mentalnya yang lambat berbanding kanak-kanak normal.

Dengan erti kata lain, Anip memahami apa yang dibaca dan didengar tetapi sukar 

menginterpretasikan dalam bentuk tulisan hasil pemahamannya.

Secara am nya Anip Berjaya mengusai 2 kemahiran asas yang lain dengan baik

iaitu kemahiran lisan dan bacaan tetpi lemah dalam kemahiran tulisan. Jadi saya akan

merangka 1 Rancangan Pengajaran Individu untuk Anip bagi membantu memperbaiki

kelemahan Anip dalam kemahiran tulisan.