laporan kem perkhemahan persatuan

8
LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL 1 MURID 1 SUKAN PERINGKAT SEKOLAH SK BOHOR BARU NAMA : PERTANDINGAN FUTSAL 1 MURID 1 SUKAN TARIKH : 17 OKTOBER 2012 TEMPAT : PADANG FUTSAL KG. BOHOR BARU OBJEKTIF : 1. Supaya pelaja !apa" #ea$a %&!a'( )*+)u&)ulu# $a"u pelajaa' #e'ye*'*))a' !a' #e',e!a$)a' #&'!a pelaja. 2. Supaya #u&!+#u&! #e#pu'ya& $e#a'(a" %e$a"u pa!u !& a'"aa #ee)a !a' !apa" #e#%&'a -&)&a' ya'( $& a" $e"a a)"&- !ala# pe#%elajaa'. RASIONAL : 1.U'"u) #e'a&))a' $e#a'(a" )e$u)a'a' !&!ala# j&/a pelaja. 2. U'"u) #e'(ea")a' $e#a'(a" pepa!ua' !a' )eja$a#a !& a'"aa (uu !a' pelaja. . U'"u) #e#pe)e'al)a' je'&$+je'&$ $u)a' ya'( "e!apa" !& pe&'()a" !aea 'e(e& !a' )e%a'($aa'. . U'"u)#e',u'()&l %a)a" pelaja !ala# %&!a'( $u)a' !a' #e#%e& pelua'( pelaja #e'u'ju))a' %a)a" #ee)a. SASARAN : Se#ua #u&! S) B* * Bau "a u' 3 !a' 4.

Upload: lulivaixora

Post on 06-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh laporan perkhemahan

TRANSCRIPT

LAPORAN KEM PERKHEMAHAN PERSATUAN

LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL1 MURID 1 SUKAN PERINGKAT SEKOLAHSK BOHOR BARUNAMA

: PERTANDINGAN FUTSAL 1 MURID 1 SUKAN TARIKH: 17 OKTOBER 2012TEMPAT: PADANG FUTSAL KG. BOHOR BARUOBJEKTIF :

1. Supaya pelajar dapat merasa bidang ko-kurikulum satu pelajaran yang menyeronokkan dan mencerdaskan minda pelajar.2. Supaya murid-murid mempunyai semangat bersatu padu di antara mereka dan dapat membina fikiran yang sihat serta aktif dalam pembelajaran.RASIONAL :

1. Untuk menaikkan semangat kesukanan didalam jiwa pelajar.2. Untuk mengeratkan semangat perpaduan dan kerjasama di antara guru dan pelajar.

3. Untuk memperkenalkan jenis-jenis sukan yang terdapat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

4. Untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan dan memberi peluang pelajar menunjukkan bakat mereka.SASARAN : Semua murid Sk Bohor Baru tahun 3, 4, 5 dan 6.JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM 2010SK BOHOR BARUPenasihat

: En. Nordin Bin Abd. Karim (Guru Besar)

Naib Pengerusi

: Pn. Roseida Bt. Idris (GPK KO-KU)Setiausaha/Penyelaras: En. Muhammad Jamil Bin Abd. HamidAhli jawatankuasa

: Pn. Rokiah Bt. Ahmad (GPK Kurikulum)

Pn. Zahariah Bt. Hassan (GPK HEM)

JAWATANKUASA KERJAKawalan Murid

: En. Zamri Bin Hassan

: En. Md Zulnazri Bin HamzahHadiah

: Pn. Madiha Bt Redzwan

Pn. Rosniza Bt KasimBrosur Program

: Cik Ilyani Bt Mohd Rosdy

Pelaporan

: Pn. Norenafidah Bt Mat TarmidiJurugambar: En. Ahmad Afnan bin OmarUrusetia/Pengadil : En. Muhammad Jamil Bin. Abd. Hamid (K)Peralatan : En. Mohd Faiz Ehsan bin Marzuki

En. Ani Sarifuddin Bin Mansor

AKTIVITI SEPANJANG PERTANDINGAN

Pertandingan Futsal 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah SK. Bohor Baru pada kali ini telah dijalankan dengan jayanya. Program dimulakan dengan pemanasan badan yang diketuai oleh Encik Muhammad Jamil Bin Abdul hamid selaku penyelaras program. Perlawanan ini dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan yang mana disertai oleh empat kumpulan murid perempuan dan lima kumpulan murid lelaki. Setiap kumpulan akan bertanding dengan kesemua kumpulan mengikut kategori masing-masing. Pemilihan pemenang pula akan ditentukan dengan bilangan menang, seri dan kalah dalam kesemua perlawanan.

Seterusnya semua murid dan guru bergerak dalam kumpulan ke gelanggang futsal Kampung Bohor Baru yang terletak kira-kira 150 km dari sekolah. Oleh itu, perlawanan pembuka tirai di mulakan dengan pasukan perempuan iaitu pasukan Flower Power FC menentang pasukan Madiha FC Redah Aje yang di menangi oleh Flower Power FC. Pertandingan diteruskan lagi dengan kumpulan Style Girl FC menentang kumpulan Girls FC. Perlawanan ini dimenangi oleh kumpulan Style FC dengan jaringan dua berbalas kosong. Pada jam 8.45 pagi, tibalah giliran pasukan lelaki pula iaitu dimulai dengan perlawanan antara kumpulan Anak Bohor FC yang diuruskan oleh Cikgu Zamri menentang kumpulan Boboiboyz FC iaitu kumpulan dibawah Ustaz Ani Sarifuddin. Perlawanan yang menarik ini diadili oleh Cikgu Ahmad Afnan dan dimenangi oleh kumpulan Boboiboyz FC. Perlawanan disambung dengan beberapa lagi kumpulan sehingga jam 10 pagi.

Setelah berehat selama 30 minit untuk memberi kesempatan kepada para pemain dan guru-guru mengalas perut, perlawanan disambung semula dengan kumpulan Anak Bohor FC menentang kumpulan SAG FC. Keadaan cuaca sangat baik dan menyegarkan membuatkan perlawanan semakin meriah dengan aksi-aksi terbaik yang ditunjukkan oleh kesemua pemain. Setiap kumpulan menunjukkan semangat juang dan kerjasama yang tinggi untuk menjuarai perlawanan.

Setelah kesemua kumpulan bertemu, pertandingan berakhir pada jam 12.30 tengahhari seperti mengikut jadual yang ditetapkan. Para pengadil berkumpul untuk menyemak mata yang diperolehi oleh setiap kumpulan dan mengumumkan keputusan perlawanan. Sebelum semua beredar semua pemain membersihkan gelanggang futsal dan kawasan persekitarannya. Akhir sekali aktiviti perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan di sekolah oleh guru besar dan majlis bersurai.KEPUTUSAN PERLAWANANKEDUDUKANNAMA PEMENANG

KUMPULAN LELAKI

JOHANBOBOIBOYZ FC

NAIB JOHANSAG FC

KETIGACOBRA CITY

KEEMPATMB UNITED FC

KELIMAANAK BOHOR UNITED

KUMPULAN PEREMPUAN

JOHANFLOWER POWER FC

NAIB JOHANSTYLE GIRL FC

KETIGAMADIHA FC REDAH AJE

KEEMPATGIRL FC

KESIMPULAN

Pertandingan futsal seumpama ini perlu diteruskan lagi untuk tahun-tahun seterusnya bagi mewujudkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi cemerlang dan cergas dalam bidang sukan amnya. Acara seperti ini juga sangat baik untuk murid menunjukkan bakat terpendam, semangat berpasukan dan kerjasama yang merupakan satu nilai yang baik dan perlu diterapkan dalam diri murid-murid. Keseluruhan perjalanan pertandingan futsal pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan pertandingan ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan. Sekian. Disediakan oleh,

Disemak oleh,

....................................................

.................................................NORENAFIDAH MAT TARMIDI

PN. ROSEIDA BINTI IDRIS AJK Pertandingan Futsal 2012

Naib Pengerusi Pertandingan FutsalGPK Kokurikulum SK Bohor BaruDisahkan oleh,

..........................................................

EN. NORDIN BIN ABD. KARIMPengerusi Pertandingan FutsalGuru Besar SK Bohor BaruLAMPIRAN